Advertise with Googlier.com Al Fateh Training and Consultant https://alfatehtraining.com KAMI BANTU ANDA TINGKATKAN PRESTASI Wed, 10 Jul 2024 07:17:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.13 https://alfatehtraining.com/wp-content/uploads/2017/01/cropped-logo-atc-32x32.png Al Fateh Training and Consultant https://alfatehtraining.com 32 32 Training Consultant Terengganu – Tingkat Prestasi Organisasi dengan Al Fateh Training Sdn Bhd Penyedia Latihan & Teambuilding Terengganu https://alfatehtraining.com/training-consultant-terengganu-tingkat-prestasi-organisasi-dengan-al-fateh-training-sdn-bhd-penyedia-latihan-teambuilding-terengganu/ https://alfatehtraining.com/training-consultant-terengganu-tingkat-prestasi-organisasi-dengan-al-fateh-training-sdn-bhd-penyedia-latihan-teambuilding-terengganu/#respond Wed, 10 Jul 2024 07:15:08 +0000 https://alfatehtraining.com/?p=925 Tingkatkan Prestasi Organisasi dengan Al Fateh Training Sdn Bhd: Training and Consultant Terengganu, Teambuilding Terengganu, Penyedia Latihan Terengganu Di dunia perniagaan yang semakin kompetitif, keupayaan untuk berinovasi dan berkembang adalah kunci kejayaan. Al Fateh Training Sdn Bhd, sebagai peneraju dalam bidang Training and Consultant Terengganu, komited untuk membantu organisasi mencapai matlamat ini. Dengan kepakaran dalam […]

The post Training Consultant Terengganu – Tingkat Prestasi Organisasi dengan Al Fateh Training Sdn Bhd Penyedia Latihan & Teambuilding Terengganu appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
Tingkatkan Prestasi Organisasi dengan Al Fateh Training Sdn Bhd: Training and Consultant Terengganu, Teambuilding Terengganu, Penyedia Latihan Terengganu

Di dunia perniagaan yang semakin kompetitif, keupayaan untuk berinovasi dan berkembang adalah kunci kejayaan. Al Fateh Training Sdn Bhd, sebagai peneraju dalam bidang Training and Consultant Terengganu, komited untuk membantu organisasi mencapai matlamat ini. Dengan kepakaran dalam menyediakan latihan yang berkualiti, kami berusaha untuk memperkasa pasukan anda melalui pelbagai program latihan dan aktiviti teambuilding yang direka khas untuk memenuhi keperluan spesifik anda.

Training and Consultant Terengganu: Pendekatan Kami

Sebagai syarikat Training and Consultant Terengganu yang berpengalaman, Al Fateh Training Sdn Bhd menawarkan pendekatan holistik dalam menyediakan latihan. Kami memahami bahawa setiap organisasi adalah unik, oleh itu kami menyediakan penyelesaian yang disesuaikan berdasarkan analisis mendalam tentang keperluan dan matlamat anda. Melalui proses konsultasi yang teliti, kami mengenal pasti jurang kemahiran dan menyediakan pelan latihan yang efektif untuk mengatasinya.

“Custom-Module”- Kami akan design program berpandukan keperluan semasa, objektif dan isu yang nak difokuskan.
Activity Based Learning – Belajar sesuatu dengan melalui proses yang berlaku, disitulah hikmah thinking berlaku.

Latihan kami meliputi pelbagai aspek seperti pengurusan, komunikasi, dan kemahiran teknikal. Program kami direka untuk memastikan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari ke dalam situasi kerja sebenar. Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelayakan, kami menjamin pengalaman pembelajaran yang bermutu tinggi dan memberi impak positif kepada prestasi organisasi anda.

Teambuilding Terengganu: Mengukuhkan Kerjasama Pasukan

Selain daripada latihan individu, Al Fateh Training Sdn Bhd juga pakar dalam aktiviti Teambuilding Terengganu. Kami percaya bahawa pasukan yang kukuh dan bersatu adalah asas kepada kejayaan mana-mana organisasi. Oleh itu, kami menawarkan pelbagai program teambuilding yang direka untuk mengukuhkan hubungan antara ahli pasukan, meningkatkan komunikasi, dan membina kepercayaan.

