Advertise with Googlier.com AkmalFadhil.com https://akmalfadhil.com/ Tagline yang tidak bererti Sat, 26 Sep 2026 14:45:41 +0000 en-US hourly 1 https://akmalfadhil.com/wp-content/uploads/2020/12/cropped-favico-1-32x32.png AkmalFadhil.com https://akmalfadhil.com/ 32 32 Piagam Madinah Suatu Huraian https://akmalfadhil.com/piagam-madinah-suatu-huraian/ https://akmalfadhil.com/piagam-madinah-suatu-huraian/#respond Sat, 26 Sep 2026 14:44:11 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=8025 Serentak dengan perjanjian ‘Aqabah dibuat, Rasulullah s.a.w. telah melantik 12 orang Islam bagi mewakili baginda dalam urusannya dengan 12 kabilah Arab di Madinah, dimana tiap-tiap kabilah dilantik seorang wakilnya yang dipanggil ‘naqib’. Ini adalah untuk mewujudkan suatu pusat dengan tidak menafikan kuasa kabilah-kabilah sendiri dalam menyelesaikan masalah-masalahnya di bawah thaqifahnya sendiri. Oleh itu dalam masa […]

The post Piagam Madinah Suatu Huraian appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Serentak dengan perjanjian ‘Aqabah dibuat, Rasulullah s.a.w. telah melantik 12 orang Islam bagi mewakili baginda dalam urusannya dengan 12 kabilah Arab di Madinah, dimana tiap-tiap kabilah dilantik seorang wakilnya yang dipanggil ‘naqib’. Ini adalah untuk mewujudkan suatu pusat dengan tidak menafikan kuasa kabilah-kabilah sendiri dalam menyelesaikan masalah-masalahnya di bawah thaqifahnya sendiri. Oleh itu dalam masa kira-kira tiga tahun sahaja ramai orang-orang Arab menganut Islam melalui pendakwah-pendakwah Islam yang cekap dan terlatih. Walau bagaimanapun, Agama Islam masih lagi diperingkat dalam negeri sahaja dan belum mendapat status politik. Di dalam sebuah keluarga didapati penganut-penganut dari berbagai agama. Dalam keadaan inilah, maka mengapa Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Mekah untuk pergi ke Kota Madinah dengan masalah-masalah yang perlu diatasi segera oleh baginda, iaitu antara lainnya:

  1. Tafsiran hak-hak dan tanggungjawab Rasulullah s.a.w. sendiri dan penduduk-penduduk setempat.
  2. Persiapan untuk membaiki keadaan hidup orang-orang Muhajirin yang masih berada di Mekkah.
  3. Penyusunan semula organisasi politik dan pertahanan bagi kota Yathrib (Madinah), dan
  4. Gantirugi kehilangan jiwa dan harta yang dialami oleh kaum Muhajirin di tangan Quraisy.

Implikasi dari inilah, selepas beberapa bulan sahaja dari Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Muhajirin tiba di Madinah, maka baginda telah mengadakan suatu ‘perjanjian’ atau ‘piagam bertulis’ yang disebut sebagai “Kitab min Muhammad“, sedangkan di waktu ini ayat-ayat al-Quran juga telah ditulis, manakala hadith-hadith masih dilarang menulisnya melainkan bagi penulis tertentu sahaja.

Perkataan “Kitab” yang disebut dalam dokumen plagam ini adalah dimaksudkan kepada suatu undang-undang yang dilaksanakan, “a code of action” atau suatu carta tugas tugas “a chart of duties” yang pada hakikatnya ia adalah suatu “Deklarasi Kota Madinah” sebagai sebuah “Negara Kota” (City State) buat pertama kalinya, dan dijadikan nya sebagai undang-undang dalam pentadbirannya.

Thomas Hobbes, Jean-Jacques Rousseaudan ahli-ahli sains politik yang lain menganggapnya sebagai perjanjian sosial yang dibuat antara raja-raja dengan rakyat ke arah mewujudkan sebuah negara. Ini terbukti sebagaimana yang telah dilakukan dalam perjanjian ‘Aqabah yang menjadikan orang-orang Madinah menerima Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin mereka dengan menjemput baginda berpindah ke Madinah dan mereka bersetuju pula untuk mengikut apa sahaja perintah baginda. Sebab itu, dari satu segi. “Sahifah Madinah bukan merupakan suatu ‘Aqd (Contract), tetapi ia hanya suatu preskripsi dan proklamasi, di mana setiap orang mengetahui bahawa perkataan Kitab itu bermaksud sesuatu yang telah ditentukan, iaitu yang merupakan suatu perintah. Contohnya, di dalam ayat-ayat al-Quran ayat-ayat yang mengandungi perkataan “Kitab” sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud seperti berikut:

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya

An-Nisa:103

Dan,

Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam ‘Sijjiin’

Al-Mutaffifin:7

Dan,

Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam” Illiyiin.

Al-Mutaffifin:18

Dan,

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;

Al-Baqarah:216

Di dalam ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa perkataan Kitab yang digunakan dalam al-Quran dengan maksud pengertian demikian. Perkataan Jerman ‘Vorschrift’, Perancis dan Inggeris ‘Prescription’, Itali ‘Prescrizione’ dan Sepanyol ‘Prescripcion’ bahkan dalam Rusia ‘Predpisanie’ juga bererti perintah atau ‘undang-undang’ yang mempunyai makna ‘menulis/writing’.

Sebagai seorang yang cintakan undang-undang dan perpaduan, maka Rasulullah s.a.w. telah berusaha memperbaiki segala keadaan yang lazim (centrifugal) di Semenanjung Tanah Arab amnya dan di Madinah khasnya dengan slogan, “satu pemerintah (pemerintahan) dan satu undang-undang” (one ruler and one law). Perintah perintah yang mengarah ke pusat (centripetal commands) melalui zakat dan haji yang kemudian telah memberi peluang kepada pihak pemerintah menjadikan rakyatnya di bawah suatu kawalan melalui kuasa yang diberikan kepada kerajaan pusat untuk menguatkuasakan undang-undang cukai kepada semua rakyat; manakala melalui ibadat haji dan sembahyang yang mengarahkan orang-orang Islam supaya menuju ke satu tempat sahaja di samping institusi-institusi yang lain mengarahkan agar setiap orang mempercayai Allah S.W.T. Yang Maha Esa dan taatkan kepada Rasul-Nya, maka semuanya ini mempunyai pengertian yang tertentu di dalam menyatupadukan ummah untuk tunduk kepada satu kuasa sahaja, iaitu Allah S.W.T. dan wakil-Nya (khalifah) yang menjalankan pemerintah-Nya di dunia.

Kini perlembagaan negara kota yang baru ini telah membawa bersamanya suatu perkara yang amat penting setidak-tidaknya terhadap umat Arab di Semenanjung Tanah Arab, suatu perubahan besar yang menggalakkan, iaitu dengan menyediakan kepada mereka suatu institusi pusat untuk rakyat mendapatkan keadilan yang tidak pun pernah mereka dapati sebelumnya. Dan perubahan besar ini telah pun dicatat satu persatunya dan dengannya juga dapat menyelesaikan masalah ummah dapat menghapuskan ke. kacauan di antara kabilah-kabilah Arab yang sering bersengketa sekian lama, selain menyediakan asas kepada suatu institusi yang lebih luas, iaitu negara.

Di dalam dokumen ini Rasulullah s.a.w. diberi kuasa yang tertinggi sekali dalam bidang-bidang kehakiman, penggubalan undang-undang dan pelaksanaannya tetapi suatu perkara yang amat penting dan perbezaannya yang ketara sekali di antara kuasa ini dengan kuasa-kuasa autokratik atau kerajaan beraja ialah bahawa materialism tiada sama sekali peranannya di sini. Baginda s.a.w. telah memperkenalkan unsur-unsur moral di dalam politik. Baginda s.a.w. menjadikan Allah S.W.T. sumber kuasa dan menganggap baginda sendiri sebagai rasul dan wakil pemerintahan Allah S.W.T. di dunia (khalifatullah fi’l-ardh) dan melalui objektif inilah baginda mengisytiharkan perintah-perintah dan undang-undang bertulis supaya dilaksanakan oleh orang ramai sebagaimana baginda sendiri mengamalkannya. Kes-kes jenayah dan kesalahan-kesalahan yang dihadapkan kepada baginda sejak hayat baginda telah diadili dengan saksama. Oleh itu jelaslah pada kita bahawa Islam memang menolak teori, “raja diluar undang-undang” ata the ruler is above the law. Lantaran apabila orang yang paling berkuasa dalam sesebuah negara itu tidak dapat mematuhi atau menghormati undang-undang yang berkuatkuasa di dalamnya, pegawai-pegawai malah rakyat jelata juga yang menyaksikannya dengan lebih berwaspada itu akan tidak teragak-agak lagi untuk melakukan kesalahan.

Dalam Piagam Madinah ini, secara kasarnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama yang mengandungi 23 fasal, menyentuh tentang perhubungan antara orang-orang Muhajirin dan Ansar, manakala 24 fasal lagi adalah peruntukan-peruntukan yang berkait dengan hak-hak dan kewajipan-kewajipan orang-orang Yahudi. Kesemuanya ialah 47 fasal, tetapi menurut Hamidullah jumlahnya ialah 52 fasal. di mana bahagian pertama mengandungi 25 fasal dan bahagian kedua pula mengandungi 27 fasal.

Ahli-ahli sejarah pada umumnya berpendapat bahawa piagam ini (kedua-dua bahagiannya) telah ditulis pada permulaan tahun pertama Hijrah, melainkan Hamidullah menyatakan bahawa bahagian pertama piagam ini mungkin ditulis dalam tahun Pertama Hijrah, manakala yang bakinya telah ditambah dalam tahun kedua Hijrah, iaitu selepas perang Badr. Pendapat ini disokong oleh suatu kenyataan dalam kamus lisan al-Arab berhubung dengan Sahifah Madinah ini dinyatakan dua nama, iaitu “Kitabuhu li al-Muhajirin wa al-Ansar” (Piagam Bertulis atau Peraturan bagi orang-orang Muhajirin dan Ansar) dan “Kitab Rasulullah salla Allah ‘alayhhi wasallam li al-Yahud” (Peraturan Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam untuk orang-orang Yahudi).

Perlembagaan Madinah menyentuh berbagai persoalan ummah di dalam sesebuah negara atau kerajaan pada umumnya dan persoalan penduduk atau warganegara Madinah khususnya seperti hak-hak dan kewajipan-kewajipan pemerintah dan rakyat, perundangan, pentadbiran keadilan, susunan pertahanan, kedudukan Ketua Negara, layanan terhadap orang-orang bukan Islam, jaminan kemasyarakatan dan juga pengertian “Ummah“. Prinsip-prinsip umum yang terkandung di dalam piagam ini adalah setanding dengan perlembagaan negara-negara moden. Prinsip atau dasar yang terpenting sekali ialah pembentukan “ummah” dengan pengertiannya dan tafsiran-tafsiran hak-hak dan kewajipan-kewajipan berbagai golongan yang membentuk ummah itu. Dalam fasal 25 diperuntukkan:

“Orang-orang Yahudi Bani ‘Awf merupakan Ummah bersama-sama orang-orang mukmin”.

Lantas Zafir El-Qasimy berpendapat bahawa Islam menganggap Ahl al-Kitab atau orang-orang Yahudi merupakan warganegara dan Ummah bersama orang-orang Islam, selama mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka, sedangkan menurut piagam ini perbezaan agama tidaklah dijadikan alasan bagi penolakan kewarganegaraan seseorang yang menyertai piagam.

Sebelum kedatangan Islam, kota Madinah tidak pernah mengenal sebarang bentuk negara. Rasulullah s.a.w. merupakan orang yang mula-mula sekali memberi bentuk negara pertama, bahkan lebih dari itu lagi Bagindalah yang telah merangka sebuah perlembagaan bertulis negara pertama itu. Berbagai-bagai suku bangsa tinggal di Madinah semuanya tercatat dalam piagam ini (lihat Fasal 4-11 dan Fasal 25-33). Setibanya Rasulullah s.a.w. di Madinah suku-suku bangsa ini sudah mempunyai cara hidup masing-masing. Dalam perlembagaan yang bersifat “persekutuan” ini, Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjadi pemimpin kepada orang-orang Islam, tetapi juga kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang yang masih belum menganut agama Islam.

Perlembagaan Madinah telah membawakan suatu perubahan besar dengan memperuntukan sebuah institusi kerajaan pusat untuk menjamin keadilan dan keamanan tanpa menghilangkan kuasa dan keistimewaan golongan-golongan tertentu. Kota Madinah telah dibahagikan kepada beberapa jajahan mengikut suku-suku kaum yang berbeza. Dalam tiap-tiap jajahan terdapat ketua yang dipanggil naqib dengan beberapa orang timbalan ketua yang bergelar arif dan sebuah tempat perjumpaan yang dinamakan saqifah. Majlis bagi tiap-tiap jajahan ini lengkap dan mempunyai kuasa penuh untuk membentuk unit-unit bagi sebuah kerajaan persekutuan. Sebuah bandar kecil yang terdiri daripada dua puluh jajahan di dalamnya, telah disusun ke dalam sebuah Negara Kota, dan rakyat yang jumlahnya kecil tetapi berlainan dan telah bersatu di bawah perlembagaan pusat yang bersifat anjal dan yang boleh dilaksanakan. Sementara itu naqib-naqib yang dilantik itu merupakan wakil-wakil kepada seluruh suku kaum yang bertanggungjawab terhadap keamanan dan ketenteraman awam. Sekiranya seorang naqib itu gagal menyelesaikan sesuatu pertikaian dalam kumpulannya, atau andainya pihak-pihak yang terlibat dalam mana-mana perselisihan atau perselisihan terdiri daripada suku-suku kaum yang berlainan maka perkara yang menjadi pertelingkahan itu dirujukan kepada Rasulullah s.a.w. untuk penyelesaian nya yang muktamad.

Suku-suku Yahudi telah disebutkan satu persatu dalam Piagam Madinah ini (Fasal 25-33). Sebutan ini adalah sebagai beberapa kumpulan yang berbeza yang tinggal sebagai penyokong kepada suku-suku kaum Arab Madinah yang berlainan dan hak mereka untuk mendapat layanan yang sama disebut dengan jelas. Ini bertujuan untuk menekankan bahawa orang-orang Yahudi tidak menyertai negara Madinah sebagai satu unit masyarakat tetapi sebagai unit-unit yang berasingan. Lantaran ini bila orang-orang Islam berperang menentang setengah suku kaum Yahudi atau memerintah mereka keluar dari kota Madinah, maka bukan sahaja suku-suku kaum yang lain berdiam diri, bahkan dalam peristiwa tertentu mereka memberi bantuan ketenteraan pula kepada orang-orang Islam yang berperang.

Dalam masalah keamanan dan peperangan adalah dalam bidang kuasa kerajaan pusat sendiri. Rasulullah s.a.w. adalah sebagai ketua turus angkatan tentera dan setiap orang bertanggungjawab dan bersepakat dalam hal perang dan damai ini, di mana tidak dibenarkan segolongan orang-orang yang beriman membuat perjanjian tanpa diikut serta oleh segolongan lain di dalam sesuatu perang dijalan Allah, iaitu atas dasar persamaan dan keadilan di antara mereka (Fasal 17). Setiap peperangan atau ancaman terhadap Madinah dianggap sebagai ancaman terhadap semua orang yang memerlukan kerjasama dari segenap pihak untuk mempertahankan kota Madinah. Setiap pihak dikehendaki menyertai dan saling membantu dalam sesuatu peperangan (Fasal 18). Walau bagaimanapun, setiap tindakan yang akan diambil dikehendaki terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Rasulullah s.a.w. (Fasal 36, ayat 1).

Orang-orang Yahudi bukan sahaja menerima Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara, tetapi juga bersetuju menjadikan Kota Madinah sebagai kawasan suci yang tidak boleh dilanggar kehormatannya.

