Advertise with Googlier.com ibadah – DAKWAHdanTARBIAH.com https://dakwahdantarbiah.com Sat, 13 Feb 2021 12:18:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.8.18 https://dakwahdantarbiah.com/wp-content/uploads/2019/09/logo-HALUAN-57x57.png ibadah – DAKWAHdanTARBIAH.com https://dakwahdantarbiah.com 32 32 DOA ADALAH IBADAH https://dakwahdantarbiah.com/doa-adalah-ibadah https://dakwahdantarbiah.com/doa-adalah-ibadah#respond Sat, 13 Feb 2021 12:18:53 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=16113 عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ
وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Dari Nu’man bin Basyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya doa adalah ibadah.” Kemudian baginda membaca firman Allah: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (QS Al Ghafir; 60) (HR Ibnu Majah No: 3818)

Pedoman

1. Sebagai seorang muslim kita dituntut memperbanyakkan doa dalam setiap aktiviti, dari sekecil-kecil urusan seperti berdoa ketika masuk dan keluar rumah sehinggalah yang besar seperti mengurus negara.

2. Tarbiah dan bersihkan hati supaya merasai Allah dekat dengan kita dan yakin sepenuhnya Allah akan memperkenankan setiap permohonan doa hambanya.

]]>
https://dakwahdantarbiah.com/doa-adalah-ibadah/feed 0
TAFSIR TEMATIK (10) : BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematik-10-berbuat-baik-kepada-ibu-bapa https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematik-10-berbuat-baik-kepada-ibu-bapa#respond Mon, 30 Sep 2019 20:39:47 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=15451 PENDAHULUAN

۞وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا ٢٣ وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا ٢٤
Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah”, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah :” Wahai tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik aku diwaktu kecil.” (Surah Al-Isra’ : 23-24)

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حُسۡنٗاۖ وَإِن جَٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَآۚ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٨
Dan kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepadaku tempat kembalimu. Dan akan aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Al-Ankabut (29): 8)

KOSA KATA

قَضَى : Menyuruh atau mewajibkan.
أُفٍّ : Kalimah yang menggambarkan kebosanan dan menolak.
تَنهَرهُمَا :  Melarang atau menentang dan melawan, Bersikap kasar terhadap mereka dengan kata-kata.
قَولاً كَرِيمًا : Kata-kata yang baik dan lembut.
وَاخفِضْ لَهُمَا جناح الذُّل : Perumpamaan  tentang rahmat,  kasih sayang dan rendah diri.
وَوَصَّينَا : Mewajibkan kita, menyuruh kita
جَاهَدَاكَ: Daripada مُجَاهَدَة :Melawan, menggalakkan atau memujuk.

TAFSIRAN AYAT

Allah telah menyamakan perbuatan berbuat baik kepada kedua ibubapa dengan ibadah kepadaNya. Bahkan apabila menyatakan syukur kepada kedua ibu bapa itu sebagai tanda bersyukur kepadaNya. Allah juga menjadikan amalan berbuat baik kepada kedua orang tua ini merupakan amalan  terbaik di dalam ajaranNya seperti mana Dia menjadikan dosa menderhakai kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan layak kepada pelakunya mendapat kemurkaan Allah dan menerima azabNya.

BENTUK-BENTUK  BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:-

Pertama:

Mentaati keduanya dengan melaksanakan semua perintah dan mengikuti kehendaknya selagi mana perintah dan kehendaknya tidak menyuruh dalam berbuat maksiat dan tidak mengundang kemurkaan Allah. Para fuqaha’ (orang yang alim dalam bidang fikah) telah bersepakat ke atas kewajipan untuk taat kepada keduanya selagi mana permintaan daripada keduanya menyuruh kepada ketaatan. Malah taat kepada ibu bapa merupakan sebahagian daripada  jihad dan ibadah serta salah satu jalan daripada jalan-jalan untuk mendapat redha Allah dan mendapat kemenangan dengan kurniaan syurga.

Kedua:

Menemani dan bersahabat dengan mereka secara baik. Bersikap lemah lembut terhadap keduanya. Berbicara dengan lemah lembut, memilih lafaz yang sesuai dan beradab ketika berkomunikasi dengan keduanya. Bergaul baik dengan mereka. Dan menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang dalam hubungan dan segala permintaan mereka. Semuanya ditunaikan dengan rasa penghargaan dan penghormatan. Merendahkan hati di hadapan mereka dan memuliakan mereka dengan segala makna kemuliaan yang berserta kasih sayang, kelembutan dan rasa rendah diri.

Seperti yang difahami daripada firman Allah,

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ
Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang. (Surah Al-Isra’: 24)

Umpama burung menunjukkan kasih sayangnya terhadap orang tuanya melalui sayapnya.

Ketiga:

Menjauhi kata-kata yang bakal menyakiti hati mereka atau perlakuan yang kasar dan biadab. Selain itu juga menjauhi rasa bosan ketika melayani keduanya. Semua ini diambil daripada makna  “فَلَا تَقُلْ لَّهُمَا أُفٍّ” (dengan berkata,  “Uh!”) yang bakal mengguris serta menyakiti mereka.

Menderhakai kedua ibubapa dikira dosa besar yang setanding dengan dosa perbuatan lari pada hari peperangan, penyaksian yang dusta dan membunuh orang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya.

Keempat

Menjaga keduanya dan melipat gandakan sifat lemah lembut dan berbuat baik kepada mereka ketika mereka telah tua dan dalam keadaan yang lemah, berdalilkan firman Allah Taala:

إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا….
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai kepada usia lanjut dalam pemeliharaanmu…(Surah Al-Isra’ : 23)

Kelima

Mendoakan bagi keduanya rahmat dan keampunan selepas mereka meninggal dunia, menyempurnakan wasiat dan menunaikan segala janji mereka. Seterusnya, berbuat baik kepada teman-teman keduanya.

Keenam

Berbuat baik kepada kedua ibubapa yang bukan muslim:

Sekiranya terdapat perbezaan agama antara anak dan ibu bapa. Sebagai contoh anaknya beragama Islam sedangkan ibu bapanya beragama lain. Sesungguhnya Islam tetap menuntut penganutnya untuk berbuat baik kepada kedua orang tua meskipun keduanya bukan beragama Islam. Seharusnya mereka menemani dan bersahabat baik dengan mereka, mencukupkan keperluan mereka dan menunaikan hajat-hajat mereka serta berlembah lembut dengan mereka sepertimana mereka orang muslim. Kecuali tentang satu perkara iaitu sekiranya mereka menyuruh atau mengajak kita untuk keluar daripada agama Islam dan mensyirikkan Allah.

Ini sepertimana difahami daripada firman Allah Subhanahu Wataala:

وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. (Surah Al-Ankabut: 8)

Dan firman-Nya pada tempat yang lain:

وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا
dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik. (Surah Luqman : 15)

Maka berbuat baik kepada ibu bapa itu dituntut bagi setiap muslim meskipun mereka berlainan agama. Hendaklah berlaku ihsan, menunaikan tanggungjawab daripada sudut kewangan, nafkah dan berlemah-lembut serta menghormati, menghargai dan berusaha untuk mencukupkan keperluan keduanya. Dituntut juga untuk mencari keredaannya dan melaksanakan perintahnya selagimana tidak bercanggah dengan syarak seperti suruhannya untuk keluar daripada agama Islam.

