
Apabila mengetahui video pelakon Zain Saidin yang kecewa hingga memotong medical card yang dilanggan selama 12 tahun, saya sangka isu GL ditolak.
Rupa-rupanya bukan.
Menurut beliau, kos rawatan hospital ditanggung oleh syarikat takaful berkenaan.
Apa yang mengecewakan beliau ialah tuntutan manfaat elaun hospital yang sebelum ini pernah diterima, kali ini tidak dapat dituntut.
Tambah mengecewakan apabila beliau mendakwa rekod tuntutan terdahulu juga tiada dalam sistem.
Saya simpati dengan apa yang berlaku.
Apa yang menarik perhatian saya ialah manfaat elaun hospital sebenarnya semakin sukar ditemui dalam pelan-pelan perubatan baharu pada hari ini.
Malah, banyak syarikat takaful sudah tidak lagi menawarkan manfaat tersebut kepada pelanggan baharu, termasuk syarikat takaful berkenaan.
Jadi biarlah pihak syarikat sendiri memberikan penjelasan rasmi berhubung perkara itu.
UPDATE: Syarikat dah berikan komen sejam selepas posting ini. Saya sertakan di komen
Namun, sebagai seorang yang terlibat dalam industri ini, tindakan membatalkan medical card yang telah berkuat kuasa selama 12 tahun dan menggantikannya dengan pelan baharu mempunyai beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan.
Pertama, sebarang penyakit yang pernah dituntut sebelum ini hampir pasti tidak akan dilindungi oleh pelan baharu.
Kedua, penyakit sedia ada yang telah disedari atau mungkin belum disedari dan belum pernah dituntut juga berisiko tidak dilindungi.
Ketiga, tempoh menunggu akan bermula semula dari awal.
Keempat, tempoh contestable period juga akan bermula semula.
Kelima, pertukaran pelan tidak semestinya memberi kelebihan kepada pemegang sijil walaupun mungkin memberi manfaat kepada ejen baharu.
Pilihan yang lebih selamat ialah kekalkan pelan sedia ada dan menambah pelan baharu sekiranya mahu mendapatkan manfaat elaun hospital.
Tambahan pula, manfaat elaun hospital hari ini bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh seperti dahulu.
Masih ada beberapa pilihan di pasaran, tetapi tidak sebanyak seperti suatu ketika dahulu.
Sebab itu, sebelum membuat keputusan menamatkan pelan sedia ada, buat sedikit kajian terlebih dahulu.
Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk
Jemput follow Afyan Mat Rawi, IFP untuk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>Saya ingat lagi… masa mula-mula jadi ejen dulu, antara perkara paling awal yang kami belajar di INFAQ Consultancyi ialah 7 Modul Perancangan Kewangan INFAQ.
Waktu tu semuanya masih manual.
Tulis atas kertas. Lukis sendiri. Kira satu-satu depan prospek
Tapi dari situlah saya belajar satu perkara penting…
Tugas seorang ejen bukan sekadar jual produk.
Bukan semata-mata jadi “product pusher”.
Tetapi bantu orang faham kedudukan kewangan mereka sendiri.
Ada orang sebenarnya perlukan emergency fund dulu.
Ada orang undercovered tanpa sedar.
Ada juga yang dah ada takaful, tapi saving dan retirement masih belum dirancang dengan betul.
Sebab itu bila kami buat konsultansi, kami cuba pastikan:
Pelan ikut kemampuan
Perlindungan ikut keperluan
Komitmen yang boleh bertahan jangka panjang
Sebab bila bercakap tentang takaful, ia bukan komitmen 2–3 bulan.
Ia adalah perancangan jangka panjang untuk diri dan keluarga.
Antara feedback yang paling saya suka dengar daripada prospek ialah:
“Baru saya faham kenapa saya ambil takaful.”
Daripada modul atas kertas…kami upgrade ke seminar, e-seminar, e-book… dan sekarang masuk fasa baru:
Akademi Digital Perancangan Kewangan
Satu sistem yang simple. Masukkan beberapa data asas sahaja, terus boleh nampak:
• Simpanan kecemasan yang diperlukan
• Protection yang sesuai
• Dana persaraan
• Perancangan pusaka
• Dan keseluruhan financial health seseorang
Gambar pertama tu antara kenangan awal saya bentangkan modul ni secara manual
Bila tengok balik perjalanan tu, memang banyak benda dah berubah dan ditambah baik.
Dan Alhamdulillah, hari ini semuanya jadi lebih tersusun, lebih mudah difahami dan lebih menyeluruh untuk bantu masyarakat buat keputusan kewangan yang lebih baik.
InsyaAllah kami nak buka sesi konsultansi PERCUMA untuk 10 orang terawal yang nak semak semula perancangan kewangan mereka berdasarkan Modul ini.
Ada yang berminat?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>
Selepas kira-kira 20 tahun, Bijak Merancang Wang kini hadir dalam bentuk aplikasi.
Ia bermula dengan sebuah modul kewangan yang saya bangunkan sekitar tahun 2006.