Persetujuan ini mengisytiharkan kota Madinah sebagai kawasan aman dan bebas dari segala ancaman. Sungguhpun masalah keamanan dam peperangan terletak di bawah kuasa pusat, tetapi setiap orang diberi hak untuk melindungi seseorang atau menjanjikan perlindungan kepadanya dan janji perlindungan ini hendaklah dihormati pula oleh semua ummah. Perlindungan ini boleh diberikan dengan syarat orang yang akan dilindungi itu bukan musuh negara dan bukan orang yang bersalah. Memberi perlindungan kepada jiran merupakan sebahagian dari adat yang dihargai oleh bangsa Arab sejak dahulu lagi, tetapi oleh kerana masyarakat Islam Madinah berada dalam suasana peperangan, maka Rasulullah s.a.w. telah membatalkan adat tersebut dengan memasukkan satu fasal dalam piagam ini, iaitu:

Bahawasanya tidaklah boleh diberi perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya

Piagam Madinah Fasal 43

Kerajaan pusat tidak campur tangan dalam hal sosial dan dalaman sesuatu kaum. Ketua-ketua suku diberi beberapa kuasa dalam negeri. Undang-undang dan peraturan, misalnya, adalah terletak di bawah pengadilan kumpulan keluarga di mana setiap kumpulan bertanggungjawab membayar sebagaimana sebelumnya, lantaran perbuatan salah atau kecuaian tugas ahli-ahlinya dan membayar tebusan terhadap keluarga lelaki yang dipenjarakan. Piagam juga menyebutkan berbagai-bagai suku yang menyertai piagam namun ahli-ahlinya masih mempunyai hak asal mereka, tangung-menanggung wang tebusan darah di antara mereka dan setiap keluarga (ta’ifah) daripada mereka membayar bersama akan wang tebusan dengan baik (ma’ruf) dan adil (al-qist) di antara orang-orang yang beriman (Fasal 3-10). Terdapat dua perubahan yang dibawa oleh piagam ini. Pertama, tiap-tiap kaum dikehendaki mengeluarkan ahli-ahlinya yang melakukan kesalahan terhadap ahli kumpulan untuk dilaksanakan hukuman ke atasnya. Fasal 22, ayat 1 memperuntukkan bahawa “Tidak dibenarkan bagi setiap orang mengakui perlembagaan ini dan percaya kepada Allah dan Hari Akhirat membantu orang salah dan memberi tempat perlindungan kepadanya”. Manakala Fasal 47, ayat 3 menyatakan:

Sesungguhnya piagam ini tidaklah boleh digunakan untuk melindungi orang-orang salah”

Ini bererti bahawa mereka dikehendaki melaksanakan hukum Allah dan menerima hukum yang diputuskan oleh Allah S.W.T. dalam satu-satu masalah sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud seperti berikut:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.

Al-Ahzab:36

Dan,

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

An-Nisa:65

Dalam muqaddimah piagam dan dalam fasal yang akhir (Fasal 47) menyebutkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Pesuruh Allah dan fasal yang lain terdapat pula peruntukan yang menegaskan bahawa segala perselisihan pendapat atau pertikaian kaum mestilah diselesaikan melalui hukum Allah dan budi bicara Rasulullah (Fasal 23 dan 42). Sungguhpun kedua-dua fasal yang terakhir ini pada lahirnya kelihatan semacam sama dan berulang-ulang, tetapi dari segi maknanya berbeza kerana fasal 23 lebih menekankan perselisihan pendapat dalam perkara pentafsiran perlembagaan dan pelaksanaannya, manakala fasal 42 pula menyentuh soal pertengkaran yang mengenai harta dan jiwa, iaitu yang melibatkan kes sivil dan jenayah. Oleh itu, kedua-dua fasal ini bukan suatu peruntukan berulangan yang tidak mempunyai apa-apa maknanya.

Sementara dalam perkara perselisihan yang tidak membawa kerosakan harta atau jiwa iaitu pada kesalahan-kesalahan kecil sahaja, maka ianya diselesaikan di kalangan suku-suku kaum sendiri mengikut adat atau kelaziman yang berlaku.

Penyebutan nama Nabi Muhammad s.a.w. dalam muqaddimah piagam dan pengakuan yang diberikan tehadap Rasulullah s.a.w. sebagai penyelesai dan pakar rujuk segala pertikaian yang berlaku dikalangan suku-suku kaum di Madinah jelas menunjukkan bahawa kedudukan baginda sebagai pemimpin negara adalah diakui dan dipersetujui oleh semua golongan. Manakala dalam peruntukan lain yang berbunyi:

“Sesungguhnya tiada seorang pun yang menyertai piagam ini menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari Muhammad”

Piagam Madinah Fasal 36, ayat 1

..sebenarnya menjelaskan lagi kedudukan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang yang mempunyai kuasa tertinggi sekali dalam negara Madinah.

Dalam bidang kehakiman, Rasulullah s.a.w. merupakan penyelesai segala perselisihan dan pertelingkahan yang timbul di kalangan rakyat. Dalam fasal 23 dan 42 jelas menyatakan demikian, iaitu yang berteraskan kepada firman Allah yang bermaksud:

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): “Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”

Ash-Shuraa:10

Menurut Hassan Ibrahim Hassan beberapa sumber undang-undang Islam menjadi jelas dari perkataan yang terdapat dalam perjanjian tanggungjawab bersama yang dirangka oleh Rasulullah s.a.w. Perjanjian inilah yang mengikat orang-orang Islam di satu pihak dengan orang-orang Yahudi di pihak yang lain dan menjamin keselamatan dan kebebasan beragama kepada orang-orang Yahudi.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjalankan tugas kehakiman bagi kota Madinah. Tetapi bila kawasan negara Islam bertambah luas, maka amil-amil dilantik dengan beberapa tugas yang meliputi tugas gabenor, pegawai tentera, pemungut hasil, hakim dan ketua polis. Bahkan di Madinah sendiri, bila kerja bertambah maka beberapa hakim kecil juga dilantik bagi memenuhi keperluan yang mendesak. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan mereka, maka sebagai langkah terakhir, ia bolehlah membuat rayuan kepada Rasulullah s.a.w. Dan baginda juga menerima rayuan dari jajahan-jajahan. Undang-undang adalah meliputi kepada orang-orang kaya dan miskin tanpa pengecualian.

Perlembagaan Madinah memperuntukkan bahawa setiap orang tidaklah boleh dihukum kerana kesalahan yang dilakukan oleh sahabat atau oleh sekutunya (Fasal 37, ayat 4) dan perlindungan tidak boleh diberikan terhadap orang zalim dan bersalah (Fasal 47, ayat 1). Kedua-dua peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa konsep keadilan dan kedaulatan untuk undang-undang memang diberikan jaminan yang sepenuhnya. Seseorang itu dihukum lantaran kesalahannya dan hukuman dijalankan ke atas pesalah tanpa mengira kedudukannya. Sesiapa yang melakukan kejahatan maka balasannya akan diterima oleh dirinya dan keluarganya kecuali ianya dizalimi (Fasal 36, ayat 3) dan mencari langkah untuk membela diri. Setiap orang yang menjunjung piagam ini percaya kepada Allah dan Hari Kiamat tidaklah dibenarkan membantu orang-orang yang salah dan memberikan perlindungan kepada mereka (Fasal 22, ayat 1). Sesiapa yang didapati memberi perlindungan kepada pesalah akan menerima kutukan dan kemurkaan Allah di Hari Kiamat dan tidak akan diterima daripadanya segala dan ganti rugi (Fasal 22, ayat 2) untuk melepaskan dirinya daripada hukuman. Mereka yang telah disabitkan dengan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman qisas melainkan yang dimaafkan oleh keluarga mangsa yang terbunuh dan setiap orang dikehendaki mengutuk segala perbuatan jenayah, meskipun terhadap anak sendiri (Fasal 21 dan 13). Ini adalah sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya;

Al-Maidah:45

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Al-Maidah:2

Piagam Madinah yang merupakan piagam bertulis yang pertama ini mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai hak-hak dan kewajipan-kewajipan rakyat yang mesti dilaksanakan. Fasal 3 menyatakan hak dan tanggungjawab kaum Muhajirin, iaitu saling tanggung-menanggung membayar dan menerima wang tebusan darah di antara mereka dengan cara yang baik dan adil di antara orang-orang yang beriman. Demikian juga dengan suku kaum dari Yathrib seperti Banu ‘Awf, Banu Sa’idah, Banu al-Harith, Banu Jusham, Banu an-Najjar, Banu ‘Amr bin ‘Awf, Banu Nabit dan Banu ‘Aws (Fasal 3-10). Hak-hak mereka juga dijamin sepenuhnya. Jaminan demikian juga diberikan kepada orang-orang Yahudi di kalangan mereka yang berketurunan sama dan suku bangsa Tha’labah, Jafnah dan Shutaibah termasuklah pengikut-pengikut atau sekutu Tha’labah (Fasal 34) dan semua pegawai-pegawai dan pembela atau ahli (bitanah) kaum Yahudi di mana mereka diberi layanan yang sama seperti kaum Yahudi (Fasal 35).

Pada fasal 1 disebutkan bahawa orang-orang mukminin dan muslimin dari kaum Muhajirin dan Ansar adalah menjadi ummah yang berbeza dari manusia-manusia yang lain, dan inilah yang ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya bermaksud seperti berikut:

Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.

Al-Anbiya:92

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

al-Baqarah:143

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

al-Anfal:72

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

al-Anfal:73-75

Kaum Yahudi dianggap sebagai satu ummah yang hidup bersatu dengan warganegara yang beriman, iaitu mereka hidup bersama dan saling bantu-membantu dalam perjanjian hidup bersama di bawah pimpinan Ketua Negara Islam. Mereka bebas menganut dan mengamalkan ajaran agama mereka. Kebebasan ini bukan sahaja diberikan kepada kaum Yahudi, tetapi juga kepada pengikut-pengikut dan sekutu-sekutu mereka (Fasal 25, ayat 3). Di dalam Al-Quran juga dinyatakan iaitu:

Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya.

at-Tawbah:4

Berikutnya konsep perdamaian juga ditonjolkan dalam Piagam Madinah ini, di mana jika musuh berdamai maka pihak yang lain hendaklah turut berbuat demikian dengan syarat mereka bukanlah orang-orang yang memerangi agama Islam (Fasal 45). Ini menepati apa yang terkandung dalam Al-Quran iaitu firman Allah yang bermaksud:

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

al-Anfal:61

Manakala peruntukan berhubung dengan kebebasan agama yang dinyatakan dalam fasal 25, ayat 2 selaras pula dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud seperti berikut:

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

al-Kafirun:6

Dan,

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam).

al-Baqarah:256

Manakala pengakuan terhadap hak-hak yang telah sedia dimiliki oleh rakyat sebagaimana yang tersebut dalam fasal 3, termasuklah segala kebiasaan yang baik yang tidak ber tentangan dengan perikemanusiaan dan kepentingan awam telah memperlihatkan bahawa kelahiran Negara Islam tidaklah menghapuskan identiti kabilah-kabilah Arab dan tugas-tugasnya dari segi kemasyarakatan. Tugas-tugas yang baik yang membawa kerjasama dan kebajikan di kalangan ummah adalah dinyatakan dalam piagam (Fasal 3-11) dan dikekalkan oleh Islam.

Di antara adat kebiasaan yang baik yang dikekalkan oleh Islam ialah hukuman qisas dan diyat. Fasal 21 menyatakan:

Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin tanpa bukti yang cukup hendaklah dibunuh balas kecuali jika dipersetujui oleh wali mangsa yang dibunuh menerima ganti rugi darah…

Setiap hukuman yang hendak dilaksanakan mengikut peruntukan ini mestilah diputuskan oleh mahkamah pengadilan sebagaimana yang disebutkan dalam fasal 23 dan 42. Ini menunjukkan bahawa setiap kes tidaklah boleh diputuskan oleh masing-masing pihak tersendiri malah mestilah mengikut undang-undang Islam melalui cara tertentu kecuali kes-kes yang melibatkan undang-undang peribadi yang bukan Islam.

Hukuman qisas dan diyat bertujuan untuk menjaga dan melindungi manusia untuk hidup. Manakala untuk menjaga kerukunan hidup dalam masyarakat dan menjamin keamanannya, maka fasal 40 memperuntukkan pula rukun kejiranan, iaitu:

Bahawasanya jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan juga dosa.

Kerana logiknya, jika seseorang itu tidak rela diganggu dan dilakukan kesalahan terhadap dirinya maka tidaklah wajar baginya melakukan perbuatan yang serupa terhadap orang lain. Untuk menjaga kehormatan wanita, maka fasal 41 memperuntukkan pula:

Tidaklah seseorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteramannya melainkan setiap kunjungan mestilah dengan izin suaminya (ahlinya).

Selain dari peruntukan-peruntukan untuk menjaga hak-hak manusia di atas, hak-hak rakyat untuk mendapat keamanan dan perlindungan dari pemerintah juga diperuntukan dalam Piagam Madinah (Fasal 47, ayat 4 dan 5) yang memberi kebebasan dan keamanan seseorang rakyat atau warganegara Madinah, sama ada ia ingin tinggal menetap di Madinah atau meninggalkan asalkan ia bukanlah seorang pesalah atau yang zalim: Negara boleh merampas atau menggantungkan hak seseorang yang melakukan kesalahan dan kezaliman.

Antara tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab yang mesti ditunaikan di kalangan orang-orang mukmin ialah membantu orang-orang Islam lain yang berada dalam kesempitan kerana membayar wang tebusan darah (Fasal 21). Orang-orang mukmin juga tidak dibenarkan mengambil sekutu (mawla) orang mukmin yang lain sebagai sekutunya (halif) tanpa keizinannya (Fasal 12). Tujuan dari peruntukan ini ialah untuk mengelakkan dari wujudnya pancing-memancing ahli sekutu yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah. Setiap orang yang beriman dikehendaki menentang sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan atau merancang tindak-tanduk yang zalim, perseteruan dan kerosakan di kalangan orang-orang mukmin (Fasal13 ayat 1). Penentangan terhadap perbuatan-perbuatan di atas hendaklah dilakukan oleh mereka sekalipun terhadap anak sendiri (Fasal 13, ayat 2), kerana tiada pilih kasih dalam undang-undang Islam.

Konsep perpaduan dan kerjasama yang sejati di kalangan umat Islam jelas tergambar dalam fasal 14, ayat 1 dan 2 yang berbunyi:

Tidak sayugia seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir; dan tidak sayugianya ia menolong mana-mana orang kafir terhadap seorang mukmin.

Perpaduan dan kerjasama sesama mukmin terutama ketika berhadapan dengan musuh adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud seperti berikut:

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.

al-Anfal:73

Kesatuan Umat Islam dapat dilihat dengan jelas dalam fasal 15, ayat 2 yang berbunyi:

“.. dan bahawasanya orang-orang mukmin hendaklah saling menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang-orang lain”.

Sungguhpun fasal ini lebih menekankan persaudaraan Islam atau persaudaraan seagama dalam Islam, tetapi ianya tidaklah menafikan hak-hak penganut-penganut agama lain untuk mendapatkan kerjasama dan bantuan dari pemerintah Islam, kerana dalam fasal yang sama sebelumnya telah pun disebutkan: Bahawasanya jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka. (Fasal 15, ayat 1)

Dalam peruntukan lain pula menyatakan bahawa bila berlaku peperangan, maka setiap golongan hendaklah berjuang secara bergilir-gilir dan tidak boleh diserahkan kepada sebahagian tentera sahaja, masing-masing dikehendaki bekerjasama antara satu sama lain (Fasal 18). Orang-orang Yahudi yang taat setia kepada negara berhak mendapat pertolongan tanpa dianiaya (Fasal 16).

Konsep hidup secara damai, bebas kawasan aman dan berkecuali yang dipertahankan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu sekian lama dan dilaung-laungkan pula oleh sesetengah negara-negara kecil dunia juga telah sedia termaktub dalam Piagam Bertulis Madinah. Fasal 45 menyatakan:

Apabila mereka diajak untuk berdamai atau masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang memerangi agama.

Manakala Fasal 47 pula memperuntukkan seperti berikut:

Bahawasanya piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini, barangsiapa berpergian dari Kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertaqwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah, Rasulullah.

Ringkasnya, Perlembagaan Madinah telah menggariskan beberapa prinsip umum negara menurut keperluan semasa pada zaman Rasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun, beberapa dasar umum dari piagam ini tercatat pula dalam semua perlembagaan negara-negara. Pada keseluruhannya terdapat beberapa prinsip utama yang ditekankan dalam piagam ini, di antaranya:

  1. Al-Quran dan Al-Sunnah adalah sumber hukum negara.
  2. Kesatuan ummah dan kedaulatan negara.
  3. Kebebasan bergerak dan berwarganegara.
  4. Hak dan tanggungjawab warganegara dari segi ketahanan dan pertahanan negara.
  5. Dasar hubungan dan bantu-membantu di antara sesama warganegara.
  6. Tanggungjawab individu dan negara dalam menegakkan keadilan sosial.
  7. Beberapa undang-undang keselamatan seperti qisas dan diyat.
  8. Kebebasan beragama untuk semua kaum.
  9. Tanggungjawab negara terhadap orang-orang yang bukan Islam.

The post Piagam Madinah Suatu Huraian appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/piagam-madinah-suatu-huraian/feed/ 0
Piagam Madinah https://akmalfadhil.com/piagam-madinah/ https://akmalfadhil.com/piagam-madinah/#respond Sun, 26 Jul 2026 09:23:42 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=8014 Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi menjadi titik tolak penting pembentukan negara Islam menerusi penganugerahan Piagam Madinah. Sebagai perlembagaan bertulis pertama di dunia, Piagam Madinah (juga dikenali sebagai Perlembagaan Madinah) bukan sahaja menjadi dasar utama kepada kejayaan dakwah, malah meletakkan asas kukuh bagi pembentukan tamadun Islam yang membawa perubahan […]

The post Piagam Madinah appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi menjadi titik tolak penting pembentukan negara Islam menerusi penganugerahan Piagam Madinah. Sebagai perlembagaan bertulis pertama di dunia, Piagam Madinah (juga dikenali sebagai Perlembagaan Madinah) bukan sahaja menjadi dasar utama kepada kejayaan dakwah, malah meletakkan asas kukuh bagi pembentukan tamadun Islam yang membawa perubahan menyeluruh dari segi politik, sosial, dan kemanusiaan.