Sesungguhnya Islam telah pun memasakkan asas kemanusiaan yang agung melalui ayat ini. Islam telah meninggikan perihal, “berbuat baik kepada ibu bapa” dengan mengangkat martabat suruhan sehingga dianggap sebahagian daripada ibadah. Itulah martabat yang paling tinggi dan paling agung di dalam kehidupan manusia. Bahkan itulah matlamat penciptaannya. Malah Allah Subhanahu Wataala menganggap bersyukur kepada keduanya itu sebagai kesyukuran terhadap Allah seperti di dalam firmanNya:

أَنِ اشْكُرلِي وَلِوَالِدَيْكَ
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. (Surah Luqman : 14)

PENGAJARAN AYAT

1. Allah menyamakan amalan berbuat baik kepada ibubapa dengan ibadah daripada sudut kewajipan dan kepentingannya.
2. Allah juga mengharamkan perbuatan yang menyakiti keduanya dengan sekecil-kecil perkara walaupon sekadar bercakap “ah”.
3. Tuntutan berbuat baik kepada ibubapa mesti jauh lebih wajib dan jauh lebih baik tatkala sampai pada usia tua mereka. Yakni dalam keadaan mereka yang semakin lemah.
4. Kewajipan untuk sentiasa mendoakan keduanya supaya mendapat rahmat, keampunan dan kematian yang sebaik-baiknya.
5. Berbuat baik kepada ibubapa itu merupakan suatu kewajipan meskipun mereka bukan di kalangan orang muslim. Dan syarat ketaatan kepada keduanya mestilah tidak kepada perkara kemaksiatan kepada Allah.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Sebutkan 2 cara untuk berbakti kepada kedua ibubapa.
2. Apakah hubungan di antara seorang muslim dengan ibu bapanya yang bukan beragama islam?
3. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan penyataan yang berikut :

Berbakti kepada kedua ibubapa selepas meninggal dunia adalah seperti yang berikut :-

1. Mendoakan serta memohon keampunan bagi keduanya.
2. Melaksanakan wasiatnya dan menunaikan janjinya.
3. Memuliakan sahabat-sahabatnya.
4. Semua yang disebut.

Berbakti kepada kedua orang tua merangkumi :-

  1. Bergaul baik dengan mereka dan taat akan perintahnya selagimana tidak membawa kepada kemaksiatan.
  2. Mentaati mereka secara mutlak tanpa syarat.
  3. Menggauli mereka sepertimana pergaulan dengan anak-anak.
  4. Membiarkan mereka menjaga diri mereka ketika tua.
]]>
https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematik-10-berbuat-baik-kepada-ibu-bapa/feed 0
Tafsir Tematik (9): Infaq Dengan Harta Yang Baik @ Terbaik (Menginfaqkan ‘Ismail’nya) https://dakwahdantarbiah.com/tematik9 https://dakwahdantarbiah.com/tematik9#respond Sat, 27 Jul 2019 22:42:34 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=12599 SERUAN BERINFAQ DENGAN HARTA YANG BAIK/TERBAIK
(HARTA YANG KITA KASIH)

PENDAHULUAN

FIRMAN Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah (2): 267-271:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ وَمِمَّآ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِۖ وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِ‍َٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Wahai orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk, lalu kamu nafkahkan dari-Nya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah  Al-Baqarah : 267)

ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ 
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah : 268)

يُؤۡتِي ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرٗا كَثِيرٗاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ
Allah menganugerahkan al-hikmah (pemahaman yang dalam tentang al-Quran dan as-Sunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah itu, dia telah benar-benar dianugerahkan kurnia yang banyak. Dan hanya orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran (daripada firman Allah). (Surah Al-Baqarah : 269)

وَمَآ أَنفَقۡتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَوۡ نَذَرۡتُم مِّن نَّذۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُهُۥۗ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ 
Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang yang berbuat zalim tidak ada seorang penolong pun baginya.
(Surah Al-Baqarah : 270)

إِن تُبۡدُواْ ٱلصَّدَقَٰتِ فَنِعِمَّا هِيَۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّ‍َٔاتِكُمۡۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ
Jika kamu menzahirkan sedekah(mu) maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah : 271)

KOSA KATA

طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ  = Harta yang halal lagi baik.
أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ = Bijirin dan buah-buahan.
تَيَمَّمُوا = Berniat.
لَسْتُم بِآخِذِيه إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيه = Kamu takkan mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya.
أُولُوا الأَلْبَابِ = Pemilik hati yang bercahaya.
نِعِمَّا هِي = Sebaik-baik perkara yang kamu semua lakukan.
يُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُم = Dia mengampunkannya bagi kamu semua

TAFSIRAN AYAT

Ayat-ayat yang mulia di atas menceritakan tentang infaq (membelanjakan harta) di jalan Allah SWT. Ayat-ayat ini menerangkan tentang adab-adab yang harus ada pada seorang muslim ketika melaksanakan amal soleh ini. Adab-adab tersebut adalah :

– Menginfaqkan harta daripada harta benda yang baik.
– Tidak takut kepada kefakiran.
– Menyembunyikan sedekah/infaq.

PERTAMA : MENGINFAKKAN HARTA BENDA YANG BAIK/TERBAIK

Firman Allah Subhanahuwata’ala :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ
Wahai orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik. (Surah Al-Baqarah : 267)

Bagi memastikan harta itu adalah yang baik, maka wajib ada padanya dua sifat:

1. Harta itu hendaklah daripada sumber yang halal. Contohnya datang daripada hasil perniagaan, perkilangan atau upah daripada pekerjaan yang dibenarkan syarak. Tidak seharusnya ia datang dengan jalan yang haram seperti riba, judi, penipuan dan rasuah.

2. Harta itu hendaklah daripada harta yang paling disukai oleh manusia. Bukan harta yang takkan diterima sekiranya ianya diberikan. Sepertimana firman Allah Subhanahuwata’ala:
بِ‍َٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ
Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. (Surah Al-Baqarah : 267)

Allah SWT tidak memerlukan harta manusia. Allah SWT cuma meminta kita untuk berinfaq di jalan-Nya untuk menyucikan diri dengan infaq tersebut. Dan Dia pula akan memberi ganjaran dan pahala kepada kita. Seorang itu seharusnya tidak menginfaqkan hartanya melainkan ianya dalam keadaan baik dan boleh diterima/dimanfaatkan. Semakin sayang sesuatu harta  yang diinfaqkan, semakin besar pahala di sisi Allah SWT.

Dalam konteks peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail adalah ‘harta’ (anak) yang sangat disayangi dan tersangat bernilai baginya. Namun ‘harta’ yang dikasihinya dan sangat tinggi nilainya itulah yang diminta oleh Allah SWT untuk dikorbankan. Maka terbukti Nabi Ibrahim seorang hamba yang taat kepada Rabb-nya mengatasi rasa kasihnya kepada Ismail, lalu beliau sanggup mengorbankan ‘Ismail’nya demi mendapatkan redha Allah SWT. Dalam kehidupan di dunia ini, seseorang mukmin lazimnya memiliki harta yang baik dan disayangi. Harta itu bolehlah diandaikan seperti ‘Ismail’ baginya. Maka ‘Ismail’nya itulah yang terbaik untuk diinfaqkan di jalan Allah SWT.