Modul ini asalnya dijadikan bahan presentation setiap kali berjumpa dengan prospek pelanggan.
Ia juga dijadikan bahan ceramah dan perkongsian dalam kelompok kecil sebagai alumni untuk mahasiswa tahun akhir.

Juga dijadikan bahan konten di medsos dan boog.
Daripada situ modul ini dibangunkan sedikit demi sedikit.

Pada 2015, modul itu diperkenalkan dengan jenama baru Seminar Bijak Merancang Wang atau #SeminarBMW.
Ketika itu ia dijalankan secara fizikal dan dihadiri oleh peserta dari pelbagai latar belakang yang mahu memperbaiki kedudukan kewangan mereka.

Pada tahun yang sama juga, ebook Bijak Merancang Wang diterbitkan sebagai bahan rujukan untuk peserta seminar.
Apabila dunia mula berubah, BMW turut berubah.

Pada tahun 2020, lahirlah e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW iaitu versi digital kepada Seminar BMW.
Waktu ni PKP.
Peserta tidak lagi perlu hadir secara fizikal untuk mengikuti modul yang sama.

Dalam tahun yang sama juga, saya menerbitkan naskah digital Buku Manual Wang atau Blueprint Money & Wealth.
Fungsinya seperti buku latihan yang melengkapkan buku teks.

Belajar sahaja tidak cukup.
Perlu ada tempat untuk praktik.

Setahun kemudian, buku tersebut diterbitkan dalam bentuk fizikal.
Pada tahun 2021, buku Bijak Merancang Wang pula diterbitkan oleh PTS Publications.

Kemudian #eSeminarBMW dirakam semula dan dijenamakan semula sebagai Akademi Bijak Merancang Wang #AkademiBMW.
Dan hari ini, ia memasuki satu lagi fasa baharu.
Daripada modul.
Menjadi seminar.
Menjadi ebook.
Menjadi buku.
Menjadi akademi digital.

Dan kini menjadi aplikasi yang boleh diakses melalui gajet.
Apabila melihat kembali perjalanan ini, saya sendiri tidak sangka sejauh ini ia berkembang.

Dari sebuah modul yang dibangunkan sekitar tahun 2006 hingga menjadi sebuah aplikasi hari ini.
Jika ada satu pengajaran yang boleh saya kongsikan kepada sesiapa yang sedang membina sesuatu, ia adalah ini.
Jangan tunggu sempurna.

Jangan tunggu semuanya tersedia.
Mulakan walau tidak sempurna.