Aktiviti teambuilding kami merangkumi pelbagai bentuk, dari aktiviti luar yang mencabar hingga kepada bengkel dalam bangunan yang interaktif. Setiap aktiviti direka untuk menguji dan memperbaiki kemahiran kerjasama, kepimpinan, dan penyelesaian masalah. Dengan suasana yang menyeronokkan dan penuh cabaran, peserta akan belajar untuk bekerja bersama-sama dengan lebih efektif dan membina hubungan yang lebih erat.

Penyedia Latihan Terengganu: Kenapa Memilih Kami?

Sebagai Penyedia Latihan Terengganu yang dipercayai, Al Fateh Training Sdn Bhd telah berjaya membantu pelbagai organisasi dalam meningkatkan kemahiran dan prestasi pasukan mereka. Kami menawarkan beberapa kelebihan yang menjadikan kami pilihan utama untuk keperluan latihan anda:

  1. Pengalaman dan Kepakaran: Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri latihan, kami memahami cabaran dan keperluan organisasi dalam pelbagai sektor. Pasukan kami terdiri daripada pakar yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
  2. Pendekatan Disesuaikan: Kami percaya bahawa tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua. Oleh itu, kami menyediakan pelan latihan yang disesuaikan mengikut keperluan dan matlamat spesifik organisasi anda. Setiap program direka untuk memberikan impak maksimum dan hasil yang nyata.
  3. Latihan Praktikal dan Interaktif: Program latihan kami menekankan pendekatan praktikal dan interaktif. Peserta bukan sahaja belajar teori, tetapi juga mengaplikasikan apa yang dipelajari melalui latihan dan simulasi yang realistik.
  4. Komitmen kepada Kejayaan Pelanggan: Kami komited untuk memastikan kejayaan pelanggan kami. Dari perancangan hingga pelaksanaan dan penilaian, kami bersama anda di setiap langkah untuk memastikan program latihan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Training Consultant terengganu

Di Al Fateh Training Sdn Bhd, kami berusaha untuk menyediakan latihan yang berkualiti tinggi dan relevan yang dapat membantu organisasi mencapai prestasi terbaik. Sebagai Training and Consultant Terengganu, Teambuilding Terengganu, dan Penyedia Latihan Terengganu yang terkemuka, kami berdedikasi untuk memperkasa pasukan anda melalui program latihan yang inovatif dan berkesan. Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kami boleh membantu anda mencapai kejayaan.

Untuk maklumat lanjut tentang program latihan kami, anda boleh menghubungi kami di 0129460634 / 0139858873 atau email : info@alfatehtraining.com / alfatehtraining@gmail.com.

Kunjungi juga facebook kami di : https://www.facebook.com/AlfatehTraining

Sertai kami di Al Fateh Training Sdn Bhd dan bawa pasukan anda ke tahap seterusnya!

The post Training Consultant Terengganu – Tingkat Prestasi Organisasi dengan Al Fateh Training Sdn Bhd Penyedia Latihan & Teambuilding Terengganu appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
https://alfatehtraining.com/training-consultant-terengganu-tingkat-prestasi-organisasi-dengan-al-fateh-training-sdn-bhd-penyedia-latihan-teambuilding-terengganu/feed/ 0
Tips Improve Kemahiran Mendengar https://alfatehtraining.com/tips-improve-kemahiran-mendengar-active-listening/ https://alfatehtraining.com/tips-improve-kemahiran-mendengar-active-listening/#respond Thu, 24 Oct 2019 03:41:13 +0000 http://alfatehtraining.com/?p=854 Ramai orang google dan nak tahu tips untuk improve kemahiran mendengar harini. Jadi, kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat untuk improve kemahiran mendengar. Kita tengok keadaan sekarang, banyak masalah berlaku kerana kurang kurangnya kemahiran mendengar ni. Ada yang bermasam muka, ada yang salah faham dan tafsiran, ada yang sibuk dia je […]

The post Tips Improve Kemahiran Mendengar appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
Ramai orang google dan nak tahu tips untuk improve kemahiran mendengar harini. Jadi, kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat untuk improve kemahiran mendengar.