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa baginda SAW telah bersabda:

“سَبقَ دِرهَمٌ مائةَ ألفِ دِرهَم، فقال رجل : وكيفَ ذلكَ يا رسولَ اللهِ؟ قال :رَجلٌ لهُ مال كثير أخذ من عرضه مائة ألف درهم تصدّق بها، ورجل ليس له إلا دِرهمَانِ فأخذ أَحدهمَا فتصدّق به”
Satu dirham mengatasi seratus ribu dirham. Sahabat bertanya bagaimana caranya ? Jawab Nabi : Seorang lelaki mempunyai harta yang banyak. Dia mengambil daripada hartanya seratus ribu dirham dan bersedekah. Dan seorang lelaki yang lain hanya mempunyai dua dirham, kemudian lelaki ini bersedeqah satu dirham. (Riwayat Nasaie)

KEDUA : TIDAK TAKUT KEPADA KEFAKIRAN

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ
Syaitan berjanji terhadap kamu (untuk menakut-nakutkan) dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah : 268)

Di dalam ayat ini, Allah SWT menyuruh orang yang beriman supaya mereka berhati-hati daripada taat kepada hasutan syaitan agar bersifat bakhil dan merasa sangat takut untuk berinfaq di jalan Allah SWT. Bahkan syaitan akan menyuruh pula agar membelanjakan harta untuk perkara maksiat.

Kemudian Allah SWT memberitahu kita bahawa rezeki itu di tangan-Nya. Dia berikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dia juga menahan rezeki tersebut daripada sesiapa jua yang dikehendaki-Nya berdasarkan kebijaksanaan-Nya.

Allah SWT menjamin keampunan dan ganjaran pahala bagi mereka yang menginfaqkan harta mereka di jalan-Nya. Di dunia, Allah SWT menggantikan kebaikan daripada hartanya dan memberikannya kedudukan yang baik. Janji Allah SWT paling benar, sedangkan janji syaitan itu hanyalah dusta lagi palsu.

Oleh itu, seorang muslim seharusnya membersihkan dirinya daripada bisikan syaitan dan bersedia untuk berinfaq di jalan Allah SWT dengan jiwa yang tenang lagi damai, serta yakin akan janji Allah SWT.

KETIGA: MENGELUARKAN SEDEKAH SECARA RAHSIA

Allah SWT menyatakan bahawa kita mempunyai pilihan dalam bersedekah, sama ada secara rahsia ataupun terang-terangan. Firman Allah Subhanahuwata’ala :

إِن تُبۡدُواْ ٱلصَّدَقَٰتِ فَنِعِمَّا هِيَۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ
Jika kamu menzahirkan sedekah(mu) maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. (Surah Al-Baqarah : 271)

Yang lebih afdal adalah bersedekah secara rahsia, kerana ia akan mendatangkan ganjaran yang banyak. Amalan tersebut menjauhkan seseorang daripada riya’ dan lebih disenangi oleh si fakir kerana ia tidak merasa terhina atau rendah diri ketika dilihat mengambil sedekah manusia.

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله. رجل تصدق بصدقة أخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه متفق عليه
Tujuh golongan yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.” (Hadits yang disepakati)

Walaupun begitu, ada ulama mengatakan bahawa mengeluarkan zakat secara terang-terangan adalah lebih baik kerana ia merupakan syiar daripada syiar-syiar Islam. Amalan sebegini akan dapat diikuti oleh manusia dan menggalakkan mereka untuk mengeluarkan zakat. Tetapi dengan syarat orang tersebut dapat menjamin kesucian niatnya dan terpelihara dari sifat riya’. Manakala sedekah sunat, lebih afdhal diinfaqkan secara rahsia.

Dan pada penghujungnya, Allah SWT berfirman :
وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ 
dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah : 271)

Allah SWT mengetahui keikhlasan seorang insan dan niatnya ketika dia menginfaqkan hartanya. Dan seharusnya seorang insan itu sentiasa merasakan pengawasan Allah SWT terhadapnya.

PENGAJARAN DARIPADA AYAT-AYAT

1. Seorang muslim perlu menginfaqkan daripada hartanya yang halal lagi baik.

2. Seorang muslim yakin dengan janji Allah SWT dan ganjaran yang diberikan atas infaqnya di jalan Allah SWT.

3. Seorang muslim hanya mengharapkan redha Allah SWT ketika berinfaq.

4. Seorang muslim diharusnya memilih sama ada mahu berinfaq secara terang-terangan ataupun secara rahsia. Ianya bergantung kepada maslahat si penerima dan maslahat menjaga kesucian niat.

SOALAN PENGUKUHAN

1. Jelaskan bagaimana sesuatu harta itu dikira sebagai harta yang baik?

2. Apakah makna hadith “سبق درهم مائة درهم” menurut kefahaman anda?

3. Terangkan bagaimana cara seorang insan boleh terlepas daripada bisikan syaitan yang menghalangnya untuk berinfaq di jalan Allah SWT?

4. Apakah ciri-ciri berinfaq secara rahsia?

5. Bulatkan jawapan atau jawapan-jawapan yang benar pada soalan yang berikut:

Berinfaq (sedekah) secara terang-terangan juga dianjurkan dengan syarat:
a. Seorang muslim itu dapat menjaga kesucian niatnya.
b. Sedekah itu adalah zakat.
c. Sedekah itu adalah sedekah yang sunat.
d. Semua jawapan di atas.

 

Penterjemah: KUMPULAN PENTERJEMAH BAYANA
Penerbit dan Nama Kitab Asal:
ISLAMIC STUDIES & RESEARCH ASSOCIATION,
Al-Tafsir Al-Maudu’iy (Tafsir Tematik),
ed. Faruq Badran, Majid Fawzi dan Muhammad Salam,
(Amman: Mu’assasah Abu Rayyan Est)

]]>
https://dakwahdantarbiah.com/tematik9/feed 0
Tafsir Tematik: Tema 8 – Pelihara Pahala Infaq Di Jalan Allah Swt https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematik-tema-8-memelihara-pahala-infaq-di-jalan-allah-swt https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematik-tema-8-memelihara-pahala-infaq-di-jalan-allah-swt#respond Thu, 25 Jul 2019 23:04:20 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=12731
PENDAHULUAN

FIRMAN Allah SWT: (Surah Al-Baqarah : 264-266)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٞ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٞ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدٗاۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَيۡءٖ مِّمَّا كَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٢٦٤
Hai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakitikan (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang kafir. (2 : 264)

وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ وَتَثۡبِيتٗا مِّنۡ أَنفُسِهِمۡ كَمَثَلِ جَنَّةِۢ بِرَبۡوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٞ فَ‍َٔاتَتۡ أُكُلَهَا ضِعۡفَيۡنِ فَإِن لَّمۡ يُصِبۡهَا وَابِلٞ فَطَلّٞۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ ٢٦٥
Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredhaan Allah dan  untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (2 : 265)

