Advertise with Googlier.com Pendidikan - Anas Alam Faizli https://aafaizli.com Magna Est Veritas Prae Velabit - The Truth is Mighty and will always Prevail! Tue, 26 Mar 2019 03:04:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.10 Malaysia Yang Layu: Ke Mana Halatuju Kita? Senarai Hasrat Demi Pembetulan Asas https://aafaizli.com/malaysia-yang-layu-ke-mana-halatuju-kita-senarai-hasrat-demi-pembetulan-asas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=malaysia-yang-layu-ke-mana-halatuju-kita-senarai-hasrat-demi-pembetulan-asas Wed, 28 Dec 2016 07:00:14 +0000 http://aafaizli.com/?p=1302 Malaysia umpama sebutir permata yang unik dan tersendiri. Sebuah tempat pertemuan dan percampuran pelbagai ramuan dan resipi. Terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa. Negara indah ini yang mengikat kita bersama, menyatukan kekuatan serta kelemahan kita. Kitalah negara yang berada di titik selatan terhujung benua Asia, satu-satunya negara yang tanahnya merangkumi benua Asia dan Gugusan Kepulauan …

The post Malaysia Yang Layu: Ke Mana Halatuju Kita? Senarai Hasrat Demi Pembetulan Asas first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Malaysia umpama sebutir permata yang unik dan tersendiri. Sebuah tempat pertemuan dan percampuran pelbagai ramuan dan resipi. Terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa. Negara indah ini yang mengikat kita bersama, menyatukan kekuatan serta kelemahan kita. Kitalah negara yang berada di titik selatan terhujung benua Asia, satu-satunya negara yang tanahnya merangkumi benua Asia dan Gugusan Kepulauan Melayu.

Di sini sahajalah anda akan dapat menemui sebahagian besar penduduknya berakar umbi daripada dua tamadun tertua dunia; India dan China. Bangsa Melayu pula berkongsi banyak nilai budaya serupa dengan Indonesia, negara paling ramai penganut Islam di dunia. Islam sebagai agama membuka pintu kepada dunia Islam. Sementara sistem legasi British membuka pintu dunia Barat. Bak sesumpah kita boleh menerobos masuk ke dalam hampir semua negara di dunia!

Paling menarik, satu kajian yang dilakukan Facebook mendedahkan yang Malaysia ialah negara paling ramah bersosial dalam dunia siber dalam konteks penggunanya mempunyai jumlah kawan teramai di dunia.

Malaysia juga ialah sebuah negara Kepelbagaian. Kita satu-satunya negara dunia yang miliki gabungan pelbagai kaum, pelbagai bahasa, pelbagai agama, pelbagai budaya, pelbagai persatuan sukan berasaskan kaum, pelbagai dewan perniagan dan kewangan, dan pelbagai parti berasaskan kaum, pelbagai juadah, pelbagai kerajaan (1 kerajaan persekutuan dan 13 kerajaan negeri) dan pelbagai raja (daripada 35 monarki dunia, 9 memerintah di Malaysia)!

Sekiranya bukti di atas tidak mencukupi, lihat hujah berikutnya.

Kita satu-satunya negara di dunia ini yang bersumpah mampu untuk melindungi Allah, dengan menghalang orang lain daripada menggunakan kalimah tersebut dan didakwa telah mengharamkan “Hotdogs” dan “Rootbeer” kerana terjemahan literal perkataan itu.

Malaysia memiliki hutan hujan tropika tertua, yang dikatakan berusia 130 juta tahun, lebih tua dari Amazon dan Lembah Congo. Hutan hujan tropika kita kediaman kepada 14,500 spesis tumbuh-tumbuhan berbunga dan pokok, dengan lebih daripada 200 spesis mamalia, 600 burung, 140 ular dan 60 jenis cicak.

Dan kita juga mempunyai ular tedung selar terpanjang di dunia berukuran 5.71 meter, yang ditemui di Port Dickson pada 1937.

Malaysia juga mempunyai bulatan jalanraya terbesar di dunia di Putrajaya berukuran 3.5 kilometer diameternya, tanpa disangkal kita juga memiliki ‘spin terbesar di dunia’.

Ya, Malaysia sangat unik. Bukan sekadar “truly Asia tetapi truly World!” Boleh lawan ke?

Itu tidak disebut lagi tentang kepelbagaian juadah fusion makanan, dari Timur ke Barat di negara ini. Makanan apakah yang tidak boleh anda temui di sini?

Dirahmati dengan pelbagai hasil mahsul tidak ternilai, daripada timah sehinggalah getah, kelapa sawit, kayu-kayan, bauksit, dan petroleum sebagai sumber paling berharga, Malaysia negara yang kaya. Jadi berdasarkan semua keunikan ini, kita mempunyai ramuan mencukupi untuk menjadi dan bersubur menjadi “syurga dunia”, persoalannya di manakah kita berada sekarang?

Negara Kepelbagaian Datang Bersama Kepelbagaian Masalah

Sangat mengejutkan bagaimana sebuah negara kecil berpenduduk hanya 31.8 juta ini berjaya memegang pelbagai gelaran yang tidak enak didengar seperti negara dengan jurang terbesar kaya dan miskin rantau ini, penggunaan tenaga paling tidak cekap adalah antara gelaran yang diraih kita termasuklah negara yang mencetuskan skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB.

Sebelum 1MDB, kita diheret pelbagai skandal seperti Bank Bumiputera, Perwaja, Metramac, Malaysia Airlines, Bank Islam, Transmile, Megan Media, Scan Associates dan pengeluran “laporan merah” audit jabatan kerajaan seperti dilaporkan Jabatan Audit Negara setiap tahun. Semua skandal ini menggambarkan kenyataan yang tidak tersangkal lagi- Korupsi yang membarah sedalamnya!

Kita terperangkap dalam ekonomi lompong, dengan kebergantungan melampau kepada pekerja asing dan majoriti penduduk Malaysia berpendapatan rendah tertekan dengan peningkatan kos sara hidup. Di tambah pula dengan majoriti rakyat Malaysia hanya punyai simpanan tidak lebih daripada sebulan sekiranya mereka kehilangan pekerjaan.

Krisis pencen yang serius menghimpit rakyat apabila dua pertiga pekerja berusia 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Kita dianggap mempunyai kemudahan dunia kelas pertama tetapi sedihnya memiliki budaya dan mentaliti dunia kelas ketiga. Kita terletak di tangga dua pertiga paling bawah pencapaian pendidikan dalam ukuran antarabangsa, pemandu kita “gila di jalan” serta pembuli jalan raya dan mat rempit, kita juga berada di tangga 20 seluruh dunia dalam jumlah kemalangan jalan raya maut per kapita, di samping berdepan dengan gejala vandalisma kota, mempunyai pemandu teksi yang buruk sikapnya dan tanggapan meluas tentang Kuala Lumpur yang didakwa antara bandar paling biadap di dunia.

Alam sekitar kita pula sedang menangis disakiti, bandar kita dilanda banjir kilat (perancangan bandar yang lemah dengan pengurusan kemudahan yang pincang), banjir besar melanda Pantai Timur saban tahun, pengurusan lemah simpanan dan bekalan sistem air kita, pengurusan sisa pepejal yang lemah, serta kewujudan berleluasa tapak pengurusan sampah haram dan “pembalakan haram” di hutan dan gunung ganang kita, termasuklah di kawasan simpanan tadahan air.

Rakyat Malaysia juga terkenal dengan betapa mudahnya tertipu dengan skim penipuan yang menawarkan faedah dan pulangan wang mudah, pantas dan banyak! Terdapat ekonomi haram yang besar dan meluas yang wujud, meliputi perjudian haram, dadah dan bahan seludupan lain, DVD cetak rompak dan pengklonan kad kredit. Terdapat juga “situasi yang tidak diperlukan (dan tidak dihendaki)” dalam perbadanan serta inovasi rakyat Malaysia, yang secara sinis dilabel sebagai “Malaysia Boleh”.

Paling menyedihkan ialah hampir setiap sudut jalan raya dan tiang lampu isyarat, pasti ada sekurang-kurangnya dua iklan tertampal, samada nombor telefon Ah Long atau nombor rumah urut dan wanita escort!

Arena politik pula sangat tegang sehinggakan tidak ada masa untuk menggubal dasar kerana tenaga dihabiskan menyerang satu sama lain tanpa henti. Politik kebencian dan polirisasi kaum menjadi isu utama sejak dua dekad lepas. Hak asasi manusia, kewujudan undang-undang yang boleh dipertikaikan, pendakwaan bermotifkan politik antara isu yang mencengkam negara. Dan nampaknya kebebasan institusi penghakiman telah hilang kredibitinya.

Hasilnya, kita berada di tangga 66 daripada 73 negara dalam Indeks Integriti Pilihanraya dan tangga 146 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia.

Jadi, adakah kita sudah hancur berkecai? Adakah semuanya sudah tidak dapat diselamatkan? Mungkin. Tetapi, masih ada jalan keluar!

Kemustahilan yang Tidak Berkesudahan

Sekiranya sejarah ada mengajar sesuatu, pengajaran itu ialah tiada apapun yang mustahil. Sepanjang kewujudan manusia, kita sentiasa dikejutkan dengan kejayaan negara-negara yang sebelum itu dianggap tidak penting. Orang Mongolia yang buta huruf, di bawah pimpinan Genghis Khan, berjaya menawan dua pertiga dunia tanpa berjaya disekat.

Orang Arab hanyalah nomad tak ubah seperti hamba di mata orang Roman dan Persia.

Orang Jepun yang sebelum Revolusi Meiji hanyalah golongan petani pemalas yang asyik mabuk. Orang Vietnam yang berjuang habis-habisan dan mengusir tentera Perancis dan Amerika dari negara mereka dan memenangi kebebasan mereka.

Tidak ada yang mustahil walaupun situasi semasa tidak menjanjikan harapan lagi. Ingatlah bahawa sang matahari hanya akan muncul selepas kegelapan malam berlalu.

Begitu jugalah Malaysia. Kita sudah tersasar jauh, jadi adakah kita sudah mengambil iktibar daripada kegelapan dan kesengsaran yang kita boleh jadikan inspirasi untuk bangkit kembali?
Wujud keperluan mendesak untuk kembali menyusun hala tuju supaya kita boleh berada di landasan yang tepat demi negara dan Rakyat.

Masih ada jalan keluar daripada semua belenggu masalah negara ini. Kita perlu mengakui yang wujudnya masalah kritikal yang mencengkam negara tercinta. Kejujuran dan keikhlasan perlu dikembalikan dalam semua urusan negara ini.

Inilah masanya untuk setiap rakyat Malaysia untuk terus percaya dan menyumbang bakti mencapai matlamat yang ditetapkan. Satu suara mungkin tiada kesan, sepuluh suara mungkin hasilkan getaran kecil, tetapi ribuan suara boleh seperti halilintar yang mengegar dunia, paling tidakpun boleh menggegarkan Putrajaya.

Senarai Hasrat Untuk Malaysia Yang Kuat dan Gemilang

Atas tujuan murni ini, berikut senarai hasrat saya untuk Malaysia:

Disebabkan terlalu banyak yang perlu dilakukan, permulaan yang baik ialah dengan penubuhan Majlis Konsultasi Negara 2 untuk kembali merangka dasar asas perubahan sosial dan ekonomi pada tahap paling dasar. Gabungan intelek terbaik seluruh negara diperlukan untuk menawarkan langkah dan strategi realistic dan boleh dilakukan bagi perubahan semula hala tuju negara.

Sumber semulajadi dan alam sekitar Malaysia ada hadnya serta sangat bernilai. Pengurusan sumber yang lebih baik diperlukan, di mana semua hasil dan faedah dikongsi bersama oleh Rakyat. Pertelingkahan royalti minyak antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu diselesaikan sebaik mungkin demi manfaat terbaik Rakyat.

Pembetulan asas ekonomi perlu dilakukan segera untuk kebaikan semua dan membetulkan cara kerja kita. Kita perlu berubah daripada kapitalis sewaan (rentier capitalism) kepada kapitalis industri teknologi. Yang paling baik ialah dengan mengambil teladan daripada amalan terbaik pasaran sosial Eropah dan kapitalis negara China yang bersesuaian dengan Malaysia.

Dasar perlu mengutamakan Rakyat, dengan mengagungkan prinsip keadilan sosial, meletakkan pembentukan dan penyerakan kekayaan yang seimbang dalam usaha pembangunan ekonomi, serta pada masa yang sama menyediakan persekitaran mapan untuk badan korporat berkembang pesat.

Usahawan dengan nilai tambah dan bukan hanya kapatalis semata adalah kunci kepada kejayaan yang kita mahukan.

Kita perlu mengisytiharkan “Perang” kepada jurang kekayaan dan pendapatan yang tanpa henti membuka kitaran ganas tanpa titik akhir yang menghancurkan masyarakat.

Sekolah rendah berasrama penuh, perumahan mampu milik, keusahawaan sosial dan rakyat, perlu diwujudkan dan digalakkan di semua tempat yang memerlukannya.
Sektor utama ‘lestari’ yang cekap iaitu tenaga, pengangkutan, pembinaan, air dan pengurusan sisa perlu diutamakan demi manfaat ekonomi dan alam sekitar.

Semua rakyat Malaysia memerlukan dan berhak menjalani kehidupan baik dan seimbang yang boleh ditawarkan oleh pekerjaan yang menawarkan gaji mencukupi. Rakyat sepatutnya tidak perlu buat dua kerja untuk menjadikan kehidupan mereka kondusif dan bahagia. Pengejaran ekonomi yang tidak berkesudahan serta tidak adil pada masa kini telah menghukum rakyat Malaysia dan kita menggantikan belas ihsan dengan sikap tidak endah.

Unit keluarga yang berfungsi membenarkan ibubapa memainkan peranan yang proaktif dalam pendidikan dan proses membesarkan anak-anak mereka untuk menerapkan “Nilai Asia” sejati yang banyak kali kita ungkapkan tetapi jarang laksanakan.

Pemerkasaan wanita akan menghaluskan halangan kepada potensi ekonomi serta menawarkan manfaat sosial dan ekonomi yang lebih bersepadu.

Pendidikan ialah pintu penyelesaian kepada hampir semua kesengsaraan sosial dan ekonomi Malaysia. Pendidikan perlulah inklusif dan menyuburkan moral, pemikiran kritikal, kemanusiaan, kerendahan diri, toleransi agama, kemajuan dan inovasi teknologi kepada semua rakyat Malaysia.

Penilaian semula falsafah pendidikan negara perlu dilakukan dan digantikan dengan Pedagogi Cinta.

Kita perlu menyemai budaya membaca, pemikiran kritikal dan menyuburkan persekitaran perdebatan intelektual. Kita perlu meraikan pemikir dan ahli falsafah, serta menyediakan persekitaran kondusif untuk wacana awam. Para intelektual perlu diberi mandat untuk menggerakkan dan menghidupkan ruang fikir awam bagi menerangi hala tuju semua.

Penjagaan kesihatan perlu mampu milik dan boleh diperolehi oleh semua kelompok masyarakat. Kita perlukan lebih banyak hospital dan hospital latihan, serta klinik yang serba lengkap untuk memberi perkhidmatan kepada mereka yang sakit dan memerlukan di mana sahaja mereka tinggal. Satu lagi perkara yang sangat diperlukan dalam perkhidmatan asas rakyat ialah perkhidmatan awam yang menyeluruh.

Pendidikan dan penjagaan kesihatan, adalah dua hak asas dan paling berharga rakyat Malaysia, dan tidak sewajarnya menjadi permainan politikus.

Kesukarelawan, NGO aktivis sosial dan “pihak ketiga” perlu digalakkan dan diperkasakan bagi memperkukuhkan demokrasi dan semangat “keadilan untuk semua” di negara ini.

Tadbir urus yang baik, integriti, kebebasan maklumat untuk media dan perlindungan pemberi maklumat perlu diperkasakan bagi membolehkan kejayaan perjuangan menentang korupsi, dengan matlamat utamanya ialah menyediakan mekanisma “pemeriksa dan penyeimbang” dalam prinsip pemisahan kuasa.

Undang-undang Perlembangan perlu memerintah secara mutlak dan dilaksanakan secara adil, dan bukannya disalahgunakan bagi manfaat kroni tersembunyi diktator moden. Kita perlukan “Pemerintahan undang-undang” dan bukannya pemerintahan Mafia. Demokrasi perlulah bersifat aktif dan inklusif untuk semua rakyat sertai, dan bukannya hanya berlaku setiap 5 tahun sekali ketika mengundi.

Hentikan politik perkauman dan kebencian. Keharmonian kaum perlu disemai dan disuburkan sejak dari rumah dan sekolah pada usia muda, malah sebelum mula persekolahan lagi. Bukankah kita lahir tanpa kenal beza warna kulit?

Malaysia Boleh!

Senarai hasrat untuk Malaysia ini terdiri daripada semua cadangan yang saya pernah tulis, sampaikan dan perjuangkan selama ini.

Misi saya ialah untuk memberi tekanan, dengan cara membentuk kesedaran awam dan kembali semula ke jalan yang benar. Tiada apa yang mustahil, yang tidak boleh kita depani dan atasi selaku rakyat Malaysia bagi memastikan semua rakyat negara ini terjaga.

Malaysia sebuah negara unik dengan gabungan ramuan dan bahan terbaik yang didambakan mana-mana negara. Mari kita gembeling kekuatan daripada keunikan dan kepelbagaian ini dan membentuknya menjadi pasak kekuatan untuk bergerak maju ke hadapan, dan bukannya kelemahan yang mematahkan, mempercayai Tiada Yang Mustahil, Tiada Batasan dan menjadi sebaik mungkin.

Sepenuh jiwa raga, sejujurnya saya laungkan, Malaysia Boleh! Marilah kita bersama-sama dalam perjalanan ini, kerana kebersamaan ini memungkinkan semuanya!

