Pemtembungan antara kebenaran dan kebatilan sentiasa berlaku…akhirnya Allah SWT beri kemenangan kepada kebenaran.
]]>
إِذَا حَاكَ فِي قلبِكَ شَيْءٌ فَدَعْهُ
Apabila ada sesuatu yang bergejolak dalam hatimu, maka tinggalkanlah
(Riwayat Ibn Hibban)[1]
Sekilas Penjelasan
Manusia, secara fitrahnya, memiliki kecenderungan yang kuat untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada keburukan. Namun kekuatan fitrah sering berhadapan dengan bisikan syaitan dan dorongan hawa nafsu, sehingga timbul gejolak dalam jiwa.
Apabila gejolak jiwa itu cenderung untuk mengajak kepada keburukan, maka seorang hamba haruslah segera tinggalkan segala bisikan jahat tersebut, disusuli dengan memperkuatkan aspek keimanan seperti memperbanyakkan zikir pada saat bersendirian, bergaul dengan rakan-rakan yang soleh, pengambil posisi sebagai da’i (penda’wah) dan terus-menerus meningkatkan ilmu agama dengan penuh keikhlasan agar dorongan yang muncul selepas itu adalah hammul khair (keinginan yang kuat untuk melakukan kebaikan).
Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:
مَن مات ولم يَغزُ ، ولم يحدِّث به نفسَه ، مات علَى شُعبةٍ من نفاقٍ
Barangsiapa yang mati sedangkan ia tidak pernah berjihad dan tidak pernah berniat berjihad di dalam hati, maka ia mati di atas salah satu cabang kemunafikan
(Riwayat Muslim)[2]
Hikmah Tarbawiyah
Bilakah terjadinya gejolak jiwa?
دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ
Tinggalkanlah apa yang meragukanmu menuju apa yang tidak meragukanmu
(Riwayat at-Tirmizi)[3]
Mengapa terjadinya gejolak jiwa?
الخيرُ عادَةٌ والشرُ لُجَاجةٌ
Kebaikan itu kebiasaan, sedangkan keburukan itu pemaksaan
(Riwayat Ibn Hibban)[4]
Ertinya, kebaikan boleh diterima dangan mudah oleh orang muslim kerana sesuai dengan fitrahnya. Manakala keburukan itu sukar diteriima kecuali dengan paksaan.
والإثمُ ما حاك في نفسِك ، وكرهتَ أن يَطَّلِعَ عليه الناسُ
Dosa adalah apa yang bergermuruh di dalam dirimu, dan engkau takut (benci) apabila orang melihatnya
(Riwayat Muslim)[5]
Memaknai gejolak jiwa
Pada tahap ini, syaitan tidak mampu menggoda seorang mu’min dengan apa cara sekalipun sehingga bisikan-bisikan itu sangat mudah ditepis. Namun kadang-kadang imannya lemah sehingga terlanjur melakukan maksiat. Akan tetapi setelah itu ia bangkit melawan bisikan syaitan dan melakukan taubat nasuha.
Meskipun imannya ingin melawan kemaksiatan sehingga timbul gejolak jiwa, namun iman itu lemah dan akhirnya ia melakukan maksiat. Setelah itu, imannya cuba untuk bangkit melawan kemaksiatan, namun tetap kalah kerana harus berhadapan dengan godaan syaitan yang kuat. Semakin hari hawa nafsunya semakin ‘menikmati’ maksiat, maka ia terus mengulangi perbuatan maksiat tersebut.
Langkah-langkah ‘Amaliyah (Praktikal)
ما منكُم من أحدٍ إلَّا وقد وُكِّلَ بهِ قرينُهُ منَ الجنِّ . قالوا: وإيَّاكَ يا رسولَ اللَّهِ ؟ قال: وإيَّايَ إلَّا أنَّ اللَّهَ أعانَني علَيهِ فأسلَمَ فلا يأمرُني إلَّا بخيرٍ
Tidak ada seorang pun di antara kamu melainkan telah dijadikan untuknya pendamping daripada syaitan. Para sahabat bertanya: “Apakah engaku juga wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Ya, hanya saja Allah menolongku dalam menghadapinya sehingga ia menyerah dan tidak memerintahku kecuali kepada kebaikan.
(Riwayat Muslim)[6]
Hadits di atas menunjukkan bahawa hanya dengan pertolongan Allah Subhanahuwata‘ala sahaja yang dapat menyelamatkan kita daripada bisikan syaitan.