Kehadiran Piagam Madinah ini berfungsi sebagai nadi utama yang menetapkan hak serta tanggungjawab setiap warganegara Madinah. Menerusi aturan dalam Perlembagaan Madinah ini, keamanan dan kestabilan berjaya diwujudkan di bumi Madinah, sekali gus membolehkan dakwah Islam berkembang pesat ke seluruh dunia secara adil dan saksama.

Memandangkan betapa pentingnya piagam ini dalam sejarah pembentukan negara Islam maka di bawah ini dihidangkan kepada para pembaca suatu analisa ilmiah mengenai piagam tersebut yang ditulis oleh seorang pakar dibidang Sejarah Islam. Mudah-mudahan tulisan ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan pembaca.

Latar Belakang

Untuk menyatupadukan warganegara yang berbilang bangsa dan agama di Madinah yang saling bermusuhan di antara satu sama lain sebelumnya ke arah satu kesatuan yang menyeluruh dan padu termasuk orang-orang Muhajirin dan Ansar, maka Rasulullah s.a.w. telah meluluskan satu ‘Piagam’ atau “Perlembagaan” (Constitution) bagi seluruh warganegara di Madinah yang di dalamnya hak-hak dan kewajipan-kewajipan orang-orang Islam dan Yahudi dinyatakan dengan jelas dan terperinci.

Orang-orang Yahudi juga dengan ikhlas mengalu-alukan kehadiran Rasulullah s.a.w. di Madinah dan menerima baik piagam ini. Dokumen piagam ini yang tersimpan dengan selamat dalam halaman-halaman buku Ibn Hisham benar-benar membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. seorang insan yang istimewa dan seorang yang pintar yang dapat merancangkan sesuatu bukan sahaja untuk zaman baginda bahkan untuk seluruh zaman dan sesuai untuk semua keadaan.

Berpandukan kepada slogan ayat Al-Quran yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam agama”, maka Rasulullah telah menemukan masyarakat dan negara, di mana manusia selaku makhluk dan hamba Allah sahaja itu telah diberi hak yang sama dengan makhluk yang seumpamanya tanpa mengira kabilah dan suku kaum yang dipunyainya. Peruntukan-peruntukan piagam yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama dalam sejarah Islam khasnya perubahan yang besar dalam pandangan dan sikap insan dan sejarah manusia amnya ini telah membawa perubahanyang sekaligus membuktikan keistimewaan agama Islam, Piagam Madinah ini mengandungi 10 bahagian dengan 47 fasal (Articles) seperti berikut:

Teks Piagam Madinah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Inilah “Piagam Bertulis (Kitab)” dari Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah demi bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang me meluk Islam dari Quraisy dengan penduduk-penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

Bahagian I: Pembentukan Ummah

Fasal 1

Sesungguhnya mereka adalah satu bangsa (Nation) yang berbeza dari manusia yang lain.

Bahagian ini meletakkan batu asas penubuhan negara Madinah menerusi sebuah dokumen rasmi (“Kitab”) yang menyatukan pelbagai kelompok, iaitu kaum Muhajirin, Ansar, serta sekutu mereka, menjadi satu bangsa atau komuniti bersatu (Ummah). Menerusi Fasal 1, piagam ini menamatkan amalan berpuak-puak yang berpecah-belah, lalu membentuk satu identiti masyarakat baharu yang berdaulat, inklusif, dan mempunyai hala tuju kehidupan yang berbeza daripada masyarakat lain di sekeliling mereka.

Bahagian II: Hak Asasi Manusia

Fasal 2

Golongan Muhajirin dari Quraisy tetap dengan pegangan lama mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima wang tebusan (diyat) di antara sesama mereka dan menebus pula sesiapa yang tertawan dengan cara yang makruf dan adil dikalangan mukminin.

Fasal 3

Banu ‘Awf (dari Yathrib) tetap atas pegangan lama mereka, sama-sama bertanggungjawab pula membayar dan menerima wang tebusan seperti dahulu dan setiap golongan tetap menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara yang makruf di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 4

Banu Al-Harith ibn Al-Khazraj (dari Yathrib) tetap atas pegangan lama mereka, sama-sama pula bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu: dan tiap-tiap puak dari (suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri secara adil dan makruf dikalangan mukminin.

Fasal 5

Banu Sa’idah (dari Yathrib) tetap atas pegangan lama, mereka, sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu; dan setiap keluarga puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri secara adil dan makruf di-kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 6

Banu Jusham (dari Yathrib) tetap atas pegangan lama mereka, sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu; dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk diri mereka sendiri secara makruf dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 7

Banu Al-Najjar (dari Yathrib) tetap atas pegangan lama mereka, sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu; dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk diri mereka sendiri secara makruf dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 8

Banu ‘Amr B. Awf (dari Yathrib) tetap atas pegangan lama mereka; sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu; dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darahuntuk mereka sendiri secara makruf dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 9

Banu Al-Nabit (dari Yathrib) tetap atas pegangan lama mereka, sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu; dan tiap-tiap puak dan mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk diri mereka sendiri secara makruf dan adil dikalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 10

Banu Aws (dari Yathrib) tetap atas pegangan lama mereka, sama-sama bertanggungjawab membayar tebusan darah seperti dahulu; dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk diri mereka sendiri secara makruf serta adil di kalangan orang orang mukmin.

Bahagian II (Fasal 2–10) mengatur sistem kebajikan dan keselamatan dengan mengekalkan tradisi lama yang baik, iaitu kewajipan setiap suku atau kabilah untuk bersama-sama membayar ganti rugi (diyat) dan membebaskan tawanan. Walaupun struktur kabilah dikekalkan, Nabi Muhammad ﷺ meletakkan syarat bahawa setiap urusan mesti dilaksanakan secara adil dan baik (makruf), sekali gus mewujudkan sistem bantuan sosial dan perlindungan nyawa yang teratur bagi setiap ahli masyarakat.

Bahagian III: Persatuan Seagama

Fasal 11

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu tidak akan membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri, bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan (bagi orang-orang yang berhutang) untuk membayar wang darah secara adil.

Fasal 12

Janganlah seseorang yang beriman itu membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang mukmin yang lain dengan tidak mendapat persetujuannya terlebih dahulu daripadanya.

Fasal 13

Orang-orang yang beriman lagi bertaqwa; hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman, atau dosa, atau perse terusan, atau kerosakan di kalangan orang-orang yang beriman, dan mereka mestilah bersatu sama-sama menentang orang itu, meskipun ia adalah anak kepada salah seorang daripada mereka sendiri.

Fasal 14

Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin yang lain kerana seorang kafir; dan tidak juga sayugianya ia menolong mana-mana orang kafir terhadap seorang mukmin.

Fasal 15

Bahawasanya jaminan Allah itu adalah satu dan sarma; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka, dan bahawa orang-orang mukmin hendaklah saling menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang-orang lain.

Bahagian III Piagam Madinah mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama umat Islam menerusi tiga asas utama: kewajipan saling membantu dari segi kewangan bagi ahli yang dibebani hutang, penegakan keadilan yang tegas menentang kejahatan tanpa amalan nepotisme (walaupun melibatkan ahli keluarga sendiri), serta jaminan keselamatan saksama yang melindung setiap individu, terutamanya golongan yang lemah, sambil melarang keras sebarang perbuatan belot kepada pihak luar demi memelihara kesatuan mereka.

Bahagian IV: Persatuan Seluruh Warganegara

Fasal 16

Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapat pertolongan dan pimpinan dengan tidak dizalimi dan tiada pakatan tidak baik terhadap mereka.

Fasal 17

Bahawasanya perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama; oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.

Fasal 18

Bahawasanya setiap serangan terhadap kita mestilah dikira sebagai serangan terhadap semua; oleh itu hendaklah disilih gantikan tenaga untuk menentangnya.

Fasal 19

Bahawasanya orang-orang mukmin, hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tampan bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik pertunjuk pada jalan Allah dan sesungguhnya orang-orang yang dan seteguh-teguhnya.

Fasal 20

Bahawasanya tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka, dan tidak boleh menghalang (hak) orang mukmin.

Fasal 21

Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tiada bukti yang cukup hendaklah dibunuh balas kecuali jika dipersetujui oleh wali yang terbunuh untuk menerima gantirugi darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatannya, bahkan tidaklah harus bagi mereka melainkan menegakkan terhadapnya (turut menghukumnya).

Fasal 22

Bahawasanya tidaklah harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui kandungan piagam ini, dan percaya kepada Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu, sesungguhnya ke atasnya laknat Allah dan kemurkaannya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

Fasal 23

Walau bagaimana sekalipun berbalahnya kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah (hukum-Nya) dan kepada Muhammad (keputusannya).

Bahagian IV mengasaskan sistem pertahanan bersama, keadilan jenayah, dan kepimpinan tertinggi bagi seluruh warganegara Madinah. Menerusi bahagian ini, golongan bukan Islam seperti kaum Yahudi diberikan perlindungan dan perlakuan adil selagi mereka bersekutu, manakala keselamatan negara dijamin secara kolektif di mana sebarang serangan dikira sebagai ancaman bersama dan pakatan dengan musuh (iaitu musyrik Quraisy) dilarang sama sekali. Di samping itu, undang-undang dikuatkuasakan secara tegas menerusi hukuman adil bagi jenayah pembunuhan serta larangan keras daripada melindungi mana-mana penjenayah, manakala segala pertikaian dalam masyarakat ditetapkan supaya dirujuk kepada hukum Allah dan keputusan Nabi Muhammad ﷺ sebagai pihak berkuasa muktamad.

Bahagian V: Golongan Minoriti

Fasal 24

Bahawasanya orang-orang Yahudi hendaklah sama-sama membelanja dengan orang-orang mukmin selama mana mereka berperang.

Fasal 25

Bahawasanya kaum Yahudi dari Banu ‘Awf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin; mereka bebas dengan agama mereka sendiri, dan orang-orang Islam dengan agama mereka, juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa, maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.

Fasal 26

Yahudi Bani Al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani ‘Awf.

Fasal 27

Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani ‘Awf.

Fasal 28

Yahudi Bani Sa’idah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani ‘Awf.

Fasal 29

Yahudi Bani Jusham (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani ‘Awf.

Fasal 30

Yahudi Bani al-Aws (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani ‘Awf.

Fasal 31

Yahudi Bani Tha’labah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani ‘Awf.

Fasal 32

Bahawasanya suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Bani Tha’labah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’labah).

Fasal 33

Banu al-Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani ‘Awf; dan sikap yang baik mestilah membendung semua kejahatan.

Fasal 34

Bahawasanya orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’labah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.

Fasal 35

Bahawasanya para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.

Bahagian V menggariskan hak, kebebasan, dan tanggungjawab golongan minoriti khususnya pelbagai suku Yahudi dan sekutu mereka di bawah pentadbiran negara Madinah. Menerusi bahagian ini, kaum Yahudi diiktiraf sebagai sebahagian daripada komuniti (Ummah) bersama umat Islam dan diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agama mereka tanpa paksaan. Sebagai balasan, mereka diwajibkan bersama-sama menanggung kos kewangan mempertahankan negara sewaktu peperangan, sambil menetapkan prinsip tanggungjawab individu di mana sebarang kezaliman atau jenayah hanya akan ditanggung oleh pelaku itu sendiri dan tidak membebankan keseluruhan suku atau kaumnya.

Bahagian VI: Tugas Warganegara

Fasal 36

Tiada seorang pun yang menyertai piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari Muhammad s.a.w. Dan tidak boleh disekat dari membalas kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, dan barangsiapa membuat kejahatan maka balasannya adalah ke atas dirinya dan keluarganya kecuali orang terkena zalim dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.

Fasal 37

Bahawasanya orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara sepertimana orang-orang Islam juga hendaklah membiayainya (48) dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa juga yang memerangi orang-orang yang menganggotai piagam ini dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan dan menghindari perbuatan dosa. Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang teraniaya (50)

Fasal 38

Bahawasanya orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang-orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang.

Bahagian VI menetapkan tanggungjawab sivik dan pertahanan bersama bagi setiap warganegara Madinah demi memelihara kedaulatan serta kestabilan negara. Menerusi bahagian ini, mana-mana pihak dilarang keluar daripada pakatan tanpa kebenaran Nabi Muhammad ﷺ, manakala prinsip keadilan dikuatkuaskan menerusi bantuan kepada mangsa kezaliman dan pertanggungjawaban jenayah secara peribadi. Di samping itu, golongan Yahudi dan umat Islam diwajibkan berkongsi pembiayaan kewangan negara serta saling bekerjasama dalam pertahanan ketenteraan menentang pencerobohan luar, sambil sentiasa memupuk hubungan berasaskan kebaikan, nasihat-menasihati, dan integriti.

Bahagian VII: Melindungi Negara

Fasal 39

Sesungguhnya kota Yathrib terpelihara sempadannya, tidaklah boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak dari anggota piagam ini.

Fasal 40

Bahawasanya jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan juga dosa.

Fasal 41

Tidaklah seseorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteramannya melainkan setiap kunjungan mestilah dengan izin suaminya (ahlinya).

Bahagian VII mengisytiharkan kota Yathrib (Madinah) sebagai zon suci dan terpelihara yang dilarang daripada sebarang pencerobohan atau konflik internal oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini. Di samping menjaga kedaulatan wilayah, bahagian ini juga mengukuhkan keharmonian sosial menerusi kewajipan menjaga hak dan keselamatan jiran tetangga, serta memberi perlindungan khas terhadap kehormatan dan privasi wanita demi menjamin ketenteraman serta kesejahteraan domestik seluruh warga negara.

Bahagian VIII: Pimpinan Negara

Fasal 42

Bahawa apa-apa kemungkaran (bunuh) atau apa-apa pertengkaran di antara sesama piagam ini sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan bencana, hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian Muhammad, pesuruh Allah, dan Allah menyaksi kebaikan kandungan piagam ini dan merestuinya.

Fasal 43

Bahawasanya tidaklah boleh diberikan perlindungan kepada Quraisy (musuh), juga tidaklah boleh diberikan perlindungan kepada pembantu-pembantunya.

Fasal 44

Sesungguhnya hendaklah ada janji bantu membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pi-hak yang menceroboh (memasuki Yathrib).

Bahagian VIII menetapkan kepimpinan tertinggi dan dasar keselamatan negara Madinah di bawah pihak berkuasa Nabi Muhammad ﷺ dan hukum Allah. Menerusi bahagian ini, sebarang pertikaian atau jenayah yang mengancam ketenteraman awam diwajibkan dirujuk kepada baginda sebagai keputusan muktamad, manakala sebarang perbuatan memberi perlindungan kepada musuh utama (Quraisy Mekah dan sekutunya) dilarang secara mutlak. Pada masa yang sama, bahagian ini mengukuhkan komitmen pertahanan bersama untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan kota Yathrib daripada sebarang bentuk pencerobohan luar.

Bahagian IX: Politik Perdamaian

Fasal 45

Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bilamana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin mesti merestuinya kecuali sesiapa yang memerangi agama (59). Setiap pihak pula berkewajipan mengambil bahagian masing-masing tentang satu-satu perdamaian.

Fasal 46

Bahawasanya orang-orang Yahudi Aws sendiri dan juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama sepertimana pihak lain yang menganggotai ini demi kebaikan semata-mata (perdamaian) dari anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barangsiapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri dan Allah menyaksikan kebenaran isi kandungan piagam ini dan merestuinya.

Bahagian IX menetapkan dasar diplomasi dan politik perdamaian negara Madinah yang mengutamakan keharmonian serta komitmen bersama dalam mengelakkan konflik. Menerusi bahagian ini, seluruh warganegara termasuk umat Islam, kaum Yahudi suku Aws, dan sekutu mereka, diwajibkan menyertai serta menghormati sebarang usaha perdamaian demi kebaikan bersama, melainkan jika perjanjian itu melibatkan pihak yang memerangi agama. Di samping itu, bahagian ini mengukuhkan tanggungjawab saksama bagi setiap pihak dalam menjayakan pakatan damai, sambil menegaskan prinsip pertanggungjawaban individu terhadap sebarang tindakan yang melanggar moral atau perundangan negara.

Bahagian X: Penutup

Sesungguhnya piagam ini tidak boleh bagi melindungi orang-orang zalim dan bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barangsiapa berpergian dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau yang bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertaqwa dan Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

Bahagian X sebagai penutup Piagam Madinah mengagaskan jaminan keselamatan dan kebebasan bergerak bagi seluruh warga Madinah yang taat, sambil secara tegas menafikan sebarang perlindungan undang-undang terhadap golongan yang zalim atau melakukan jenayah. Bahagian ini mengukuhkan integriti perlembagaan dengan menetapkan bahawa perlindungan Ilahi dan keharmonian awam hanya terpelihara menerusi kebaikan serta ketakwaan, di samping mengesahkan semula kedudukan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Pesuruh Allah dan ketua pentadbir tertinggi yang memimpin serta mengawasi pelaksanaan piagam tersebut.