Kerana kesempurnaan selalunya datang selepas kita bermula.
Siapa nak jadi pengguna pertama aplikasi ini?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>
Ada yang mendakwa filem Konspirasi dihentikan tayangan kerana ada pihak tertentu dalam kerajaan tidak selesa dengan kandungannya.
Selepas menontonnya, saya pula tertanya-tanya perkara yang berbeza.
Betulkah filem ini dihentikan kerana kandungannya?
Atau kerana ada watak lakonan dunia sebenar mirip PMX, Azam Baki, Hamzah Zainuddin, Muhyiddin Yassin, KJ, Syahril Hamdan?
Atau sebenarnya kerana penonton tidak begitu tertarik dengan jalan ceritanya?
Saya sempat menonton filem ini sebelum ia tamat tayangan.
Asalnya saya bercadang menonton filem lain bersama keluarga ketika awal cuti sekolah sebelum pulang beraya korban.
Tetapi kebanyakan filem yang sedang ditayangkan ketika itu agak ganas untuk ditonton bersama keluarga.
Jadi kami memilih Konspirasi.
Terus terang saya katakan, saya meletakkan harapan yang agak tinggi terhadap filem ini.
Tema yang dibawa jarang disentuh dalam filem Melayu, iaitu mengenai SPRM.
Apabila melihat ada watak Pesuruhjaya SPRM, Perdana Menteri dan ahli politik, saya menjangkakan ia akan menjadi seperti Sheriff.
Malah premisnya memang menarik.
Sebuah pasukan elit SPRM ditugaskan mendapatkan semula satu fail yang mengandungi senarai ahli politik korup sebelum ia dibocorkan oleh seorang penggodam.
Satu lagi perkara yang menarik perhatian saya ialah beberapa watak dalam filem ini cukup mudah dikaitkan dengan tokoh sebenar yang dikenali ramai.
Watak Perdana Menteri yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli misalnya pasti mengingatkan ramai penonton kepada Anwar Ibrahim.
Watak Pesuruhjaya SPRM yang dilakonkan oleh Roy Azman pula sukar dipisahkan daripada bayangan Azam Baki.
Manakala watak ahli politik pembangkang wanita yang menjadi antara tunjang konflik filem ini mungkin mengundang pelbagai tafsiran dalam kalangan penonton.
Ada yang mungkin membayangkan tokoh-tokoh tertentu dalam pembangkang seperti Muhyiddin Yassin atau Hamzah Zainudin, walaupun dalam versi yang diubah suai dan dijadikan watak wanita.
Watak barua politik yang menjadi penghubung kepada pelbagai gerakan belakang tabir pula mengingatkan saya kepada stereotaip ahli perniagaan kaya raya yang sering dikaitkan dengan permainan kuasa dan pengaruh politik.
Juga ada watak yang agak cringe sebagai selingan mirip podcast Keluar Sekajap yang dilakonkan oleh Zed Zaidi yang memegang watak mirip KJ dalam dunia sebanar seorang lagi artis yang saya lupa namanya dengan watak mirip Syahril Hamdan.
Sama ada kebetulan atau disengajakan, persamaan-persamaan ini menjadikan filem tersebut terasa dekat dengan suasana politik semasa.
Dari sudut aksi, filem ini memang tidak mengecewakan.
Babak pertarungan, operasi dan aksi taktikal yang dipaparkan sangat menarik.
Saya tiada masalah untuk memberikan markah 10/10 bagi aspek aksi.
Malangnya, perkara yang sama tidak boleh saya katakan tentang jalan cerita.
Sepanjang filem berlangsung, saya masih tertanya-tanya mengapa fail tersebut begitu penting sehingga hampir semua pihak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.
Konflik yang dibina tidak cukup kuat untuk membuatkan saya benar-benar percaya bahawa negara sedang berdepan ancaman besar.
Ada juga beberapa perkara yang menimbulkan persoalan.
Contohnya, bagaimana adik kepada seorang ahli politik yang sedang cuba menjatuhkan kerajaan boleh menjadi orang kanan dalam Skuad Elit SPRM?
Lebih pelik apabila SPRM sendiri sedang menyiasat kakaknya.
Sepatutnya konflik kepentingan seperti ini menjadi isu besar dalam jalan cerita.
Saya juga agak keliru dengan watak yang dibawa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim.
Pada awal cerita saya menyangka beliau membawa watak ahli politik pembangkang.
Tetapi kemudian muncul dialog wartawan yang bertanyakan tanggungjawab beliau sebagai menteri berhubung projek sekolah yang runtuh di Sabah.
Bahagian itu membuatkan kedudukan wataknya agak mengelirukan.
Mungkin watak beliau sebagai Ahli Parlimen Pembangkang yang pernah memgang jawatan menteri kabinet mirip Muhyiddin Yassin atau Hamzah Zainudin.
Nasib baik kelemahan jalan cerita itu banyak dibantu oleh aksi yang mantap.
Watak barua politik yang dilakonkan oleh Esma Daniel antara yang paling menarik perhatian saya.
Watak ini membontonti ahli parlimen untuk mendapat laba politik. Antara skrip beliau yang sangat terkesan;
“Sampai matilah you jadi PM tepi” apabila MP Pembangkang menolak usulnya untuk mendapat dana tajaan luar.
Plot mengenai usaha menggunakan dana asing untuk mempengaruhi ahli politik dan pegawai tertentu juga sesuatu yang jarang dibawa dalam filem Melayu.
Seingat saya, tema seperti ini hampir tidak pernah diketengahkan sebelum ini.
Sebab itu saya membandingkannya dengan Sheriff.
Dalam Sheriff, aksi dan jalan cerita bergerak seiring.
Kedua-duanya saling menguatkan.
Dalam Konspirasi, aksinya kuat tetapi jalan ceritanya tidak cukup kukuh untuk menyokong keseluruhan filem.