أَيَوَدُّ أَحَدُكُمۡ أَن تَكُونَ لَهُۥ جَنَّةٞ مِّن نَّخِيلٖ وَأَعۡنَابٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ لَهُۥ فِيهَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ وَأَصَابَهُ ٱلۡكِبَرُ وَلَهُۥ ذُرِّيَّةٞ ضُعَفَآءُ فَأَصَابَهَآ إِعۡصَارٞ فِيهِ نَارٞ فَٱحۡتَرَقَتۡۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَتَفَكَّرُونَ ٢٦٦
Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya. (2: 266)

KOSA KATA DAN UNGKAPAN

لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم : Janganlah kamu merosakkan sedekah kamu
رئاءَ النَّاسِ = Demi untuk mendapatkan redha mereka
صَفوانُ =  Batu licin
وَابلٌ = Hujan lebat
تثبيتًا مِن أنفسهِم = Keteguhan jiwa untuk memelihara ketaatan kepada Allah SWT serta meyakini akan ganjaran pahala yang diberikan
جنَّةٌ بِربوةٍ =Kebun yang terletak di dataran tinggi
طلٌ = Hujan gerimis
إعصارُ = Angin keras

TAFSIRAN AYAT

Dalam pelajaran yang lepas ada disebutkan tentang pahala menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Kita dijelaskan beberapa jenis infaq di jalan Allah SWT. Juga telah dijelaskan betapa Allah SWT menggalakkan kita untuk berinfaq di jalan-Nya.

Ayat-ayat di dalam bab ini, Allah Subhanahuwata’ala menerangkan kepada kita syarat-syarat yang wajib diikuti oleh hamba-Nya, agar dapat memelihara dan mengambil manfaat daripada infaqnya. Ayat-ayat ini turut memperingatkan kita tentang perkara-perkara yang menjadikan seseorang itu terlepas daripada mendapat ganjaran pahala.

YANG PERTAMA: DI ANTARA SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU TERLEPAS DARI GANJARAN PAHALA BERINFAQ ADALAH:

Di antara sebab-sebab seseorang itu terlepas daripada ganjaran pahala berinfaq sepertimana yang disebut di dalam ayat Al-Quran adalah perkara-perkara seperti berikut:

1. Seseorang itu menyusuli infaqnya dengan berbangga-bangga dan menyakitkan hati si penerima. Kemudian menyebut-nyebut siapakah yang memberi infaq tersebut dan meninggikan diri.

2. Seseorang itu, dengan infaqnya, dia riya’ (suka dilihat baik/pemurah) dan sum’ah (suka dipuji baik/pemurah). Dia mengharapkan manusia menyebut-nyebut dan memuji infaqnya.

Dalam ayat ini di atas, Allah SWT mengingatkan kita supaya tidak menghilangkan pahala sedekah kita dengan kedua-dua perkara tersebut. Perkara ini menghalang kita daripada mendapat ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT. Allah SWT tidak redha melihat kita suka dengan manfaat-manfaat keduniaan yang bersifat sementara, seperti mangharapkan penghargaan dan penghormatan daripada manusia. Allah SWT tidak redha kita mengutamakan dunia sedangkan ganjaran di sisi-Nya lebih luas dan kemuliaan di akhirat lebih kekal.

Allah SWT mengumpamakan orang yang riya’ itu seperti batu licin, yang di atasnya ada tanah. Lalu batu itu ditimpa hujan lebat dan menghilangkan tanah yang berada atasnya. Begitu juga hal keadaannya bagi orang yang menginfaqkan harta mereka dengan riya’. Hilang lenyap pahalanya daripada amalan infaq tersebut dan rugilah dia di alam akhirat kerana terlepas daripada menikmati ganjarannya. Dia tidak dapat mengambil manfaat daripada amalan infaqnya di dunia.

Mereka mungkim mendapat manfaat-manfaat yang bersifat sementara di dunia. Namun apabila datang hari akhirat, salah seorang daripada mereka melihat kepada amalannya, lalu dia mendapati bahawa amalan tersebut tidak bermanfaat baginya. Amalan tersebut tidak menyampaikannya merasai kenikmatan akhirat.

YANG KEDUA: ANTARA SEBAB-SEBAB UNTUK MENDAPAT MANFAAT DARIPADA GANJARAN SEDEKAH

Allah SWT tidak meninggalkan hamba-hamba-nya di bumi ini begitu sahaja tanpa menjelaskan faktor-faktor yang mesti dijaga untuk mendapatkan ganjaran dan pahala di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah SWT telah menerangkan dalam ayat-ayat-Nya tentang perkara tersebut. Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita dua faktor yang menjadikan sedekah seorang muslim itu bermanfaat di sisi Allah SWT serta diterima oleh-Nya.

Perkara-perkara tersebut adalah:

– Menginfaqkan harta adalah semata-mata, dengan niat yang ikhlas, untuk mendapatkan redha Allah SWT. Seorang muslim menginfaqkan hartanya disebabkan suruhan Allah Subhanahuwata’ala. Mereka meyakini bahawa Allah lah yang memberikan rezeki. Allah SWT menyuruh menginfaqkan harta adalah untuk memberikan kebaikan hamba-hamba-Nya jua.

– Yakin bahawa ganjaran dan pahala adalah di sisi Allah SWT. Seorang muslim membuktikan keimanan mereka terhadap Allah SWT dan ganjaran-Nya dengan menginfaqkan harta mereka di jalan Allah SWT, walaupun harta itu sangat mereka sangat memerlukan. Meskipun kekurangan harta, namun mereka tetap melakukan infaq pada kadar yang wajar.

Kemudian Allah Subhanahuwata’ala membuat perumpamaan, bagaimana mereka yang berinfaq di jalan Allah SWT itu boleh mengambil manfaat daripada pahala sedekah mereka. Allah SWT mengumpamakan mereka seperti kebun di tempat yang tinggi lagi subur. Kebun ini sentiasa berbuah dan memberi hasil yang banyak. Sekiranya kebun ini dituruni hujan yang lebat, maka berganda-gandalah buahnya. Sekiranya kebun ini dituruni hujan yang sedikit, memadai juga baginya, kerana ia masih membuahkan hasil.

Begitu juga dengan jiwa seorang mukmin yang baik, dia akan sentiasa bersifat pemurah. Sekiranya dia mendapati kebaikan (rezeki) yang banyak, dia akan memberi dan menginfaqkan harta dengan sifat pemurah, hati yang suci dan iman yang teguh. Lalu berganda-gandalah ganjaran pahala untuknya. Sekiranya dia mendapati kebaikan (rezeki) yang sedikit, dia akan menginfaqkan hartanya dengan kadar kemampuannya. Dia yakin bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan ganjarannya. Kebaikannya akan sentiasa berterusan dan tidak akan terputus. Ganjarannya juga berterusan. Allah SWT menjanjikannya dengan nikmat yang berterusan.