Loading

The post Malaysia Yang Layu: Ke Mana Halatuju Kita? Senarai Hasrat Demi Pembetulan Asas first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Memerangi Kejahilan dan Ketidakpedulian Demi Malaysia Makmur https://aafaizli.com/memerangi-kejahilan-dan-ketidakpedulian-demi-malaysia-makmur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=memerangi-kejahilan-dan-ketidakpedulian-demi-malaysia-makmur Thu, 26 May 2016 03:10:18 +0000 http://aafaizli.com/?p=1200 Lebih 200 tahun yang lalu, Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih gentar kepada empat surat khabar yang tidak menyukaiku daripada seribu askar (bayonet).” Napoleon Bonaparte ialah seorang maharaja dan pakar ketenteraan terhandal ketika itu. Beliau berdepan dengan pelbagai kemustahilan sepanjang operasi ketenteraannya. Napoleon bertempur dengan 25,000 tentera Empayar Ottoman dan 6,000 tentera di Mesir malah …

The post Memerangi Kejahilan dan Ketidakpedulian Demi Malaysia Makmur first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Lebih 200 tahun yang lalu, Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih gentar kepada empat surat khabar yang tidak menyukaiku daripada seribu askar (bayonet).” Napoleon Bonaparte ialah seorang maharaja dan pakar ketenteraan terhandal ketika itu. Beliau berdepan dengan pelbagai kemustahilan sepanjang operasi ketenteraannya.

Napoleon bertempur dengan 25,000 tentera Empayar Ottoman dan 6,000 tentera di Mesir malah berdepan dengan angkatan tentera Austria dan Russia di Austerlitz. Empayarnya menjarah Sepanyol, Afrika Utara sehingga ke sempadan Russia.

Walaupun dengan semua pencapaian ini, Napoleon masih gentarkan surat khabar. Mengapa? Kerana surat khabar boleh mengawal dan mempengaruhi idea, kata-kata dan perdebatan. Napoleon takutkan perpecahan dalaman. Napoleon mahu kuasa kawalan mutlak. Malah berkata, “Aku mahu mencipta sebuah badan pendidikan yang akan menentukan cara orang Perancis berfikir!”

Dan itulah yang dilakukannya, mencipta rangkaian sekolah awam dalam usahanya untuk membentuk dan menentukan bagaimana rakyat Perancis sewajarnya berfikir dan bertindak. Usaha yang dilakukan Napoleon melalui sekolah awam terbukti berkesan tetapi beliau memandang rendah dan meletakkan titik noktah kepada kreativiti dan intelektualisme manusia. Konsep yang sama kemudiannya diadaptasikan di seluruh Perancis, dan menembusi tamadun Barat sehingga ke Amerika, dan akhirnya ke seluruh dunia.

Kebebasan Bersuara Menuju Pemikiran Kritis

Adakah rakyat Malaysia juga dikawal dalam aktiviti berfikir dan bertindak? Adakah kita, selaku negara bangsa yang moderat dan progresif, memahami makna kebebasan, keadilan dan demokrasi yang sebenar?

Masyarakat perlu mula berfikir, mempersoal dan melibatkan diri, bagi memahami matlamat bidang kuasa, keputusan penghakiman atau sistem tertentu. Kita perlu mewujudkan landasan yang selamat untuk menggalakan wacana intelektual dan mengizinkan rakyat Malaysia berfikir di luar kotak, mengatasi batas makna yang diajar di sekolah, norma masyarakat dan kerajaan.

Ini mungkin kelihatan seolah-olah seperti galakan untuk menyertai aktiviti memberontak tanpa hala tuju yang mengancam keselamatan awam. Namun sebenarnya kalau mempertimbangkan soal psikologi secara songsang dan kerencaman moral tidak diniatkan yang selalunya hanya berlaku apabila rakyat ditekan dan dalam situasi inilah rakyat akan berpihak dengan pihak pembangkang, walaupun pihak pembangkang itu tidak semestinya menjunjung kebenaran. Mereka membangkang hanya kerana ditekan.

Generasi muda terutamanya, akan mudah dipengaruhi dengan pelbagai idea, tanpa mengambil kira kesahihan, hanya kerana untuk menjadikan diri mereka berlainan daripada arus perdana. Ini tidak sihat. Kita perlu membenarkan dan membebaskan wacana dan wadah intelek. Pihak terpinggir dan tertindas perlu diberikan ruang untuk berdialog dan berdebat. Idea perlu dicabar dalam ruangan awam.

Bukti sejarah menunjukkan kemerdekaan idea dan pemikiran telah berjaya mencetuskan Revolusi Industri Britain. Malaysia juga perlu meraikan “Pencerahan” lebih daripada sekadar kemakmuran luaran semata, melalui Pemikiran Kritis.

Revolusi industri dan masa gemilang penciptaan hanya boleh berlaku sekiranya manusia diberikan kebebasan berfikir. Hanya ketika itulah manusia boleh mencapai kegemilangan hinggakan langit bukan lagi batas malah bulan pun boleh diraih.

Kisah Mobiliti Sosial melalui Pendidikan

Datuk saya merupakan testimoni bagaimana pendidikan melonjakkan mobiliti sosial rentas generasi. Beliau berasal dari Telok Panglima Garang, jauh daripada kesesakan Kuala Lumpur. Di awal hidupnya, beliau pelajar terbaik di sekolahnya dan ditawarkan biasiswa oleh Resident British ketika itu.

Beliau menyempurnakan pengajiannya di Victoria Institution, bekerja sebagai wartawan dengan akhbar Majlis. Ketika saya kecil, saya masih mengingati bagaimana beliau menekankan peri pentingnya pendidikan dan kesedaran sebagai kunci penggerak tamadun kemanusiaan yang hebat. Beliau bekerja keras bagi memastikan semua anak-anak serta cucu-cucunya berjaya menyempurnakan pendidikan tinggi. Saya masih ingat kata-katanya yang beliau tidak ada penyesalan lain kerana semua cucu-cucunya memperolehi pendidikan yang baik.

Banyak yang telah ditulis bagaimana Malaysia sewajarnya bebas daripada perangkap dan cengkaman pendapatan sederhana. Kita sudah terperangkap di dalamnya sejak 1996. Satu-satunya cara untuk bergerak ke depan ialah melalui pendidikan. Sejarah Negara Dunia Pertama berulang kali, membuktikan bagaimana betapa kuatnya kuasa pendidikan yang menjadi asas ketamadunan serta mampu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Menghargai Atok

Apabila saya memulakan perjalanan ijazah kedoktoran, adalah menjadi harapan untuk saya membentuk kesedaran dan menyumbang kepada masyarakat melalui tesis dan rencana. Kelompok rencana yang diterbitkan sewaktu penyelidikan merupakan sebahagian daripada naskah yang berjudul “Rich Malaysia, Poor Malaysians” dan “Malaysia Kaya, Rakyat Miskin”.

Naskah ini menggambarkan pemerhatian operasi harian Petronas kepada orang awam, selaku “cash cow” terbesar negara dan sumbangannya kepada pertumbuhan Malaysia. Saya kemudiannya juga menulis tentang realiti sosio ekonomi Malaysia, terutama sekali dalam soal Pendidikan dan Kesukarelawan. Saya cuba menterjemahkan faedah yang diperolehi daripada pendidikan; bahaya perangkap pendapatan sederhana; kesenjangan pendapatan yang semakin meluas serta kebejatan sosial yang semakin memburuk.

Paling mustahak, saya cuba menekankan bagaimana sebuah sistem pendidikan yang menyeluruh mampu memberi manfaat kepada keadaan sosio ekonomi yang lebih menyeluruh, yang pada masa sama akan menghapuskan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan negara bangsa. Hujah-hujah itu akhirnya dirumuskan kepada keperluan mendesak kepada pembuat dasar supaya memperkenalkan sasaran “Seorang Graduan, Sebuah Isirumah”.

Perlu diakui, saya menyentuh pelbagai isu. Tetapi secara keseluruhannya, pendidikan ialah salah satu, tidakpun yang satu-satunya, penyelesaian terpenting bagi kebanyakan masalah yang dihadapi kita pada masa kini. Perjuangan saya bukan memerangi ribuan askar. Perjuangan saya ialah penentangan kepada kelompangan pendidikan dan ketandusan kesedaran. Saya sepenuh raga percaya dan yakin yang hanya melalui pendidikan Malaysia akan makmur. Saya sepenuhnya percaya yang pendidikan ialah penyelesaian, kalau tidak kepada semua masalah, sekurang-kurangnya kepada banyak khilaf sosio ekonomi negara ini. Pendidikan sejati mengajar kita berfikir, bukan patuh buta.

Membentuk Kesedaran Bersama

Seperti debu yang tidak dipedulikan, begitulah kalau bersendirian dalam perjuangan- seperti saya dengan idea-idea ini. Bagaimanapun, debu sekecil ini boleh mencetuskan ribut sekiranya lebih ramai berpakat membentuk usaha bersama demi rakyat Malaysia.

Sekiranya kita membenarkan pemikiran untuk disemai, ia akan berubah menjadi dividen untuk negara bangsa kita yang kecil dan merdeka ini, tetapi masih lagi bergelut untuk memahami makna sebenar pertumbuhan, kemodenan dan pembangunan manusia. Sekiranya kita terus menghalang dan gagal menggalakkan pemikiran, rakyat Malaysia akan ditinggalkan berpecah belah dalam pergelutan sukar mencari makna dalam kebanjiran pengaruh global.

Pemikiran bukan hanya mencetuskan revolusi dan pergerakan anti-pemerintahan, tetapi juga membentuk dunia akademik, masyarakat dan mempengaruhi kepimpinan, perangkaan dasar, dan akhirnya kehidupan sejahtera manusia umum.

Selaku negara sedang membangun, Malaysia sedang mendepani halangan terakhir dan tersukar untuk mencapai kekayaan dan kemakmuran; yakni pembentukan masyarakat berasaskan ilmu pengetahuan, dipandu oleh para intelek dan pemikir. Baca, faham, fikir dan bertindak!

Mari semai budaya membaca dan pemikiran kritis dalam kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan kecintaan ilmu, cukup peduli untuk melonjakkan status sosio-ekonomi dan bergerak maju kepada Malaysia yang lebih makmur.

Loading

The post Memerangi Kejahilan dan Ketidakpedulian Demi Malaysia Makmur first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Malaysia: Kitaran Mudarat Jurang Kaya dan Miskin serta Cadangan Penyelesaiannya https://aafaizli.com/kitaran-mudarat-jurang-kaya-dan-miskin-serta-cadangan-penyelesaiannya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kitaran-mudarat-jurang-kaya-dan-miskin-serta-cadangan-penyelesaiannya Mon, 01 Dec 2014 02:00:30 +0000 http://aafaizli.com/?p=1103 KENYATAAN AKHBAR 1 DIS 2014 – BLINDSPOT Kitaran Mudarat Jurang Kaya dan Miskin serta Cadangan Penyelesaiannya Pertumbuhan ekonomi adalah baik. Walau bagaimanapun, sesuatu yang baik, jika berlebih-lebihan dan dilaksanakan dengan kejahilan boleh mengakibatkan kemudaratan. Negara yang berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama memiliki kesenjangan ekonomi yang tinggi, adalah pembunuh senyap yang tersembunyi seperti kolesterol …

The post Malaysia: Kitaran Mudarat Jurang Kaya dan Miskin serta Cadangan Penyelesaiannya first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
KENYATAAN AKHBAR
1 DIS 2014 – BLINDSPOT

Kitaran Mudarat Jurang Kaya dan Miskin serta Cadangan Penyelesaiannya

Pertumbuhan ekonomi adalah baik. Walau bagaimanapun, sesuatu yang baik, jika berlebih-lebihan dan dilaksanakan dengan kejahilan boleh mengakibatkan kemudaratan. Negara yang berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama memiliki kesenjangan ekonomi yang tinggi, adalah pembunuh senyap yang tersembunyi seperti kolesterol yang membahayakan dan juga boleh memberi tekanan darah tinggi.

Kita jangan sesekali mengabaikan kesan buruk kesenjangan dalam usaha untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini mengiktiraf kesenjangan sebagai masalah global nombor satu dalam Agenda Global 2015.

Status Negara Berpendapatan Tinggi tiada maknanya bagi lebih 80% rakyat Malaysia yang bekerja makan gaji ataupun yang bekerja sendiri, yang berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. Pendapatan mereka yang rendah menyumbang kepada kesenjangan pendapatan yang besar, iaitu pengagihan pendapatan yang sangat pencong. Hanya sebilangan kecil sahaja rakyat Malaysia yang berpendapatan lebih dari sepuluh ribu ringgit sebulan.

Indeks pekali Gini Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau ini dan telah secara relatifnya kekal ditakuk melebihi 0.4 sejak tahun1980-an, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam mesyuarat Kumpulan Fokus Belanjawan 2014 bagi menangani kesenjangan pendapatan pada 3 Ogos, 2013.

Sebagai rakyat yang cakna dan prihatin, kami mendesak agar kerajaan untuk mengambil tindakan segera dan afirmatif bagi mengurangkan kesenjangan; iaitu jurang kaya dan miskin yang lebar di Malaysia.

Sebagai langkah permulaan, kami mencadangkan tindakan-tindakan berpaksikan polisi kepada 9 BIDANG UTAMA untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Kerajaan juga perlu mengambil kira penumpuan hasil dan pendapatan yang diterima daripada Petronas dalam usaha untuk mengurangkan kesenjangan.

1. Menetapkan indeks Gini atau ukuran kesenjangan lain yang bersesuaian sebagai matlamat sasaran negara.
•    Berbeza dengan pertumbuhan KDNK, tindakan dan kemajuan yang telah dicapai dalam mengurangkan jurang kaya miskin tidak mampu diringkaskan dan dinyatakan dalam satu nombor. KDNK, PNK, ETP, GTP, EPP, NKEA, NKRA dan sebagainya tidak dapat menangani permasalahan kesenjangan kepada negara. Permasalahan kesenjangan termasuk pengangguran, jenayah, kemiskinan, masyarakat yang tidak toleran dan kurang peduli, ketegangan antara kaum, masalah kesihatan dan sosial serta pengurangan berterusan serta barang sosial.
•    Indeks kesenjangan patut dijadikan matlamat sasaran negara dan perkembangan indeks ini harus dijelaskan kepada rakyat seperti juga pertumbuhan KDNK dan pendapatan per kapita. Sesuatu yang dapat diukur akan mampu dicapai. Kami mencadangkan agar Indeks Gini Malaysia dikurangkan kepada 0.35 pada tahun 2020 sebagai matlamat sasaran negara.

2. Gunakan pengukuran progresif untuk ukuran kemiskinan
•    Mensepadukan pelbagai takrifan kemiskinan dan nilai ambang (threshold) agar ianya memenuhi standard dan amalan global yang tekini. Berbanding menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berdasarkan kemiskinan mutlak, kami mencadangkan kerajaan menggunakan ukuran kemiskinan relatif dengan nilai ambang 60% daripada median pendapatan isi rumah dengan penyelarasan yang sesuai berkadaran dengan saiz keluarga. Pada masa ini ianya bersamaan dengan RM1,200 untuk individu, RM2,000 untuk isi rumah (sudah berkahwin tidak mempunyai anak), tambahan RM300 untuk 2 anak pertama setiap satu, RM200 lagi untuk anak ketiga dan ke-empat dan RM100 untuk anak yang seterusnya.

3. Memberikan peluang pendidikan yang saksama dan memperbaiki hubungkait antara tenaga kerja tempatan dan piawaian/standard sumber manusia.
•    Sekolah rendah berasrama penuh untuk kanak-kanak dari golongan miskin: hari ini, pelajar sekolah menengah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM adalah anak-anak daripada ibu bapa golongan pertengahan dan kelas atasan yang mendapat pendidikan daripada sekolah rendah yang baik. Kita memerlukan SBP untuk sekolah rendah bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar dan luar bandar untuk mempertingkatkan peluang mereka untuk memasuki pendidikan peringkat menengah dan pengajian tinggi. Kerajaan boleh menggunakan sistem penyampaian alternatif untuk tujuan ini, sebagai contohnya memperkasakan ‘usahawan sosial’ untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan melalui perusahaan sosial.
•    Pendidikan dan latihan vokasional serta politeknik: kerajaan perlu menyasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 100,000 pelajar pada tahun 2020. Ini adalah penting untuk mempelbagaikan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja yang mana pada ketika ini, 75% daripadanya adalah pemegang sijil SPM dan ke bawah.
•    Universiti awam: kerajaan perlu meningkatkan pengambilan tahunan daripada 200,000 pada masa ini kepada sekurang-kurangnya 400,000 pelajar pada tahun 2020. Pelbagai kajian dan penyelidikan telah membuktikan bahawa pendidikan tinggi boleh membantu mengurangkan kesenjangan.

4. Memastikan pekerjaan yang wajar dan gaji yang adil untuk rakyat. Secara prinsip, tiada seorang pun yang bekerja sepenuh masa harus berada di dalam kemiskinan.

•    Menetapkan gaji minimum RM1,350 bagi tahun 2015 dan mensasarkan RM1,850 pada tahun 2020 untuk mencapai nisbah 40% CE / GDP yang dicadangkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancangan Ekonomi, Datuk Sri Abdul Wahid Omar. Dengan sasaran PNK sebanyak RM1.7 trilion pada tahun 2020, jumlah yang dicadangkan ini perlu ditetapkan oleh kerajaan sebagai gaji minimum. Jumlah ini adalah 10% lebih tinggi daripada nilai ambang kemiskinan relatif yang kami cadangkan (RM1,200). Peningkatan tahunan sebanyak 6.5% dari gaji minimum 2015 akan dapat membolehkan gaji minimum RM1,850 dicapai pada tahun 2020.
•    Menetapkan gaji siling eksekutif tertinggi. Amalan syarikat yang membayar eksekutif peringkat tertinggi lebih daripada 50 kali ganda gaji purata atau median seharusnya tidak digalakkan. Ianya boleh dicapai melalui kadar percukaian tinggi.
•    Mengiktiraf hak kolektif pekerja. Fasal-fasal dalam Akta Kesatuan Sekerja perlu dikaji semula untuk memperkasa kesatuan sekerja dan Malaysia perlu meratifikasi konvensyen ILO.
•    Hadkan penggunaan pekerja asing dalam industri tertentu. Kerajaan perlu meningkatkan levi pekerja asing kepada RM5,000 dan menetapkan had ke atas guna tenaga pekerja asing oleh industri. Kerajaan boleh membenarkan pekerja asing 100% untuk pembantu rumah yang tulen. Walau bagaimanapun, bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan seharusnya tiada pekerja asing yang digunapakai, untuk sektor pembinaan peratusan maksimumnya 30% dan bagi industri berasaskan agro / perladangan, peratusan maksimumnya pula 50%.