Kita tengok keadaan sekarang, banyak masalah berlaku kerana kurang kurangnya kemahiran mendengar ni. Ada yang bermasam muka, ada yang salah faham dan tafsiran, ada yang sibuk dia je nak cakap dan bagi respon. Lagi la sekarang teknologi semakin canggih, semua orang ada smartphone. Fokus makin hilang kerana terlalu banyak masa dihabiskan mengadap phone. Kadang bila sembang dengan orang lain pun masih tengok henset lagi.. Lagi kesian, orang yang bercakap dengan kita tu anak dan isteri.

Kesannya, hubungan makin jauh. Orang jadi kurang berminat untuk cakap dengan kita. Keluarga jadi semakin renggang, anak cari orang lain untuk bercakap. Kalau berniaga, mungkin customer dah tak datang kedai kita, sebab rasa layanan kita tak bagus.

Ramai orang fokus pada cara improve komunikasi dengan cara improve cara bercakap dengan baik. Kali ni kita fokus pada cara improve kemahiran mendengar pulak. Tips ini dikongsikan dari guru saya, Coach Jamil.

Tipsnya berpandukan konsep M.A.D.U. Ya, Madu.. Bukan madu yang makan tu, dan bukan juga bermadu atau mencari madu.. hehe..

M – Memandang Wajah

Tips pertama untuk improve kemahiran mendengar ini adalah dengan memandang wajah orang yang bercakap dengan kita. Kenapa pandang wajah, bukan memandang mata? Ada orang dia segan bila kita tengok matanya. Jadi nak mudah, tengok je bahagian dahi atau tengah-tengah antara mata kiri dan kanan.

Improve Kemahiran Mendengar

Bila praktiskan M ni, orang akan rasa macam kita fokus dengar apa yang diceritakan..

Faham setakat ni??.. Tarik nafas dulu..

A – Anggukkan Kepala Untuk Improve Kemahiran Mendengar

Seterusnya, untuk improve kemahiran mendengar adalah dengan anggukkan kepala. Anggukan kepala secara minima sebagai signal kita sedang mendengar dan faham apa yang dikongsikan. Kita dah biasa buat ni sebenarnya, dan akan jadi secara naturally. Asalkan jangan terlebih-lebih sehinggakan orang tak selesa nak cakap dengan kita.

Orait?? Next..

D – Dorongan Minima

Pernah dengar dorongan minima? Biasanya dalam kaunseling ada disebutkan. Dorongan minima ni adalah cara kita respon dengan orang yang sedang cakap dengan kita. Macam mana tu dorongan minima? Macam mana nak buat?

Senang je sebenarnya.. Dorongan minima ni sekadar sebut atau bunyikan sesuatu tanda support. Contoh, Hurm, Okey, wah, bagus tu, bagus-bagus, aha, dahsyattt, dan lain-lain lagi la.. Dah biasa buat kan? Cuma tak perasan je menda ni boleh bantu orang jadi lebih syok nak berkongsi dengan kita.

Okey?.. Wah.. Bagus-bagus.. (dorongan minima la ni)

Last skali dalam nak improve kemahiran mendengar ni adalah..

U – Ulang Perkataan

Last skali tipsnya adalah dengna ulang perkataan.

Haa, tau tak macam mana nak ulang perkataan nih? Ulang semua perkataan yang orang sebut ke?

Bukan macam tu. Tak perlu pun ulang semua perkataan yang orang sebut pun.

Untuk ulang perkataan ni, cuma ulang perkataan yang penting-penting je. Lagi sekali sebagai tanda kita mendengar, Contohnya: individu A & B, A sebagai pendengar, B orang yang berkongsi.