The post Piagam Madinah appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/piagam-madinah/feed/ 0
Panduan Birokrasi Pasca Kelahiran, Langkah Demi Langkah Urusan JPN dan Simpanan Bijak Buat Anak https://akmalfadhil.com/panduan-birokrasi-pasca-kelahiran-langkah-demi-langkah-urusan-jpn-dan-simpanan-bijak-buat-anak/ https://akmalfadhil.com/panduan-birokrasi-pasca-kelahiran-langkah-demi-langkah-urusan-jpn-dan-simpanan-bijak-buat-anak/#respond Sun, 28 Jun 2026 07:08:35 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=7997 Tahniah, selesai dah fasa paling mendebarkan di dewan bersalin. Sekarang si kecik comel anda dah selamat berada di rumah. Namun, tugas kita sebagai seorang bapa belum berakhir di situ sahaja. Sebaik sahaja urusan lampin dan susu mula stabil, tugasan seterusnya yang menanti anda adalah pertempuran di meja birokrasi. Ramai bapa baru berasa pening untuk menguruskan […]

The post Panduan Birokrasi Pasca Kelahiran, Langkah Demi Langkah Urusan JPN dan Simpanan Bijak Buat Anak appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Tahniah, selesai dah fasa paling mendebarkan di dewan bersalin. Sekarang si kecik comel anda dah selamat berada di rumah. Namun, tugas kita sebagai seorang bapa belum berakhir di situ sahaja. Sebaik sahaja urusan lampin dan susu mula stabil, tugasan seterusnya yang menanti anda adalah pertempuran di meja birokrasi.

Ramai bapa baru berasa pening untuk menguruskan dokumen rasmi anak. Hakikatnya, proses ini tidaklah sesukar yang disangka jika anda tahu langkah yang betul dan dokumen yang perlu dibawa. Saya kongsikan panduan terkini untuk menguruskan pendaftaran kelahiran anak serta persediaan kewangan awal mereka.

Daftarkan Kelahiran Anak di JPN dalam Tempoh 60 Hari

Jangan tunggu saat akhir. Jabatan Pendaftaran Negara menetapkan bahawa setiap kelahiran bayi di Malaysia mesti didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dilahirkan. Kalau terlepas tempoh ini, alamatnya urusan akan jadi lebih rumit kerana ia sudah dikira sebagai pendaftaran lewat.

Sistem terkini JPN memudahkan para bapa untuk membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi mereka sebelum hadir ke kaunter. Pendaftaran secara online ini sangat menjimatkan masa kerana anda hanya perlu mengisi segala maklumat anak di rumah. Selepas permohonan diluluskan di dalam sistem, barulah anda hadir ke cawangan JPN terpilih untuk mengambil sijil kelahiran fizikal.

Bagi urusan di kaunter JPN, pastikan anda membawa fail dokumen asal bersama salinannya yang merangkumi:

  • Borang Daftar Kelahiran (Borang W) yang diberikan oleh pihak hospital tempat isteri bersalin.
  • Kad perakuan bersalin atau buku rawatan ibu sepanjang tempoh mengandung.
  • Kad pengenalan asal suami dan isteri.
  • Sijil perkahwinan asal atau dokumen perkahwinan yang sah untuk pengesahan status anak.

Pastikan ejaan nama anak diisi dengan betul dan disemak berulang kali sebelum disahkan oleh pegawai JPN. Sekiranya berlaku kesilapan ejaan pada sijil kelahiran, urusan pembetulan di kemudian hari akan memakan masa yang agak lama.

Dapatkan Sijil Kelahiran dan MyKid

Apabila semua dokumen disahkan di kaunter JPN, pegawai akan mencetak Sijil Kelahiran (Sijil Lahir) anak anda. Sijil lahir ini adalah dokumen paling penting untuk anak anda sehinggalah mereka berusia 12 tahun untuk memohon kad pengenalan.

Bagi kad MyKid pula, pihak JPN mengeluarkan kad ini berdasarkan ketersediaan cip dan bekalan semasa di cawangan mereka. Ini point penting sebab ada masanya, kita boleh ‘disidai’ hingga hampir 6 bulan.

Semasa anda mengambil sijil lahir, terus tanyakan kepada pegawai kaunter mengenai status pengeluaran MyKid untuk bayi anda. Jika bekalan kad sedia ada, anda boleh mendapatkannya terus pada hari yang sama. Jika bekalan ditangguhkan, sijil lahir asal sudah memadai untuk segala urusan rasmi anak buat sementara waktu.

Rancang Kewangan Awal Melalui SSPN dan Tabung Haji

Langkah ini sering kali dilupakan oleh bapak-bapak, padahal ia adalah hadiah terbaik untuk masa depan anak. Sebaik sahaja mendapat sijil lahir dan nombor kad pengenalan anak, anda sudah boleh mula menabung untuk mereka melalui dua platform utama di Malaysia.

Membuka Akaun Simpanan SSPN

Membuka akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui perbadanan PTPTN seawal usia sebulan memberikan keuntungan yang besar. Sebagai bapa yang bekerja, simpanan bersih di dalam SSPN melayakkan anda mendapat pelepasan cukai taksiran tahunan sehingga kadar maksimum yang ditetapkan kerajaan. Selain dividen tahunan yang kompetitif, terdapat pakej simpanan yang menyertakan sekali khasiat perlindungan takaful percuma untuk pendeposit dan anak.

Menyimpan di Tabung Haji

Selain SSPN, membuka akaun Tabung Haji untuk anak juga merupakan satu bentuk pelaburan yang sangat berbaloi dalam masa panjang. Menyimpan di sini sejak bayi bukan sahaja membantu mengumpul dana masa depan mereka, malah melayakkan anak anda didaftarkan dalam giliran menunaikan haji seawal usia muda. Dividen atau agihan keuntungan tahunan yang konsisten, ditambah pula dengan pengurusan zakat yang diselesaikan terus oleh pihak Tabung Haji, menjadikan ia instrumen simpanan patuh syariah yang sangat selamat dan menguntungkan.

Sentiasa Peka dengan Inisiatif Terkini Kerajaan

Sebagai bapa yang bijak, anda juga perlu rajin menyemak bantuan atau insentif kewangan semasa yang disediakan oleh pihak kerajaan. Jika kita imbas kembali sejarah, kerajaan pernah memperkenalkan program seperti ADAM50 (Amanah Dana Anak Malaysia 2050) suatu masa dahulu yang memberikan modal pelaburan percuma bernilai RM200 untuk bayi baru lahir.

Walaupun insentif seperti ADAM50 itu sudah berakhir, pihak berkuasa dari semasa ke semasa sering memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu yang berbeza mengikut perancangan belanjawan negara. Sebagai contoh, beberapa kerajaan negeri di Malaysia ada menawarkan saguhati tunai, program tabungan warisan, atau dana dididk khas untuk anak jati yang lahir di negeri mereka.

Di peringkat persekutuan pula, anda boleh memanfaatkan pelbagai insentif cukai yang ditambah baik seperti pelepasan cukai untuk yuran taman asuhan kanak-kanak (taska) serta pembelian peralatan penyusuan susu ibu. Bantuan saraan persekolahan dan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sentiasa dikemas kini nilainya bagi membantu golongan yang memerlukan. Pastikan anda tidak terlepas pandang pengumuman belanjawan tahunan demi memaksimumkan hak yang sepatutnya diterima oleh anak anda.

Menguruskan birokrasi pasca kelahiran ini mungkin nampak renyah pada awalnya, tetapi ia adalah bukti tanggungjawab pertama seorang bapa dalam memastikan hak dan kebajikan anak dilindungi di sisi undang-undang negara. Luangkan masa satu hari, sediakan fail dokumen dengan lengkap, dan selesaikan urusan ini demi ketenangan minda anda sekeluarga.

Sebenarnya artikel ini dicadangkan untuk diterbitkan pada 2019, kemudian 2020, kemudian 2021, kemudian 2022, kemudian dikemaskini pada 2026, dan..

The post Panduan Birokrasi Pasca Kelahiran, Langkah Demi Langkah Urusan JPN dan Simpanan Bijak Buat Anak appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/panduan-birokrasi-pasca-kelahiran-langkah-demi-langkah-urusan-jpn-dan-simpanan-bijak-buat-anak/feed/ 0
Al-Quran Pusaka Junjungan https://akmalfadhil.com/al-quran-pusaka-junjungan/ https://akmalfadhil.com/al-quran-pusaka-junjungan/#respond Fri, 08 May 2026 09:26:33 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=7964 Mengambil sempena kita merayakan hari yang mulia ini eloklah kita menambahkan lagi pengetahuan dan keimanan kita mengenai kitab suci Al-Quran yang merupakan inti dari seluruh tugas kerasulan yang dipikulkan ke atas bahu baginda.

The post Al-Quran Pusaka Junjungan appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Setiap tahun kita Umat Islam merayakan hari ulang tahun keputeraan Nabi Besar Muhammad s.a.w. Peristiwa ini kita lakukan dengan penuh kebesaran dan kegembiraan sebagai suatu tanda kesyukuran atas limpah rahmat Allah yang telah mengutuskan rasulNya untuk memimpin dan memandu kita semua ke jalan yang benar dan diredhainya.

Mengambil sempena kita merayakan hari yang mulia ini eloklah kita menambahkan lagi pengetahuan dan keimanan kita mengenai kitab suci Al-Quran yang merupakan inti dari seluruh tugas kerasulan yang dipikulkan ke atas bahu baginda. Dan Al-Quran juga adalah salah satu pusaka yang agong yang ditinggalkan kepada kita sebagaimana jelas dari sabdanya:

تركتُ فيكم شيئينِ لن تضلوا بعدهما: كتابَ اللهِ وسنتي

Maksudnya:

Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu pasti tidak akan menjadi sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Quran dan Sunnahku.

Riwayat Al-Hakim

Oleh itu sesuai dengan maksud hadis riwayat al-Hakim yang tersebut sama-samalah kita mencari petunjuk dan panduan melalui kitab suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Namun begitu dalam kesempatan ini kita hanya akan tumpukan kepada kitab suci al-Quran.

Al-Quran

Supaya kita tidak mudah diganggu was-was di dalam kepercayaan kita, tidak mudah tersasul dalam mencatit atau melahirkan apa yang kita rasa, dan supaya kita tidak menimbulkan kecurigaan orang-orang lain terhadap tindak tanduk dan sikap kita, maka eloklah kita memahami Al-Quran itu sendiri. Al-Quran yang menjadi pegangan hidup kita, yang dijamin oleh Allah sebagai satu-satunya kitab pertunjuk ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Al-Quran itu ialah wahyu dari Allah S.W.T. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada umat manusia seluruhnya, Al-Quran bukanlah hasil rekaan atau gubahan Nabi Muhammad S.A.W. dan bukan juga sebagai hasil dari pemikiran baginda yang boleh diperkecil-kecilkan dan diragui kebenarannya.

Sebenarnya Al-Quran sebagai wahyu dari Allah telah dijelaskan sendiri dari kandungannya dalam Surah Al-Najm yang menyebut:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ ٣

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌۭ يُوحَىٰ ٤

Yang bermaksud:

Dan tidaklah nabi Muhammad S.A.W. itu bercakap menurut hawa nafsunya tetapi sebenarnya adalah wahyu yang disampaikan oleh Allah kepadanya.

An-Najm:3-4

Dan demikian juga Al-Quran menjelaskan akan kebenaran dan keasliannya bahawa ianya adalah dari Allah dan mengandungi ajaran-ajaran yang benar belaka dengan Firman Allah yang menyebut:

الٓمٓ ١
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ٢

Yang bermaksud:

Alif Lam Mim, Al-Quran itulah kitab yang tidak ada sebarang keraguan di dalamnya menjadi pertunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa.

al-Baqarah:1-2

Tujuan Diturunkan Al-Quran

Pengurusan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rasul yang terakhir dan memberi kitab Al-Quran kepadanya adalah tanda bagi kemurahan dan kasih sayang Allah kepada umat manusia. Al-Quran sebagai sifatnya sebuah perlembagaan dari Allah sudah tentu ianya mengandungi garis-garis panduan yang boleh menjamin kebahagiaan yang sebenar-benarnya kepada umatnya. Tujuan menurunkan Al-Quran itu antara lain:-

Pertunjuk

Firman Allah pada ayat 2 Surah Baqarah yang bermaksud:

Itulah kitab Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya jadi pertunjuk kepada orang yang bertaqwa.

Al-Baqarah:2

Peringatan

Firman Allah pada ayat 1-3 Surah Ta Ha yang bermaksud:

Ta ha, tidaklah kami menurunkan Al-Quran itu untuk memecahbelahkan tetapi sebenarnya adalah untuk memberi ingatan kepada orang yang takutkan Allah.

Taha:1-3

Menceritakan perkara-perkara ghaib

Menceritakan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat difikiri dan tidak dapat dicari oleh akal fikiran manusia semata-mata, seperti menceritakan adanya makhluk-makhluk lain seperti malaikat dan jin, adanya hari kiamat serta dengan pembalasan syurga dan neraka, dan sebagainya.

Menyatakan hukum Allah

Menyatakan hukum Allah adalah satu-satunya hukum yang paling adil, baik dan sesuai bagi segenap lapisan manusia dan seluruh umat tanpa mengira daerah dan tempat tinggal mereka, dan hanya hukum Allahlah yang sebaik-baiknya, sebagaimana firmannya yang menyebut:

أَفَحُكْمَ ٱلْجَـٰهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكْمًۭا لِّقَوْمٍۢ يُوقِنُونَ ٥٠

Bermaksud:

Apakah hukum jahiliah yang mereka laksanakan sedangkan hukum Allahlah yang sebaik-baiknya bagi kaum yang percaya.

Al-Maidah:50

Isi Kandungan Al-Quran

Oleh kerana tujuan Al-Quran diturunkan begitu lohor dan murni yang terpancar dari sifat rahman dan rahim Allah S.W.T. maka sudah tentulah Al-Quran itu mengandungi asas-asas yang konkrit bagi menyelesaikan segala problem yang dihadapi oleh manusia itu sendiri. Atas hakikat inilah kandungan Al-Quran meliputi:-

  1.  Asas dan bimbingan akhlak yang mulia.
  2. Garis panduan bagi hukum-hakam yang diperlukan oleh manusia bagi membentuk kebaikan individu, keluarga, masyarakat, negara, malah antarabangsa.
  3. Asas-asas susunan ekonomi yang adil yang menjamin rezeki yang wajar dikalangan umat manusia.
  4. Asas asas politik yang tunduk kepada kekuasaan Allah dan hukumnya yang tidak angkoh dan tidak sanggup menentang kekuasaan Allah yang mutlak.
  5. Nilaian ilmu pengetahuan yang mengandungi di dalamnya anikarupa yang boleh dicapai oleh manusia dan yang harus diperkembangkan untuk kepentingan jenerasi mereka.
  6. Inilah antara isi kandungan yang terdapat di dalam Al-Quran yang boleh difahamkan bahawa hanya Al-Quran sahaja suatu kitab Allah yang dapat menyelesaikan segala problem-problem dan dapat menjawab aneka masaalah. Pendeknya tidak ada yang kusut yang tidak dapat dihuraikan oleh Al-Quran, malah segala keperluan manusia boleh diselesaikan melalui Al-Quran. Dalam Hal ini Allah menegaskan dengan FirmanNya:

مَّا فَرَّطْنَا فِى ٱلْكِتَـٰبِ مِن شَىْءٍۢ ۚ

Maksudnya:

“Tidaklah ada sesuatu yang ditinggalkan (melainkan semuanya dijelaskan) dalam Al-Quran itu”.

Al-An’am:38

Itulah tujuan dan kandungan Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi pegangan dan panduan hidup umat Islam. Al-Quran ini mengandungi lebih daripada 6,666 ayat yang diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh kira-kira selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Cara seperti ini adalah sesuai dengan kemampuan, ingatan dan amalan serta sesuai dengan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat dewasa itu.

Oleh itu ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Mekah dikenali dengan nama Makkiah dan yang diturunkan di Madinah dikenali dengan nama Madaniah. Antara kedua-dua zaman ini (Mekah dan Madinah) terdapat beberapa ciri perbezaan pada ayat itu sendiri. Antara ciri-ciri itu ialah ayat-ayat Makkiah lebih menumpukan soal-soal akidah iaitu membicarakan soal-soal ketuhanan Allah Yang Maha Esa, kepercayaan kepada Rasul-Rasul, kitab-kitab, hari akhirat serta kudrat dan iradat Allah, manakala ayat Madaniah banyak menghuraikan masaalah-masaalah pentadbiran negara, hukum-hukum dan sebagainya.

Al-Quran Sumber Kekuatan

Sejarah telah mencatitkan betapa Al-Quran telah berjaya melahirkan umat Islam yang kuat dan terkenal dikalangan umat di dunia sejak dari zaman pemerintahan Rasulullah hinggalah ke-berapa abad selepasnya. Keagungan ini berterusan sehinggalah ke suatu peringkat di mana Kerajaan Islam satu demi satu telah runtuh dan musnah akibat pemerintah dan rakyatnya tidak lagi berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran malah telah hanyut dibawa arus hawa dan nafsunya.

Sekarang umat Islam khasnya di Malaysia sedang mencari kekuatan untuk bangun semula setelah sekian lama hidup terhina akibat lemah dalam segala-galanya. Maka dalam usaha mem-bangun ini umat Islam pastilah berpegang kepada asas yang kukuh iaitu ajaran Islam yang sumber utamanya ialah Al-Quran.