5. Perumahan mampu milik. Secara prinsipnya, setiap rakyat perlu diberi peluang untuk memiliki sebuah rumah yang sesuai untuk kehidupan mereka. Kerajaan telah melabur jumlah wang yang besar untuk memupuk dan menyokong budaya inovasi termasuk inovasi sosial. Adalah baiknya untuk kerajaan, mendapatkan pulangan pelaburan daripada usaha-usaha inovasi dengan cara memberikan rumah mampu milik untuk rakyat.
•    Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu menyatukan semua agensi perumahan semasa dan SPV kepada satu badan perumahan negara yang berautoriti. Ini akan membolehkan pengurusan yang lebih baik dan ‘ekonomi skala’ yang lebih besar.
•    Kerajaan perlu memperketatkan RPGT dan pembiayaan rumah kedua dan pembelian rumah seterusnya dan pembelian asing untuk membendung spekulasi dan menstabilkan pasaran. Kerajaan juga perlu menyediakan bantuan bagi membolehkan pembeli kali pertama untuk membeli rumah mampu milik.
•    Sebagai alternatif, kerajaan boleh memberi kuasa kepada persatuan perumahan untuk membina rumah mampu milik dan memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri tempatan untuk mencari penyelesaian bersama-sama dengan persatuan perumahan dan ‘usahawan sosial’ untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan masing-masing.

6. Membangunkan sektor rakyat atau sektor sosial untuk membantu menangani kemiskinan dan masalah sosial, menyediakan barangan dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mencipta inovasi sosial untuk membantu mengurangkan kesenjangan.
•    Sektor swasta Malaysia telah menikmati pelbagai sokongan, insentif, keistimewaan, akses kepada kewangan, program pembangunan, skim Kerjasama Awam Swasta (KAS), dan lain-lain; dengan cara disediakan atau dibantu oleh kerajaan. Seharusnya juga, kerajaan perlu membantu membangun, menyokong dan memberi insentif kepada sektor sosial.
•    Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu mengiktiraf hak tersendiri sektor sosial yang mana ianya bukan hanya satu unsur pengimbang sahaja, ataupun satu sektor yang tidak formal dan tidak dikitiraf. Selaras dengan usaha global untuk membangunkan sektor sosial, kerajaan perlu memperkenalkan pelbagai langkah, skim dan insentif untuk membangunkan sektor ini termasuk dana untuk inovasi sosial dan akses kepada kewangan sosial. Ini termasuk pembangunan yang sepatutnya untuk sektor pembiayaan mikro.

7. Pemindahan Sosial
•    Pemberian wang tunai untuk membantu membasmi kemiskinan melalui pemberian terus hendaklah berasaskan kepada keperluan yang jelas, garis panduan dan matlamat yang disasarkan. Tahap pendapatan yang layak untuk pemberian terus tunai perlu terikat kepada nilai ambang kemiskinan. Penghasilan matlamat yang wajar, garis panduan, langkah-langkah dan kaedah-kaedah peniliaian perlu diwujudkan sebelum ianya dilaksanakan.
•    Sebagai alternatif, bantuan kepada golongan miskin boleh dilaksanakan melalui sistem penyampaian alternatif, seperti pemerkasaan usahawan sosial untuk membantu pembasmian kemiskinan melalui perusahaan sosial.

8. Tadbir urus yang baik dan memerangi rasuah
•    Rasuah dan tadbir urus yang lemah adalah antara punca utama kesenjangan yang besar. Kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk memerangi rasuah termasuk melaksanakan peruntukan belanjawan yang lebih tinggi dan mengambil langkah-langkah radikal untuk mendedahkan dan menghukum perasuah.
•    Kerajaan, sektor awam dan sektor swasta perlu mematuhi dan dipandu seluruh dayanya dengan tadbir urus, integriti dan ketelusan prinsip dan garis panduan yang dianjurkan oleh Global Compact PBB, Transparency International dan Global Financial Integrity.

9. Langkah-langkah fiskal dan insentif
•    Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Warisan telah terbukti memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang pendapatan antara yang kaya dan miskin di samping membawa hasil cukai tambahan kepada kerajaan.
•    Selain itu kerajaan boleh memperkenalkan pelbagai insentif fiskal untuk menggalakkan golongan berada di negara ini untuk menyumbang ke arah peningkatan kesejahteraan golongan miskin.

Mengurangkan kesenjangan ekonomi adalah lebih sukar berbanding penambahan pertumbuhan ekonomi. BLINDSPOT mencadangkan satu unit khas yang diketuai oleh seorang menteri yang berkebolehan yang bertanggungjawab bertugas dengan Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung dengan Kesenjangan diwujudkan untuk memperjuangkan matlamat ini. Unit ini harus diberikan kuasa yang secukupnya dan boleh membuat perlaksanaan merentasi kementerian lain bagi memastikan kesenjangan dapat dikurangkan. Kami menjangkakan bajet tahunan sebanyak 8% daripada KDNK diperlukan; penambahan 5% daripada peruntukan semasa.

Kerajaan, sektor swasta dan rakyat perlu bersatu padu menggembeling usaha untuk menangani kesenjangan pendapatan dan kekayaan. Seruan ini menyeru kepada usaha-usaha merangsang dan memperhebatkan wacana ekonomi dan sosial, dan juga kerjasama merentasi partisan untuk mencapai persetujuan mengenai matlamat-matlamat dan falsafah ekonomi baru.

BLINDSPOT menggesa semua kumpulan pemikir,  penggubal dasar, ahli akademik dan aktivis di Malaysia untuk menilai cadangan-cadangan ini dan menyumbang ke arah matlamat ini semaksima mungkin, bagi mewujudkan Malaysia yang lebih baik bukan sahaja untuk generasi kita, tetapi untuk generasi akan datang. Kami berharap cadangan-cadangan ini akan membantu memecahkan kitaran mudarat kesenjangan dan membawa Malaysia kepada kitaran ekonomi yang adil dan harmoni.

BLINDSPOT

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
ANAS ALAM FAIZLI – aafaizli@gmail.com
AZLAN AWANG – azlanawang@gmail.com
KHALID KARIM – khalidbinkarim@gmail.com
RAZIN MURAT – razin@ymail.com

* BLINDSPOT terdiri daripada sekumpulan profesional yang memberi focus kepada keadilan ekonomi dan sosial. Isu-isu yang diperjuangkan adakah isu yang memberi kesan kepada rakyat biasa seperti pekerjaan, upah/gaji, pendidikan, perumahan, kos sara hidup, kesenjangan, kemiskinan, perubahan ekonomi luar bandar dan implikasi agenda ekonomi hari ini kepada generasi akan datang.

Loading

The post Malaysia: Kitaran Mudarat Jurang Kaya dan Miskin serta Cadangan Penyelesaiannya first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Konvensyen Pendidikan TFTN Kali Ke-2 #TFTN2013 https://aafaizli.com/konvensyen-pendidikan-tftn-kali-ke-2-tftn2013/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=konvensyen-pendidikan-tftn-kali-ke-2-tftn2013 Sat, 21 Dec 2013 14:04:47 +0000 http://aafaizli.com/?p=1006 Teach For The Needs turut menyorot ‘Pedagogi Pendidikan Cinta’ sebagai alternatif kepada pedagogi sedia ada untuk menampung evolusi falsafah dan teknik mengajar pada masa hadapan. Pedagogi ini dijadikan tema usulan untuk konvensyen pendidikan kali ini; Pendidikan Cinta – Demi Masa Depan Malaysia. Sasaran program ini adalah menyebar dan memberi penekanan cinta sebagai elemen relevan dalam …

The post Konvensyen Pendidikan TFTN Kali Ke-2 #TFTN2013 first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Teach For The Needs turut menyorot ‘Pedagogi Pendidikan Cinta’ sebagai alternatif kepada pedagogi sedia ada untuk menampung evolusi falsafah dan teknik mengajar pada masa hadapan. Pedagogi ini dijadikan tema usulan untuk konvensyen pendidikan kali ini; Pendidikan Cinta – Demi Masa Depan Malaysia. Sasaran program ini adalah menyebar dan memberi penekanan cinta sebagai elemen relevan dalam semua aspek kehidupan, termasuklah hubungan kemanusiaan, agama, politik, juga berpotensi besar meniupkan pembaharuan yang merevolusikan pendidikan manusiawi.

Ucaptama Dato Dr Siddiq Fadzil – Cinta dan Pendidikan Solusi Pembanteras Kemiskinan

Ucaptama Tan Sri Ghauth Jasmon – Aktivisma Pendidikan dan Kesukarelawanan Sebagai Kuasa Ketiga

Ucaptama Mat Luthfi – Memperkasa Media Sosial Demi Pendidikan

Ucaptama Zul Fikri Zamir – Mazhab Pendidikan Cinta

Diskusi Santai bersama Loque dan Sasha Saidin – Keindahan Aktiviti Sosial

Diskusi Santai bersama Fathi Aris Omar dan Dr Maszlee Malik – Anak Muda dan Masyarakat

Kehadiran full house Alhamdulillah melebihi 900 orang.

konvv

Sukarelawan TFTN yang menjayakan Konvensyen #TFTN2013

Loading

The post Konvensyen Pendidikan TFTN Kali Ke-2 #TFTN2013 first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Cinta sebagai Pedagogi dan Falsafah Pendidikan Negara https://aafaizli.com/cinta-sebagai-pedagogi-dan-falsafah-pendidikan-negara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cinta-sebagai-pedagogi-dan-falsafah-pendidikan-negara Mon, 24 Jun 2013 01:26:26 +0000 http://aafaizli.com/?p=634 Cinta. Alangkah dalamnya perkataan ini. Ada ketika definisinya mudah difahami. Ada kala pula maksudnya terlalu luas dan mendalam, dengan pelbagai konotasi dan ekspresinya. Semua jiwa tentu pernah merasai apa itu cinta, sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerima atau menghargainya. Ada di antara kita yang cuba mengkaji fenomena cinta itu dengan lebih mendalam, dan …

The post Cinta sebagai Pedagogi dan Falsafah Pendidikan Negara first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Cinta. Alangkah dalamnya perkataan ini. Ada ketika definisinya mudah difahami. Ada kala pula maksudnya terlalu luas dan mendalam, dengan pelbagai konotasi dan ekspresinya. Semua jiwa tentu pernah merasai apa itu cinta, sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerima atau menghargainya. Ada di antara kita yang cuba mengkaji fenomena cinta itu dengan lebih mendalam, dan ada yang lebih gemar dibuai sahaja perasaan cinta itu tanpa benar-menar memahaminya. “Dengan sentuhan cinta, semua orang jadi penyair”, kata Plato.

Lantas perbincangan tentang Cinta tentu sekali tidak terlepas daripada penelitian falsafah sejak dari era Yunani purba. Plato dalam karya agungnya Symposium menyifatkan Cinta sebagai suatu proses peningkatan; Cinta pada tahap paling rendahnya berupa hanya sebagai nafsu erotik (eros), yang kemudiannya boleh ditingkatkan menjadi suatu  pengalaman intellektual,  kehormatan dan keintiman ke atas objek yang dicintai (philia), dan kemudiannya mencapai tingkat tertinggi melalui pandangan ketuhanan dan spiritual terhadap cinta (agape).

Agama juga membantu kita dalam memahami cinta. Malah, sumber-sumber keagamaan sebenarnya lebih holistik berbanding falsafah atau teori-teori psikologi dan sains, kerana agama merupakan pendedahan kepada manusia daripada tuhan dan telah melepasi ujian masanya dalam merentasi sejarah.

Agama kristian melihat cinta sebagai sifat tuhan terhadap umat manusia yang dibuktikan melalui pengorbanan Nabi Isa A.S. demi menyucikan umatnya daripada dosa. Penganut Kristian membalas cinta ini dengan kepercayaan dan kesetiaan mereka. Agama Buddha itu sendiri diwujudkan berasaskan cinta Siddharta Gautama terhadap manusia yang cenderong bertelagah antara satu sama lain lalu menghalang diri mereka sendiri daripada mengecapi kebebasan abadi. Al-Quran, kerasulan nabi Muhammad S.A.W., panggilan da’wah kepada Islam dan kehidupan yang menjadi contoh teladan berkurun lamanya selepas kedatangan Islam menunjukkan kepada umat Islam betapa luasnya pengaruh cinta; cinta terhadap Allah S.W.T., cinta terhadap diri sendiri, dan alam sekeliling sebagai batu asas kepercayaan kita.

Oleh itu, tidak wajar sama sekali jika premis untuk mendefiniskan cinta itu diterhadkan kepada kemahuan nafsu semata-mata. Cinta itu relevan dalam semua aspek kehidupan, termasuklah hubungan kemanusiaan, agama, politik, dan berpotensi besar meniupkan pembaharuan dan boleh merevolusikan pendidikan manusiawi.

Sejak Friedrich Schiller menukilkan Aesthetic Education of Man pada 1794, banyak karya lain menyusul merentasi zaman seperti Il Metodo della Pedagogia Scientifica oleh Maria Montessori pada 1909 dan Deschooling Society oleh Ivan Illich pada 1971 serta beberapa lagi karya yang memberikan impak besar dalam bidang pendidikan. Hal ini menggambarkan betapa manusia, dalam melalui sejarah peradabannya yang berbeza-beza, masih mencari-cari kaedah pengajaran dan pembelajaran anak-anak atau pedagogi yang terbaik untuk sistem persekolahan formal masing-masing. Menariknya, tanpa di sedari jawapannya mungkin terletak di hadapan mata kita sahaja.

Peranan Besar Falsafah Pendidikan Negara

Kajian empirikal menunjukkan bahawa pembangunan pendidikan dan kemajuan sesebuah negara berkait rapat dengan kewujudan sebuah falsafah yang jelas, fokus dan tertumpu dalam sistem pendidikan negara terbabit. Melihat contoh sistem pendidikan Finland yang diangkat sebagai sistem pendidikan terbaik abad ini, terdapat suatu penumpuan jelas terhadap kesamarataan (inclusion). Istilah pembahagian kelas pintar-corot tidak wujud sama sekali. Anak-anak dibimbing mengikut keperluan individual mereka untuk sekurang-kurangnya menghabiskan pendidikan asas. Yang lebih pintar membantu yang lemah. Kemanusiaan.

Di negara Jepun pula, kita melihat kadar keciciran (berhenti sekolah) yang begitu rendah kerana terdapat falsafah pendidikan negara yang berfokuskan akhlak bermoral dan disiplin. Kehidupan yang baik dijanjikan untuk mereka yang berdisiplin dalam pendidikan. Walaupun dianugerahkan tuhan dengan sumber kekayaan hasil bumi yang tidak seberapa, Korea juga telah mencapai tahap kemajuan seperti yang dinikmatinya kini, kerana menelurusi ajaran Confucianism sebagai falsafah pendidikan mereka. Pendidikan dilihat sebagai langkah memperkasakan watak, dan bukannya sekadar menaikkan status sosial seseorang. Di Amerika, falsafah pendidikan dan kehidupan diletakkan ke atas pragmatisme. Ahli akademik percaya bahawa falsafah ini lah yang menjadi resipi kejayaan sains dan teknologi Amerika sehingga manusia berjaya mendarat di bulan.

Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bertujuan untuk “memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Berdasarkan pemerhatian sahaja, sudah dapat disimpulkan bahawa FPN tewas di gelanggangnya sendiri. Hasil yang diinginkan jelas, tetapi falsafah di sebaliknya samar dan tidak fokus. Terlalu banyak yang ingin dicapai. Apakah itu keseimbangan? Hal ini menyukarkan pembuat polisi pendidikan untuk merekabentuk sistem pelaksanaan dan insentif yang sesuai, kerana ketiadaan prinsip yang jelas. Natijahnya anak-anak yang lahir melalui sistem pendidikan sedemikian dangkal dalam aspek-aspek insaniah dan bukan intelektual yang diingankan oleh FPN sendiri. Malah ramai juga anak-anak yang tidak berjaya walaupun dari segi intelektual.

Oleh itu, langkah memfokuskan kembali falsafah pendidikan kita menjadi suatu keperluan kritikal. Falsafah ini bakal menjadi rangka kerja asas dan idea pokok dalam usaha menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia, dan lebih penting lagi, pendidikan yang memanusiakan manusia.

Adakah Kita Mengalami Krisis Pendidikan?

Dewasa ini rakyat Malaysia semakin vokal dalam isu pendidikan negara. Berpandukan pemerhatian ke atas kesan-kesan sistem pendidikan Malaysia pasca DEB, kita mengkritik penumpuan melampau terhadap peperiksaan, polisi pendidikan yang dipolitikkan, dan pemfokusan terhadap memenuhi peluang pekerjaan sehingga menggadaikan nilai ilmu pengetahuan itu sendiri. Namun, bilakah sebenarnya sistem pendidikan itu dianggap kritikal?

Sesebuah sistem pendidikan itu mengalami krisis apabila masyarakat yang lahir daripadanya terasing daripada tujuan sebenar pendidikan, termasuklah mereka yang dianggap “berjaya” melalui kaedah penilaian konvensional. Benar, tujuan sebenar pendidikan itupun sebenarnya satu titik permulaan yang bermasalah, kerana bagi lain orang, lain tujuan pendidikannya. Tetapi, cukup untuk kita sandarkan penilaian kita di sini kepada FPN sebagai tujuan pendidikan yang sepatutnya menjadi tujuan ulung pendidikan. Jadi, bagaimanakah pelajar boleh terasing daripada tujuan sebenar pendidikan?

Pertama, kaedah pembelajaran kini mengetengahkan guru sebagai watak utama, dan bukannya anak-anak. Guru seorang sosok yang ditakuti yang menyampaikan maklumat yang dianggap kebenaran mutlak kepada pelajar. Dalam sebuah forum berjudul “Pedagogi Pendidikan Cinta” yang diadakan oleh Teach for The Needs (TFTN), penulis Ustaz Hasrizal Jamil mencadangkan dengan bernasnya bahawa anak-anak yang lulus cemerlang juga sebenarnya boleh dikira sebagai kegagalan sistem pendidikan. Terdapat tiga dimensi kepada sesebuah pendidikan yakni penubuhan institusi pendidikan, penetapan sukatan pelajaran dan pedagogi. Sektor pendidikan di Malaysia cukup berjaya dalam dua dimensi yang pertama, tetapi gagal pada dimensi ketiga, yakni dalam memberikan perkhidmatan kepada “pelanggan-pelanggan” sebenarnya iaitu para murid. Kegagalan ini berkait dengan kegagalan usaha memanusiakan manusia, seperti yang diperjuangkan oleh Malik Bennabi, daripada menjadi robot yang berjaya dari segi akademik dan ekonomik tetapi kosong tanpa roh, peri kemanusiaan, dan akhlak terpuji.