Dalam filem Konspirasi, ada watak lakonan dunia sebenar mirip PMX, Azam Baki, Hamzah Zainuddin, Muhyiddin Yassin, KJ, Syahril Hamdan. Saya sempat menonton filem ini minggu lepas bersama keluarga. Ada yang best dan ada yang tak best.
Sebab itu saya beri 10/10 untuk aksi, tetapi hanya 5/10 untuk jalan cerita.
Dan atas sebab itulah saya sukar menerima teori bahawa filem ini dihentikan tayangan kerana ada pihak tertentu takut dengan kandungannya.
Sepanjang saya menonton, filem ini tidak menunjukkan SPRM atau kerajaan sebagai pihak yang gagal.
Sebaliknya, filem ini berkali-kali menggambarkan mereka sebagai pihak yang berjaya mengawal keadaan dan menewaskan ancaman yang wujud.
Malah jika benar watak-watak tersebut diinspirasikan daripada tokoh sebenar, gambaran yang diberikan juga tidak kelihatan sebagai satu serangan terhadap kerajaan atau SPRM.
Sebab itu saya tidak nampak apa yang begitu sensitif sehingga memerlukan campur tangan pihak tertentu untuk menghentikan tayangannya.
Pada pandangan saya, penjelasan yang lebih mudah mungkin juga penjelasan yang lebih tepat.
Filem ini mungkin tidak mendapat sambutan yang diharapkan kerana jalan ceritanya sendiri.
Kadang-kadang lebih mudah mencari tangan ghaib daripada mengakui kelemahan yang ada.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>
Alhamdulillah. Inilah yang rakyat Malaysia mahukan.
Ia dapat menjana ekonomi Malahsia.
Festival Air seminggu boleh menjana RM320 juta, bayangkan jika sepanjang tahun?
RM320 juta × 52 minggu = RM16.64 billion!
Itu baru setahun, bayangkan jika 5 tahun?
RM83.2 billion!?!!!!???
Bayangkan apa yang boleh kerajaan buat dengan wang sebanyak itu?
Apa lagi rakyat mahu?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>
“Medical card naik sebab BNM suruh.”
Sedap-sedap sahaja sesetengah ejen takaful tunggang nama BNM apabila berlaku repricing medical card.
Semua benda mahu dilepaskan kepada regulator.
Seolah-olah Bank Negara Malaysia bangun pagi-pagi lalu umum:
“Hari ini kita naikkan semua medical card.”
Hakikatnya bukan begitu.
Ya, BNM memang regulator industri.
Tetapi ramai ejen lebih selesa memberi jawapan simplistik untuk menutup kelemahan sesetengah produk dan syarikat yang claim ratio tinggi serta tabung tabarru’ sudah koyak rabak.
Akhirnya pelanggan pula jadi makin keliru.
Apabila repricing berlaku, tunggang nama BNM.
Apabila produk dimansuhkan, tunggang lagi nama BNM.
Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu apabila ada syarikat takaful besar menamatkan produk elaun hospital mereka.
Segelintir ejen terus jaja nama BNM. Walhal isu itu berlaku pada syarikat mereka sahaja.
Sama juga apabila ada syarikat takaful besar yang sudah tidak lagi menawarkan medical card non deductible.
Sekali lagi nama BNM ditunggang oleh segelintir ejen.
Susah sangat ke hendak ceritakan realiti sebenar kepada masyarakat?
Sebenarnya bukan susah pun.
Ceritakanlah tentang kos hospital swasta naik.
Kos rawatan naik.
Kos ubat naik.
Bilangan claim pula meningkat mendadak selepas pandemik.
Dalam takaful, claim dibayar daripada tabung tabarru’.
Apabila duit keluar lebih laju daripada duit masuk, syarikat memang terpaksa melakukan repricing supaya pelan kekal sustainable.
Itulah isu sebenar yang ramai malas mahu terangkan kepada pelanggan.
BNM pula hanya menetapkan framework dan pemantauan tertentu supaya kenaikan tidak terlalu mendadak kepada pelanggan.
Itu beza besar.
BNM bukan arbitrari suruh semua syarikat naikkan medical card sesuka hati.
Hakikatnya, semuanya berkait dengan portfolio dan claim sesuatu produk.