Umat Islam harus sedar bahawa sesuatu umat tidak akan mencapai kekuatannya dan keutuhannya dan tidak akan dapat mempertahankan kehormatan dan maruahnya jika ia tidak memiliki kekuatan dibidang-bidang berikut:-

1. Keyakinan dan kepercayaan

Kunci kekuatan sesuatu umat itu adalah terletak pada kekuatan iman dan kepercayaan individunya. Umat yang tidak mempunyai asas kepercayaan yang teguh terhadap nilai diri.maruah bangsa dan kehormatan negara serta tidak mempunyai suatu ideoloji atau akidah tidak akan sanggup menghadapi cabaran-cabaran hidup.

Bagi umat Islam, akidah inilah yang menjadi pendorong kearah kemajuan mereka. Akidah yang disarankan di dalam Al-Quran telah berjaya membentuk masyarakat Arab dizaman permulaan Islam khasnya sehingga mereka telah sanggup berjuang bermatian-matian dalam menegakkan ugama Allah.

Orang yang beriman dan percaya akan betapa mulianya mati dalam perjuangan menegakkan ugama Allah (syahid) tidak akan takut menghadapi bahaya maut. Orang-orang yang yakin bahawa ajal maut adalah ditentukan oleh Allah akan lebih berani dalam perjuangannya kerana dia yakin bahawa walau sebesar mana halangan dan percubaan dia tetap tidak akan mati sebelum ajalnya. Justeru kerana keyakinan yang seteguh itulah telah menjadikan Saidina Ali bin Abu Talib begitu berani menghadapi musuhnya di medan perang.

Al-Quran banyak sekali membisikkan ketelinga pendengarnya dan memarakkan kelubuk hati pembacanya tentang kemuliaan nilai-nilai akidah yang teguh serta patuh kepada apa yang diturunkan oleh Allah. Kerana pentingnya aspek inilah maka sebahagian besar dari zaman perjuangan Rasulullah terutama di zaman Mekah dihabiskan untuk menanamkan akidah. Maka diatas asas akidah yang kuat inilah Islam kemudiannya dapat muncul sebagai sebuah Kerajaan yang sebaik-baiknya.

2. Ekonomi

Atas kesedaran bahawa manusia itu tetap manusia yang memerlukan peraturan yang baik untuk menjamin keadilan di dalam pembahagian rezeki dikalangan mereka, maka Al-Quran telah menggariskan dasar-dasar yang diikuti jika keadilan ekonomi hendak dicapai.

Islam tidak pernah melarang umatnya memperoleh harta dan memilikinya sebanyak mana yang dia mampu asalkan ianya diperolehinya melalui jalan yang dihalalkan oleh Allah. Di dalam Al-Quran pada Surah Al-Jumaat Allah menjelaskan betapa pentingnya umat Islam bekerja untuk memperolehi rezeki yang telah disediakan oleh Allah itu dengan FirmanNya:-

فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ١٠

Yang bermaksud:

“Maka apabila telah selesai kamu mengerjakan sembahyang (Jumaat) maka bertaburanlah kamu di muka bumi dan carilah dari rezeki yang telah disediakan oleh Allah dan disamping itu ingatlah kepada Allah banyak-banyak moga-moga kamu beroleh kejayaan.

Al-Jumu’ah:10

Inilah satu penjelasan dari Al-Quran bahawa Islam tidak pernah menghalang seseorang pemeluknya dari mencari rezeki untuk kepentingan dirinya, keluarganya dan seterusnya untuk masyarakatnya. Malah didalam beberapa ayat yang lainnya pula Allah memberi panduan supaya rezeki yang dimakan itu hendaklah diperolehi melalui cara-cara yang halal seperti perniagaan, pertanian, mengambil upah dan sebagainya dan janganlah diperolehi melalui cara-cara yang tidak benar seperti:

a. Cara rasuah

Firman Allah yang berbunyi:

وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَـٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًۭا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ١٨٨

Yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu makan harta dari kalangan kamu secara tidak betul dan kamu mengemukakan kepada pihak pengadilan dengan tujuan memakan harta orang lain secara berdosa (tidak benar) sedangkan kamu mengetahui”.

Al-Baqarah:188

b. Cara mencuri

Mencari makan dengan jalan mencuri adalah suatu usaha yang tidak baik malah dikutuk oleh Allah. Maka untuk mengelak dan menghindarkan masyarakat dari ancaman-ancaman pencuri, Al-Quran telah menerangkan hukum, “had” yang keras ke atas pencuri-pencuri dengan firmannya:

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقْطَعُوٓا۟ أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَـٰلًۭا مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ ٣٨

Yang bermaksud:

Pencuri lelaki dan perempuan hendaklah dipotong tangan mereka balasan atas perbuatan mereka yang merupakan hukuman dari Allah, sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi bijaksana.

Al-Ma’idah:38

c. Cara Amalan Riba:

Riba ialah suatu cara pengumpulan harta yang tidak berperikemanusiaan di mana orang-orang yang mampu dan berada memberi pinjaman kepada orang-orang miskin dan tidak mampu dan kemudiannya mengenakan bunga atau faedah atas pinjaman itu. Dengan faedah-faedah inilah gulungan yang kaya bertambah kaya melalui cara-cara yang menindas dan kejam kemudian yang miskin akan terus tertindas disepanjang masa.

Selain daripada penjelasan dan bimbingan mengenai jalan-jalan dan cara-cara yang sepatutnya dipatuhi oleh umat manusia dalam memperolehi harta kekayaannya, maka Al-Quran juga sentiasa menasihatkan supaya harta-harta yang diperolehi itu dibelanjakan kepada perkara-perkara yang bermunafaat kepada dirinya, keluarganya,masyarakatnya dan negaranya.Orang-orang yang kaya diwajibkan supaya mengeluarkan zakat dari hasil tanaman, perdagangan,perlombongan, ternakan dan sebagainya dan disamping itu digalakkan supaya mereka bersedekah dan berderma kepada sesuatu tujuan yang baik dan diredai oleh Allah. Sebagai galakkan kepada amalan bersedekah Allah menjanjikan balasan yang baik dengan firmannya:

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١

Yang bermaksud:

Allah telah membuat perbandingan balasan kepada orang-orang yang berbelanja harta mereka pada jalan yang diredhai Allah seperti satu biji-bijian yang dapat menumbuhkan tujuh tangkai yang kemudiannya tiap-tiap setangkai dapat menghasilkan seratus biji.

Al-Baqarah:261

Faktor ekonomi merupakan satu faktur yang penting dan utama dalam menentukan kekuatan umat Islam. Sejarah telah membuktikan betapa dengan kekayaan yang dimiliki oleh orang-orang Islam dizaman permulaannya maka Islam telah dapat berkembang pesat. Bantuan-bantuan kewangan, telah dapat meringankan beban kerajaan Islam dalam menyediakan kelengkapan perang menentang ancaman-ancaman dari musuh.

3. Ilmu Pengetahuan:

Ilmu pengetahuan juga merupakan faktor penting dalam menentukan kekuatan sesuatu umat itu. Umat yang jahil dan bodoh tentu tidak dapat menghasilkan sesuatu yang bermutu, dan sudah tentu akan kalah bila berhadapan dengan musuh-musuh yang lebih berpengetahuan dan lebih tinggi ilmunya.

Islam telah memberi perhatian yang sungguh-sungguh bahawa ilmu pengetahuan itu penting dipelajari, dicari dan diteroka oleh umat Islam. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan oleh Allah berbunyi ‘Iqra’ yang bermaksud: “Bacalah”. Dan begitu juga banyak terdapat di dalam Al-Quran yang menunjukkan kelebihan dan keberuntungan kepada orang yang berilmu pengetahuan. Allah telah mengangkat beberapa darjah ketinggian kepada orang-orang yang berilmu pengetahuan dan juga diberi kepada mereka kelebihan-kelebihan dan kebaikan-kebaikan yang banyak, antara ayat-ayat Al-Quran yang menghargai orang-orang yang berpengetahuan ialah firman Allah:-

وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَـٰتٍۢ ۚ

Maksudnya:

Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat.

Al-Mujadilah:11

Dan didalam ayat yang lain Allah berfirman:

يُؤْتِى ٱلْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ ٱلْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًۭا كَثِيرًۭا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ ٢٦٩

Maksudnya:

Allah memberi kebijaksanaan (hikmat)kepada sesiapa yang dikehendakinya dan sesungguhnya orang-orang yang dikurniakan hikmat itu mendapat kebaikan yang banyak.

Al-Baqarah:269

Dalam kewajipan menuntut ilmu, Islam tidak membezakan samada seseorang itu lelaki atau perempuan. Malah kewajipan itu dikenakan secara keseluruhannya. Dan ilmu pengetahuan yang disuruh tuntut itu tidak pula terbatas kepada ilmu-ilmu yang termasuk di dalam kumpulan “Fardhu Ain” yang mana seseorang itu wajib menuntutnya, tetapi terbuka luas kepada bidang-bidang ilmu yang lain seperti kedoktoran, kedukunan, kesusasteraan, pertanian, sains dan sebagainya. Kerana dengan adanya kemahiran disegala bidang keperluan utama Islam sahajalah maka kekuatan umat itu akan terjamin.

4. Moral:

Kekuatan dan ketinggian sesuatu umat itu dinilai dari sudut moralnya. Nilai morallah yang menentukan sifat kemanusiaan sesuatu umat itu.

Tanpa moral manusia tidak lagi bertaraf manusia, malah diturunkan taraf dan darjatnya setaraf dengan binatang atau lebih rendah dari itu.

Oleh kerana Islam itu adalah ugama Allah yang diturunkan untuk mengekalkan sifat kemanusiaan yang sepatutnya ada pada manusia, maka Al-Quran telah menerangkan asas-asas moral yang mulia dan tinggi untuk dicontohi, diikuti dan ditauladani. Sifat-sifat jujur, amanah, adil, timbangrasa, ikhlas dan bertanggungjawab adalah di antara sifat-sifat yang mulia yang sangat-sangat dituntut oleh Islam supaya ianya kekal menjadi perhiasan diri kepada setiap individu muslim, manakala sifat-sifat pemarah, pendendam, dengki khianat, cuai dan kejam adalah di antara sifat-sifat yang amat dibenci oleh Islam. Sifat-sifat yang keji seperti ini jika ia bersarang dan bertapak dilubuk hati seseorang individu, maka ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada dirinya,masyarakat dan seterusnya negara. Seseorang pemimpin yang khianat, tidak adil dan cuai tentu tidak dapat memimpin dengan baik malah mendatangkan bencana yang besar kepada negara seluruhnya.

Selain daripada sifat-sifat yang tersebut di atas, Islam menerangkan beberapa kesan buruk yang boleh didatangkan dari beberapa jenayah seperti zina, minum arak, mencuri, dan membunuh. Maka untuk menghalang masyarakat dari jenayah-jenayah tersebut Al-Quran telah menerangkan hukumnya yang datang dari Allah sendiri mengenai beberapa kesalahan tersebut misalnya bagi kesalahan zina seseorang itu boleh dihukum sebat seratus kali sebat jika penzina itu belum pernah berkahwin lagi, bagi pencuri dipotong tangannya dan bagi pembunuh dibunuh balas.

Itulah beberapa asas moral dan hukumnya, yang ditetapkan ke atas pelanggar peraturan itu. Walau betapa kerasnya kelihatan bentuk hukuman yang ditetapkan oleh Allah itu, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi. Allah maha mengetahui segala kehendak manusia dan maha bijaksana dalam menentukan hukum yang patut diterima oleh orang-orang yang ingkar itu.

5. Ketenteraan:

Matlamat bagi sesebuah negara Islam ialah mewujudkan keamanan dan memberi suasana yang penuh selesa kepada rakyat jelata supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta dapat menguruskan segala keperluan mereka dalam keadaan yang aman dan harmoni. Untuk menjamin keamanan yang kekal maka kelengkapan ketenteraan dan alat senjata hendaklah diperkuat dan dilengkapi dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan berwaspada setiap masa.

Dengan menyedari hakikat bahawa setiap perjuangan yang baik dan mulia tidak semestinya

direstui dan diingini oleh semua orang, malah terdapat gulungan yang berusaha untuk menghancurkan dan menggagalkan cita-cita murni itu supaya kepentingan-kepentingan mereka yang tidak berperikemanusiaan dapat mereka capai dengan apa cara sekalipun; Maka kerana itu Al-Quran mengarahkan supaya Kerajaan Islam hendaklah menyediakan angkatan tentera yang terlatih dan cekap serta mempunyai peralatan yang paling baik untuk menghadapi ancaman dari musuh yang sentiasa mengancam dan mengganggu keamanan umat dan negara Islam. Di dalam sepotong ayat Al-Quran Allah menjelaskan:

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍۢ وَمِن رِّبَاطِ ٱلْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ

Maksudnya:

Dan bersiap sedialah untuk menghadapi mereka sedaya mungkin dengan peralatan tentera yang cukup untuk menghalau musuh-musuh Allah dan musuh kamu itu.

al-Anfal:60

Dalam arahan yang tersebut ada terselit suatu mesej yang amat penting dimana jika setiap umat Islam khasnya anggota-anggota tentera dan pasukan keselamatan memahaminya maka ianya adalah menjadi dorongan yang amat kuat bagi meneruskan perjuangan mereka. laitu bila mereka sedar dan faham bahawa musuh yang ada dihadapan mereka itu adalah musuh Allah yang diwajibkan supaya diperangi habis-habisan, dan perjuangan yang mereka lakukan itu adalah suatu tanggungjawab dan amanah dari Allah maka sudah tentu dia tidak akan bacul dalam perjuangannya. Dia tidak akan menyerah kalah sebelum berjuang dan dia akan rela menerima takdir untuk mati sebagai Syuhada yang dijamin keamanan dan kebahagiaan oleh Allah diakhirat. Inilah semangat keimanan dan keberanian yang ada pada perwira-perwira dan para mujahid Islam di-zaman keagongan dahulu dan kerana itu mereka terus berjaya meski pun bilangannya sedikit ber-banding dengan bilangan angkatan musuh. Dalam hal ini Allah mencatitkan didalam Al-Quran dengan firmannya:

فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌۭ صَابِرَةٌۭ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِ ۚ

Maksudnya:

Seratus orang tentera yang beriman dan sabar dapat mengalahkan dua ratus orang musuh.

Al-Anfal:66

Itulah antara faktur penting yang boleh menjamin dan menentukan kekuatan umat Islam. Oleh kerana umat Islam itu mempunyai iman yang teguh, ekonomi yang kukuh, moral yang tinggi, pengetahuan yang baik dan angkatan tentera yang cekap dan sempurna maka umat Islam disuatu masa dahulu telah terkenal sebagai satu umat yang kuat, yang disegani dan dihormati oleh seluruh masyarakat.

Berulang kembali sejarah kebangkitan dan kekuatan umat Islam sekali lagi bukanlah sesuatu yang mustahil yang tidak dapat berlaku malah masanya pasti akan datang dan umat Islam akan berdiri sebagai suatu umat yang kuat di dunia ini apabila ianya kembali mempraktikkan ajaran-ajaran Al-Quran dan tidak hanya setakat membacanya dimusim-musim yang tertentu. Ini jelas dari firman Allah:

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ ٦٩

Maksudnya:

Dan mereka yang berjuang untuk menegakkan ugama kami maka pasti kami menunjukkan kepada mereka beberapa jalan yang boleh menolong kejayaan mereka.

Al-Ankabut:69

Beberapa Kekeliruan Mengenai Al-Quran

Musuh-musuh Islam dan tali barutnya terutama dari gulungan orientalis barat telah menyedari akan betapa besarnya pengaruh Al-Quran kepada Umat Islam sendiri. Oleh itu satu cara yang berkesan yang difikirkan oleh mereka bagi melemahkan umat Islam ialah menjauhkan umat Islam dari Al-Quran ini. Bagi mencapai tujuan ini mereka bergerak dengan cara yang amat licin dan halus sekali dengan menimbulkan beberapa keraguan dan kekeliruan dikalangan umat Islam. Mereka timbulkan berbagai fitnah kononnya hukum Islam itu tidak sesuai bagi menjamin kebahagian masyarakat terutama kerana hukum-hukum yang terkandung didalamnya tidak berperikemanusiaan dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman yang kononnya serba maju dan berkembang ini. Mereka juga berusaha menanamkan perasaan I supaya umat Islam mengabaikan dan tidak menaruh minat kepada ajaran Al-Quran dengan menimbulkan anggapan anggapan bahawa membaca Al-Quran tanpa mengetahui artinya tidak ada faedah dan sia-sia belaka.

Inilah di antara taktik-taktik yang mereka gunakan disamping mereka meracuni pemikiran umat Islam melalui berbagai-bagai organisasi yang kemudiannya kesan dari usaha-usaha jahàt itu tersebar meluas dikalangan umat dan negara Islam sehingga telah menimbulkan keadaan yang serba salah dikalangan pejuang-pejuang Islam yang cintakan kebenaran dan kemurniaan peraturan-peraturan dari Allah itu. Oleh itu adalah menjadi tugas umat Islam semua menolak dan menumbangkan dakwaan palsu serupa itu dan menyakini sepenuh-penuhnya bahawa segala peraturan dan hukum yang ditetapkan oleh Allah itu adalah sebaik-baiknya dan membaca Al-Quran miskipun tidak mengetahui isi dan artinya adalah satu ibadat yang digalakkan oleh Islam dan besar pahalanya disisi Allah.