Namun, fenomena ini hanya gejala kepada satu “penyakit” yang menjadi punca sebenar; cinta itu tidak wujud dalam FPN, mahupun dalam pedagogi kita. Entah bagaimana, reka bentuk sistem pendidikan rasmi telah menyimpulkan bahawa jarak professional di antara guru dan pelajar itu sesuatu yang diterima pakai secara amnya. Anak-anak pula tiada galakan untuk berganding bersama dengan rakan-rakan dalam mencari ilmu; mereka lebih cenderung menjaga hal masing-masing. Rakan-rakan seronok dibuat teman ketika waktu rehat, tetapi lawan sampai mati di dalam bilik darjah. Cinta diasingkan sama sekali daripada konteks pedagogi formal, dan dibiarkan dalam konteks tidak formal seperti pedagogi ibubapa-dan-anak di rumah.

Model jarak antara guru-dan-murid ini adalah satu pendidikan yang memberi kesan konteks meluas dalam kehidupan kita, lantas menyukarkan perhubungan sesama kita dalam masyarakat. Model ini menjadi norma yang cukup berpengaruh ke atas etika, kesedaran sivik dan nilai kejiranan kita. Nah, di sinilah di mana pelajar yang lulus cemerlang sekalipun telah “digagalkan” oleh sistem pendidikan. Pelajar yang mendapat kurang kasih sayang di rumah lebih bernasib malang; sudahlah kekurangan sentuhan cinta di rumah, kasih sayang daripada guru dan teman-teman di sekolah pun tidak dapat dirasai. Tidak mengejutkanlah apabila mereka ini memasuki masyarakat sebagai manusia yang langsung tidak memenuhi ciri-ciri yang diinginkan oleh FPN sendiri.

Revolusi Cinta Kepada Pedagogi dan Falsafah Pendidikan

Paulo Freire mencadangkan cinta sebagai solusi dalam rangka kerja pendidikan tersohor beliau menerusi Pedagogy of The Oppressed. Para pelajar dilihat sebagai gologan tertindas, manakala sistem pengajaran sebagai yang menindas. Beliau berpendapat hal ini berpunca daripada hubungan guru dan murid yang terasing; seorang berada di kedudukan yang lebih tinggi, dan seorang lagi sekadar menerima di kedudukan yang lebih rendah. Guru dan murid tidak wujud sebagai satu unit yang bersama-sama mencapai tujuan akhir pendidikan. Teori Frantz Fanon turut menyamakan golongan intelektual sebagai golongan yang dijajah oleh sistem yang menjajah. Tetapi bagaimanakah cinta dapat menyegarkan kembali sistem pedagogi formal dan menyelesaikan masalah-masalah sistem pendidikan kini?

Teori psikologi “Segitiga Cinta” Robert Sternberg 1986 menegaskan keintiman, semangat keberahian dan kesetiaan sebagai binaan-binaan asas cinta. Walaupun lazimnya digunapakai untuk menerangkan potensi cinta dalam perhubungan sesama manusia secara amnya, teori ini mampu diaplikasikan untuk melihat peranan cinta dalam perkembangan IQ anak-anak.

Keintiman yang lahir menerusi ikatan dan hubungan membina asas kukuh kepada proses penyampaian ilmu pengetahuan daripada guru kepada murid. Keintiman memudahkan komunikasi sehingga para pelajar tidak takut bertanya soalan. Pelajar juga merasakan keselesaan psikologi yang akan melahirkan perasaan kagum dan teraspirasi, seperti “saya ingin mencari jawapannya bersama cikgu,” ataupun “saya ingin menjadi pandai seperti cikgu”.

Kemudian semangat berahi melengkapkan pedagogi melalui kuasa motivasinya dalam mencari ilmu. Cinta yang berahi menyuntikkan semangat dalam pengalaman akademik pelajar. Semangat untuk belajar dan berjaya dalam pelajaran yang bermotivasikan cinta menjadi penggerak yang jauh lebih kuat berbanding insentif lain seperti hadiah yang dijanjikan oleh ibu bapa, pengiktirafan guru dan sekolah, atau keinginan memasuki universiti-universiti ternama.

Komponen ketiga cinta, iaitu kesetiaan, menitipkan aspek ketetapan dan kesinambungan dalam pembelajaran. Apabila seorang pelajar mencapai keputusan bahawa dia mempunyai rasa cinta untuk belajar dan dia mencintai gurunya sebagai pendidik, beliau terdorong untuk mencapai destinasi akhir pendidikannya dengan rasa tanggungjawab dan kesetiaan.

Bagaimana pula pengaruh cinta dalam konteks EQ? Sejak sekolah lagi, persaingan antara pelajar menjadi satu kebiasaan; misi pelajar ke sekolah adalah untuk dialirkan dalam kelas-kelas teratas, berpandukan kemahuan-kemahuan material. Jadi mereka mungkin berjaya mendapatkan A dalam semua mata pelajaran, tetapi emosi mereka kosong tanpa cinta. Mereka bersaing secara tidak sihat, dari kecil sehinggalah memasuki alam pekerjaan, berpegang dengan fahaman kemenangan sebagai kejayaan mengalahkan orang lain. Tetapi apabila benih-benih cinta, kasih sayang dan belas kasihan ditanam dalam diri mereka, suatu sifat tanggungjawab tumbuh secara tidak langsung. Yang pintar membantu yang lemah. Dengan cinta, nilai-nilai persaudaraan dan ukhuwwah diajar awal dari sekolah!

Cadangan Mengkaji Semula Falsafah Pendidikan Negara

Ditubuhkan atas dasar cinta, TFTN melalui duta-dutanya mengenal pasti dan membantu secara langsung pelajar-pelajar dalam sistem persekolahan kebangsaan yang ketinggalan dalam pencapaian akademik dan motivasi diri akibat kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Tetapi, sebanyak manalah yang mampu dipikul oleh kumpulan kecil guru-guru ini. Pembaikan dan usaha pembaharuan juga perlu datang dari peringkat atas. Pelaksanaan sistem pendidikan negara dan segala serba serbi hasil daripadanya bergantung kuat kepada falsafah pendidikan itu sendiri. Falsafah menjadi teras kepada reka bentuk polisi, dan insentif kepada pelaksanaanya.

Masyarakat Malaysia merupakan suatu percampuran unik yang berbilang bangsa, pemikiran, agama, latar belakang dan budaya. Dalam menelurusi jalan pembangunan dengan penuh perpaduan, cinta antara satu sama lain perlu wujud dalam perasaan setiap daripada kita. Belas kasih dan toleransi melalui cinta tidak akan datang secara tiba-tiba, apatah lagi jika dipaksa ke atas golongan dewasa melalui bermacam jenis peraturan apabila kita tidak diajar sejak kecil untuk mencintai lebih daripada kekasih ataupun keluarga terdekat kita sahaja.

Saya mencadangkan bahawa FPN dikaji semula untuk menjadi lebih fokus, dan meletakkan cinta sebagai pedagogi dan falsafah utamanya untuk mengecapi tujuan murninya yakni memanusiakan manusia. Jika dilihat sebenarnya, bukan cinta itu sendiri yang menjadi matlamat agung kita, tetapi nilai-nilai yang lahir bersamanya seperti semangat, tujuan dan komitmen dalam menjalani proses pendidikan, juga belas kasihan, murah hati, kesetiaan dan hormat-menghormati dalam konteks kehidupan. Cinta bukan sesuatu yang “jiwang” semata-semata; cinta mempunyai kuasa revolusi dalam mencorakkan rentak sesebuah kemanusiaan.

Dewasa ini, banyak literatur dan tulisan kajian cinta sebagai pedagogi. Saya menyeru dan menggesa para mahasiswa, penyelidik, pensyarah dan semua ahli akademik untuk meneruskan kelangsungan usaha mewujudkan rangka kerja pedagogi, berteraskan falsafah pendidikan negara yang berasaskan cinta. Tanpa cinta, kasih dan sayang, roh itu kosong dan hambar. Maka tidak kiralah berjaya dalam akademik atau tidak, keputusannya tetap sama. Cinta merupakan puncak dalam penyelesaian kepada semua masalah dunia; bukan sahaja pendidikan, tetapi juga sosial dan ekonomi. Raikan cinta!

“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat”–
HAMKA

Loading

The post Cinta sebagai Pedagogi dan Falsafah Pendidikan Negara first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Nak Undi Siapa? Panduan dan Analisis Kritikal Manifesto https://aafaizli.com/nak-undi-siapa-panduan-dan-analisis-kritikal-manifesto/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nak-undi-siapa-panduan-dan-analisis-kritikal-manifesto Thu, 02 May 2013 18:04:13 +0000 http://aafaizli.com/?p=581 Pilihanraya umum ke 13 menjelang tiba, namun masih kedengaran bicara-bicara yang menggambarkan ketidakendahan politik, seperti “semua parti sama sahaja” dan “kalau sudah ahli politik, tetap ahli politik”. Bagi golongan muda yang menjadi majoriti di kalangan 3.7 juta pengundi baru kali ini, keluar mengundi seolah-olah disamakan dengan tugasan “memilih yang kurang jahat di antara dua penjahat”. …

The post Nak Undi Siapa? Panduan dan Analisis Kritikal Manifesto first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Pilihanraya umum ke 13 menjelang tiba, namun masih kedengaran bicara-bicara yang menggambarkan ketidakendahan politik, seperti “semua parti sama sahaja” dan “kalau sudah ahli politik, tetap ahli politik”. Bagi golongan muda yang menjadi majoriti di kalangan 3.7 juta pengundi baru kali ini, keluar mengundi seolah-olah disamakan dengan tugasan “memilih yang kurang jahat di antara dua penjahat”. Namun begitu perlu diingat pesanan Pericles bahawa walaupun anda tidak peduli politik, politik akan peduli dengan anda. Kita bertanggungjawab memilih kerajaan kerana Rosseau mengatakan kerajaan yang tidak baik akan melahirkan masyarakat yang tidak baik!

Demokrasi-demokrasi moden seperti UK dan Amerika Syarikat mempamerkan ideologi yang ketara berbeza di dalam sistem politik mereka. Ada parti-parti berhaluan kiri seperti Labour di UK dan Democrat di AS, dan ada parti-parti bersifat pro-pasaran bebas dan perniagaan, seperti Republicans di AS dan Conservatives di UK. Situasi ni menatijahkan perubahan yang jelas dan berkeseluruhan dalam dasar awam dan haluan strategik negara terbabit. Perubahan seperti kadar cukai lebih daripada 70 peratus era President Carter boleh diubah mendadak sehingga diturunkan bawah 40 peratus apabila pemerintahan diambil alih Reagen dan tidaklah sesuatu yang terlalu mengejutkan ketika itu. Perubahan ideologi dan polisi dilakukan dengan penuh daya berlandaskan ideologi dan teori falsafah politik. Hal ini sebenarnya menghasilkan set data dan pemerhatian yang sangat penting demi membantu proses menilai dan menganalisa kembali kesan-kesan ideologi-ideologi yang berbeza terhadap keadaan status ekonomi.

Situasinya berbeza di Malaysia. Kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kelihatan tidak terlalu jelas meletakkan diri di mana-mana kedudukan di atas paksi falsafah politik. Namun, satu perkara cukup jelas; rakyat Malaysia tanpa disedari telah berevolusi dengan suara yang sama; isu-isu yang menjadi kerisauan ialah kos kehidupan dan soal jenayah dan keselamatan, seperti yang dilaporkan dalam bancian terkini Merdeka Centre. Benar, bicara ketuanan kaum dan tuntutan hak keterbilangan kaum terus-menerus dilontarkan dalam pilihanraya kali ini, tetapi perbincangan isu-isu ketidaksamarataan harta dan pendapatan, kos sara hidup yang meningkat dengan mendadak, akses kepada pendidikan dan gaji kecil lebih diutamakan. Hal ini merubah sama sekali lanskap dan hala tuju politik negara; daripada politik-kebangsaan, kepada diskusi berasaskan perjuangan kelas dan status sosial.

Lantas, perkara-perkara yang kelihatan mesra-rakyat menjadi begitu penting dalam manifesto kedua-dua belah pihak; menjadikan penulisan manifesto itu sebagai suatu usaha populis. Maka, dalam usaha kita untuk menjadi seorang pengundi yang bermaklum, wajar jika kita meneliti dan belajar membaca mesej sebenar yang tersirat di sebalik pelbagai janji fizikal ini.

Fakta-fakta Realiti Malaysia

Sebelum membedah manifesto, wajar kita “turun padang” untuk mengenalpasti realiti-realiti di Malaysia secara menyeluruh. Hanya dengan cara ini kita dapat membuat pilihan yang tepat dan sesuai.

Penduduk Malaysia kini mencecah 29.6 juta. Majoriti penduduk adalah Bumiputera (61%), Cina (24%) dan India (7%). Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita Malaysia ialah US$9,970 dengan 12.7 juta tenaga pekerja, termasuklah 2.0 juta tenaga buruh asing berdaftar.  Kemudian pula, terdapat 2.0 juta pendatang asing tanpa izin. Sehingga 2011, seramai 827,000 rakyat Malaysia bekerja di luar, manakala yang berjaya dibawa pulang oleh inisiatif TalentCorp di bawah PEMANDU kurang daripada 2,000.

KDNK Malaysia menghampiri RM1.0 trillion, di mana 47% daripada-nya perkhidmatan, 41% industri dan 12% pertanian. Hutang negara berjumlah RM546.0 billion, ataupun 53% daripada KDNK yang majoritinya hutang tempatan. Nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh-belanja merupakan antara yang tertinggi di dunia, melepasi AS, iaitu 140%. Untuk setiap RM1 gaji yang di bawa pulang terdapat RM1.40 nilai hutang.

Negara-negara berkebajikan, dan OECD, secara puratanya menggunakan 20% daripada KDNK untuk perbelanjaan sosial, iaitu kesihatan dan pendidikan. Malaysia pula hanya membelanjakan 4.1% untuk tujuan pendidikan, dan 4.4% untuk tujuan penyediaan perkhidmatan kesihatan, meletakkan kita di tangga ke-101 dan ke-156 di dunia. Malaysia juga antara tertinggi di ASIA untuk ukuran ketidaksamarataan pendapatan antara yang kaya dan yang miskin.

Unjuran pendapatan negara untuk 2013 ialah RM208.6 billion, manakala RM201.9 billion buat operasi harian kerajaan dan RM49.7 billion untuk pembangunan. Defisit fiskal ialah 4% daripada KDNK.

Transparency International melaporkan kira-kira RM28.0 billion lesap setiap tahun akibat rasuah dan ketirisan di Malaysia. Asian Wall Street Journal pula meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi dunia dalam bancian persepsi rasuah.

Usai melihat fakta-fakta realiti Malaysia, manifesto manakah yang lebih mampan, menambah pendapatan negara serta boleh memacu pertumbuhan sambil melindungi poket kita sebagai rakyat biasa?

Laporan Prestasi 2008 – 2013

Secara umumnya, terdapat beberapa janji-janji BN dalam Manifesto 2008 yang telah dilaksanakan. Masalahnya ia sukar dinilai secara kuantitatif.  Sebahagian besar janji-janji 2008 BN terlalu samar, umum dan sukar dibandingkan dengan mana-mana penanda aras.

Namun begitu, terdapat kes-kes jelas seperti lima koridor ekonomi yang diperkenalkan pada zaman Tun Abdullah yang tidak lagi menerima perhatian kerana pertukaran tampuk pemerintahan kepada Dato Seri Najib. Lalu timbul persoalan; jika Dato Seri Muhyiddin mengambil alih kedudukan Perdana Menteri, mungkinkah janji-janji Manifesto 2013 ini akan turut dilupakan?

Manifesto BN 2008 menjanjikan 2.0 juta peluang pekerjaan, tetapi kurang daripada 1.0 juta pekerjaan dicipta dalam tempoh 5 tahun lepas. Rasuah, penyalahgunaan, dan kejadian-kejadian maut yang meragukan terus berleluasa; sebahagiannya terdedah kepada pengetahuan umum seperti skandal PKFZ, lembu dan kondominium mewah National Feedlot Corporation (NFC), kapal selam Scorpene, kes-kes tahanan SPRM, cincin berlian dan terlalu banyak lagi untuk disenaraikan di sini. Ramai bersetuju hanya dengan mendapat sebuah kerajaan yang telus dan bersih dari rasuah sahaja sudah cukup untuk menghasilkan pulangan yang lumayan kepada rakyat biasa dan memacu pertumbuhan negara.

Kenaikan kos kehidupan yang meruncing terus menerus membebankan rakyat. Walaupun BN berjanji mengurangkan defisit fiskal negara, namun BN telah terlebih berbelanja sepanjang 15 tahun kebelakangan ini. Berbanding dengan negeri di bawah pengurusan dan pimpinan PR; laporan Ketua Audit Negara sendiri telah melaporkan negeri-negeri PR di urus dengan pengurusan kewangan terbaik. Hutang Pulau Pinang telah dilunaskan sebanyak 95% dan pendapatan telah meningkat 47%. Selangor pula menambah simpanan sebanyak RM 1.2 billion iaitu rekod tertinggi dalam tempoh 28 tahun. Kelantan pula memperlihatkan peningkatan 58% dalam jumlah dana tergabung.

Manifesto: Barisan Nasional (BN) lawan Pakatan Rakyat (PR)

Manifesto BN 2013 kelihatan seperti perkara yang sama dengan Manifesto 2008, tanpa perubahan ketara pada asas dan strukturnya, bezanya cuma ditambah ole-ole dan bantuan kewangan yang banyak. Manifesto BN kali ini 150 janji dalam 17 kategori berbeza. Soalnya, adakah janji-janji ini dapat dikekalkan ataupun sekadar memenuhi keperluan strategi memenangi hati pengundi?

Manifesto ini juga kelihatan lesu dan tidak gagah memperjuangkan perubahan penting yang perlu dilaksanakan, seperti pemansuhan bayaran pampasan yang lumayan kepada penjana elektrik bebas (IPP) dan perombakan semula konsesi yang diberi kepada syarikat yang mempunyai hubungan politik dengan pemerintah. Tidak juga disebut keperluan mengurangkan beban tol jalan raya kepada rakyat (yang boleh mengembalikan RM5.0 billion kepada poket rakyat), mengurangkan kos belanja hidup rakyat, mahupun pembaharuan semula dasar pengambilan tenaga buruh asing.