YANG KETIGA: TEGAHAN DARIPADA MENSIA-SIAKAN GANJARAN INFAQ DI JALAN ALLAH SWT

Dalam ayat yang terakhir, Allah SWT memberi perumpamaan. Allah SWT mencegah hamba-Nya daripada terjatuh ke dalam perkara yang merugikan pahala infaq. Allah SWT mencanangkan kepada kita sebuah persoalan sebagai peringatan. Dia menerangkan kepada kita bagaimana pahala tersebut boleh hilang lenyap.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

أَيَوَدُّ أَحَدُكُمۡ أَن تَكُونَ لَهُۥ جَنَّةٞ مِّن نَّخِيلٖ وَأَعۡنَابٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ لَهُۥ فِيهَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ وَأَصَابَهُ ٱلۡكِبَرُ وَلَهُۥ ذُرِّيَّةٞ ضُعَفَآءُ فَأَصَابَهَآ إِعۡصَارٞ فِيهِ نَارٞ فَٱحۡتَرَقَتۡۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَتَفَكَّرُونَ 
Adakah salah seorang di antara kamu yang ingin memiliki kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, di sana dia memiliki segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tuanya sedangkan dia memiliki keturunan yang masih kecil-kecil. Lalu kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, sehingga terbakar. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu agar kamu memikirkannya. (Surah Al-Baqarah : 266)

Maksudnya adakah wujud di antara kamu orang yang suka untuk memiliki kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai lalu sungai-sungai ini menyiraminya. Kebunnya itu sentiasa berbuah denagn hasil yang banyak. Kemudian tiba masa pemiliknya berusia tua dan memiliki keturunan masih kecil yang tidak mampu untuk bekerja. Lalu kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, sehingga terbakar. Maka lenyaplah hasil kebunnya,  sedangkan dia meninggalkan anak-anak kecil dalam keadaan yang sangat memerlukan penjagaannya.

Ini adalah suatu gambaran yang tidak diingini oleh sesiapa pun buat berlaku pada dirinya. Gambaran ini mewakili orang yang menginfaqkan hartanya dengan riya’ serta menuntut habuan dunia yang sementara seperti menuntut kemasyhuran dan menuntut agar dipuji.

Apabila datang hari di mana dia sangat memerlukan kepada pahala infaq tersebut, iaitu pada hari kiamat, dia mendapati bahawa pahala atau ganjaranya telah hilang. Dia tidak boleh lagi menuntut ganjaran dan pahala atas infaqnya. Dalam ayat yang lain, Allah SWT menyebut:

وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا 
Dan kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. (Surah Al-Furqan : 23)

Pada akhir perumpamaan ini, Allah SWT berfirman:

كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَتَفَكَّرُونَ 
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar engkau berfikir. (Surah Al-Baqarah : 266)

Allah SWT menyuruh kita untuk berwaspada dengan hal yang merugikan ini. Supaya kita berhati-hati agar tidak terlepas daripada ganjaran pahala amal-amal kita. Sedangkan kita sangat memerlukan kepada ganjaran pahala itu untuk kehidupan di akhirat nanti.

PENGAJARAN AYAT

1. Riya’ dan berbangga-bangga dengan amalan infaq yang dilakukan akan menggugurkan pahala infaq.

2. Orang mukmin menginfaqkan hartanya kerana imannya dengan Allah SWT dan percaya akan ganjaran pahala di sisi-Nya.

3. Orang mukmin sentiasa menginfaqkan harta mereka di jalan Allah SWT. Sekiranya dia kaya, dia akan menginfaq harta dengan banyak. Sekiranya dia kurang berharta, dia akan menginfaqkan sekadar kemampuannya. Infaq tetap dilakukan.

4. Siapa yang bersifat riya’, dia akan menyesal di hari akhirat nanti. Ini kerana dia melihat pahalanya telah hilang, sedang dia sangat memerlukan pahala tersebut untuk melepaskan diri daripada azab Allah SWT di akhirat.

SOALAN PENGUKUHAN

1. Apakah sebab-sebab yang boleh menghilangkan pahala infaq?

2. Bagaimanakah Allah SWT membuat perumpamaan tentang keadaan orang yang menginfaqkan hartanya bukan ikhlas kerana-Nya (tidak ikhlas semata-mata kerana Allah SWT)?

3. Jelaskan bagaimana seorang muslim itu berhak ke atas pahala infaqnya di jalan Allah SWT?

4. Seorang muslim itu perlu sentiasa memelihara pahala infaqnya daripada terhapus/hilang. Jelaskan.

5. Terangkan bagaimana seseorang yang hilang pahala infaqnya akan merasa menyesal pada hari kiamat.

6. Apakah perumpamaan Allah SWT untuk dua golongan di bawah?:

– Seorang yang menginfaqkan hartanya untuk mendapat redha Allah SWT.

– Seorang yang menginfaqkan hartanya kerana inginkan perhatian manusia dan disebut-sebut oleh manusia.

7. Apakah makna setiap mufradat (perkataan) berikut:

– صفوان
– وابل
– صلد
– طلُّ

8. Bulatkan jawapan yang betul:

Antara sebab-sebab sesuatu sedekah/infaq/nafkah diterima di sisi Allah SWT ialah:

a. Niat infaq itu semata-mata kerana Allah Subhanahuwata’ala.
b. Niat agar disukai dan dipuji oleh manusia.
c. Percaya akan ganjaran yang disediakan di sisi Allah SWT.
d. a + c

Penterjemah: KUMPULAN PENTERJEMAH BAYANA
Penerbit dan Nama Kitab Asal:
ISLAMIC STUDIES & RESEARCH ASSOCIATION,
Al-Tafsir Al-Maudu’iy (Tafsir Tematik),
ed. Faruq Badran, Majid Fawzi dan Muhammad Salam,
(Amman: Mu’assasah Abu Rayyan Est)

[siteorigin_widget class=”Tribe_Image_Widget”][/siteorigin_widget]

]]>
https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematik-tema-8-memelihara-pahala-infaq-di-jalan-allah-swt/feed 0
Tafsir Tematik (7): Solat & Korban: Antara Tanda Hamba Bersyukur https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematiktema-7-nikmat-allah-swt-sangat-banyak-allah-tuntut-dua-bukti-tanda-syukur https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematiktema-7-nikmat-allah-swt-sangat-banyak-allah-tuntut-dua-bukti-tanda-syukur#respond Fri, 19 Jul 2019 10:04:20 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=12218

SURAH AL-KAUTHAR
(NIKMAT YANG BANYAK)
Surah (108) – Makkiyah – 3 ayat

إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ ١  فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ٢  إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ ٣
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah SOLAT KERANA RABB-MU dan BERKORBANLAH *.
Sesungguhnya orang yang membenci kamu dialah yang terputus *
*.

*Maksud berkorban di sini ialah menyembelih haiwan qurban dan mensyukuri nikmat Allah SWT.
** Maksud terputus di sini ialah terputus daripafa rahmat Allah.

MUQADDIMAH

Surah ini diturunkan untuk menghiburkan Rasulullah SAW, apabila manusa mencemuh baginda disebabkan baginda tiada anak lelaki. Allah SWT memberi isyarat kepada baginda SAW agar biarkanlah saja mereka itu kerana  mereka pun tidak  lama lagi akan mati tanpa meninggalkan anak lelaki yang meneruskan perjuangan mereka. Segala usaha mereka akan berakhir begitu sahaja. Cemuhan  ini memberi kesan kepada masyarakat yang memang berbangga-bangga dengan adanya anak lelaki yang ramai. Dan mungkin tikaman ini telah mengguriskan hati dan mendukacitakan baginda SAW. Kerana itulah turun surah ini untuk menenang dan menghiburkan hati baginda SAW, serta menerangkan akan hakikat nikmat kebajikan yang kekal daripada Allah SWT untuk baginda SAW. Juga memberikan kata putus kepada musuh-musuh  baginda SAW. Itulah ketetapan Allah SWT bahawa, kemusnahan  disediakan untuk musuh-musuh-Nya. 