Penutup

Sesungguhnya sudah 20 tahun kita merdeka dan sudah selama itulah kita menerima hakikat dari perlembagaan kita bahawa Islam adalah ugama resmi negara. Dalam tempoh selama itu kita akui telah banyak usaha-usaha yang kita curahkan untuk kepentingan ugama kita. Kita telah curahkan tenaga dalam bentuk menjalankan kegiatan menyeru dan mengajak kepada ugama Islam, tetapi amat kurang dibidang penguatkuasaan hukum-hukum itu sendiri. Corak perjuangan kita setakat ini lebih cenderung kepada bentuk perjuangan Rasulullah dizaman Mekah-nya yang dijalankan oleh baginda selama 13 tahun sahaja.

Adalah tidak keterlaluan jika setelah kita berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Ketiga dan dasar ekonomi baru, maka kita mulakan satu zaman baru pula iaitu zaman memperaktikkan segala peraturan dan hukum-hakam Islam khas-nya hukum-hukum yang terdapat didalam al-Quran yang telah kita akui ianya sebagai sumber kebahagian dan kekuatan umat kita. Hanya inilah satu-satunya jalan keluar yang paling selamat dan dijamin untuk kita semua. Sesungguhnya tentulah kurang manfaatnya yang dapat kita terima sekiranya kita hanya membesar-besarkan upacara sambutan hari ulangtahun keputraan Nabi Muhammad S.A.W. ini tanpa mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kita mencontohi peribadi baginda Rasulullah, sedangkan Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran dengan firmanNya:

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ ۚ

Maksudnya:

Dan apa yang telah disampaikan oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu ambilnya dan apa-apa yang ditegah kepada kamu, maka hendaklah kamu hentikan (jauhi).

Al-Hashr:7

Artikel ini ditulis oleh Mohd Shahir Abdullah, pemegang ijazah B.A. (Hons.) dari Universiti Malaya. Ia diterbitkan dalam risalah Al-Yakin, Tahun 4 Siri 12 (1398H/1978M) oleh Pusat Penyelidikan Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur, dan dicetak oleh Percetakan Watan bernombor talipon 299900.

The post Al-Quran Pusaka Junjungan appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/al-quran-pusaka-junjungan/feed/ 0
Kenapa Beragama https://akmalfadhil.com/kenapa-beragama/ https://akmalfadhil.com/kenapa-beragama/#respond Tue, 21 Apr 2026 09:41:30 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=7933 Sekilas pandang tajuk yang di atas menampakkan suatu persoalan yang tidak perlu diberi jawapan kerana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa beragama itu adalah suatu perkara yang telah menjadi tabiat manusia. Kalau kita kaji sejarah orang-orang dahulu kala kita dapati semuanya beragama walaupun beragama yang tidak diakui oleh Pencipta Alam ini. Tetapi soalannya mereka tetap beragama […]

The post Kenapa Beragama appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Sekilas pandang tajuk yang di atas menampakkan suatu persoalan yang tidak perlu diberi jawapan kerana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa beragama itu adalah suatu perkara yang telah menjadi tabiat manusia. Kalau kita kaji sejarah orang-orang dahulu kala kita dapati semuanya beragama walaupun beragama yang tidak diakui oleh Pencipta Alam ini. Tetapi soalannya mereka tetap beragama dan tetap mengakui diri mereka lemah.

Oleh kerana pada zaman yang dikatakan moden ini umat manusia kononnya sudah sampai kemercu kejayaan dan kemajuan dalam segala bidang, telah menganggap bahawa orang-orang dahulu kala itu beragama kerana ingin mencari perlindungan dari bencana alam, oleh itu apa yang mereka jumpai dan disangkanya boleh memberi kemerbahayaan ke atasnya maka disembahnyalah fenomena alam itu dan seterusnya.

Pendapat ini diserapkan pula kepada agama Islam. Mereka berpendapat bahawa agama Islam juga melalui proses yang sama dengan agama-agama yang lain. Pendapat ini tidaklah dapat kita terima kerana agama Islam adalah suatu agama yang diturunkan oleh Allah melalui Jibrail kepada Muhammad s.a.w. untuk disebarkan terus kepada seluruh umat manusia ketika itu tanpa ada batasan tidak kira apa bangsa sekalipun. Tugas Nabi Besar Junjungan kita ialah menyam paikan atau memberi dakwah tentang agama tersebut. Seorang ahli fikir mahu tidak mahu mesti mempunyai suatu titik bertolak atau punca fikiran untuk menganuti fikirannya. Dengan dasar inilah ia akan menjawab sebarang persoalan yang ditimbulkan berlandaskan prinsip-prinsip tadi, itulah dia beragama.

Definasi Agama

Kalimat agama adalah berasal dari bahasa Sanskret sama ertinya dengan “peraturan” dalam bahasa kita. Ada juga yang mengatakan kalimat agama dalam bahasa Sanskret itu asalnya terdiri dari dua suku kata iaitu suku A dan suku Gama yang pertama bermakna TIDAK dan suku yang kedua bermakna KACAU, jadi makna kedua-duanya tidak kacau.

Professor Dr Hamka menegaskan dalam bukunya “Tasauf Moden” bahawa agama itu ialah buah atau hasil kepercayaan dalam hati; iaitu ibadat yang terbit lantaran telah ada iktikad lebih dahulu, menurut dan patuh kerana iman. Maka tidaklah timbul ibadat kalau tidak ada tasdiq dan tidak terbit patuh kalau tidak dari taat yang terbit lantaran telah ada tasdiq (membenarkan) atau iman.

Secara umum dapat dikatakan bahawa agama itu adalah suatu peraturan atau undang-undang yang wajib dipatuhi supaya umat manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram berdasarkan kehendak-kehendak agama tersebut.

Agama itu aturan. Hidup tanpa peraturan tentu menimbulkan kemelaratan, kekacauan, penganiayaan dan sebagainya.

Hidup yang tidak berperaturan serupalah dengan haiwan-haiwan. Haiwan-haiwan itu tidak tahu kepunyaan siapa yang dimakannya. Haiwan itu tidak ada larangan, bila lapar dimakannya. Haiwan itu dapat berbuat sesuka hatinya. Yang kuat mengejar si lemah. Yang besar mematuk si kecil, si gagah tempat takut si lemah. Hidup tidak berperaturan itu adalah hidup haiwan-haiwan.

Tetapi sarjana-sarjana Barat pula menganggap bahawa agama yang dipanggilnya sebagai “religion” itu berasal dari kalimat yang dimaksudkan sebagai suatu ikatan lengkap untuk mengikat manusia dengan sebahagian pekerjaannya dengan ikatan wajib dan untuk mengikat seorang manusia dengan tuhan.

Tegasnya mereka mengatakan bahawa agama itu adalah semata-mata pengikat antara makhluk dan tuhan. Dalam hal ini Zainal Arifin Abbas mengulas dalam sebuah bukunya bahawa “Religion” itu diibarat suatu organisasi atau peraturan terkandung di dalamnya tiga bahagian:

  1. Untuk mematuhkan manusia mengerjakan pekerjaan yang perlu untuk keperluan masyarakat;
  2. Ikatan manusia dengan manusia dengan ertikata yang luas;
  3. Mengikat manusia dengan tuhan-tuhan.

Tuhan yang dikehendaki oleh takrif “Religion” ini bukanlah Tuhan Yang Maha Esa tetapi tuhan-tuhan yang disembah oleh orang-orang dahulu kala, seperti dewa-dewa dan sebagainya.

Professor Sheikh Mustafa Abd. Razik memberikan konklusinya terhadap makna agama sebagai terjemahan dari kalimat “Din” seperti berikut:

“Agama ialah peraturan-peraturan yang terdiri daripada kepercayaan-kepercayaan dan pekerjaan-pekerjaan yang bertaut dengan keadaan-keadaan yang suci. Ertinya yang membezakan mana yang halal dan mana yang terlarang yang dapat membawa atau mendorong umat yang menganutnya untuk menjadi sesuatu yang mempunyai kesatuan rohani yang kuat. Ini adalah makna agama yang lengkap yang sudah dipelajari dari segala sudut yang juga disebutkan oleh Durkheim dalam bukunya: “Les Formes élémentaires de la vie religieuse”, Paris 1912.” 

Makna Ad-Din (Agama) Dalam Bahasa Arab

Di dalam Bahasa Arab terdapat makna-makna Ad-Din seperti berikut:

1. Pembalasan, seperti dalam ayat

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

Al-Fatihah:4

(Ayat 4: Al Fatihah) iaitu Hari Pem-balasan: Hari Qiamat;

2. Hukuman dan kekuasaan seperti dalam ayat:

مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِى دِينِ ٱلْمَلِكِ

Yusuf:76

(Ayat 76: Yusoff);

3. Adat dan keadaan seperti dalam syaer:

اهذا دينه أبدا وديني؟

Adakah ini agamanya selama-lamanya, dan (juga) agamaku?

4. Patuh dan Taat seperti:

دان له وديانة “اي خضع وذل واطاع

Dia tunduk kepadanya dan taat, iaitu dia merendah diri, tunduk, dan patuh.

5. Peraturan atau undang-undang yang dipatuhi oleh jismani dan rohani seperti:

دان بكذا يعنى اتخذه دينا وتعبد به

Dia menjadikan sesuatu itu sebagai agama (pegangan hidup) dan beribadah dengannya.

Kesimpulannya: Agama ialah undang-undang yang diciptakan oleh Tuhan untuk dipatuhi oleh makhlukNya demi untuk kepentingan mereka di dunia dan di akhirat, dan disediakan balasan-balasan yang setimpal lagi saksama untuk mereka.

Mengikut takrif ini, agama adalah meliputi Aqidah dan Amal, dan hanya Agama Tuhan seperti Islam, Masihi dan Yahudi sahaja yang diakui sebagai agama. Adapun yang lain daripada umpama ketiga-tiga ini tidaklah dianggap agama malah adat resam sahaja.

Ada juga Takrif dan pengertian lain kepada agama yang kita rasa tidak perlu diperbincangkan.

Pada prinsipnya makna “Din” (Agama) yang pokok ialah taat dan balasan atau himpunan daripada tiga:

  1. Taat;
  2. Hisab; dan
  3. Balasan.

Kenapa Beragama

Apabila persoalannya “kenapa” maka timbullah jawapan “Kerana”.

Setelah kita perhatikan bahawa takrif agama (yang bukan takrif yang dibawa oleh Islam) ialah mencari ketenangan, keamanan, kebahagiaan dan peraturan supaya dapat diikuti oleh seluruh umat bagi menjamin undang-undang itu tidak dicerobohi.

Agama sebagai suatu jalan atau penunjuk jalan serta memberi batasan-batasan yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Dan fikiran pula ialah untuk membanding dan menimbang sahaja tidak lebih dari itu.

Sifat manusia mempercayai Tuhan Pencipta Alam ini terdapat bersama dengan adanya tubuh manusia sebagaimana yang ternyata semenjak zaman yang dikenal sampai hari ini. Atau paling tidak kepercayaan kepada adanya Tuhan itu telah mengambil tempat pada diri manusia serupa lain-lain pengetahuan yang ada pada setiap manusia yang mempunyai fikiran. Erti pengetahuan biasa bagi manusia, iaitu tiap-tiap suatu itu ada sebabnya atau ada yang memperbuatnya dan sebagainya. Apabila manusia itu melihat alam yang luas dan besar ini akan timbullah pertanyaan dalam kalbunya: tentu ada juga sebab maka ada alam ini atau tentu ada pembuat yang telah membangunkan alam ini ataupun sebagainya.

Dalam hal ini Drs Sidi Gazalba menegaskan bahawa pada umumnya dapat dikatakan bahawa religi (agama) adalah kecenderungan rohani manusia dalam hubungannya dengan alam semesta, nilai yang meliputi segalanya hakikat dari semuanya.

Keinginan ruhani inilah fitrah ciptaan Allah yang telah dijadikannya pada tiap-tiap jiwa manusia. Fitrah itu jika tidak dihalangi atau dirosak-rosak jalannya pasti akan memperlihatkan dirinya serta melahirkan buahnya.

Sebagaimana umum diketahui bahawa makhluk Allah seperti manusia ini dibekalkan keinginan-keinginan yang perlu dipenuhi sebagai suatu cara untuk memuaskannya. Oleh itu untuk memuaskannya itu adalah dengan cara mengikut jalan yang ditunjukki oleh akal fikiran yang kosong dari sebarang pertunjuk atau mengikut keinginan nafsu. Segala keinginan itu tidak mengenal batas, tidak mengenal hukum, peraturan atau kaedah-kaedah sosial. Tetapi apa yang dikenalnya ialah ingin dipenuhi. Dalam ajaran agama keinginan ini disebut sebagai hawa nafsu yang sentiasa mendorong orang supaya melakukan kehendaknya. Maka untuk mengendalikan nafsu yang tidak mengetahui sebarang tegahan itu ialah dengan cara beragama. Dengan cara beragamalah maka dapat dikendalikan nafsu yang sangat degil dan pandai memujuk tuannya supaya dapat menikmati sesuatu itu secepat mungkin; nafsu yang sangat rakus itu tidak peduli ke manakah tuannya akan dibawa jika sekiranya perbuatan larangan terus dilakukan.

Matlamatnya semata-mata untuk mencari keseronokan. Oleh itu dengan adanya agama maka dapatlah membezakan antara masyarakat manusia dan masyarakat haiwan.

Hidup tidak berperaturan itu adalah hidup haiwan-haiwan. Manusia dengan kehormatannya perlu ada aturan untuk hidupnya. Manusia adalah makhluk yang sebaik-baiknya dijadikan oleh Allah Ta’ala. Manusia haruslah berbeza hidupnya dengan haiwan-haiwan itu. Manusia perlu kepada aturan.

Ada pula yang berkata:

“Jika maksud agama hendak mendidik manusia berperangai baik, sedang saya telah berperangai baik, tidak mencuri, tidak berzina, tidak menganiaya apa guna saya beragama lagi?”

Professor Hamka telah menjawab soalan ini dengan katanya:

“Itulah orang yang hendak lari dari agama, tetapi tidak dapat melepaskan ikatan agama dari dirinya. Sebab siapakah yang lebih dulu dari agama yang menerangkan bahawa mengambil hak milik orang lain dinamai mencuri! Siapakah yang menamai perhubungan di luar nikah itu zina? Dan siapakah yang mengatakan merampas hak milik orang lain itu menganiaya? Apakah salahnya kalau orang yang bertanya itu mencuri supaya anaknya makan? Apakah salahnya zina? Padahal alam menjadikan manusia lelaki dan perempuan sama-sama mempunyai alat untuk bersetubuh? Apakah salahnya menganiaya? Bukankah manusia berkuat ke lemah? Kalau semuanya itu salah, siapakah yang mengatakan salah?

Dijawabnya, kemanusiaan!

Kalau itu yang dikatakan kemanusiaan apakah bezanya dengan agama? Apakah yang memberatkan tuan menamainya agama?”

Tasawuf Moden, HAMKA

Setelah manusia menikmati keamanan, ketenteraman, kebahagian dengan adanya agama tadi di mana kita katakan bahawa agama tidak menimbulkan kekacauan; maka itulah yang menjadi pokok pangkal bagi manusia untuk mencari Tuhan dan perlunya hidup dalam beragama.

Bagi jiwa yang sedang gelisah agama akan memberi jalan dan siraman penerang hati. Tidak sedikit kita mendengar orang-orang yang kebingungan dalam hidupnya selama ia belum beragama tetapi setelah mulai mengenal dan menjalankan agama, ketenangan jiwa akan datang.

Agama Islam

Agama Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. bukan semata-mata untuk mencari bekalan Hari Akhirat tetapi mengadungi ajaran-ajaran untuk memakmurkan alam ini. Dengan adanya kemakmuran atau kemewahan belum tentu seseorang itu akan menikmati kebahagian kerana banyak yang kaya banyak yang mewah pada lahirnya tetapi ombak kegelisahan di dalam hati tetap berkocak kalau tidak disertai dengan keagamaan.

Apabila masih lagi tidak menikmati kebahagiaan, maka di sinilah terletak pentingnya agama itu kerana ia mengadungi ajaran dan cara-caгa yang ditentukan oleh Tuhan untuk kita lakukan dan patuhi dalam hidup, baik dalam hubungan dengan Tuhan mahupun dengan diri sendiri dan orang lain. Bahkan lain tidak mungkin akan kita capai hubungan yang baik hanya dengan pendekatan ilmiah sahaja, tetapi haruslah melalui ajaran-ajaran langsung yang diturunkan oleh Tuhan melalui nabi-nabi dan rasulNya. Ajaran tersebut disimpulkan dalam kitab-kitab suci. Kitab-kitab suci dari suatu agama, seperti Al-Quran dalam agama Islam memuat ketentuan yang diturunkan langsung oleh Tuhan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi pedoman hidup yang abadi bagi umat manusia.

Islam adalah suatu agama yang mengandungi pelajaran dan pendidikan diri bagi tiap-tiap individu untuk merobah pusaka adat kebiasaan hidup yang buruk dan tercela ke arah hidup yang baik dan terpuji dalam bermasyarakat.