Lebih merisaukan lagi, manifesto ini juga tidak menyentuh usaha membasmi gejala kronisme, pemberian kontrak secara telus dan terbuka, serta pengkajian semua struktur-struktur industri dan pasaran bersifat monopoli yang akhirnya membebankan para pengguna.

Dalam isu pendidikan, Manifesto BN 2013 menawarkan dasar-dasar perlindungan yang sama terhadap sekolah-sekolah vernakular, cuma ditambah sekolah agama, sekolah mubaligh dan pendidikan khas dalam kategori terbabit.

Satu perkara yang menjolok mata adalah apabila BN juga berjanji menaikkan taraf pendidikan Malaysia kepada kedudukan pertiga teratas, walhal Malaysia kini berada di kedudukan pertiga tercorot. Bagaimanakah ini dapat dilaksanakan dalam masa singkat 5 tahun?

Pelan Dasar Pendidikan 2013 – 2025 pula melaporkan 15% daripada sekolah-sekolah di Malaysia masih tidak mendapat bekalan air yang bersih. Selain itu, 20% sekolah-sekolah tidak dibekalkan dengan makmal sains yang lengkap dan 27% masih tidak dibekalkan dengan makmal komputer yang baik. Isu-isu ini perlu segera diselesaikan. Jika dibandingkan dengan manifesto PR, PR menjanjikan pembinaan 5 buah universiti teknikal dan 25 buah sekolah vokasional dan pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN.

Dalam cadangan perumahan, BN menjanjikan perumahan mampu-milik seperti Manifesto-nya pada tahun 2008, cuma kali ini 1.0 juta buah dalam masa lima tahun. Hal ini dirasakan kurang munasabah jika dibandingkan dengan target PR yang lebih realistik iaitu 125,000 rumah. Statistik menunjukkan setakat hujung 2011, hanya terdapat 4.1 juta unit rumah di Malaysia.

Manifesto BN tahun dijangka dapat mengurangkan RM1,500 daripada perbelanjaan hidup rakyat Malaysia setahun berbanding Manifesto PR yang boleh mengurangkan RM5,500 dari perbelanjaan setahun dan membesarkan poket rakyat. Bagaimanakah kaedah perlaksanaan PR mengurangkan kos hidup rakyat? Ini dapat dicapai melalui penurunan harga minyak, elektrik, air, kereta, pendidikan percuma, tol yang menindas rakyat secara monopoli oleh konsesi, serta penetapan gaji minimum pada kadar RM1,100 secara berperingkat, dan pengurangan kebergantungan kepada buruh asing.

Bagaimana pula dengan GST? PEMANDU memperjuangkannya dan ia pastinya dalam perancangan. Walaupun begitu PR melihat  rakyat Malaysia masih tidak mampu menelan beban GST dan meletakkannya dalam pelan jangka masa panjang.

BN menjanjikan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.3%, dan status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, manakala PR menjanjikan pertumbuhan ekonomi sebanyak 7%.

Perbezaan keduanya sangat halus, tetapi cukup mendalam. Perubahan tidak mungkin boleh berlaku jika kerja transformasi yang dilakukan hanyalah dengan menampal sistem sedia ada, dan bersifat berpandangan singkat. Perombakan politik sangat diperlukan untuk merungkai semua ketidakcekapan dan ketirisan dalam sistem yang sedia ada. Walau satu hingga dua juta pun rumah mampu-milik yang mampu disediakan, siapa pula yang bakal menjadi kontraktor kepada projek-projek besar ini dan bagaimana pula pemberian tanah untuk tujuan pembinaan rumah-rumah tersebut?

Apakah sistem insentif yang tersedia untuk kontraktor dan syarikat-syarikat pembangunan ini, dan yang terhasil demi memastikan rumah mampu-milik ini tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak layak menerimanya (gaji melebihi aras yang ditetapkan sebagai layak)? Adakah mereka yang menggunakan pintu belakang akan terus diberi pengecualian untuk diperuntukkan rumah secara murah?

Manifesto BN mencadangkan penurunan harga kereta sebanyak 20 – 30% secara berperingkat. Tetapi, isunya lebih besar daripada itu. Yang penting ialah perubahan dalam kaedah-kaedah pemberian lesen dan AP yang kini menyebelahi kepentingan para kroni mereka yang berkuasa. Jika dibandingkan dengan manifesto PR, di samping penurunan harga kereta, terdapat daya politik yang kuat memperjuangkan perubahan dasar kepada yang lebih berintegriti melalui cadangan seperti pelelongan AP. Manifesto BN langsung tidak membicarakan penurunan harga minyak. Manifesto PR pula mahu mengurangkan harga petrol di pam sehingga 40 sen seliter melalui pemansuhan subsidi gas kepada IPP. Cadangan ini walaupun begitu dipersoalkan sebagai tidak ‘sustainable’.

Jadi Nak Undi Siapa?

Pertama sekali, nilailah garis asal kedudukan Malaysia dari sudut sosio-ekonomi. Setelah mengenal pasti tema-tema penting seperti ketidaksamarataan, kualiti pendidikan, dan kos kehidupan, pertimbangkanlah pula apa sebenarnya yang Malaysia perlukan? Adakah kita mahukan perubahan di peringkat akar berbekalkan daya politik yang tinggi walaupun menelan belanja yang tinggi, ataupun dasar-dasar bersifat sementara dan di permukaan yang juga menelan belanja yang tinggi?

Adalah sukar untuk bersetuju 100% dengan semua yang dicadangkan oleh kedua-dua manifesto BN mahupun PR; mana tidaknya, tujuannya pun adalah untuk meraih undi rakyat. Lalu, tidaklah menjadi masalah, malah adil, jika kita meneliti kedua-dua manifesto dengan pandangan secara lebih luas, menyeluruh dan holistik dan bukanlah dari satu-satu isu serta sudut sahaja.

Jika anda berpuas hati dengan kedudukan sekarang, takutkan perubahan, malah gembira dikategorikan sebagai layak untuk menerima ‘angpau’ kebajikan seperti BR1M, anda wajar mengundi Barisan Nasional. Namun, jika anda merasakan terdapat keperluan untuk Ubah, membaik pulih kehidupan anda dan anak-anak anda, melalui perubahan dasar-dasar pada peringkat asasnya dengan melantik kerajaan yang menawarkan ketelusan dan bersih rasuah, maka PR-lah yang wajar menerima sokongan dan undian anda. Ramai sudahpun bersedia untuk kemungkinan mempunyai kerajaan yang sedemikian, di mana bukti telah pun ditunjukkan selama pemerintahan PR di 4 buah negeri.

Adalah satu perkara gila untuk mengharapkan perubahan dengan mengundi ‘status quo’ seperti kata Albert Einstein, “Gila itu adalah melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, dan mengharapkan keputusan yang berbeza.”

Undi anda berharga! “Tiada seorang pun yang cukup layak untuk mengatur dan menjaga seorang yang lain, jika tanpa kerelaan orang itu sendiri” – Abraham Lincoln

 ** Data dan statistik diperolehi dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World databank dan BNM. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BLINDSPOT

Loading

The post Nak Undi Siapa? Panduan dan Analisis Kritikal Manifesto first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Adakah Sistem Sekolah Moden Pengkhianat Pendidikan? https://aafaizli.com/adakah-sistem-sekolah-moden-pengkhianat-pendidikan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=adakah-sistem-sekolah-moden-pengkhianat-pendidikan Thu, 14 Mar 2013 06:58:11 +0000 http://aafaizli.com/?p=487 Tahukah anda bahawa 98% daripada kanak-kanak berusia lima tahun dikategorikan sebagai genius? Kajian oleh George Land ini juga mendapati bahawa perangkaan itu jatuh menjunam kepada 30%, jika ujian genius terbabit dilakukan di kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun. Lebih teruk lagi, hanya 12% daripada anak-anak berusia 15 tahun didapati genius, manakala di kalangan golongan dewasa, hanya …

The post Adakah Sistem Sekolah Moden Pengkhianat Pendidikan? first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Tahukah anda bahawa 98% daripada kanak-kanak berusia lima tahun dikategorikan sebagai genius? Kajian oleh George Land ini juga mendapati bahawa perangkaan itu jatuh menjunam kepada 30%, jika ujian genius terbabit dilakukan di kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun.

Lebih teruk lagi, hanya 12% daripada anak-anak berusia 15 tahun didapati genius, manakala di kalangan golongan dewasa, hanya dua peratus sahaja genius! Mengapakah penurunan drastik ini berlaku? Apakah kesilapan kita?

Mari kita cuba pertimbangkan secara ringkas apakah perubahan-perubahan yang berlaku dalam tempoh masa di antara umur lima tahun sehingga kita dewasa. Kita telah membesar, kita menggarap pengalaman-pengalaman baru, bertemu dengan orang baru, dan yang paling penting, kita bersekolah. Mungkin tidak wajar menyalahkan sekolah sewenang-wenangnya untuk kemerosoton intelek manusia, kerana pastinya terdapat pelbagai pembolehubah lain yang turut memainkan peranan.

Namun, pernahkah kita mengira mengapa sekolah itu sendiri dikait begitu rapat dengan tujuan pendidikan? Dalam kata lain, kita sedia maklum bahawa pendidikan itu penting, tetapi mengapa sekolah itu penting?

Sifat Plasticity Kanak-kanak

Otak manusia sebenarnya kenyal dan sangat fleksibel. Pakar-pakar neurologi menyifatkan kebolehan otak manusia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan mahupun pengetahuan baru, sebagai Plasticity. Plasticity memberi laluan kepada manusia untuk mempelajari perkara-perkara baru, watak-watak baru dan juga mampu berubah mengikut situasi. Maka, mana-mana individu yang normal dan sihat secara teorinya, sepatutnya mampu menjadi bijak dan pandai, selagi mana mereka berpeluang mendapatkan ilmu dan pengalaman baru. Persoalannya ialah, adakah tindakan mewajibkan persekolahan itu menggalakkan Plasticity yang semulajadi dalam otak manusia ini, ataupun sebenarnya merencatkan perkembangan intelek manusia, lantas membataskan potensi sebenar manusia?

Kanak-kanak merupakan manusia super. Mereka hidup detik demi detik, menerima semua perkara yang muncul di hadapan mereka tanpa rasa risau akan kesan tindakan mereka di masa hadapan, atau rasa terikat dengan sebarang kerangka terancang yang telah dihadkan dengan objektif dan tujuan khusus. Mereka dikurniakan dengan akal yang cukup bersedia dan penuh minat untuk belajar, bagaikan span yang kuat menyerap. Sama ada direndamkan dalam air segar, ataupun dalam air berlumpur lagi tercemar, span tersebut akan tetap menyerapnya.

Pembelajaran kendiri juga ialah sifat semula jadi manusia. Tiga tahun pertama seorang kanak-kanak menyaksikan kadar pertumbuhan yang paling pantas. Anak itu membesar daripada seorang bayi yang tidak mampu bergerak dengan sendirinya dan hanya menangis, kepada seorang manusia kecil yang mampu berkomunikasi dalam satu atau dua bahasa, melukis di atas dinding, menyelesaikan masalah mudah, memformulasikan soalan demi soalan, serta mempunyai semangat untuk berdikari dalam kegiatan hariannya.

Jadi apakah yang telah berlaku kepada perkembangan manusia pada tahun-tahun berikutnya sehingga ke alam dewasa? Mengapakah hanya 2 peratus dewasa yang dikenal pasti sebagai genius?

“Tragedi manusia yang terbesar ialah mereka pernah menjadi kanak-kanak.” – Friedrich Nietszche

Sekolah Sebagai Pusat Indoktrinasi

Asal usul sistem persekolahan sangat mengejutkan! Sistem persekolahan moden, awam, percuma dan wajib pertama kali di dunia telah diperkenalkan oleh Raja Prussia (kini Jerman) pada tahun 1760. Beliau memperkenalkan sekolah supaya rakyat tunduk patuh dan taat kepada pemerintahan beliau dengan kaedah membentuk pemikiran orang (indoctrination and brain washing).

Konsep yang sama tidak lama kemudiannya diguna pakai oleh Perancis, Amerika, dan seterusnya seluruh pelusuk dunia. Kira-kira 50 tahun kemudian, Napoleon Bonaparte, Maharaja Perancis turut dilaporkan berkata, “Beta mahu menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang akan mengemudi cara pemikiran orang Perancis!”

Hal ini membawa tanda tanya. Di peringkat permulaan institusi sekolah itu sendiri, matlamat indoktrinasi dan pembasuhan minda telah dijadikan tujuan utama. Selain daripada kemahiran membaca, menulis dan asas ilmu hisab, sekolah turut menjadi alat untuk memastikan si pemerintah kekal di tampuk kekuasaan. Model sekolah yang diperkenalkan di Prussia ketika itu, merupakan model yang sama dengan yang wujud dalam dunia moden kini, dengan jadual waktunya, sukatan pelajarannya dan pembahagian darjah mengikut umur.

Wajarkah jika dikatakan tujuan awal penubuhan sekolah itu sendiri ialah pengkhianatan kepada cita-cita murni pendidikan? Objektif utamanya adalah untuk mengontangkan akal manusia, memenjarakan pemikiran mereka, dan melatih rakyat yang seragam dan efektif, yang kemudiannya dapat digembleng menjadi tenaga kerja murah demi membantu tujuan Revolusi Perindustrian pada waktu itu. Sehingga ke hari ini, sistem sekolah yang sedemikian terus menerus melahirkan manusia yang akur dan taat kepada sistem, walaupun mungkin secara lebih halus. Anak-anak digalakkan menghafal skema jawapan dan penyelesaian kepada masalah, dan dianjurkan dengan makna kejayaan yang berteraskan kemenangan atas orang lain, kepingan ijazah dan wang ringgit.

Tabula Rasa: Nurture (pemupukan) atau Nature (semulajadi)

Dalam bahasa Latin, Tabula Rasa bermaksud “kosong”. Teori epistimologi Tabula Rasa ini mencadangkan bahawa manusia dilahirkan sama dengan akal yang “kosong” dan segala pengetahuannya datang dari pengalaman, persepsi dan pembelajaran semata-mata. Secara ringkasnya, penyokong konsep Tabula Rasa mendukung konsep “nurture over nature”, jika kita merujuk istilah yang diasaskan oleh Francis Galton; iaitu adab dan pengetahuan itu harus dipupuk, dan bukan semulajadi. Teori ini bertentangan dengan teori-teori yang memegang konsep intelek manusia itu wujud secara genetik serta bersifat unik kepada bangsa, seperti yang dicadangkan oleh Charles Jung. Di samping nurture versus nature ini, turut tidak dilupakan peranan hidayah atau konsep ketuhanan dan spiritual sebagai elemen besar sumber ilmu dan intelek, dalam konteks penerimaan ilmu pengetahuan.

Tabula rasa mula diperkenalkan oleh Aristotle, dan kemudiannya muncul kembali pada zaman Ibn Sina. Ibn Sina berhujah bahawa intelek “aktif” manusia dibangunkan oleh intelek “material” atau kebendaan. Pendapat ini disinambungkan oleh sistem pendidikan, di mana pengalaman dan penaakulan manusia dipercayai menjadi satu-satunya kaedah mengecapi ilmu. Teori terbabit kemudiannya dieksperimen dan diperkembang lagi oleh St Thomas Aquinas, John Locke, Rousseau and Sigmund Freud.

Ibn Tufail menggambarkan konsep ini secara fiksyen menerusi novelnya yang menceritakan perkembangan seorang kanak-kanak yang berpengalaman ditinggalkan seorang di atas sebuah pulau terpencil, tanpa sebarang hubungan dengan dunia luar. Satu lagi lakaran popular konsep ini ialah kisah Piscine Molitor “Pi” Patel, yang hidup selama 227 tahun di atas sebuah sampan selepas kapalnya karam, bersama seekor Bengal bernama Richard Parker. Tanpa pernah mempelajari sebarang teori survival atau kemandirian di sekolah, beliau hidup terselamat semata-mata melalui pengalaman, pengetahuan dan kebolehan rasional.

Dari sudut pendidikan, Tabula Rasa mencadangkan bahawa kanak-kanak membina karakter, personaliti, kelakuan dan menjadi pandai hasil daripada pemupukan. Dalam kata lain, teori ini merencanakan bahawa kecerdikan dan personaliti bukan takdir atau kebetulan, tetapi lahir melalui sistem pemupukan yang baik dandilengkapi dengan persekitaran yang memberi ruang kepada pengalaman, penyiasatan, soalan dan penaakulan mantik.

Konsep Mengajar berbanding Konsep Belajar

Badan-badan pendidikan di seluruh dunia masih belum mampu  mencabar tradisi yang diasaskan oleh falsafah pendidikan awal kurun ke-20. Falsafah tersebut tetap mengaitkan pendidikan dengan kata-kata seperti  ‘menyampaikan’, ‘memaklumkan’, ‘memberitahu’ dan bukannya ʻmenerokaʼ, ʻmenggalakkanʼ,ʻmerangsangʼ dan ʻmemupukʼ. Pendidikan itu tetap “pengajaran” dan bukannya “pembelajaran”. Pembelajaran memerlukan kepada kegagalan dan kesilapan, dua perkara yang tidak lagi mendapat tempat dalam sistem pendidikan kini.

Sedemikian juga, perbendaharaan kata yang menggambarkan perbuatan “mengajar” cukup banyak; seperti “pedagogi”, “andragogi” dan “tutorial”, tetapi sinonim kepada “belajar” tidak sebanyak itu. Kita sibuk mengetengahkan penghasilan guru yang berkemahiran; bagaimana pula dengan pelajar yang berkemahiran untuk belajar dan menuntut ilmu pengetahuan?

Tokoh pendidikan kritikal kelahiran Brazil Paulo Freire mencadangkan penyelesaian dalam bentuk hubuungan dua hala antara guru dan pelajar. Beliau mencadangkan konsep guru-pelajar, di mana guru ialah guru yang belajar, dan pelajar ialah pelajar yang mengajar. Konsep belajar dalam mengajar ini dirumuskan dengan baik oleh Albert Einstein; “Saya tidak pernah mengajar para pelajar saya, saya cuma menyediakan keadaan yang membolehkan mereka belajar.”