HURAIAN AYAT 

إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ ١
1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

ANTARA NI’MAT YANG BANYAK IALAH:

1. Ni’mat nubuwwah dan ni’mat hubungannya dengan Allah yang Maha Besar. Ini kerana orang yang telah bertemu Allah SWT,  tidak akan ada kehilangan sesuatu apa pun kerana Allah SWT itu Maha Kaya.

2. Ni’mat al-Qur’an yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Satu surah daripada al-Qur’an merupakan satu ni’mat yang melimpah-ruah tidak berkesudahan.

3. Ni’mat sunnah Rasulullah SAW yang kekal berterusan sepanjang zaman. Berjuta-juta manusia bersilih ganti menurut sunnahnya. Berjuta-juta lidah dan bibir bersalawat untuknya. Berjuta-juta hati mencintai sirahnya dan mengingati perjalanan sirahnya.

4. Ni’mat da’wah. Dengan da’wah ini hidayah Allah SWT berkekalan di bumi Allah SWT. Mereka yang berda’wah menjadi orang yang mulia di sisi Allah SWT.

5. Ni’mat Al-Kauthar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW adalah ni’mat yang melimpah-ruah dan tidak terbatas. Terdapat banyak hadis daripada berbagai-bagai saluran yang menerangkan bahawa al-Kauthar itu ialah sebuah sungai di dalam syurga yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW. 

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ٢
2. Maka dirikanlah SOLAT KERANA RABB-MU dan BERKORBANLAH.

Setelah menerangkan ni’mat yang melimpah-ruah, maka perlulah orang beriman menzahirkan kesyukuran dengan memelihara keikhlasan dan pemusatan hati kepada Allah dalam solat dan amal ibadat. Seterusnya menyembelih binatang korban dengan ikhlas kerana Allah SWT tanpa syirik.

Diwajibkan menyebut nama Allah SWT, tanpa disekutukan dengan sesuatu apa pun, ketika menyembelih binatang korban. Ini menunjukkan betapa besarnya perhatian din Islam dalam usaha membersihkan seluruh kehidupan daripada kesan-kesan syirik, meliputi pemikiran, cetusan hati dan amal perbuatan. Islam adalah din Tauhid yang bersih dan jelas. Islam memerangi syirik dalam segala bentuk dan di mana-mana sahaja – sama ada syirik itu berada dalam hati, dalam ‘ibadat, dalam amal perbuatan atau dalam ‘adat resam kehidupan.
Kehidupan lahir dan batin merupakan satu kesatuan dalam Islam dan  bersih daripada segala noda syirik. Islam menghendaki kehidupan yang ditumpukan atau ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. 

 إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ ٣
3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang yang terputus (terpupus), tetapi baginda adalah seorang yang dikurniakan ni’mat yang melimpah-ruah dan berterusan. Allah SWT menjelaskan bahawa orang yang terputus itu bukannya Nabi Muhammad SAW, tetapi yang terputus ialah orang yang memusuhi dan membenci baginda SAW. Pada hari ini selawat dan nama Muhammad SAW  terus-menerus disebut dan disanjung tinggi.

Keimanan, kebenaran dan kebajikan tidak mungkin terputus untuk hamba yang beriman. Yang terputus ialah kekufuran, kebatilan dan kejahatan biarpun bagaimana mereka membesar dan kuat pada zahirnya. Ukuran Allah SWT berlainan daripada ukuran manusia.

Da’wah kepada Allah SWT,  kepada kebenaran dan kebajikan tidak mungkin terputus. Dan penda’wahnya juga tidak terputus. Bagaimana ia mungkin terputus, kerana ia sentiasa mempunyai pertalian yang kukuh dengan Allah yang Maha Hidup, Maha Kekal, Azali dan Abadi.

Hanya kekufuran, kebatilan dan kejahatan sahaja yang terputus/pupus.

[siteorigin_widget class=”Tribe_Image_Widget”][/siteorigin_widget]

]]>
https://dakwahdantarbiah.com/tafsir-tematiktema-7-nikmat-allah-swt-sangat-banyak-allah-tuntut-dua-bukti-tanda-syukur/feed 0
Pakej Penghayatan Madrasah Ramadhan https://dakwahdantarbiah.com/madrasah-ramadhan https://dakwahdantarbiah.com/madrasah-ramadhan#respond Tue, 16 Apr 2019 04:44:47 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=8409 SILA KLIK SINI

]]>
https://dakwahdantarbiah.com/madrasah-ramadhan/feed 0
Video: Puasa: Ibadah Tiada Tandingan https://dakwahdantarbiah.com/video-puasa-ibadah-tiada-tandingan https://dakwahdantarbiah.com/video-puasa-ibadah-tiada-tandingan#respond Tue, 05 Jun 2018 08:15:11 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=1722 PUASA: IBADAH TIADA TANDINGAN

Oleh: Dr Mohd Akram bin Dahlan

Allah menyeru jiwa orang yang beriman untuk melaksanakan arahan-Nya.

]]>
https://dakwahdantarbiah.com/video-puasa-ibadah-tiada-tandingan/feed 0
Khutbah Aidil Adha 1438h / 2017m https://dakwahdantarbiah.com/khutbah-aidil-adha-1438h-2017m https://dakwahdantarbiah.com/khutbah-aidil-adha-1438h-2017m#respond Tue, 29 Aug 2017 09:19:31 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=1509 KHUTBAH PERTAMA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا،

لااله الا الله والله اكبر، الله أكبر ولله الحمد،

الحمد لله الذى جعل للمسلمين عيد الفطر بعد صيام رمضان وعيد الأضحى بعد يوم عرفة،

أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله،

اللهم صل على رسولك محمد وعلى أّله وإصحابه ومن دعا بدعوته إلى يوم الدين،

أما بعد،

فيا عباد الله، إتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون.  

Hadirin jemaah Aidil Adha yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala, InsyaAllah.