Pelajaran dan pendidikan Islam yang demikian itulah menunjukkan bahawa ia adalah agama yang mengekalkan fitrah manusia dalam perikemanusiaan. Itulah sebabnya dalam ibadat kepada Allah ajaran Islam menjadi pokok asal pendidikan roh yang positif. Dan dengan penjelasannya yang demikian dapatlah dimengerti pula bahawa Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia. Ini adalah telah menjadi hukum positif dalam Al-Quran.

Begitulah manifestasi Islam yang merupakan kenyataan dalam sejarahnya, bagi kesucian dan kebenaran pedoman kitab Allah Al-Quranul Karim dan Sunnah Nabi-Nya sebagai dasar kanunnya yang utama.

Aturan dan pertunjuk Islam itu melengkapi aturan-aturan duniawi dan aturan-aturan untuk mencapai kebahagian di akhirat kelak. Aturan-aturan Allah Ta’ala yang disebut dengan agama Islam adalah sebaik-baik aturan. Kebaikan agama Islam ini dijelaskan oleh Allah Ta’ala di dalam kitab suci Al-Quran Surah Al-Maidah, ayat 3:

ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ

Al-Maidah:3

maksudnya:

“Hari ini Ku sempurnakan agama (din) kamu, Ku sempurnakan nikmatku kepadamu, Aku hanya redha Islam yang menjadi agama kamu.”

Al-Maidah:3

Banyak yang menganggap bahawa agama itu sebagai suatu kebudayaan sahaja. Oleh itu maka kita dapati mereka akan mengenakan pakaian yang diwajibkan oleh agama (yang katanya kebudayaan) di majlis-majlis keramaian perkahwinan, kenduri-kendara, kematian dan sebagainya. Selain dari itu mereka terus membuka tudu kepala kerana mereka anggap memakai tudung tudung adalah suatu perbuatan kolot dan luar daripada kehendak zaman hari ini. Tetapi mereka tidak insaf bahawa agama itu adalah suatu perinsip hidup untuk dijadikan sebagai teras bagi menjalani kehidupan di maya pada ini.

Kerana itu dapatlah kita katakan bahawa agama itu mempunyai fungsi yang amat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa agama, manusia  tidak mungkin merasakan kebahagiaan dan ketenangan hidup. Tanpa agama mustahil dapat dibina suasana aman dan tenteram dalam masyarakat. Tanpa agama, kekuasaan dan kedudukan dapat digunakan untuk menghancur leburkan kehidupan bangsa bukan melindunginya. Tanpa agama ilmu pengetahuan dapat digunakan untuk menghancurkan dunia ini dengan jalan mengacau dan mengeruhkan suasana dalam masyarakat. Dengan rengkas dapat dikatakan: Tanpa agama mustahil dicapai masyarakat adil dan makmur.

Memang banyak yang menyangkakan bahawa kekayaan materiallah yang dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan terhadap individu dan masyarakat tetapi serentak dengan itulah bermaharajalelanya keganasan, kerosakan akhlak, rogol, persetubuhan haram, minum arak dan seterusnya perbuatan maksiat yang lain yang mana ketika itu sudah tidak diketahui di manakah wang yang hendak dialirkan kerana fikiran mereka telah disaluti dengan kebendaan.

Tidak sedikit orang yang menjadi lupa daratan apabila kekayaannya bertambah. Orang kaya yang tidak beragama atau tidak menjalankan agamanya, biasanya menilai dan mengukur segala sesuatu dengan benda. Apabila ia melihat seorang miskin atau orang yang kurang mampu, penghargaannya kepada orang itu berkurang, bahkan kadang-kadang sikap dan perbuatannya akan menyebabkan orang-orang yang kurang itu merasa hina.

Dalam hal ini Prof. Hamka mengulas dengan katanya:

“Agamalah sebab bahagia diri dan bahagia masyarakat, menegakkan pergaulan hidup atas asas perdamaian dan kecintaan. Iaitu agama yang tidak bercampur dengan khurafat dan bid’ah manusia untuk mencapai bahagia dunia dan akhirat, untuk kesentosaan perikemanusiaan.”

Antara Kandungan Islam

Islam adalah satu-satunya agama yang mendorong kemajuan di dalam hal kebendaan dan kerohanian (fikiran, perasaan dan keindahan). Ia mengangkat kebudayaan manusia kepada sopan santun, kasih sayang, berani, berilmu dan bersusila. Ia menghapuskan pagar-pagar gulungan, kelas, warna kulit, keturunan, kelahiran dan juga kepercayaan. Ia sentiasa mendidik dan mengajar manusia dalam segenap masa dan zaman agar berkekalanlah sifat fitrah manusia yang asli, makhluk sosial yang bersusila.

Allah s.w.t. sebagai Pencipta Alam ini sudah tentu lebih mengetahui kehendak dan penyesuaian yang sesuai dilakukan terhadap makhluk. Oleh itu segala kejadiannya tidak perlu kita bantah atau membangkangnya kerana kesemuanya mengandungi hikmat dan tujuan yang tidak diketahui oleh akal fikiran manusia yang sangat dengkel. Jadi, untuk mencari kebaikan dan kebahagiaan maka caranya ialah dengan mengikut peraturan Allah itu.

Mohd. Nuh Hudawi dalam bukunya “Keimanan” mengulas bahawa Allah Ta’ala yang menciptakan alam ini, tentu dia pulalah yang lebih tahu bagaimana menyusun dan mengatur alam ini agar menjadi baik, walaupun fikiran manusia selalu memikirkan yang lain daripada aturan Allah Ta’ala itu. Oleh kerana Allah Ta’ala yang menjadikan dan mengatur alam ini sudah demikian baiknya, maka yakinlah kita bahawa manusia inipun kalau ingin baik harus menyesuaikan peraturannya dengan aturan atau sunnah Allah.

Keperluan kepada agama tidak dapat dinafikan (walaupun setengah-setengah masyarakat cuba hendak mengenepikan agama) dalam apa keadaan dan masa sekalipun. Masyarakat yang tidak beragama bererti masyarakat itu sudah rosak dalam segala segenap segi dan seterusnya akan membawa kepada kehancuran dan kemunduran sesuatu bangsa. Perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh senang sahaja dilakukan tanpa halangan. Kalau mereka berkata perkara itu senang sahaja kerana ada pengawal keselamatan, memang betul ada; tetapi peristiwa yang tidak diingini berlaku di waktu dan masa yang tidak diketahui oleh mereka. Bayangkan sahaja peristiwa yang berlaku hari ini. Perzinaan, pemadat, rompakan dan lain-lain lagi sentiasa berlaku. Apakah pihak keselamatan tidak ada? Apa yang perlu ialah keagamaan, keimanan yang benar dan menginsafi bahawa segala perbuatannya adalah di bawah pengawasan Allah s.w.t.

Bila kita perhatikan dengan teliti keadaan dan keburukan moral pada masyarakat yang telah maju, kita dapat menyaksikan antara lain berjangkitnya kelompok-kelompok remaja (Hippies) yang menuntut kebebasan tanpa batas dalam segala segi kehidupan. Mereka ingin hidup bebas dari segala kongkongan, antara lain dalam pergaulan wanita dan peria, yang seolah-olah kembali ke zaman primitif. Masaalah ini menggelisahkan masyarakat dan juga menggelisahkan mereka sendiri. Mereka hidup dalam kebingungan tanpa pedoman. Ini disebabkan jiwa mereka kosong dari bimbingan agama. Di rumah, orang tuanya tidak mendidik mereka ke arah hidup beragama; di sekolah dipentingkan hanya fikiran dan pengetahuan.

Di mana, zaman apa, apakah kedudukan seseorang itu; buruh kasar, menteri, Raja, agama amat perlu kepada mereka. Material tidak boleh menjamin kebahagiaan. Kereta dan rumah besar tidak dapat mempersembahkan kebahagiaan jiwa, keharmonian hati kalau tidak dilapisi dengan agama.

Kerana, pangkat dan kedudukan tinggi yang dipunyai oleh orang yang tidak beragama atau orang yang tidak mengamalkan agamanya, juga akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan tidak akan memberikan kebahagiaan bagi orang itu sendiri. Hal itu disebabkan kerana orang yang tinggi jawatan atau kedudukannya akan menggunakan kedudukan itu untuk mengeruk keuntungan bagi diri sendiri kalau mentalnya

kurang sehat, atau kalau imannya kurang kuat. Jadi pangkat, kedudukan jawatanpun tidak akan membawa kepada kebahagiaan, baik bagi dirinya sendiri mahupun bagi orang banyak, apabila ia tidak beragama atau mengamalkannya. Maka seharusnyalah orang yang menduduki jawatan-jawatan penting dalam masyarakat, pemerintahan, perusahaan dan sebagainya adalah orang-orang yang beragama dan mengamalkan agama itu sebaik-baiknya, supaya masyarakat dapat selamat dari penyelewengan dan penipuan-penipuan halus yang dilakukan oleh orang-orang yang susah untuk diketahui atau dikontrol tindakannya.

Kenapa Beragama oleh ISMAIL KAMUS, B. Is. (Hons) Universiti Kebangsaan Malaysia
Kenapa Beragama oleh ISMAIL KAMUS, B. Is. (Hons) Universiti Kebangsaan Malaysia

Kesimpulan

Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bahawa agama itu suatu perkara yang tidak boleh dipisah-kan dari jenis manusia dalam mana keadaan sekalipun. Agamalah yang dapat mengemudikan manusia ke arah dan tujuan yang sempurna. Maksud beragama bukan setakat mengaku ber-agama sahaja tetapi hendaklah diikuti dan ditaati ajaran agama itu supaya dapat dicapai segala matlamat. Iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun, hanya agama yang benar sahaja yang boleh membawa kepada kebahagiaan itu dan agama yang benar lagi diakui oleh Allah hanyalah Agama Islam.

Maka untuk mengatur masyarakat supaya ber-ada di dalam aman dan sentosa supaya mereka tidak dihinggapi penyakit kebinatangan dan supaya mereka dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, perlulah dihidupkan sifat-sifat keislaman dan dipraktikkan segala ajaran yang telah diwahyukan Allah kepada RasulNya, Muhammad s.a.w.

Einstien, Sarjana Agong yang amat dikagumi oleh dunia ilmu mengatakan:

“Science without religion is lame, religion without science is “blind”.

Science and Religion, (1941)

Artikel Kenapa Beragama ditulis oleh Ismail Kamus, pemegang ijazah B. Is. (Hons.) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel ini diterbitkan dalam risalah Al-Yakin, Tahun 3 Siri 6 (1397H/1977M), dan disahkan oleh Datuk Sheikh Abdul Mohsein H. Salleh, P.S.D., P.S.M., P.C.K., B.A. (Hons.), P.G.D. Econ, selaku Mufti Wilayah Persekutuan.

The post Kenapa Beragama appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/kenapa-beragama/feed/ 0
Review Jujur: MySports, i-City Park Shah Alam https://akmalfadhil.com/review-jujur-mysports-i-city-park-shah-alam/ https://akmalfadhil.com/review-jujur-mysports-i-city-park-shah-alam/#respond Fri, 17 Apr 2026 08:24:07 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=7899 Beberapa bulan lepas saya singgah ke i-City, bawa anak-anak dan anak buah berhibur. Kali pertama ke i-City walaupun lama menimba ilmu di Shah Alam. Saya memang anti sikit tempat mahal. To the point! Taman permainan yang kami tuju ini, dulu namanya Itsy Bitsy, tapi sekarang dah ditukar kepada MySports. Dari segi harga, ia satu cerita […]

The post Review Jujur: MySports, i-City Park Shah Alam appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Beberapa bulan lepas saya singgah ke i-City, bawa anak-anak dan anak buah berhibur. Kali pertama ke i-City walaupun lama menimba ilmu di Shah Alam. Saya memang anti sikit tempat mahal. To the point!

Taman permainan yang kami tuju ini, dulu namanya Itsy Bitsy, tapi sekarang dah ditukar kepada MySports. Dari segi harga, ia satu cerita yang bercampur-baur. Tiket untuk kanak-kanak memang berbaloi, RM10 seorang. Tapi untuk orang dewasa, harganya mencecah RM30. Terasa juga mahalnya, sebab kita yang dewasa ni masuk bukan untuk bermain sangat, tapi lebih kepada nak memantau anak-anak.

Kalau anda nak semak harga terkini atau promosi yang ada, boleh lihat terus di sini:

Jadi, bayaran RM30 tu terasa agak curam.

Suasana dalam taman ini sendiri memang santai. Nak berkaki ayam pun tiada masalah, bebas sahaja. Kalau penat atau lapar, banyak gerai makanan di sekeliling untuk isi perut. Cuma ada satu perkara praktikal yang buat saya kurang selesa: surau. Surau yang terdekat terletak di dalam kawasan taman tema, tapi kedudukannya agak jauh ke dalam dan laluannya agak malap. Kalau waktu malam, dengan hingar-bingar taman yang menenggelamkan bunyi lain, saya rasa agak berisiko untuk kaum wanita pergi ke sana sendirian.

Satu nasihat saya, beli tiket secara dalam talian untuk elak beratur panjang. Memang lebih mudah dan cepat. Anda boleh buat tempahan terus melalui PAUTAN INI. Cuma, nasihat jujur saya, kena bersedia jugalah sebab kadang-kadang aplikasi rasmi mereka agak buggy. Tiket elektronik kita disimpan dalam aplikasi itu, jadi kena banyak-banyak berdoa agar ia berfungsi dengan baik masa nak imbas di pintu masuk.

Masuk sahaja ke dalam, kita akan disambut dengan arca keluarga harimau yang besar dan mengagumkan. Tarikan utamanya pula, seperti trampolin, memang seronok untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Apa yang saya perasan, kebanyakan permainannya adalah jenis mekanikal yang digerakkan oleh tenaga manusia. Ini satu helah yang bijak—jarang rosak dan kos penyelenggaraannya minimum.

Cuma itulah, kos-kos tersembunyi lain pun perlu diambil kira. Harga parkir pun bukan murah, bermula dari RM7. Dan satu lagi cabaran kecil, kena sentiasa awasi anak-anak yang bermain pasir. Kadang-kadang ada yang terlampau seronok sampai pasir dibaling merata-rata.

Secara keseluruhannya, ia tempat yang baik untuk anak-anak meluangkan masa. Cuma sebagai ibu bapa, kita kena timbang kos tiket dewasa dan parkir, serta bersedia dengan beberapa kekurangan dari segi kemudahan seperti surau.

The post Review Jujur: MySports, i-City Park Shah Alam appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/review-jujur-mysports-i-city-park-shah-alam/feed/ 0
Pengajian Tamadun Islam Di Malaysia https://akmalfadhil.com/pengajian-tamadun-islam-di-malaysia/ https://akmalfadhil.com/pengajian-tamadun-islam-di-malaysia/#respond Sun, 10 Aug 2025 15:40:06 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=7884 Sebagaimana yang diketahui, pengajian mengenai Tamadun Islam (kini dipanggil Tamadun Islam dan Tamadun Asia, TITAS) dalam bentuk kursus atau mata pelajaran formal tidak pernah diajar di pusat-pusat pengajian tinggi di tanahair sebelum tahun 1976. Kemudian kursus ini mula diperkenalkan oleh Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Walau bagaimanapun kursus […]

The post Pengajian Tamadun Islam Di Malaysia appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Sebagaimana yang diketahui, pengajian mengenai Tamadun Islam (kini dipanggil Tamadun Islam dan Tamadun Asia, TITAS) dalam bentuk kursus atau mata pelajaran formal tidak pernah diajar di pusat-pusat pengajian tinggi di tanahair sebelum tahun 1976. Kemudian kursus ini mula diperkenalkan oleh Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Walau bagaimanapun kursus atau mata pelajaran TITAS kini adalah kursus wajib bagi semua pelajar warganegara Malaysia di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sama ada awam (IPTA) atau swasta (IPTS).

Sejarah pengajian tamadun di Malaysia mempunyai akar umbi yang mendalam, bermula dengan langkah progresif Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempelopori kursus Tamadun Islam secara formal sejak tahun 1976. Pada peringkat awalnya, kursus ini memberi tumpuan khusus kepada sejarah kegemilangan peradaban Islam merentasi pelbagai era dan wilayah, seperti zaman Umaiyyah, Abbasiah, Maghribi, Sepanyol, India, dan Nusantara.

Menyedari kepentingan pendedahan ini, satu anjakan dasar yang signifikan berlaku pada tahun 1983 apabila Kementerian Pendidikan memutuskan agar kursus Tamadun Islam diajar secara meluas di seluruh universiti, Institut Teknologi MARA (ITM), dan maktab-maktab perguruan. Matlamat asal yang murni ketika itu adalah untuk memberikan pengetahuan yang lebih luas dan tepat mengenai peradaban Islam kepada pelajar Islam dan bukan Islam, sekali gus menangkis gambaran sempit yang sering dikemukakan oleh sesetengah penulis Barat.

Pelaksanaan pada era tersebut memperlihatkan kepelbagaian pendekatan di institusi-institusi utama. UKM menjadikannya kursus wajib menggantikan Kenegaraan Malaysia, manakala Universiti Pertanian Malaysia (kini UPM) mewajibkan kelulusan dalam tempoh tiga tahun. Namun, universiti lain seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) hanya mewajibkan kehadiran tanpa kelulusan, dan Universiti Malaya (UM) menawarkannya secara sukarela.