Mengkaji Semula Pendidikan Demi Plasticity

Foucault, Kant dan Freire tidak memandang pendidikan sebagai suatu pemindahan maklumat kepada orang ramai, kerana hal itu hanya akan melahirkan sistem penilaian kanak-kanak yang berdasarkan sejauh mana kebolehan mereka menyerap maklumat. Hasilnya ialah kanak-kanak yang hebat menjawab kuiz, bukannya warga dewasa yang mahir menyelesaikan masalah, inovatif dan paling penting sekali, berperi kemanusiaan.

Persoalan utamanya kini: dapatkah kita nilaikan sekolah moden yang wujud kini sebagai lapuk dan tidak relevan lagi? Kelemahan utamanya ialah pemfokusan kepada pengajaran, dan bukannya pembelajaran, kebebasan memilih, dan penerapan nilai-nilai cinta dan kemanusian, dalam suatu rangka perkembangan individu dan kolektif.

Saranan memikirkan semula pendidikan kini cukup penting dalam memastikan Plasticity anak-anak digunakan sebaiknya demi menghasilkan kesudahan-kesudahan yang lebih hebat di kalangan anak-anak yang bersekolah. Mereka tidak lagi wajar diajar jawapan-jawapan yang telah tersedia, tetapi haruslah dilibatkan dalam proses menemui kesimpulan dan jawapan-jawapan itu.

Para pendidik dan pembuat polisi yang bertanggungjawab terhadap sistem persekolahan wajar mengubah fokus sistem sekolah. Tiba masanya untuk kanak-kanak dilengkapi dengan radas dan alat untuk menggalakkan mereka berfikiran kritis, menjana sendiri kebolehan intelek, berdikari, berkerjasama, serta mempunyai belas ihsan terhadap orang lain. Salah satu langkah awal  untuk mencapai matlamat ini ialah pengolahan semula secara berperingkat sistem penilaian dan ganjaran (insentif) sekolah; dari mengejar sasaran-sasaran akademik yang ketat, kepada KPI-KPI yang lebih fleksibel dan menggalakkan. Hal ini demi membenarkan anak-anak meneroka mencari jawapan-jawapan mereka sendiri, dan bukan lagi disuapkan jawapan-jawapan standard.

Pendidikan sepatutnya bersifat menyeronokkan dan memberangsangkan. Bayangkan sekolah yang menggalakkan kanak-kanak bersifat ingin tahu, suka untuk ke sekolah, meneroka, membaca lebih daripada yang ditetapkan dalam sukatan buku-buku teks, bertanyakan soalan-soalan yang mencabar, mencipta perkara baru, dan sekolah yang digelarkan Malik Bennabi sebagai institusi yang “memanusiakan kembali manusia”. Tentu sekali, sistem persekolahan sedemikian, yang sebenarnya lebih cantik digelarkan “sistem pemupukan”, menjadi wadah kepada perubahan untuk kebaikan, buat masyarakat dan warga kemanusiaan secara keseluruhannya.

“Pembelajaran itu bukanlah penghadaman ide, tetapi mencipta dan mencipta lagi ide tersebut” — Paulo Freire.

Loading

The post Adakah Sistem Sekolah Moden Pengkhianat Pendidikan? first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Kesukarelawanan dan Sektor Ketiga Sebagai Ejen Demokrasi https://aafaizli.com/kesukarelawanan-dan-sektor-ketiga-sebagai-ejen-demokrasi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesukarelawanan-dan-sektor-ketiga-sebagai-ejen-demokrasi Tue, 26 Feb 2013 03:08:39 +0000 http://aafaizli.com/?p=351 Setiap 5 Disember sejak tahun 1985, jutaan sukarelawan di seluruh dunia meraikan Hari Kesukarelawanan Antarabangsa, yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai token penghargaan atas sumbangan badan-badan para sukarelawan sedunia. Pada majlis sambutannya tahun lepas, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, telah menekankan nilai sumbangan para sukarelawan kepada pembangunan dari aspek ekonomi dan sosial. …

The post Kesukarelawanan dan Sektor Ketiga Sebagai Ejen Demokrasi first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Setiap 5 Disember sejak tahun 1985, jutaan sukarelawan di seluruh dunia meraikan Hari Kesukarelawanan Antarabangsa, yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai token penghargaan atas sumbangan badan-badan para sukarelawan sedunia. Pada majlis sambutannya tahun lepas, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, telah menekankan nilai sumbangan para sukarelawan kepada pembangunan dari aspek ekonomi dan sosial.

“Berasaskan nilai perpaduan dan kepercayaan bersama, semangat kesukarelawanan menyeberangi semua sempadan budaya, bahasa dan geografi. Dengan mengorbankan masa dan kemahiran tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran berbentuk material, sukarelawan disatukan oleh tujuan nurani yang sama.” (Ban Ki-moon)

Kajian Eurobarometer pada tahun 2006 menganggarkan bahawa sejumlah 140 juta orang sukarelawan sepenuh masa sedunia menyumbangkan USD 400 billion, iaitu kira-kira atau 7% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia. Termasuk para pekerja sepenuh masa dalam bidang terbabit, mereka akan membentuk negara berpenduduk kesembilan tertinggi di dunia.

Sukarela, tetapi Wajib? Kesukarelawanan sebagai Fardu Kifayah

Agama Islam memberi satu perspektif indah kepada kesukarelawanan melalui konsep fardu kifayah, di mana beban tanggungjawab sosial wajib ditanggung bersama. Konsep ini menggariskan kewajiban melaksanakan tanggungjawab sosial kepada seseorang individu, sekiranya masih belum ada mana-mana anggota dalam sesebuah masyarakat terbabit yaang telah melaksanakannya. Sebaliknya, beban dosa akibat kegagalan dalam pelaksanaan tanggungjawab sosoal terbabit  ditanggung oleh setiap ahli masyarakat.

Contoh awal konsep kesukarelawanan dalam kehidupan manusia telah dizahirkan dalam masyarakat Islam Madinah di bawah kepimpinan junjungan Nabi Muhammad SAW, yang sebelumnya berpecah-pecah akibat sikap tamak dan mementingkan diri sendiri yang tertanam di lubuk keberadaan masyarakat Arab. Masjid Nabawi yang tersergam indah di Madinah juga merupakan sebuah manifestasi sumbangan kesukarelawanan melalui khidmat tenaga dan wang. Tentera yang mempertahankan Madinah daripada serangan puak Quraisy Makkah juga terdiri daripada golongan sukarelawan.

Di Amerika pula, aktiviti kesukarelawanan lahir pada era penjelajahan orang-orang Eropah ke barat merentasi lautan Pasifik. Para penjelajah ke “Dunia Baru” (Amerika) ketika itu tiada pilihan selain untuk membentuk satu sistem sokongan yang kukuh demi memastikan kelangsungan hidup. Aktiviti kesukarelawanan pada zaman itu telah mengasaskan sistem-sistem asas kehidupan seperti pertanian dan pengairan serta penjagaan kesihatan dari wabak-wabak asing ketika ketiadaan sebuah sistem pentadbiran yang rasmi. Kesannya secara langsung ialah pembentukan perpaduan di kalangan masyarakat koloni awal Amerika Utara. Pada pertengahan abad ke-19, inisiatif pengumpulan dana setempat secara sukarela menjadi asas kepada penubuhan sistem-sistem koperasi yang kemudiannya melahirkan sektor penyediaan barangan dan perkhidmatan awal di Eropah.

Sukarelawan Bersifat Sukarela

Manusia sebagai salah satu ejen ekonomi secara asasnya mementingkan kepentingan diri sendiri dan bertujuan memaksimakan utiliti masing-masing. Maka, bagaimanakah boleh wujudnya sukarelawan itu? Setiap cabang ilmu cuba mengusulkan jawapan yang berbeza. Ahli ekonomi biasanya akan cuba mengirakan manfaat-bukan-wang yang mungkin diperolehi oleh aktiviti kesukarelawan, manakala ahli sosiologi berpendapat bahawa kesukarelawanan merupakan satu kaedah manusia menzahirkan prinsip-prinsip kemasyarakatan mereka seperti perpaduan, solidariti dan demokrasi. Ahli psikologi pula mendefinisikan sifat kesukarelawanan sebagai semula jadi dalam seseorang individu.

Fenomena kesukarelawan sukar didefinisikan secara akademik kerana lazimnya, persepsi umumlah yang mendefinisikannya. Walau bagaimanapun, terdapat tiga ciri-ciri umum seorang sukarelawan selain daripada “bekerja tanpa gaji”. Satu, kesukarelawanan itu lahir melalui kesanggupan mendahului tanggungjawab berbayar  ataupun tanggungjawab kekeluargaan dan keduanya, kesukarelawanan itu mestilah menatijahkan kepada sebarang bentuk sumbangan kepada masyarakat. Ciri-ciri ini tidak terhapus walaupun sukarelawan mendapat manfaat peribadi daripada melakukan kesukarelawanan terbabit, seperti kepuasan hati, peluang bersosial dan berpersatuan, penghargaan daripada media dan sebagainya.

Kemunculan Sukarelawan di Negara Membangun

Sektor sukarelawan kini sudahpun menjadi bahagian penting dalam aspek-aspek sosio, ekonomi dan politik kebanyakan negara maju. Sektor ini juga telah mula muncul secara aktif di sebahagian besar negara-negara membangun. Pembangunan intensif sektor ini kini beberapa dekad kebelakangan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Lazimnya, sukarelawan dilihat tumbuh seperti “cendawan selepas hujan” kerana kemunculan sifat kemajmukan, keinginan untuk kebebasan berbicara serta tekanan dan pengaruh luar dalam mewujudkan solidariti antara rakyat. Gerakan sukarelawan turut berkait rapat lahir menerusi kemajuan sesuatu masyarakat serta kebangkitan populis menentang kesan-kesan sampingan negatif sesebuah sistem kapitalis. Biarpun persepsi-persepsi sebegini ada benarnya, punca utama pembangunan sektor kesukarelawanan ini ialah kegagalan sistem pasaran dan kerajaan dalam memperuntukkan barangan dan perkhidmatan secara efektif kepada rakyat.

Ramai di Malaysia sering salah dalam berpendapat bahawa badan-badan bukan kerajaan diwujudkan untuk membangkang kerajaan. Realitinya, sektor kesukarelawanan menjadi pelengkap kepada sistem peruntukkan dan pengagihan sektor kerajaan terutamanya dari segi pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial. Sokongan kerajaan untuk sektor ini dapat dilihat melalui sumber perolehan dana sektor kesukarelawanan di peringkat global; secara puratanya, 40% daripada dana telah diterima dari kerajaan, manakala 10% datang dari individu dan selebihnya melalui kutipan yuran. Sumber dan dana kepada sektor kesukarelawanan ini berkadar langsung dengan kekayaan sesebuah negara atau masyarakat.

Negara yang maju dan membangun mempunyai keperluan dan kekurangan yang berbeza, maka jenis gerakan sukarelawan yang muncul, dan kaedah yang digunakan juga berbeza. Misalnya, aktiviti kesukarelawanan di kebanyakan negara membangun mungkin menekankan kepada keperluan pendidikan, hak asasi manusia atau penjagaan anak yatim. Negara-negara maju Eropah pula mungkin menyaksikan pembangunan aktiviti sukarelawan lebih kepada penyerapan masuk generasi kedua pendatang asing ke dalam masyarakat mereka, serta pelbagai kesan reaksi berbalik terhadap urbanisasi. Di Amerika pula, para sukarelawan bertugas untuk segmen-segmen masyarakat yang semakin terhimpit oleh tekanan dan kesan negatif sistem kapitalis yang terbenam dalam benak masyarakat mereka. Namun secara rumusnya, sektor kesukarelawan merupakan sektor yang tidak berasaskan keuntungan tetapi mempunyai matlamat sosial yang tertentu.

Sektor Kesukarelawan Sebagai “Sektor Ketiga” dan Masyarakat Sivil

Sejak tahun 1970an, kesukarelawanan telah dilabel sebagai sektor ketiga selepas sektor kerajaan dan sektor swasta. Ramai yang telah menobatkan sektor kesukarelawanan sebagai “penyelamat demokrasi” dan “kebangkitan masyarakat sivil”. Para akademik melabelkan sektor ketiga sebagai alternatif yang berpotensi untuk meluaskan keterangkuman sistem kebajikan selain yang telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun sektor swasta. Persoalannya apakah itu masyarakat sivil dan bagaimanakah sektor ketiga boleh “menyelamatkan demokrasi”?

Awalnya, masyarakat sivil ialah istilah yang diguna pakai untuk menggambarkan masyarakat yang hidup di bawah suatu sistem kerajaan yang berfungsi.  Meningkatnya penglibatan kerajaan dalam isu-isu kebajikan telah menyebabkan masyarakat sivil diposisikan sebagai satu lagi sektor lain, semata-mata untuk mewakili ejen ekonomi ketiga (iaitu isi rumah), memperjuangkan hak mereka di bawah panji-panji seperti “kebajikan”, “kemanusiaan” dan “kesaksamaan”. Kerajaan tetap berperanan sebagai pengemudi utama sistem kebajikan yang menyediakan khidmat pengagihan sumber, penyediaan kegunaan awam dan kekayaan bersama. Sektor ketiga ini sekadar berkongsi beban pelaksanaan kebajikan masyarakat ini, tanpa menuntut sebarang tanggungjawab berkuasa, mengawas mahupun memerintah seperti yang ditanggung oleh kerajaan.

Kesukarelawanan adalah asas kepada sesebuah masyarakat sivil. Hal ini kerana masyarakat sivil ialah satu tindakan bersama dan kolektif tanpa paksaan dan arahan. Masyarakat sivil dibentuk oleh sebuah kumpulan individu yang mempunyai minat, tujuan dan nilai yang sama. Dalam erti kata lain, masyarakat sivil ialah rakyat itu sendiri, digerakkan oleh kemahuan dan kesanggupan peribadi. Sektor ketiga ialah sektor di mana tergolongnya persatuan kebajikan, badan-badan bukan kerajaan, kumpulan keagamaan, persatuan perniagaan, kumpulan bantu diri, gerakan sosial, pakatan dan kumpulan advokasi.

Para Akademik telah menggariskan tiga peranan utama masyarakat sivil; menyediakan khidmat, mewakili rakyat dan pengawasan.

Masyarakat sivil mencapai tiga peranan di atas melalui pelbagai kaedah. Pertama, masyarakat sivil berperanan sebagai penganalisa bebas polisi awam justeru pengusul cadangan pembaikan. Kedua, masyarakat sivil menjadi pemerhati dalam memantau perkembangan kerajaan dan memastikan akauntabiliti dan integriti dalam sektor perkhidmatan kerajaan. Ketiga, masyarakat sivil menyediakan saluran bagi komuniti mengenalpasti, menyuarakan dan bertindak selaras dengan sistem kepercayaan mereka. Keempat, masyarakat sivil bertindak sebagai ejen politik yang sah untuk mewakili rakyat terpinggir dalam masyarakat dalam arena politik dan pentadbiran. Masyarakat sivil ialah juga satu industri tersendiri, yang memberi sumbangan dalam bentuk khidmat kepada masyarakat melalui cara permintaan dan penggunaan produk-produk barangan dan perkhidmatan dari kedua-dua sektor lain tadi.

Secara langsungnya, sektor sukarelawan menghasilkan nilai tambahan melalui pemberian barangan dan khidmat secara langsung. Contoh terbaik ialah pembelian dan pendermaan barang makanan dan keperluan harian kepada golongan miskin, dan khidmat pengajaran yang disediakan secara percuma kepada anak-anak kurang bernasib baik. Secara tidak langsung, sektor sukarelawan membantu ekonomi melalui sektor perniagaan (swasta) tempatan; permintaan barangan dan perkhidmatan yang diniagakan meningkat kerana permintaan daripada sektor ketiga ini. bagi pihak mereka yang asalnya kurang mampu.

Cabaran Sektor Ketiga

Pelaksanaan sektor ketiga tidak lari daripada cabaran. Masyarakat sivil bertindak dalam gerakan yang kecil dan terpecah, menyebabkan mereka sukar didengari dan kurang berpeluang memberi pengaruh yang kukuh. Jika semua gerakan-gerakan ini berpeluang bergerak bersama sekalipun, kualiti sebenar peluang itu dan kebolehan untuk mencanangkan perubahan masih boleh dipertikaikan. Seterusnya, sektor ketiga juga mungkin berhadapan dengan tuduhan digerakkan oleh golongan elit kerana benar, kebanyakkan pengasas dan penggerak badan-bukan kerajaan ini lazimnya terdiri daripada mereka yang berpengalaman atau pakar, berbanding individu biasa. Hal ini berkemungkinan mengurangkan integriti sektor ini. Cabaran lain pula ialah untuk menyeimbangkan kepelbagaian dan keberkesanan. Masyarakat sivil beraspirasi untuk berperanan sebagai  “penawar” kepada “penyakit-penyakit” dalam cabang demokrasi melalui kebolehannya memastikan inclusiveness dalam memenuhi pelbagai kehendak dan memberi suara kepada pelbagai kumpulan rakyat yang berbeza. Cabaran untuk menyatukan kepelbagaiaan ini akan menjadi halangan terakhir ke arah satu sektor ketiga yang kukuh dan berpengaruh.

Sektor Ketiga: Ejen Pemerkasaan Demokrasi

Jika dilihat dari sudut rangka sistem pentadbiran yang lebih luas, sektor ketiga dalam negara yang membangun seperti Malaysia boleh menjadi proksi kepada ketelusan dan kemapanan sistem demokrasi. Umum diketahui bahawa masyarakat sivil ialah asbab dan tenaga yang mendukung sektor kesukarelawanan. Definisi masyarakat sivil akan terus menjadi topik perbahasan, namun telah wujud keperluan untuk mengkaji langkah-langkah untuk membina sektor ketiga yang lebih kukuh dan berfungsi. Hal ini boleh dicapai melalui eksperimen yang berterusan dengan pelbagai pilihan dan kaedah berpersatuan, organisasi dan usaha-usaha lain yang dapat memakmurkan sektor ketiga ini.

Cabarannya bukanlah untuk menarik minat dan penglibatan rakyat biasa, tetapi untuk memastikan organisasi yang terbentuk oleh rakyat biasa ini, mekar menjadi satu suara yang cukup berpengaruh dan disegani agar perubahan dan pembaikan dapat dilaksanakan. Sumbangan sektor ini kepada usaha-usaha memerkasakan demokrasi pula akan bergantung kepada bagaimana sektor ketiga ini akan muncul sebagai watak baru dalam proses pembinaan demokrasi lantas menempatkan dirinya setanding dengan sektor-sektor yang sedia ada.