إنَّ الشَّيطانَ واضعٌ خطْمَه على قلبِ ابنِ آدمَ فإن ذكرَ اللهَ خنَس وإن نسِي الْتقَم قلبَه
Sesungguhnya syaitan telah meletakkan penutupnya pada hati anak Adam. Jika anak Adam melakukan zikrullah, maka syaitan akan lari. Jika anak Adam melupakan Allah, maka syaitan akan menguasai hatinya
(Riwayat Al-Munziri)[7]
قال عثر بالنبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ حمارُه فقلتُ تعسَ الشيطانُ فقال النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ لا تقل تعسَ الشيطانُ فإنك إذا قلتَ تعسَ الشيطانُ تعاظمَ وقال بقوتي صرعتُه وإذا قلتَ بسمِ اللهِ تصاغرَ حتى يصيرَ مثلَ الذبابِ
Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah (Sallallahu’alaihiwasallam) terjatuh dari atas keldainya, seorang sahabat yang membonceng di belakangnya berkata: Celakalah syaitan.
Lalu Rasulullah (Sallallahu’alaihiwasallam) bersabda: Kamu jangan berkata ‘celakalah syaitan,’ kerana apabila kamu berkata ‘celakalah syaitan,’ maka syaitan akan menjadi sombong dan berseloroh: ‘Dengan kekuatanku aku telah menjatuhkannya.’
Apabila kamu mengucapkan ‘Bismillah’, maka ia akan menjadi kerdil hingga seperti seekor lalat dan mudah dikalahkan.
(Riwayat Ibn Kathir)[8]
Sumber utama:
Syarah Lengkap Arba’in Tarbawiyah, Fakhruddin Nursyam, Lc.
[1] Sahih Ibn Hibban, no.hadits : 176
[2] Sahih Muslim, no.hadits : 1910
[3] Sunan at-Tirmizi, no.hadits : 2518
[4] Sahih Ibn Hibban, no.hadits : 310
[5] Sahih Muslim, no.hadits : 2553
[6] Sahih Muslim, no.hadits : 2814
[7] At-Targhib wa At-Tarhib, no hadits dan juzu’ : 2/330
[8] Al-Bidayah wa An-Nihayah, no.hadits dan juzu’ : 1/55
]]>الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي اللهِ
Mujahid adalah orang yang berjihad melawan nafsunya di jalan Allah.
(Riwayat Ibn Hibban)[1]
SEKILAS PENJELASAN
Dalam hadits ini, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengajak kita melihat diri kita sendiri, kemudian melakukan tindakan yang tepat terhadap nafsu dan diri kita. Sesungguhnya jihad yang pelbagai bentuk tidak akan berhasil jika tidak diawali dengan jihadun nafs (jihad melawan nafsu). Kita perlu selalu ingat bahawa mujahid sejati ialah orang yang berjihad melawan nafsunya untuk taat dan istiqamah di jalan Allah Subhanahuwata’ala.
HIKMAH TARBAWIYAH
Mengapa Orang Yang Melawan Nafsunya Disebut Mujahid?
1. Apa pun bentuk jihad di sisi Allah Subhanahuwata’ala seperti jihad qitali (jihad peperangan), jihad da’awi (jihad da’wah), jihad iqtisadi (jihad ekonomi) dan jihad siyasi (jihad politik), tidak akan dapat direalisasikan dengan baik kecuali setelah terlaksananya jihadun nafs atau jihad melawan nafsu sendiri. Sangat berat bagi seseorang untuk mengorbankan diri di jalan Allah Subhanahuwata’ala jika nafsunya masih dikuasai cintakan harta dan dunia. Mustahil bagi seseorang untuk memperjuangkan ekonomi Islam sedangkan masih sukakan sistem riba.
2. Ketika seseorang terjun dalam pelbagai medan jihad, sedangkan jihadun nafs belum dilakukan, maka seringkali akan menyimpang arah daripada perjuangan menegakkan din Allah kepada perjuangan memenuhi kehendak nafsu dan keinginan peribadi. Hanya orang yang melakukan jihadun nafs, akan dapat bertahan di jalan Allah dan istiqamah tanpa terpengaruh dengan pelbagai godaan dunia seperti harta, wanita dan takhta.
3. Nafsu manusia seringkali dijadikan syaitan sebagai alat untuk menyesat dan menjerumuskan manusia ke dalam maksiat dan kekufuran. Orang yang berjaya melawan nafsunya, sehingga taqwa menguasai dirinya, tidak lagi akan dapat digoda atau disesatkan oleh syaitan.
4. Nafsu adalah musuh yang datang dari dalam diri manusia sendiri dan sukar untuk diatasi.
5. Nafsu adalah musuh yang dicintai dan dirindui. Seseorang seringkali menganggap baik dan menyetujui ajakan nafsu sehingga tidak dapat melihat keburukan ajakan itu.