Di pagi yang penuh barakah ini, kita berhimpun bagi melaksanakan solat Aidil Adha yang baru sahaja kita sempurnakan dengan ruku’ dan sujud sebagai manifestasi rasa taqwa kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kita gemakan takbir, tahlil dan tahmid sebagai pernyataan dan pengakuan atas keagungan Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan sekadar gerak bibir tanpa arti, tetapi merupakan cetusan pengakuan dari dalam jiwa yang beriman dalam ertikata sebenarnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, bahawa tiada lagi yang berhak disembah  melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Oleh itu melalui mimbar dan mihrab ini kita mengajak diri kita dan sesiapa jua; marilah kita tundukkan jiwa raga kita sepenuhnya hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang Maha Agung. Buangkanlah segala sifat keangkuhan dan keegoan yang menjauhkan seseorang itu daripada  rahmat  Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sebenarnya sebesar manapun pangkat kebesaran manusia namun ia tetap kecil dan kerdil berhadapan dengan keagungan dan kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Hadirin Jemaah Aidil Adha yang dihormati,

Aidil Adha juga dikenali sebagai hari Raya Haji sempena kaum Muslimin sedang menyempurnakan ibadah haji di Makkah Al-Mukaramah menjadi ضيوف الرحمن (Tetamu-tetamu Allah Yang Maha Pemurah) dan sekaligus  ibadah haji itu merupakan زاد التقوى (Bekalan Taqwa) dalam perjalanan hidup berubudiyah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Di samping itu Aidil Adha juga dinamakan dengan Hari Raya Qurban  sempena sembelihan qurban yang disyariatkan pada Aidil Adha pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyri’ pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Doktor Wahbah Az-Zuhaili dalam الفقه الإسلامى وأدلته menjelaskan  bahawa telah berlaku ijma’ Muslimun bahawa sembelihan qurban itu disyara’kan dan terdapat dalil daripada hadith Nabi menyatakan sembelihan qurban itu adalah amalan yang sangat dicintai Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hari Nahar (hari sembelihan qurban), dan haiwan-haiwan sembelihan itu akan didatangkan pada hari kiamat nanti  dalam bentuk sifat ianya disembelih (diqurban) dan akan dimaqbulkan qurban itu oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebelum darah sembelihannya jatuh ke bumi, InsyaAllah. Lebih-lebih lagilah terdapat arahan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ٢

Maksudnya: “Maka hendaklah anda tunaikan solat (Aidil Adha) dan sembelihlah (buatlah qurban)”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Sejarah qurban telah kita ketahui bermula daripada ujian paling berat yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam iaitu perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya menyembelih putera kesayangannya Ismail ‘Alaihis Salam sepertimana kisahnya yang dinyatakan dalam Al Qur’an, surah As-Saffat, ayat 102-108:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٠٢

فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِينِ ١٠٣

وَنَٰدَيۡنَٰهُ أَن يَٰٓإِبۡرَٰهِيمُ ١٠٤

قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١٠٥

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ ١٠٦

وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٖ ١٠٧

وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ١٠٨

Maksudnya: “Apabila putera Nabi Ibrahim (Ismail ‘Alaihis Salam) telah sampai umur yang memampukannya bekerja bersama ayahnya maka Nabi Ibrahim (ayahnya) berkata kepadanya “Sesungguhnya aku bermimpi diperintahkan menyembelihmu, maka apakah  pandangan dan pendapatmu?”

Lalu puteranya menjawab “Wahai ayahndaku, laksanakanlah apa yang diperintahkan, InsyaAllah ayahnda akan dapati anaknda ini daripada golongan orang yang sabar”

Setelah kedua-duanya berserah diri kepada Allah dan Nabi Ibrahim merebahkan puteranya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tanah dan berazam untuk menjalankan perintah Allah maka Kami (Allah) menyerunya; “Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah Kami (Allah) memberi balasan baik kepada pelaku-pelaku kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah suatu ujian yang nyata lalu Kami (Allah) tebus (tukarkan) puteranya itu dengan haiwan sembelihan yang besar (sebagai  qurban) dan seterusnya  Kami (Allah) kekalkan (syariat qurban itu) di kalangan orang yang datang kemudian”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Sidang Jemaah Aidil Adha  yang dimuliakan.

Itulah sejarah ulung qurban Hari Raya Qurban atau Aidil Adha yang kita sambut pada hari ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak meneruskan arahan mengorbankan anak, hanya memadai dengan mengorbankan haiwan  ternakan jenis Al-An’am (lembu, kerbau, kambing dan unta) kerana, Wallahu A’alam, Allah Subhanahu wa Ta’ala Maha Mengetahui bahawa hamba-hambanya tidak mampu untuk melakukan penyembelihan anak mereka. Maka rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak mensyariatkan sesuatu yang memberatkan dan menyulitkan hamba-hambaNya selari dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, daripada Surah Al-Hajj, ayat 78:

هُوَ ٱجۡتَبَىٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٖۚ ٧٨

Maksudnya: “Dialah (Allah) yang memilih kamu (untuk melaksanakan suruhan Din) dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung keberatan dan kesulitan dalam urusan Din”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Sidang Aidil Adha yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Walaupun haiwan ternakan jenis al-an’am yang kita qurbankan, namun Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tegaskan hanya Taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja yang akan dimakbulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Hajj, ayat 37:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ ٣٧

Maksudnya: “Daging dan darah haiwan sembelihan qurban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah tetapi taqwa daripada kamulah yang akan sampai kepada Allah”

Sewajarnya kita menyedari bahawa taqwa adalah merupakan pra syarat bagi sesuatu amalan soleh itu diterima atau dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini berdasarkan penegasan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Maidah, ayat 27:

قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡمُتَّقِينَ ٢٧

Maksudnya: “Hanya sanya Allah menerima (memakbulkan) amalan orang yang bertaqwa (serta penyerahan sepenuh jiwa kepada Allah)”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Meskipun hari ini kita menyambut Aidil Adha dengan melaksanakan amalan yang sangat dicintai Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu sembelihan qurban haiwan ternak (Al-An’am) untuk diagih-agihkan daging qurban itu mengikut aturan syara’ namun tasawwur atau konsep التضحية (pengorbanan) adalah luas dan syumul, meliputi pengorbanan harta benda, tenaga, jiwa, ilmu, waktu dan sebagainya pada jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Segala nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kurniakan samada hartabenda, tenaga, jiwa, ilmu, waktu dan seumpamanya merupakan modal untuk perniagaan yang sangat menguntungkan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu dengan memanfaatkan semuanya ke jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sahutlah seruan Allah Subhanahu wa Ta’ala serta jaminanNya dalam Al-Qur’an Surah As Saff, ayat 10-12:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١

يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, mahukah Aku (Allah) tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang sangat pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Nanti Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu di tempat-tempat  tinggal yang baik dalam syurga ‘Adn. Itulah kejayaan yang amat besar”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Menurut penjelasan Syeikh Mustafa Mashyur dalam من فقه الدعوة bahawa peluang perniagaan yang menjanjikan keuntungan besar itu berdepan dengan tempoh tamatnya dari semasa ke semasa apabila sudah tiba ajal seseorang, mungkin seseorang itu ada bersama keluarganya pada waktu pagi tetapi tinggal bersemadi di dalam kuburnya seorang diri pada waktu petang pada hari yang sama.

Oleh itu bersegeralah untuk merebut peluang tawaran perniagaan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sangat menguntungkan itu. Ini adalah perlumbaan yang sihat dan sentiasa mendapat pujian daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala sepertimana  firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al Mukminun, ayat 60-61:

وَٱلَّذِينَ يُؤۡتُونَ مَآ ءَاتَواْ وَّقُلُوبُهُمۡ وَجِلَةٌ أَنَّهُمۡ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ رَٰجِعُونَ ٦٠

أُوْلَٰٓئِكَ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَهُمۡ لَهَا سَٰبِقُونَ ٦١

Maksudnya: “Dan orang yang memberi apa-apa yang mereka telah berikan sedang qalbunya takut (gementar) kerana yakin mereka akan kembali menghadap Allah (pencipta mereka) dan mereka itulah orang yang berlumba-lumba segera untuk  buat kebaikan dan merekalah yang sentiasa  mendahului  dalam mencapai kebaikan.”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Sidang Jemaah Aidil Adha yang budiman.