Contoh 1:

A : Awak asal mana?

B : Saya asal Kota Bharu, Kelantan.

A : Ooo.. Kota bharu.. (lepastu sambung dengan soalan lain)

Nampak tak macam mana ulang perkataannya. Ulang yang penting-penting je, tak perlu ulang semua. Kalau ulang semua nampak sangar macam perli atau ajuk dia cakap.

Okay sahabat-sahabat semua. Harap bermanfaat.

Terus tingkatkan Kualiti Diri untuk lebih bermanfaat.

InsyaAllah..

“Help Others, Make It Easier”

by Najib Ibrahim, 24 October 2019

The post Tips Improve Kemahiran Mendengar appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
https://alfatehtraining.com/tips-improve-kemahiran-mendengar-active-listening/feed/ 0
Tips Bila Terasa Down : QSI https://alfatehtraining.com/tips-bila-terasa-down-qsi/ https://alfatehtraining.com/tips-bila-terasa-down-qsi/#respond Thu, 24 Oct 2019 03:25:30 +0000 http://alfatehtraining.com/?p=851 Ujian & Hadiah .Lain orang lain cabaran dan ujian. Ramai orang datang share & minta pendapat berkaitan isu masing2. Kadang terasa segan nak bagi pendapat. Kita sama-sama sedang bina kehidupan. Ambo pun selok jugak kadang2.. Sedikit tips untuk bangkit: 1) Hadirkan Syukur.Masih hidup hari ni, Kita ada apa yg kita ada hari ni.. Tak perlu […]

The post Tips Bila Terasa Down : QSI appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
Ujian & Hadiah

.
Lain orang lain cabaran dan ujian. Ramai orang datang share & minta pendapat berkaitan isu masing2. Kadang terasa segan nak bagi pendapat.

Kita sama-sama sedang bina kehidupan. Ambo pun selok jugak kadang2..

Sedikit tips untuk bangkit:

1) Hadirkan Syukur.
Masih hidup hari ni, Kita ada apa yg kita ada hari ni.. Tak perlu bandingkan apa yg kita ada dengan orang lain. Bandingkan diri kita sekarang dengan diri kita sebelum ni, pasti ada peningkatan.

2) Bacalah dengan Nama Tuhanmu..
Ingat Allah yang susun semua ni. Dengan izin Allah semua ni berlaku. Lihat setiap ujian yang kita lalui & relatekan dengan Allah..

“Tanya pada diri, Apa yang Allah sedang ajarkan aku”

3) Improve..
Lihat dimana kekurangan & upgrade.
First skali, Upgrade “Engagement” dengan Allah. Dari aspek QSI..

Q – Quran (Baca, Dengar, Fahamkan)

S – Solat (Ontime, Cari Khusyuk)

I – Infaq (Ada duit, sedekah.. Kalau takde buat kebaikan lain yg Allah suka. Betulkan niat)

Kedua,
Upgrade mana kekurangan kita.
Kita ni hamba, Tak Perfect & tak lepas dari buat silap. Mintak doa supaya Allah bantu baiki..

Last skali..
Plan balik. Susun yang mana patut buat dulu.
Kalau perlu, amik pen & kertas tulis balik apa belenggu yang ada. Supaya boleh tengok secara “Big Picture”

Tu dulu.. nanti ade rezeki share lagi.. harap ada manfaat..

Pesan Guru:

“MAKIN BESAR UJIAN, MAKIN BESAR HADIAH DARI ALLAH..
&
MAKIN BESAR HADIAH DAPAT, BESAR JUGA UJIAN SELEPAS TU..”