Ada syarikat popular, tapi tabung tabarru’ dan claim sudah koyak rabak.
Ada juga syarikat yang tidak popular tetapi tabung risiko mereka masih terkawal.
Sebab itu ada medical card yang 10 tahun baru repricing.
Tetapi dalam masa yang sama, ada pelanggan mengadu medical card mereka naik saban tahun sejak awal sign up.
Akhirnya pelanggan jadi mangsa kekeliruan kerana semua benda mahu dipermudahkan dengan ayat:
“Ini arahan BNM.”
Sebagai ejen takaful, tugas kita sepatutnya mendidik pelanggan.
Bukan mencari jalan paling mudah untuk “pass” isu kepada regulator.
Dan kepada pelanggan pula, jangan mudah percaya bulat-bulat cakap ejen, termasuk saya.
Buat due diligence sendiri.
Populariti syarikat bukan ukuran.
Populariti ejen pun bukan ukuran.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>
“Sebab itu saya cakap tuan tak pernah merasa miskin…”
Saya baca komen itu perlahan-lahan.
Kemudian saya senyum sendiri.
Sebab orang yang nampak kita hari ini, kadang-kadang tidak nampak bagaimana kita bermula dahulu.
Mereka nampak hasil.
Tetapi tidak nampak luka.
Hakikatnya, saya pernah ada degree law.
Dalam masa yang sama, saya juga pernah jadi penerima zakat.
Selepas grad dahulu, saya buat keputusan yang ramai orang anggap gila.
Saya memilih untuk tidak makan gaji.
Bukan sebab sudah kaya.
Tetapi sebab terlalu terpengaruh dengan idea kebebasan kewangan selepas membaca buku Rich Dad Poor Dad dan Cashflow Quadrant karya Robert Kiyosaki.
Masa itu saya percaya hidup ini ada satu formula mudah.
Belajar.
Grad.
Bina bisnes.
Dapatkan pendapatan pasif.
Bunyi macam hebat, kan?
Sekali realiti tampar muka.
Pendapatan bulan pertama saya cuma RM150.
Ya.
RM150.
Padan muka sendiri.
Masa itu saya tinggal di sebuah markaz pengajian di Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Bangunan itu sekarang sudah jadi bangunan PASTI.
Kononnya mahu jadi usahawan.
Tetapi sebenarnya banyak terlanggar dinding.
Saya buat macam-macam kerja.
Printing.
Jual buku.
Jadi fasilitator.
Jadi runner.
Dan macam-macam lagi.
Kalau zaman itu sudah ada Grab Food atau Food Panda, mungkin saya antara rider terawal.
Masa itu saya juga sudah jadi ejen takaful.
Tetapi level “secret agent 007”.
Tidak ada siapa pandang sangat pun.
Masih segar dalam ingatan saya apabila arwah Ustaz Zakaria Mamat, mantan Imam Masjid Kampung Nakhoda, menghulurkan wang zakat untuk membantu saya.
Perasaan masa itu bercampur-baur.
Terharu.
Gembira.
Segan.
Terharu sebab ada orang peduli.
Gembira sebab dapat duit.
Siapa tidak gembira waktu poket kosong?
Tetapi dalam masa sama, segan.
Sebab ada degree law, tetapi jadi penerima zakat.
Itu antara fasa hidup yang banyak mengajar saya tentang realiti kehidupan.
Bahawa sijil tidak semestinya terus menjadikan hidup senang.
Bahawa ego kadang-kadang perlu pecah dahulu sebelum kita benar-benar belajar tentang kehidupan.
Ramai orang fikir saya terus berjaya dalam industri takaful.
Tidak.
Saya juga bermula perlahan.
Merangkak-rangkak.
Jatuh bangun.
Dan degil.
Ya, memang degil.
Ibu dan isteri banyak kali suruh saya cari kerja tetap.
Tetapi saya tetap mahu berniaga.
Sampai berkahwin pun keadaan kewangan masih tidak stabil.
Masa kahwin, isteri masih belajar.
Pendapatan pula tidak menentu.
Tetapi masa itu berani pula hendak menikah.
Kadang-kadang bila dikenang semula, saya sendiri pun geleng kepala.
Namun selepas mendapat anak sulung, barulah saya mula nampak sedikit sinar.
Pendapatan pasif daripada bisnes takaful mula terasa.
Sedikit demi sedikit kehidupan berubah.