Peringkat-Peringkat Jihadun Nafs Di Jalan Allah Subhanawata’ala
Ibnu Qayyim berkata, jihadun nafs terbahagi kepada 4 peringkat:
Pertama: Berjihad melawan nafsu agar belajar memahami din Islam sebagai satu-satunya sumber kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat.
Kedua: Berjihad melawan nafsu agar mengamalkan apa yang telah dipelajari. Ini kerana ilmu tanpa amal akan membahayakan diri manusia di dunia dan di akhirat.
Ketiga: Berjihad melawan nafsu agar berda’wah dan mengajar orang lain (yang belum memahami dan mengamalkan ajaran Islam). Orang yang telah memahami dan mengamalkan ajaran Islam, tidak boleh menyembunyikan petunjuk atau ajaran din Allah Subhanahuwata’ala itu.
Keempat: Berjihad melawan nafsu agar bersabar memikul beban da’wah di jalan Allah Subhanahuwata’ala dan sanggup menghadapi segala gangguan musuh. Penda’wah harus bersedia menanggung semua kesusahan demi meraih redha dan pahala daripada Allah Subhanahuwata’ala.
Apabila seorang muslim dapat merealisasikan keempat-empat peringkat jihadun nafs ini, maka ia termasuk dalam golongan manusia Rabbani.
Bentuk-Bentuk Jihadun Nafs Di Jalan Allah Subhanahuwata’ala
1. Jihadun Nafs Terhadap Hal-Hal yang Diinginkan
Hal-hal yang diinginkan nafsu sangat banyak, antaranya adalah keselamatan, kesihatan, kekayaan, ramai sokongan dan pelbagai kesenangan duniawi. Jihadun nafs terhadap hal-hal tersebut sangat sukar sekali dan ramai yang gagal. ‘Abdul Rahman Bin ‘Auf R.A berkata:
Kami diuji dengan kesusahan, kami mampu bertahan. Dan kami diuji dengan kesenangan, kami tidak mampu bertahan.
2. Jihadun Nafs Terhadap Hal-Hal Yang Dibenci
a. Jihadun nafsi ‘ala at-tho’ah
Iaitu berjihad melawan nafsu agar menunaikan ketaatan. Sebab, tabiat nafsu manusia sering membenci ‘ubudiyyah dan ibadah, serta merasa berat memikul beban taklif (tanggungjawab). Contoh-contoh kebencian terhadap ‘ubudiyyah dan ibadah ialah seperti malas menunaikan solat, kikir mengeluarkan zakat, malas menunaikan haji (walaupun berkemampuan), tidak mahu bermujahadah untuk berpuasa dan rasa berat untuk berda’wah. Jihadun nafsi ‘ala at-tho’ah hendaklah terus menerus dilakukan agar ikhlas sebelum beribadah, bersungguh-sungguh semasa ibadah dan istiqamah selepas beribadah.
b. Jihadun nafsi ‘ala tarkil ma’ashi
Berjihad melawan nafsu agar meninggalkan maksiat. Jihad ini sangat susah kerana nafsu manusia sentiasa merindukan dan menginginkan kemaksiatan, seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, mengumpat dan mengambil harta orang lain.
c. Jihadun nafsi ‘ala ar-ridha biqadarillah
Berjihad melawan nafsu agar redha dengan ketentuan dan takdir Allah Subhanahuwata’ala, yakni bersabar atas segala musibah yang menimpa dan bersyukur atas segala nikmat yang diterima. Dalam hadits Qudsi, diriwayatkan bahawa Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
من لم يرضَ بقضائي ولم يصبرْ على بلائي فلْيطلبْ ربًّا سِوايَ
Barangsiapa tidak bersyukur atas nikmatKu, tidak bersabar atas musibahKu, dan carilah tuhan selain Aku.
(Riwayat Ibn Hibban)[2]
Dengan penerangan di atas, kita dapat fahami bahawa jihadun nafs adalah suatu yang sangat berat bagi seorang muslim. Oleh sebab itu, muslim benar-benar berkewajipan mendidik nafsunya agar tidak dikuasai oleh syahwat dan syaitan, lebih-lebih lagi di peringkat awal ketika jiwa mula-mula dibisik atau didorong untuk melakukan sesuatu kejahatan atau penyelewengan.
Rujukan:
Syarah Lengkap Arba’in Tarbawiyah, Fakhruddin Nursyam Lc, Bina Insani Solo
[1] Sahih Ibn Hibban, no.hadits : 4706
[2] Al-Majruhin, no.hadits : 1/412
]]>