Teach for The Needs

Penubuhan Teach for The Needs telah berteraskan semangat masyarakat bersivil. Rakyat biasa telah membina TFTN sebagai satu angkatan yang cuba memenuhi kekurangan yang terdapat dalam sistem persekolahan nasional. Hampir setahun selepas penubuhannya, TFTN kini disertai lebih daripada 30 orang Teacher-Ambassadors dan 350 orang sukarelawan berdaftar, yang menggerakkan program tuisyen percuma kepada anak-anak kurang bernasib baik, dan mendidik anak-anak yatim dari 5 buah rumah jagaan dari segi akademik dan emosi.

Pada 1 Mac 2013, TFTN akan menyambut ulang tahun pertama penubuhannya dengan melancarkan “Kempen Membaca” bersama forum bertajuk “Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang.” Ahli panel yang bakal berkongsi pandangan intelektual dan pengalaman mereka termasuklah YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Dr Maszlee Malik dan Hishamuddin Rais. Forum tersebut bakal membincangkan dan mengkaji objektif pendidikan, sekolah dan universiti melalui perspektif masyarakat, mengkaji sistem pendidikan negara melampaui sempadan-sempadan yang ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara yang sedia ada. Diharapkan usaha yang kecil tetapi bersepadu di kalangan pelbagai badan-badan kesukarelawanan di Malaysia ini akan terbina menjadi suatu gerakan yang lebih berpengaruh dalam menjanakan pembaikan kepada Malaysia.

Loading

The post Kesukarelawanan dan Sektor Ketiga Sebagai Ejen Demokrasi first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
The Star: The need to fund higher education https://aafaizli.com/the-star-the-need-to-fund-higher-education/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=the-star-the-need-to-fund-higher-education Sun, 17 Feb 2013 07:05:50 +0000 http://aafaizli.com/?p=426 The government should fund tertiary education to reach out to more citizens and ensure they have the necessary knowledge and skills to enter the workforce. This will in turn uplift the lot of its people. EDUCATION was institutionalised to formalise the process of knowledge acquisition and research in man’s quest for understanding. Some of the …

The post The Star: The need to fund higher education first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
17 Feb

The government should fund tertiary education to reach out to more citizens and ensure they have the necessary knowledge and skills to enter the workforce. This will in turn uplift the lot of its people.

EDUCATION was institutionalised to formalise the process of knowledge acquisition and research in man’s quest for understanding.

Some of the earliest universities in the history of mankind namely Al-Azhar (Egypt), Bologna and Naples (Italy), Palencia (Spain), Cambridge and Oxford (United Kingdom), all have one thing in common; they were built by notable early world civilisations as institutions of research, discourse, learning, proliferation of knowledge and documentation.

This contrasts largely from the role of universities today as institutions of human capital accreditation, qualification, and most unfortunately, business and profits.

A system that discriminates based on household economic ability, can and will cause an unhealthy imbalance in the quality of the resulting labour force and society. These form the basis of our argument.

In America, an individual has to get his own funds to pursue higher education, while many European countries have public-funded institutions of higher learning. The latter is the best for Malaysia.

Our societal and economic progression (or digression) does not depend on any one factor, but on the interaction of economic, social and political factors over a long period of time.

Let’s first look at some realities that we need to contend with to understand why the Malaysian government should fund higher education.

● Society benefits from education

We can never truly measure the immense positive externalities derived from an educated society. Outcomes of university education and research continuously found the progress of mankind. In developing Malaysia, higher education is an impetus for establishing a civic-minded society, highly-skilled manpower and competitive value proposition for capital and production. There may be a cost involved as the government’s funding of tertiary eduction will inevitably be included in our taxes, but the consequences for failing to do so can be devastating.

● Income trap

In Malaysia, wage growth caught up with productivity growth up to the late 1990’s. Since 1996, we have been living in the “middle income trap”, stunted at the World Bank’s definition of upper middle income; neither high nor low income. In fact, for the past 10 years real wage growth has been negative. We have a largely unskilled labour force and this means they cannot move up the value chain and command higher salaries.

● Education is fundamental to a competitive value proposition

Another case for education is competitiveness for both foreign direct investment (FDI) and outputs. On the FDI side, our factors of production, in this case labour, needs to be attractive enough. On the output side, our goal to move away from producing lower-value manufacturing and primary goods into the higher-value services sector, have been held back by limited talent and capabilities. Lack of advanced education is one major factor causing this lack of competitiveness.

● Efficiency-driven economy versus Innovation-driven economy

A study released by the Global Entrepreneurship Monitor (GEM) categorises Malaysia as an efficiency-driven economy, behind innovation-driven economies. We focus on improving existing processes, but we are not out there inventing new things where the big money is.

Focusing on the latter is extremely important now for Malaysia, because we can no longer offer very cheap labour, land and factories to produce mass generic products competitively. The number of researchers in Malaysia for one million people is only 365, behind Japan’s 5,416 and South Korea’s 4,231. We are in dire need of more trained professionals and innovators.

● Education is an investment

Like parents investing in their children’s future, the state must invest in its population for the future of the nation. An educated society will inevitably have a higher standard of living because of higher income, production of high value goods and services, longer life expectancy, subscription to civic and moral values, political stability, existence of civil liberties and openness to change and development. While highly developed nations like Denmark and the Netherlands invest 11.2% and 10.8% respectively of GDP in education, we invested only 4.8% last year.

Currently, about 80% of the bottom 40% income households are only-SPM qualified and below, while only 5% received higher education. The rest never made it to school at all.

The reason is crystal clear; it is education that can lift households into higher income thus significantly reducing poverty and its consequences. If this group were to receive higher education, it is the state that ultimately benefits as social capital is returned from the household to the state in increased production and tax income. Social justice is served; while nobody is left discriminated or neglected from being given an opportunity to develop his or her own merits.

● A positive net return-on-investment

Entertain this simple simulation: Consider a fresh graduate entering the workforce with a salary of RM2,500, working for 30 years with a modest increment of 5% a year. Upon retiring at the age of 55 years, he would have paid back at least RM290,000 to the government only in income taxes. Even after discounting, payback in taxes is significantly beyond the investment cost providing education.

● Education correlates with wealth and income

Tertiary-educated individuals have an average of RM182,000 in wealth to their name, while SPM holders have only an average RM82,000 in net worth. Degree holders have at least 2.2 times the wealth of SPM leavers. But the tertiary education penetration rate for Malaysia stands at only 36.5%. This is only measured at point of enrolment (not completion)! Not only we are significantly behind “very high human development” nations’ average of 75%, we are also behind “high human development” nations’ average of 50%. Education will reduce income inequality

Malaysia ranks as the third most unequal nation in Asia, based on a GINI coefficient of 0.4621 (World Bank). Using only GINI, a simple measure of dispersion between the richest and poorest in an economy, we can already see that there are structural problems with the kind of growth that we have been enjoying. A household that earns RM10,000 monthly and above is already considered the top 4% Malaysian households! 60% of the highest-earning income households have at least one member that received tertiary-level education. But 60% of the lowest-earning households have only SPM-holders as their most qualified household member. Not coincidentally, only the top 20% income households in Malaysia have experienced substantial income growth. For the remaining 80% it has been moderate. The gap between the rich and poor has been consistently growing from year 1970 until today. Only non-discriminatory access to education for the bottom 40% will arrest the growth of this gap.

We expect free access to education to allow inter-generational mobility and narrow this inequality gap. If we let economic disability become a prohibitive factor for education, relatively poorer households will never be lifted out of the low-income bracket.

● One graduate for every Malaysian family

We need an education system that is inclusive, does not neglect academically-struggling yet vocationally-advantaged pupils, matches industry requirements, yet streams students into disciplines where they will excel most. Most importantly, the system must not allow students to find themselves at the point of entering the industry, handicapped with a student loan on their shoulders, only to realise that they are not employable.

Malaysia has progressed in many aspects by making primary and secondary education free. 100% of Malaysians finish at least Year Six and 68% finish Form Five. The current socio and economic condition in Malaysia now calls to make finishing Form Five legally compulsory, and providing free and accessible tertiary education for all.

I urge the government, non-governmental bodies, policy-makers, and lobby groups to move towards providing free tuition fees for higher education at all our public universities. Where public universities are unable to cater for all qualified students, perhaps the same quantum of funds should be provided to private universities in a staggered manner, so as to ensure that education is accessible to all.

I also propose that there should be at lest one graduate in each of the 6.4 million Malaysian households to ensure inter-generational mobility; that is for at least one child of a fisherman or low-salaried factory worker so as to uplift the entire family which will enable them to move on to the higher income bracket. A graduate in each family will be the change-agent who will ensure that his generation improves the lot of the family. Education is far too important for us to risk any mismanagement, oversight and underfunding. The generations that go through a robustly managed quality education system, will ultimately decide Malaysia’s direction and the society that we will live in. Only then can we fundamentally assure that all layers of society can enjoy a high income — not just the top 1%. Let us reflect what Nelson Mandela said for a better Malaysia! “Education is the most powerful weapon you can use to change the world.”

■ The writer is a professional who works in the oil and gas sector. He is pursuing a post-graduate doctorate and is the executive director of Teach For The Needs (TFTN). Data and figures in this article were derived from EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World databank and BNM. For details, please refer to BLINDSPOT (http://www.facebook.com/blindspot.mmsia)

Loading

The post The Star: The need to fund higher education first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Sukarelawan Pendidikan melalui Teach for The Needs: Bahagian II https://aafaizli.com/sukarelawan-pendidikan-melalui-teach-for-the-needs-bahagian-ii/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sukarelawan-pendidikan-melalui-teach-for-the-needs-bahagian-ii Thu, 13 Dec 2012 06:46:43 +0000 http://aafaizli.com/?p=840 Seiring dengan peningkatan gaya hidup rakyat Malaysia menuju ke arah negara maju, ramai mula mencari sebab untuk menyumbang ke arah kebajikan. Immanuel Kant (1724-1804), ahli falsafah terunggul dalam bidang Etika, mengambil pendekatan etika kesukarelawan dalam banyak hasil kerjanya. Menurut beliau dan ramai tokoh pada era beliau, tunjang yang mendasari etika kesukarelawan ialah hasrat. Memetik kata-kata …

The post Sukarelawan Pendidikan melalui Teach for The Needs: Bahagian II first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Seiring dengan peningkatan gaya hidup rakyat Malaysia menuju ke arah negara maju, ramai mula mencari sebab untuk menyumbang ke arah kebajikan. Immanuel Kant (1724-1804), ahli falsafah terunggul dalam bidang Etika, mengambil pendekatan etika kesukarelawan dalam banyak hasil kerjanya. Menurut beliau dan ramai tokoh pada era beliau, tunjang yang mendasari etika kesukarelawan ialah hasrat. Memetik kata-kata Ali Shariati dalam bukunya Ideology, pengasas bersama Teach for The Needs (TFTN), Zul Fikri Zamir percaya bahawa walaupun seribu orang Aristotle dan Plato wujud di zaman Purba Greek, kehidupan sosial mereka tidak akan berubah sekiranya tiada yang memberi.

Kesanggupan untuk berbakti hanya akan datang bersama-sama dengan kepercayaan tidak berbelah bagi kepada sesuatu isu. Apabila seseorang percaya kepada isu tersebut, kemungkinan untuk usaha berpanjangan dan menjadi pejuang lebih tinggi. Inilah jenis hasrat dan semangat yang cuba disuburkan, digerakkan dan dicungkil oleh TFTN. Digerakkan oleh sekumpulan anak muda, terdiri daripada guru-guru terlatih dan sukarelawan, TFTN berfungsi secara fleksibel dalam membekalkan tuisyen percuma selepas waktu sekolah kepada murid-murid sekolah daripada isi rumah kurang mampu. Berlandaskan istilah yang dijenamakan oleh TFTN sebagai ‘aktivisme pendidikan’, ‘duta-duta guru’ dan sukarelawan muda ini memulakan usaha mereka di kawasan sendiri, sama ada meluangkan masa selepas waktu persekolahan untuk mengajar tuisyen, atau mengangkat sesebuah rumah anak yatim di tempat mereka sebagai target perhatian dan program sepanjang tahun mereka .

Sebagai organisasi pertama yang menggunakan kaedah ini sebagai modus operandi, TFTN bekerjasama dengan NGO pendidikan yang lain, seperti Teach for Malaysia dan EduNation. Menfokuskan sudut yang berbeza menggunakan modus operandi yang berlainan, mereka mempunyai satu persamaan; memakai topi ‘warga prihatin’ dalam usaha untuk membaiki kekurangan sistem Pendidikan Malaysia.

Kenapa Pendidikan?

PISA merupakan permulaan yang baik untuk menerangkan kepentingan kerja-kerja organisasi seperti TFTN. PISA ialah sistem ujian tiga kali setahun yang diiktiraf dan telah dilaksanakan selama 15 tahun di 70 buah negara yang menyumbang kepada 90 peratus ekonomi dunia. Idea ujian ini adalah untuk menguji keberkesanan sistem pendidikan dalam usaha mempromosikan kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah di kalangan para murid. dan bukannya kemahiran menghafal dalam kalangan para pelajar dalam kemahiran membaca serta matapelajaran sains dan matematik. Malaysia di tangga 55 daripada 74 buah negara, meletakkan kita di tangan terbawah 33 negara.

Dalam ucapan yang disampaikan sempena Konvokesyen Pendidikan Pertama TFTN yang diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya pada 8hb Disember 2012, Zul Fikri membincangkan pengajaran yang boleh diambil daripada sistem pendidikan Finland, yang muncul di tangga pertama dalam kajian yang dilakukan. Findland yang sebelum ini diletakkan di tangga ke 70 dalam kajian sebelum ini, melangkau ke tempat pertama pada 2009 selepas perubahan besar-besaran yang drastik dilakukan; termasuklah dengan permberia  kuasa autonomi penuh kepada sekolah dan menghapuskan sistem peperiksaan tegar. Dalam ucapan yang sama, Zul Fikri juga membincangkan isu tentang kanak-kanak Malaysia yang disuap, semata-mata untuk mengejar gred A, tetapi hilang fokus kepada matlamat pelajaran dan pergi ke sekolah yang seterusnya memberi kesan kepada prestasi teruk PISA.

Melalui sebuah sesi perkongsian antara duta-duta guru dan sukarelawan, TFTN menemui pendedahan mengejutkan. Seorang guru sehinggakan terpaksa mempelajari Bahasa Iban kerana para pelajarnya tidak boleh berbahasa Melayu, seorang guru yang lain pula terpaksa menempuh perjalanan sepanjang tiga jam untuk ke sekolah di pedalaman Sarawak, malah terpaksa menempuh  perjalanan merentas sungai yang berbuaya! Seorang guru di Banting pula terdorong menjadi kreatif untuk mengajar pelajarnya kemahiran asas huruf untuk murid calon UPSR dengan menggunakan kemahiran kreatif seperti penggunaan tanah liat, setelah menyedari pelajarnya buta huruf pada usia 12 tahun.  Secara purata di mana-mana sahaja kami dapati bahawa sekurang-kurangnya 10 peratus buta huruf! Oleh kerana peluang pendidikan berkadar terus dengan status ekonomi isirumah, kedudukan geografi urban dan luarbandar, dan pendedahan kepada infrasturktur dan kemudahan, terdapat murid-murid sekolah dalam sistem pendidikan kini yang telah dikenalpasti sebagai ‘terabai’.

Untuk membantu para guru berhadapan dengan kanak-kanak yang ‘memerlukan’ untuk ‘pengalaman TFTN’ ini, sukarelawan TFTN didedahkan dengan pendekatan berstruktur pedagogi untuk keperluan pendidikan khas melalui penceramah yang berwibawa sepanjang konvensyen. Salah seorangnya ialah Profesor Dr. Saedah Siraj; tokoh terkenal dalam bidang pendidikan akademik. Sumbangan beliau menfokuskan kepada Peruntukan Pendidikan kepada Kanak-Kanak Kelainan Upaya. Berpengalaman luas dalam menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak kelainan upaya dalam persekitaran yang tidak kondusif, bekas Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya itu menekankan bahawa proses pembelajaran kanak-kanak kelainan upaya perlu dibentuk bersama-sama stratergi tertentu. Stratergi ini termasuklah 1) pengajaran secara langsung, 2) pembentukan intipati pengajaran bagi memenuhi tahap emosi dan moral kanak-kanak tersebut, 3) kepelbagaian aktiviti menggunakan lima deria utama, 4) latihan ulangkaji yang berterusan dan berkaitan, 5) ejaan dan sebutan dan 6) perhatian khas kepada tingkahlaku dan adab.

Aktivis pendidikan juga mahu memberikan perhatian kepada isu kualiti di sebalik isu kuantiti yang membentuk fakulti pengajaran dalam sistem pendidikan Malaysia. Di konvensyen tersebut, satu forum diberi nama ‘Pendidikan Negara’ membincangkan dan mengenal pasti isu-isu terkini melibatkan kerjaya perguruan. Buat julung kalinya, isu kualiti dan keberkesanan fakulti pendidikan dibincangkan secara terbuka di forum awam, bukan sahaja melibatkan guru-guru dalam sistem pendidikan awam, tetapi juga pemerhati dan orang awam yang bersemangat untuk mendesak kewujudan perubahan dalam sistem pendidikan. Forum ini secara berkesan membincangkan kembali isu ‘pilihan’ dalam kalangan kohort guru-guru yang menceburi profesion perguruan; yang mana ramai antara mereka, terutama generasi muda, tidak memilih pun untuk menjadi guru tetapi tidak mempunyai pilihan kerana kelulusan yang terhad.

Edmond Yap, pengasas bersama EduNation yang membekalkan bahan pendidikan percuma atas talian berhujah bahawa Malaysia tidak mampu untuk menggadaikan masa depan generasinya dengan bersandarkan dasar substandard kerjaya perguruan yang sedia ada. Dzameer Dzulkifli, pengasas bersama Teach For Malaysia turut menimbulkan kebimbangan atas ketiadaan ‘Klausa Keluar’, yang mengakibatkan guru-guru tidak berisiko untuk dihentikan walaupun mereka tidak mempunyai prestasi kerja yang memuaskan. Beliau menambah bahawa tidak ada organisasi berprestasi tinggi mengekalkan individu atau pasukan yang tidak menyumbang kepada nilai organisasi tetapi beliau masih berharap akan berlaku perubahan kerana Pelan Stratergi Kementerian Pendidikan yang baru membincangkan hal ini. Dalam forum yang sama, Zul Fikri menambah bahawa TFTN ditubuhkan untuk sama-sama menyumbang kepada isu ini. Berbanding dengan tidak henti merungut, rakyat Malaysia wajar melakukan usaha sendiri dalam mengisi apa jua jurang yang wujud yang dikenalpasti memerlukan penambahbaikan.