Dan dari situlah saya mula fokus sepenuhnya dalam industri ini.
Sebab itu bila orang kata saya tidak pernah rasa susah, saya hanya senyum sahaja.
Saya pernah rasa poket hampir kosong.
Saya pernah rasa malu menerima bantuan.
Saya pernah rasa gagal dengan pilihan sendiri.
Tetapi saya juga belajar satu benda.
Keadaan kewangan boleh berubah.
Asalkan seseorang itu ada matlamat yang jelas dan sanggup mengubah cara fikirnya.
Dalam kes saya, cara fikir saya banyak dipengaruhi oleh Robert Kiyosaki.
Walaupun selepas itu ada beberapa pandangan beliau yang saya tidak lagi setuju.
Dan itu saya ceritakan lebih lanjut dalam buku Financial Independence Retire Early.
Namun satu perkara yang saya masih pegang sampai hari ini ialah:
Kehidupan seseorang boleh berubah apabila cara fikirnya berubah dahulu.
Dan percaya atau tidak, kisah saya sebenarnya lebih banyak lagi daripada ini.
Saya belum cerita lagi bagaimana saya pernah hampir mengalah selepas berkahwin.
Nak tahu?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>
Masa mula-mula AI muncul, ramai sangka AI akan menggantikan manusia.
Kemudian muncul pula satu golongan baru.
Golongan yang pandai menggunakan AI.
Mereka mula menggantikan orang yang tidak tahu menggunakan AI.
Tetapi itu rupanya belum penghujung cerita.
Mereka mula melatih AI setiap hari.
Membina sistem.
Mengajar AI menulis.
Mengajar AI berfikir.
Mengajar AI bekerja lebih laju daripada manusia.
Dan akhirnya, AI mula menggantikan mereka pula.
Itulah yang sedang berlaku di Meta sekarang.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>
Masih ada ejen takaful mempromosikan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar?
Realitinya, ia boleh dicabar.
Tahun lalu, negara digemparkan dengan kes hibah takaful RM1 juta yang dibawa ke mahkamah.
Namun, dalam tempoh yang sama, sebenarnya ada lagi satu kes melibatkan hibah takaful dengan amaun hampir sama.
Kes tersebut melibatkan pasangan suami isteri yang meninggal dunia serentak akibat kemalangan.
Kes ini dikendalikan dan dikongsikan sendiri oleh Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, antara peguam syariah paling senior dan dihormati di negara kita.
Sebenarnya, beliau sudah memaklumkan kepada saya mengenai kes ini sejak tahun lalu.
Namun ketika itu, kes masih berjalan dan belum sesuai didedahkan kepada umum.
Hanya selepas mahkamah syariah memutuskan bahawa ia tidak berada dalam bidang kuasa mahkamah syariah, barulah perkara ini mula dikongsikan secara terbuka.
Kes ini memberi satu pengajaran besar kepada industri takaful.
Isunya bukan lagi sama ada hibah takaful boleh dicabar atau tidak.
Kerana realitinya, ia memang boleh dicabar.
Dan hak untuk mencabar itu memang dimiliki oleh mana-mana pihak di Malaysia.
Walaupun hibah takaful disebut dalam Akta IFSA sekalipun, ia tetap tidak menghalang seseorang daripada memfailkan tindakan di mahkamah.
Isu sebenar sekarang ialah:
Sejauh mana hibah takaful itu mampu dipertahankan apabila dicabar?
Di sinilah tanggungjawab besar syarikat takaful perlu dimainkan.
Pelanggan bukan sekadar mahu sijil hibah.
Pelanggan mahu keyakinan bahawa jika berlaku pertikaian selepas kematian mereka, waris penerima hibah tidak dibiarkan bersendirian menghadapi proses mahkamah.
Sudah sampai masanya industri takaful memberi jaminan yang lebih jelas.
Jika hibah takaful dicabar, adakah syarikat bersedia membantu dan mempertahankan hak penerima hibah di mahkamah?
Apa kata anda?
Afyan Mat Rawi,
Ejen takaful cabuk je…
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
]]>