Marilah sama-sama kita berkorban apa jua untuk bangunkan (tegakkan) Islam, lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang di mana Islam telah kembali menjadi  غربة (dagang), di mana:

  1. Islam tidak  berkuasa sepenuhnya.
  2. Hukum-hukum daripada kitabullah dan sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam tidak menjadi rujukan utama dalam pembangunan masyarakat, bahkan dipinggirkan.
  3. Tasawwur Islam dikaburi oleh fahaman sekular yang menular dan berakar  umbi dalam masyarakat  orang Islam.
  4. Berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam sendiri yang mungkin terperangkap di dalam mainan serta adu domba musuh-musuh Islam.
  5. Islam dimusuhi dari segenap penjuru bahkan diperangi secara kasar atau secara halus.
  6. Kini kota Baitul Maqdis ditawan / dirampas oleh Zionis dan Masjidil Aqsa akan dimusnahkan oleh mereka. Nauzubillahi min zalik

Kita ulangi peringatan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Baqarah Al-Quran, ayat 217:

وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْ…٢١٧

Maksudnya: “…dan mereka (musuh-musuh Islam) sentiasa terus memerangi kamu (para mukmin) sehingga mereka berjaya memalingkan kamu daripada Din kamu  sekiranya mereka  mampu…”

Namun demikian musuh-musuh Islam tidak mampu memadamkan Nur Allah (cahaya Allah) bahkan cahaya Allah Subhanahu wa Ta’ala (ajaran Din Allah) terus berkembang dan bersinar meskipun dibenci oleh orang kafir. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah Surah As-Saff, ayat 8:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨

Maksudnya: “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang kafir membencinya.”

Walaupun Allah Subhanahu wa Ta’ala menjamin menyempurnakan cahaya-Nya, namun adalah tidak wajar hamba-hamba-Nya hanya berpeluk tubuh sahaja tanpa perjuangan dan pengorbanan bagi mempertahankan dan membangunkan Din Allah (Islam). Bahkan semua Mukmin wajib berusaha semaksima yang mampu untuk membangunkan Din Allah Subhanahu wa Ta’ala di bumi, apatah lagi dalam suasana Islam telah kembali dagang.

Yakinilah bahawa kerja ini adalah kerja mulia kerana kerja mengajak kepada Din Allah Subhanahu wa Ta’ala mewarisi kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Telitilah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Fusillat, ayat 33:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣

Maksudnya: “Tiada lagi kata-kata yang lebih baik daripada kata-kata orang yang mengajak (berdakwah) kepada Din Allah serta beramal soleh dan mengaku bahawa saya berada dalam saff Muslimin”

Telah termaklum bahawa demi melaksanakan kerja besar dan berat lagi mulia ini, dari segi sunnahnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam membentuk Jemaah bagi melaksanakan kerja-kerja Islam sejak awal lagi di zaman Makki berterusan di zaman Madani. Lebih-lebih lagi terdapat petunjuk daripada kitabullah dalam Surah As-Saff, ayat 4:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِهِۦ صَفّٗا كَأَنَّهُم بُنۡيَٰنٞ مَّرۡصُوصٞ ٤

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah amat kasih kepada mereka yang berjihad (berperang) pada jalan Allah dalam pembentukan saff (Jemaah) yang tersusun rapi laksana binaan yang tersusun kukuh.”

Oleh itu sekali lagi kita mengajak agar sama-sama kita berjihad dan berkorban pada jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala seikhlas jiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam peristiwa yang bersejarah itu.

Semoga pengorbanan ini menjadi زاد (bekalan) untuk kembali bertemu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Muzammil, ayat 20:

وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٖ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرٗا وَأَعۡظَمَ أَجۡرٗاۚ …٢٠

Maksudnya: “Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ،

وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ،

وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ،

فَاسْتَغْفِروا ُ اللهَ العَظِيْمَ، إِنَّهُ هُوَ الغفور الرحيم،

 

 

KHUTBAH KEDUA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا،

لااله الا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد،

الحمد لله على أحسانه والشكر له على توفيقه وأمتنانه،

وأشهدأن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،

وأشهد ان محمدا عبده ورسوله الداعى إلى رضونه،

اللهم صل وسلم على رسولك محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبع هداه إلى يوم الدين،

أما بعد،

 فيا أيها المومنون إتقو الله فيما أمر وأنتهوا عما نهاه  وزجر،

وأعلموا أن الله أمركم بأم بدأ فيه بنفسه وثنى بملائكته المسبحة بقدسه،

وقال تعالى: إن الله وملائكته يصلون على النبى يأيها الذين أمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما،

اللهم صل على محمد صلى الله عليه وسلم،

وعلى أنبيائك ورسلك وملائكتك المقربين،

اللهم أغفر للمومنين والمومنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات،

اللهم أعز الإسلام والمسلمين، وأذل الشرك  والمشركين،

اللهم أنصر عبادك المومنين، ودمر أعداءك أعداء الدين،

اللهم أدفع عنا البلاء والوباء والزلازل،

والفتن ما ظهر منها وما بطن عن بلدنا، خاصة وعن سائر بلاد المسلمين عامة  يا رب العالمين،

اللهم اجعل أعمالنا كلها خالصة لوجهك الكريم، وتقبل منا إنك أنت السميع العليم،

ربنا اغفرلنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، يا عزيز، يا غفار،

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين،

ربنا اتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة  وقنا عذاب النار.

عبادالله،

إن الله بامر بالعدل  والإحسان،

وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى، يعظكم لعلكم  تذكرون،

فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروه على نعمه  يزدكم،

واسألوه من فضله يعطكم،

ولذكر الله أجل وأكبر، والله يعلم ما تصنعون،

تقبل الله منكم.

 

Susunan: Ustaz Omar Haji Salleh

]]>
https://dakwahdantarbiah.com/khutbah-aidil-adha-1438h-2017m/feed 0
Audio: Zakat Fitrah Dan Lailatul Qadr https://dakwahdantarbiah.com/audio-zakat-fitrah-dan-lailatul-qadr https://dakwahdantarbiah.com/audio-zakat-fitrah-dan-lailatul-qadr#respond Fri, 09 Jun 2017 08:36:53 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=1456 Oleh: Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain

– Zakat fitrah akan membersihkan puasa kita….. Lailatul qadr menuntut kita menghidupkan malamnya dengan ibadah.

Download ]]>
https://dakwahdantarbiah.com/audio-zakat-fitrah-dan-lailatul-qadr/feed 0
Video: Kewajipan Kita Melahirkan Ummah Da’wah https://dakwahdantarbiah.com/video-kewajipan-kita-melahirkan-ummah-dawah https://dakwahdantarbiah.com/video-kewajipan-kita-melahirkan-ummah-dawah#respond Fri, 13 Jan 2017 04:03:02 +0000 https://dakwahdantarbiah.com/?p=1295 Oleh: DR ABDULLAH SUDIN AB RAHMAN

Tugas da’wah adalah tugas yang sangat asasi dalam kehidupan kita.

]]>
https://dakwahdantarbiah.com/video-kewajipan-kita-melahirkan-ummah-dawah/feed 0