Perjuangan Pendidikan Di Masa Hadapan

Perjuangan pendidikan gaya TFTN terbina di atas dua komponen utama. Salah satunya ialah meningkatkan peluang untuk para pelajar kurang mampu dan bermasalah. Kedua ialah memperkasakan para duta, di bawah ekosistem mandiri yang menyokong usaha mereka dan menawarkan input profesional dalam pembangunan kerjaya. TFTN menggalakkan idea yang ‘mengalir masuk’ dan inisiatif daripada para sukarelewan sendiri, berbanding daripada mengeluarkan arahan secara ‘aliran keluar’ daripada jawatankuasa pusat. Selain daripada pelaksanaan aktiviti pokok TFTN iaitu penyediaan kelas tuisyen yang hasil akhirnya dapat diukur melalui prestasi akademik dan markah ujian, peranan ‘penggerak’ melibatkan penyediaan platform untuk duta-guru di pelbagai lokasi untuk mewujudkan satu jaringan kerja iaitu satu simbiosis yang melibatkan perkongsian idea dan perasaan kebersamaan yang jitu.

Bersama-sama Profesor Saedah, konvensyen terbabit juga mengetengahkan Ustazah Khadijah dan modul percubaan beliau, “Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Rasulluah”  yang menggunakan teknik mendidik-dengan-tauladan Nabi Muhammad saw dalam menggalakkan perubahan sikap murid bermasalah.  Faedah utama bengkel kelolaan beliau ialah provokasi tersembunyi. Berbanding dengan hukuman langsung iaitu menuduhi atau memarahi, beliau menggalakan penggunaan sistem ganjaran dan hukuman berbeza, yang dikenalpasti akan menyebabkan kanak-kanak bermasalah untuk mempersoalkan teknik ini. Ini menimbulkan peluang yang lebih tinggi bagi kanak-kanak menumpukan perhatian apabila diberi penerangan. Dengan maklumat profesional seperti ini, TFTN berharap dapat memperkayakan sedikit sebanyak kebolehan guru-duta, dan mengayakan pengalaman pedagogi mereka.

Demi menggerakkan golongan ahli profesional yang tidak mempunyai pengalaman mengajar yang semakin ramai untuk turut serta dalam perjuangan pendidikan, organisasi seperti TFTN dan TFM juga boleh mencungkil dan meraikan kepelbagaian kemahiran dan kepakaran. Malah, terdapat keperluan niche untuk ahli profesional memainkan peranan mereka dalam membantu menaikkan gerakan seperti TFTN. Dengan cara menggabungkan metodologi korporat dan komersial yang dimiliki mereka dan menyumbang pengalaman seperti menstrukturkan carta organisasi, menyediakan perbendaharaan dan fungsi kesetiausahaan, mereka bentuk sistem pengurusan prestasi yang menggalakan persekitaran bertanggungjawab dan berorientasikan hasil.

Konvensyen seperti Konvensyen Pendidikan TFTN 2012 menjadi pentas utama untuk menggabungkan idea, menilai prestasi tahunan, dan menetapkan hala tuju masa depan. Dengan para guru dan sukarelawan daripada pelbagai lokasi dan persekitaran bertemu, peluang untuk latihan yang dijalankan lebih realistik dan menyeluruh wujud.

Selaku orang belakang tabir, penubuhan TFTN walaupun tidak mempunyai latarbelakang perguruan, saya telah mengongsikan dengan rakan-rakan sukarelawan lain di konvensyen tentang pencapaian TFTN untuk 2012 dan sedikit pengalaman peribadi tentang bagaimana TFTN telah mendapat tempat yang bermakna di hati saya. Sebagai penyokong kuat kesamarataan peluang pendidikan dan kesaksamaan, saya sependapat dengan TFTN dalam pendirian bersama kami bahawa membantu para pelajar rendah prestasi yang kerap dilabel sebagai ‘nakal’ dan ‘tak ada harapan’ oleh masyarakat merupakan satu langkah paling penting untuk meningkatkan status ekonomi sebahagian ahli masyarakat yang telah lama dipinggirkan. Saya selalu percaya bahawa pendidikan membentuk tulang belakang masyarakat. Kepentingan pendidikan tidak boleh dipertikaikan dan kekurangannya boleh menyebabkan ketidakstabilan, peningkatan kemiskinan dan ketidakpedulian.

“Sukarelewan itu tidak dibayar- bukanlah kerana tiada nilai dalam kerja mereka, tetapi kerana mereka tidak ternilai”

Loading

The post Sukarelawan Pendidikan melalui Teach for The Needs: Bahagian II first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
Sukarelawan Pendidikan Melalui TFTN https://aafaizli.com/sukarelawan-pendidikan-melalui-tftn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sukarelawan-pendidikan-melalui-tftn Tue, 11 Sep 2012 01:36:58 +0000 http://aafaizli.com/?p=41 1 Mac yang lalu, sekumpulan sukarelawan muda telah menubuhkan Teach For The Needs (TFTN), sebuah komuniti dalam talian yang namanya telah jelas menerangkan visi di sebalik penubuhannya. Forum Dunia Pendidikan yang diadakan di Dakar pada tahun 2000 lalu berpegang yakin kepada matlamat bahawa menjelang 2015, “Semua kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak yang memerlukan yang …

The post Sukarelawan Pendidikan Melalui TFTN first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>
1 Mac yang lalu, sekumpulan sukarelawan muda telah menubuhkan Teach For The Needs (TFTN), sebuah komuniti dalam talian yang namanya telah jelas menerangkan visi di sebalik penubuhannya.

Forum Dunia Pendidikan yang diadakan di Dakar pada tahun 2000 lalu berpegang yakin kepada matlamat bahawa menjelang 2015, “Semua kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak yang memerlukan yang terdiri daripada kalangan etnik minoriti, wajib mempunyai akses secara percuma kepada pembelajaran akademik dan juga mendapat pendidikan sekolah rendah yang berkualiti.”  Malaysia boleh dianggap bertuah kerana tidak menghadapi masalah untuk menyediakan peluang pendidikan rendah.  Namun begitu, masalah kita terletak pada fokus utama masyarakat Malaysia, di mana kelas tuisyen secara komersial dan pemilikan buku rujukan yang harganya semakin melambung telah mewujudkan jurang prestasi yang besar di antara murid-murid yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan berbanding dengan rakan sekelas mereka yang lain.

Objektif penubuhan TFTN adalah untuk menyediakan peluang kepada kelas tuisyen untuk murid-murid sekolah rendah yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan termasuklah anak-anak yatim yang tidak berpeluang menghadiri kelas-kelas tuisyen komersial akibat kekangan kewangan. Kelas tuisyen yang dimaksudkan merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang dikendalikan secara sukarela oleh sebilangan guru-guru muda di sekolah masing-masing. Kelas-kelas berkenaan dijalankan secara kelompok kecil yang terdiri daripada lima hingga enam orang murid dan diadakan selama tiga jam dalam seminggu, selepas tamat sesi persekolahan. Hal ini memudahkan pengurusan logistik, kerana keperluan-keperluan seperti bilik belajar dan pengangkutan tidak perlu diambil kira.

Para sukarelawan terdiri daripada golongan guru dan juga golongan bukan guru. Wakil yang dilantik di kalangan guru bertindak menyumbangkan masa dan tenaga untuk pengendalian kelas-kelas tuisyen percuma di sekolah masing-masing. Para sukarelawan bukan guru pula memberi sokongan strategik yang lain seperti pengurusan organisasi TFTN dan pengendalian aktiviti-aktiviti sampingan.

Kenapa ‘Needs’?

Mungkin ada yang bertanya, kenapa pemilihan kata ‘Needs’ digunakan berbanding Teach For The ‘Needy’ ataupun kata tunggal yang merujuk kepada satu keperluan (pendidikan) sahaja seperti ‘Need’? Jawapannya lebih komprehensif.  Aspirasi TFTN itu sendiri merangkumi tiga premis utama maka kata majmuk Needs yang mengandungi ‘s’ digunakan.

Teras pertama TFTN adalah bersandarkan kepercayaan bahawa terdapat keperluan untuk menyediakan peluang kepada mereka yang memerlukan untuk mengalami suasana pendidikan sepertimana yang dilalui oleh rakan mereka yang lebih bernasib baik. Terdapat dua elemen utama yang dikenal pasti oleh TFTN untuk merealisasikan frasa “pengalaman di alam pendidikan/ educational experience”.

Pertama, perkembangan kognitif atau IQ melalui kelas tuisyen ekstra.

Kedua, perkembangan EQ melalui interaksi secara emosi dan pembinaan hubungan yang baik dengan murid. Kebiasaannya, murid yang datang dari keluarga yang bermasalah dan mempunyai masalah masalah kewangan gagal untuk menyediakan dua sokongan ini.  Akibatnya, anak-anak hanya belajar ketika menghadiri sekolah sahaja dan tidak mendapat sokongan tambahan di rumah.

Teras kedua TFTN ialah sebagai platform dan peluang untuk sukarelawan pelatih guru muda di bawah gerakan TFTN untuk mengukuhkan kemahiran pedagogi dan memantapkan keyakinan diri sebagai tenaga pengajar. TFTN mempunyai visi untuk menyemai serta menanamkan rasa ihsan untuk menolong golongan yang memerlukan tanpa mengharapkan ganjaran material dan keduniaan. Hal ini membuat kami berfikir tentang kepincangan-kepincangan sistem pendidikan; kami percaya komersialisasi yang terlampau dalam sistem sedia ada telah mewujudkan ketidaksamarataan dalam pengalaman di alam pendidikan murid-murid. Isu komersialisasi ini bukan sahaja menggalakkan para guru mengalihkan fokus pengajaran jauh dari input-input emosi, tetapi juga mengakibatkan keciciran murid-murid yang tidak mampu membiayai pendidikan dengan wang. Hal ini secara tidak sengaja, meletakkan profesion perguruan sebagai sebuah perniagaan yang mengharapkan output-output yang dinilai menggunakan penunjuk ukur berlandaskan keuntungan.

Teras ketiga TFTN merupakan misi jangka masa yang lebih panjang. TFTN berazam untuk memainkan peranan sebagai badan bukan kerajaan yang berusaha untuk menlenyapkan pandangan stereotaip di kalangan masyarakat Malaysia yang putus asa dan gagal mengenal pasti bahawa anak-anak yang kurang bernasib baik juga mempunyai potensi. Kanak-kanak ini dengan mudah dilabel sebagai pembuat masalah, pemalas dan tidak layak menerima sebarang perhatian khusus. TFTN percaya bahawa kanak-kanak ini sebenarnya mangsa yang tercicir dari pandangan para pendidik dan masyarakat sehingga menyebabkan harapan untuk mereka dilihat begitu tipis.

Kebanyakan kanak-kanak ini seringkali mengalami perasaan tersingkir. Akibatnya, mereka terdorong membina “dinding psikologi” yang menebal, menyebabkan mereka kurang beremosi, kurang mampu menunjukkan perasaan kasih sayang, empati serta ambil kisah terhadap peranan mereka sebagai sorang pelajar. Kerana kekurangan keperluan-keperluan emosi yang asas ini, mereka tidak dapat merasai pengalaman pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sebenarnya begitu menyeronokkan. Kembalinya perhatian masyarakat terhadap kanak-kanak ini akan dapat menyedarkan semula orang ramai bahawa kanak-kanak ini juga mempunyai potensi yang besar untuk diperkembang. Berdasarkan matlamat ini, TFTN beraspirasi untuk menyediakan sebuah platform yang cukup fleksibel dan mampu bergerak tangkas, digerakkan oleh individu-individu yang menginginkan perubahan serta harapan baru buat kanak-kanak kurang berkemampuan dan buat sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.

TFTN percaya bahawa ramai rakyat Malaysia di luar yang ingin menyumbangkan ke arah memperkasakan pendidikan. Justeru, marilah kita sama-sama membantu dengan sukarela menggiatkan platform ini.

Menurut kata-kata hikmat daripada seorang pakar antropologi kebudayaan Amerika; “Jangan diragui bahawa sebuah kumpulan kecil yang mempunyai akal fikiran bernas sebenarnya mampu mengubah dunia, sesungguhnya itulah satu-satunya yang diperlukan.” – Margaret Mead.

Sambutan tsunami terhadap TFTN

Dalam tempoh lima bulan yang singkat, TFTN telah berjaya menggembleng kekuatan seramai 74 orang sukarelawan muda untuk membantu mencapai keperluan yang dikehendaki TFTN. Antara para sukarelawan ini, 22 orang telah ditugaskan untuk memainkan peranan strategik dan pentadbiran, manakala seramai 20 orang ditugaskan sebagai perwakilan/ duta guru di sekolah masing-masing. Sukarelawan bukan pendidik dialu-alukan untuk menyertai komuniti ini dengan memudahkan urusan gerak kerja dan kelas tuisyen di rumah anak yatim yang terpilih. TFTN juga telah mengambil dua buah rumah anak yatim; di Gopeng dan Kuantan, sebagai program elektif, bersama 32 orang sukarelawan yang lain. Jumlah bilangan murid di bawah penjagaan TFTN masa kini telah berjumlah seramai 150 orang murid.

Mengapakah sambutan terhadap TFTN begitu hangat?

Kajian empirikal telah membuktikan bahawa kejayaan aktivis sukarelawan terbukti apabila objektif  kesukarelawanan berjaya menyediakan peluang untuk pencapaian peribadi dan membolehkan para sukarelawan membentuk ikatan sosial dengan masyarakat. Para sukarelawan juga akan didorong oleh insentif seperti kejayaan peribadi, pengiktirafan dan aspirasi untuk memberi kepada masyarakat dan keinginan yang tinggu untuk mengimplementasikan perubahan sosial.

Paling penting, TFTN bertujuan untuk menyediakan platform bagi sukarelawan muda untuk terlibat dalam struktur yang dikenali sebagai “aktivisme pendidikan”, di mana semangat kekitaan dan pergerakan berorganisasi dapat diterapkan di samping  mencapai matlamat pendidikan yang asal.

Sejak awal penubuhan TFTN, guru-guru muda ini telah menyahut cabaran aktivisme pendidikan ini tanpa sebarang keraguan. Dengan semangat kesukarelawanan dan keikhlasan hati, mereka menawarkan perkhidmatan kelas tuisyen secara percuma. Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan permintaan dan kehendak bagi sebuah platform seperti TFTN di kalangan para pendidik, tidak dapat disangkal lagi.

Para sukarelawan TFTN seringkali berkongsi pengalaman peribadi masing-masing dengan murid-murid yang kurang bernasib baik dengan penuh semangat, walaupun ada di kalangan mereka yang baru bertembung dengan pengalaman itu sekali sahaja sepanjang penglibatan dalam profesion keguruan yang masih di peringkat awal.

Bilangan guru yang ramai di Malaysia juga boleh dianggap sebagai pemangkin usaha ini. Terdapat 250,000 dan 300,000 guru sekolah rendah dan menengah yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Kekuatan seramai ini telah memenuhi permintaan pendidikan hampir 3 juta dan 2.4 juta pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Berdasarkan angka diatas, tidaklah mengejutkan sekiranya TFTN berjaya menarik sukarelawan sebanyak ini dalam jangka masa pendek lima bulan sahaja.

Halatuju dan Masa Hadapan TFTN

Sebagai platform persediaan untuk aktivisme pendidikan, TFTN bergerak dengan berasaskan tiga pembahagian yang berfokuskan tiga golongan besar; murid, duta-duta, dan sukarelawan.

Tambah-nilai pertama TFTN ialah penyediaan kelas-kelas tuisyen, sokongan EQ dan pemantauan berterusan terhadap perkembangan akademik yang memfokuskan kelompok murid yang telah dikenalpasti.

Tambah-nilai kedua adalah untuk menyediakan rangka latihan kepada duta-duta dengan tujuan menambah dan mempertingkat pengalaman mengajar mereka. Hal ini bukan sekadar melibatkan penguasaan teknik-teknik pedagogi yang konvensional, tetapi juga melibatkan kaedah-kaedah bimbingan murid-murid melalui pendekatan yang profesional ke atas kumpulan sasaran TFTN yang terdiri dari anak-anak yang memerlukan. Tambah-nilai ini dijangkakan selaras dengan harapan supaya guru-guru muda ini berjaya menjadi penggerak perubahan sistem pendidikan yang dilihat bermasalah sepanjang kerjaya mereka.

Tambah-nilai ketiga yang telah dikenalpasti ialah penyediaan dana yang mapan. Sebagai satu platform yang berdaftar, keberkesanan usaha pengutipan dana daripada sumber-sumber dermawan yang stabil dan dana awam hasil daripada program kebajikan yang dilakukan dijangkakan lebih tinggi. Dana ini akan disalurkan kepada sukarelawan yang akan berinteraksi dengan rumah-rumah kebajikan, rumah-rumah anak yatim, atau sebarang organisasi yang seangkatan dengannya. Bukan itu sahaja, dana ini dijangkakan dapat membantu TFTN menyediakan peluang pendidikan dan motivasi kepada kanak-kanak kurang berkemampuan dan anak-anak yatim.

Hasil daripada kajian terbaru bancian kemiskinan, 3.8 peratus kandungan isi rumah dilabelkan hidup di bawah garis kemiskinan. Ini bermakna lebih daripada 100,000 dari tiga juta murid sekolah rendah di Malaysia, layak untuk menjalani program TFTN ini. Oleh itu, masih terdapat banyak ruang untuk gerakan-gerakan seperti TFTN untuk memberikan bantuan buat murid-murid yang memerlukan ini.

Sebagai sasaran lima tahun berikutnya, TFTN merancang untuk menampung 1,500 pelajar, dengan bantuan 300 duta-duta yang terdiri daripada para guru, dan lima rumah anak yatim, menjelang akhir 2017.

Loading

The post Sukarelawan Pendidikan Melalui TFTN first appeared on Anas Alam Faizli.

]]>