The post Tips Bila Terasa Down : QSI appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
https://alfatehtraining.com/tips-bila-terasa-down-qsi/feed/ 0
Al Fateh Summer Camp 5.0 https://alfatehtraining.com/al-fateh-summer-camp-5-0/ https://alfatehtraining.com/al-fateh-summer-camp-5-0/#comments Tue, 07 Nov 2017 03:26:42 +0000 http://alfatehtraining.com/?p=256 Al Fateh Summer Camp 5.0 (AFSC5) boleh membantu memanfaatkan cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah. Ape yang kami fokuskan dalam program kali ini adalah :.> Memartabatkan Adab dan Akhlak sebagai khalifah.> Nasihat Luqman kepada anaknya..> Merasai pengalaman Aktiviti Sunnah > Terapi Solat> Hikmah Thinking..Ape yang menarik AFSC5 kali ini adalah: > Memanah> Berkuda> Flying Fox> […]

The post Al Fateh Summer Camp 5.0 appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
Al Fateh Summer Camp 5.0 (AFSC5) boleh membantu memanfaatkan cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah. Ape yang kami fokuskan dalam program kali ini adalah :
.
> Memartabatkan Adab dan Akhlak sebagai khalifah.
> Nasihat Luqman kepada anaknya..
> Merasai pengalaman Aktiviti Sunnah 
> Terapi Solat
> Hikmah Thinking
.
.
Ape yang menarik AFSC5 kali ini adalah: 
> Memanah
> Berkuda
> Flying Fox
> Survival (Berdikari)
.
.
.
Macam menarik program ni, Bila dan dimana program ni?? 
.
.
Baik, program AFSC5 ni akan diadakan seperti berikut:

=======
AL FATEH SUMMER CAMP 5.0 
=======
Tarikh : 12 – 14 Disember 2017
Tempat : Scout Inn Resort, Kuala Terengganu.
Umur : 12 – 14 Tahun.

 

 

The post Al Fateh Summer Camp 5.0 appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
https://alfatehtraining.com/al-fateh-summer-camp-5-0/feed/ 1
Tadabbur & Tazakkur Al Quran (QTT).. https://alfatehtraining.com/tadabbur-tazakkur-al-quran-qtt/ https://alfatehtraining.com/tadabbur-tazakkur-al-quran-qtt/#respond Wed, 25 Jan 2017 16:49:32 +0000 http://alfatehtraining.com/?p=74 Apa tu tadabbur & tazakkur? Tadabbur Memahami ayat secara mendalam (Deep Thinking) Tazakkur Mengambil pelajaran untuk perlaksanaan.. (Deep Awareness) QTT merupakan satu kaedah memahami Al Quran dan juga merupakan manual utama dalam kehidupan kita. Bila QTT, Ayat al quran lebih difahami dan dapat diaplikasi terus ke dalam kehidupan kita sebagai iktibar. Sebagaimana di dalam Al […]

The post Tadabbur & Tazakkur Al Quran (QTT).. appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>

Apa tu tadabbur & tazakkur?

Tadabbur

Memahami ayat secara mendalam (Deep Thinking)

Tazakkur

Mengambil pelajaran untuk perlaksanaan.. (Deep Awareness)

QTT merupakan satu kaedah memahami Al Quran dan juga merupakan manual utama dalam kehidupan kita. Bila QTT, Ayat al quran lebih difahami dan dapat diaplikasi terus ke dalam kehidupan kita sebagai iktibar. Sebagaimana di dalam Al Quran, Surah As Sad :

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَيۡكَ مُبَـٰرَكٌ۬ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ  . ٢٩

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.[38:29]

 

The post Tadabbur & Tazakkur Al Quran (QTT).. appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
https://alfatehtraining.com/tadabbur-tazakkur-al-quran-qtt/feed/ 0
Be Yourself… https://alfatehtraining.com/hello-world/ https://alfatehtraining.com/hello-world/#respond Fri, 20 Jan 2017 14:45:19 +0000 http://alfatehtraining.com/?p=1 Do The Best, Be The Best and Go For The Best!..

The post Be Yourself… appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
Do The Best, Be The Best and Go For The Best!..

The post Be Yourself… appeared first on Al Fateh Training and Consultant.

]]>
https://alfatehtraining.com/hello-world/feed/ 0