Sejajar dengan peredaran masa dan keperluan negara yang semakin kompleks, inisiatif awal ini telah melalui proses evolusi dan penambahbaikan yang menyeluruh. Kini, kursus tersebut tidak lagi hanya dikenali sebagai “Tamadun Islam,” sebaliknya telah dijenamakan semula sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Perubahan ini mencerminkan skopnya yang diperluas, di mana Tamadun Islam dibincangkan secara dialog dan perbandingan dengan tamadun-tamadun besar lain seperti Tamadun Cina dan Tamadun India, yang kesemuanya menjadi asas kepada pembentukan Tamadun Melayu dan identiti Malaysia.

Lebih penting lagi, status pelaksanaannya telah diseragamkan di bawah kerangka Mata Pelajaran Umum (MPU) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Berbeza dengan pendekatan yang pelbagai pada era 1980-an, kursus TITAS kini berstatus wajib lulus untuk semua pelajar warganegara Malaysia di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sama ada awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS). Penyeragaman ini memastikan setiap graduan, tanpa mengira bidang pengajian atau latar belakang, memperoleh asas kefahaman yang sama mengenai warisan peradaban negara.

Matlamat kursus TITAS hari ini juga telah diperkemas. Ia bukan lagi sekadar untuk memberi maklumat, tetapi bermatlamat untuk membina jambatan dialog antara kaum dan agama, memupuk rasa saling menghormati, dan memperkukuh jati diri kebangsaan dalam kalangan generasi muda. Ia menjadi platform akademik untuk membincangkan isu-isu kontemporari melalui lensa peradaban, mempersiapkan pelajar untuk menjadi warganegara yang matang dalam sebuah negara majmuk.

Secara kesimpulannya, langkah yang disanjung tinggi oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1983 telah berkembang menjadi satu dasar pendidikan negara yang matang dan fundamental. Daripada sebuah kursus perintis yang pelbagai pelaksanaannya, Pengajian Tamadun Islam telah berevolusi menjadi kursus TITAS—sebuah teras ilmu yang wajib, holistik, dan amat relevan dalam usaha berterusan untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan saling memahami.

Penutup

Dalam membincangkan aspek-aspek tamadun dan peradaban Islam, kejayaan dan sumbangannya kepada tamadun manusia bukanlah bermakna kita hanya melaung-laungkan kecemerlangan dan kegemilangan pada masa lampau sahaja, sedangkan realiti yang dihadapi oleh dunia Islam hari ini jauh berbeza. Sebenarnya tujuan kita ialah untuk menyedarkan masyarakat dunia bahawa orang-orang Islam pada zaman dahulu telah berjaya mencipta tamadun yang mempersonakan dunia seluruhnya. Adalah menjadi tugas orang-orang Islam hari ini untuk berusaha mengembalikan semula kegemilangan tersebut malah lebih unggul daripada itu.

Tekad dan azam ini perlu ditanam dan disemai terutamanya di kalangan muda mudi supaya mereka tidak merasa hina diri dengan kemajuan yang dicapai oleh dunia barat hari ini seterusnya kecewa dengan Islam. Semoga langkah memperkenalkan kursus tamadun Islam di pusat-pusat pengajian tinggi sekarang ini akan membangkitkan semula tamadun Islam masa kini dan masa hadapan yang lebih bersinar kepada masyarakat Islam dan dunia seluruhnya.

The post Pengajian Tamadun Islam Di Malaysia appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/pengajian-tamadun-islam-di-malaysia/feed/ 0
Sumbangan Tamadun Islam https://akmalfadhil.com/sumbangan-tamadun-islam/ https://akmalfadhil.com/sumbangan-tamadun-islam/#respond Fri, 08 Aug 2025 09:14:49 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=7835 Pada umumnya tamadun Islam meninggalkan sumbangan dan kesannya yang besar dalam setiap aspek kehidupan dan peradaban manusia. Bagi pengkaji yang jujur dan rasional mereka tidak sanggup menafikan wujudnya pengaruh dan kesan tamadun Islam dalam tamadun barat atau tamadun Eropah. Sebahagian besar sejarawan dan pengkaji barat sendiri mengakui akan keunggulan serta sumbangan tamadun Islam terhadap tamadun […]

The post Sumbangan Tamadun Islam appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Pada umumnya tamadun Islam meninggalkan sumbangan dan kesannya yang besar dalam setiap aspek kehidupan dan peradaban manusia. Bagi pengkaji yang jujur dan rasional mereka tidak sanggup menafikan wujudnya pengaruh dan kesan tamadun Islam dalam tamadun barat atau tamadun Eropah. Sebahagian besar sejarawan dan pengkaji barat sendiri mengakui akan keunggulan serta sumbangan tamadun Islam terhadap tamadun barat. Antara mereka ialah Gustave Le Bon (selalu disalahsangka sebagai Gostav Levon) yang pernah menyebut bahawa:

Ahli falsafah Islam ialah orang yang mula-mula mendedahkan kepada dunia tentang penyesuaian antara kebebasan berfikir dan keteguhan beragama.

Gustav Le Bon, La civilisation des Arabes

Ada pula yang menyebut bahawa:

Sumbangan orang-orang Islam terhadap kemajuan ilmu pengetahuan tidak diberikan nilai yang sewajarnya oleh para sejarawan. Kajian-kajian terbaru telah memperlihatkan bahawa ulama’ Islam telah menyebarkan ilmu pengetahuan dalam semua bidang sedangkan Eropah pada ketika itu masih diselubungi oleh kegelapan abad pertengahan.

Pengakuan yang sama telah disuarakan oleh Robert Briffault (selalu disalahsangka sebagai Brefort) yang antara lain katanya;

Tidak ada satu pun aspek pertumbuhan Eropah di mana pengaruh penentu budaya Islam tidak dapat dikesan; tiada yang lebih jelas dan penting daripada asal-usul kuasa yang menjadi daya pembeza kekal dunia moden, dan sumber utama kemenangannya – sains semula jadi dan semangat saintifik.

Robert Briffault. The Making of Humanity. 1919.

Di bawah ini akan dijelaskan serba ringkas pencapaian dan sumbangan tamadun Islam terhadap tamadun manusia.

Dalam Bentuk Ilmiah

Ulama’ dan sarjana Islam telah memberikan sumbangan yang besar dan berkesan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang dan merekalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan keseluruh alam. Mereka mendirikan gedung-gedung ilmu pengetahuan, malah universiti yang mula-mula muncul di dunia ini telah didirikan oleh orang-orang Islam pada tahun 245H, di kota Fas. Universiti ini ditempatkan dalam sebuah masjid. Di samping guna untuk beribadat, ia berfungsi sebagai pusat mengajar ilmu agama seperti al-Quran, Hadith, Tafsir dan Fiqh, begitu juga ilmu akademik seperti Geografi dan Falak. Pusat ini dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari seluruh dunia dan ia terkenal dengan nama Jami’ah al-Qarawin.

Sarjana Barat telah menegaskan;

Sains adalah sumbangan terpenting tamadun Arab kepada dunia moden; tetapi buahnya lambat masak. Hanya lama selepas budaya Moor tenggelam kembali ke dalam kegelapan, barulah gergasi yang telah dilahirkannya bangkit dengan kekuatannya. Bukan sains sahaja yang telah menghidupkan Eropah kembali. Pengaruh-pengaruh lain yang pelbagai dari tamadun Islam telah menyampaikan sinar pertamanya kepada kehidupan Eropah.

Robert Briffault. The Making of Humanity. 1919.
Masjid besar yang dibina bersebelahan hospital pada abad ke-13, menunjukkan hubungan rapat antara agama dan perubatan dalam budaya Islam ketika itu.

Kita juga dapati sebahagian besar sarjana-sarjana barat mengakui ketokohan ulama’ dan cendikiawan Islam seperti Ibnu Sina (980-1037M), Ibnu Haitham (965-1039), al-Biruni (937-1048M), al-Kindi (meninggal 873M), al-Baghdadi (1162- 1231M), al-Qazwini (1203-1283M), Ibnu Maskawih (meninggal 1030), Jabir Ibnu Hiyan (776M), al-Jahiz (775-868M) dan lain-lain.

Dalam Bidang Falsafah

Ahli-ahli falsafah Islam telah meninggalkan pengaruh yang mendalam terhadap ahli falsafah barat. Pusat-pusat pengajian pemikiran Islam merupakan sumber utama dalam pembentukan pemikiran barat. Ahli failasuf Islam merupakan orang yang mula-mula cuba menyesuaikan di antara falsafah dengan agama. Ini kerana ahli failasuf Islam pada waktu yang sama adalah tokoh-tokoh agama dan ulama’ yang terkenal. Banyak karya ahli falsafah Islam telah diterjemahkan ke bahasa Eropah sekitar kurun kedua belas dan ketiga belas masehi. Di antara pusat terjemahan yang terkenal pada waktu itu ialah Toledo dan Ballramo. Dari pusat terjemahan tersebut disalurkan pula kepada universiti-universiti Eropah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tersebut.

Di antara karya-karya ahli falsafah Islam yang banyak mendapat perhatian ialah karya Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd. Karya Ibnu Sina al-Syifa’ telah meninggalkan pengaruh yang meluas dan mendalam terhadap pemikiran Eropah.

Dalam Bidang Ilmu Sains

Memang tidak diragui bahawa kemunculan agama Islam telah mendorong dan meningkatkan perkembangan ilmu pengetahuan. Hal ini disedari bila wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w, adalah satu saranan ke arah mencari dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Terdapat juga kenyataan dalam al-Quran yang menegaskan bahawa tidak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu. Begitu juga banyak hadith Rasulullah s.a.w. yang menekankan tentang kelebihan ilmu dan orang yang berilmu. Apabila keadaan negara Islam sudah stabil dan gerakan pembukaannya telah sampai ke sempadan negeri Cina disebelah timor dan di negeri Peranchis disebelah barat, maka ulama’-ulama’ Islam telah menumpukan seluruh perhatian mereka untuk menimba berbagai ilmu pengetahuan daripada negara tersebut. Mereka juga telah menterjemahkan berbagai ilmu pengetahuan dari bahasa Greek, Roman, Parsi dan Hindu ke dalam bahasa Arab.

Kendi penyuling diperbuat dari tembaga dari Maghribi abad ke-18, kini dipamerkan di Musée du Quai Branly, Paris

Kegiatan ini telah dikendalikan oleh berbagai pusat ilmu pengetahuan Islam, di antaranya ialah: Jami’ al-Mansur di Baghdad, Jami’ al-Umawiy di Damsyik, Jami’ al-Azhar di Cairo, Jami’ al-Qairawan di Tunis, Jami’ al-Qurawin di Maghribi, Jami’ Qurtubah di Andalus, Jami’ ol-Kabir di Sansa’, Dar al-Hikmah di Baghdad, Dar al-‘Ilm di Musal, Maktabat Ibn Sawar di Basrah,

Bidang Kaji Bintang (Astronomi)

Di antara ilmu yang menarik minat orang Islam ialah ilmu kaji bintang. Ini kerana didorongkan oleh keperluan orang Islam untuk menunaikan ibadat. Umpamanya dalam menentukan waktu sembahyang, tarikh mula berpuasa, berhari raya dan sebagainya mempunyai kaitan yang rapat dengan perbahasan mengenai matahari, bulan, bintang dan cakrawala yang lain. Ilmu kaji bintang ini tidak sahaja menarik minat para sarjana Islam tetapi juga para khalifah Islam di Baghdad dan Andalus. Di antara mereka ialah Khalifah al-Mansur (754-775M) dan Khalifah Abdul Rahman, Amir Qurtubah di Andalus.

Ahli-ahli kaji bintang Islam pernah melaksanakan pengamatan ilmu perbintangan di beberapa pusat kaji bintang Observatory di Baghdad, Damsyik, Cairo, Qurtubah, Samarqand, Istanbul dan Delhi. Mereka menyediakan daftar-daftar ilmu perbintangan dan carta-carta mengenai bintang. Ahli-ahli kaji bintang Islam pernah menghasilkan kalendar yang lebih tepat daripada kalendar Gregori yang digunakan secara menyeluruh sebelumnya. Di antara tokoh-tokoh astronomi Islam yang terkenal ialah; Yahya Ibnu Mansur, Ali Ibnu Yunus, al-Hasan Ibnu Haitham, Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Ahmad al-Bairuni.

Dalam Bidang Perubatan

Ilmu perubatan merupakan bidang yang paling digemari oleh orang-orang Islam. Pengaji an dalam bidang ini telah muncul pada abad pertama Hijrah. Tokoh-tokoh perubatan Islam telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan sains perubatan barat untuk beberapa abad lamanya. Karya-karya tokoh perubatan Islam seperti al-Razi dan Ibnu Sina merupakan rujukan asas dalam bidang perubatan di universiti-universiti Eropah. Buku al-Hawi karya al-Razi dan beberapa karya lain kekal selama beberapa abad dan digunakan dengan begitu meluas sebagai rujukan dalam ilmu perubatan.

Bekas ubat dari abad ke-14 yang dibuat di Damsyik

Bagi karya Ibnu Sina yang terkenal bertajuk al-Qanun Fi al-Tibb pula telah digunakan sepanjang 600 tahun, sejak abad ke 12 hingga ke 17 Masehi sebagai rujukan asas dalam pengajian ilmu perubatan di seluruh universiti Peranchis dan Itali. Pada abad ke 15M buku ini telah dicetak 15 kali dalam bahasa latin dan satu kali dalam bahasa Hebru. Buku ini telah diulang cetak beberapa kali sehingga abad ke-17. Ahli perubatan Islam juga telah mencapai kemajuan yang penting dalam bidang pembedahan. Diantara pakar bedah Islam yang terkenal ialah Abu al-Qasim Khalaf ibnu Abbas yang meninggal dunia pada tahun 1107M, karya beliau dalam bidang ini telah dicetak dalam bahasa Latin pada tahun 1497M.

Ada kemungkinan seorang ahli perubatan Islam iaitu Abdul Latif al-Baghdadi telah menghasilkan sebuah dari buku-buku yang terkenal tentang kencing manis dan cara merawatnya. Al-Zahrawi seorang doktor bedah yang berasal dari Andalus telah menulis “Kitab al-Tasrif” yang berpengaruh bukan sahaja di negara-negara Islam bahkan juga di Eropah dan memberi sumbangan kepada perkembangan kepada ilmu bedah dan mungkin meletakkan asas bagi ilmu bedah moden.

Bidang Geografi Dan Sejarah

Menurut Ernest Renan salah seorang sarjana barat bahawa minat dan kecenderungan orang-orang Islam untuk mengembara merupakan suatu watak mereka yang dapat membantu untuk mengukir lambang kejayaan dalam sejarah tamadun.

Sehingga abad ke 15 dan 16 Masehi tidak ada orang yang telah memberikan sumbangan yang lebih besar melainkan orang-orang Islam. Mereka telah memberi pandangan yang tepat mengenai bumi yang mereka diami dan ini merupakan suatu kemajuan terhadap dunia seluruhnya.

Saudagar-saudagar Islam pula merupakan orang yang mula-mula menjelajah kawasan-kawasan yang jauh dari tanah air mereka. Mereka telah sampai ke negeri Cina, Afrika dan daerah-daerah yang kini terletak dalam kawasan Soviet Union. Salah seorang pengembara Islam yang terkenal ialah al-Mas’udi (meninggal tahun 956M), telah melakukan pengembaraan dalam abad ke 10M, beliau telah menjelajah seluruh dunia Islam dan negara-negara seperti Sri Lanka, Madagaskar dan Zanzibar. Di dalam bukunya Muruj al-Dhahab, beliau telah meng- gambarkan keadaan negara-negara yang telah dilawatinya.

Selain daripada al-Mas’udi, terdapat ramai lagi pengembara Islam yang terkenal seperti Ibnu Haikal al-Bairuni, al-Idrisi (1099M- 1153M), Ibnu Batutah (1304M-1387M) dan sebagainya. Memang diakui kebanyakan pengembara dan pelaut Eropah banyak berpandukan kepada maklumat pengembara-pengembara Islam dan tidak keterlaluan jika tidak kerana panduan seorang ahli pelayaran Islam yang bernama Shihabudin Ahmad ibnu Majid, sudah tentu ahli pelayaran Portugis Vesco De Gama tidak akan sampai dengan mudah ke pantai benua India. De Gama terpegun dengan pengalaman dan pengetahuan Ibnu Majid yang luas tentang kedudukan bintang-bintang yang menjadi panduan dalam pelayaran. Ibnu Majid juga telah memperlihatkan kepadanya peta pelayaran yang menerangkan garis lintang dan garis bujur dunia. Ibnu Majid adalah salah seorang pengembara Islam yang terawal menulis tentang sains samudera. Beliau telah menghasilkan lebih dari 30 buah karya mengenai pelayaran, antara yang terpenting ialah buku al-Fawaid. Buku ini mengandungi maklumat-maklumat penting yang diperlukan oleh ahli pelayaran mengenai Laut Merah, Lautan Hindi dan Laut Cina.

Pengembara Islam juga telah mencipta beberapa alat yang boleh membantu mereka dalam pelayaran, antaranya yang terpenting ialah kompas.

Ahli-ahli geografi Islam juga yang mula-mula mengemukakan teori bahawa bumi ini bulat seperti bola. Teori ini telah disuarakan oleh Ibnu Khardazabah yang meninggal dunia pada tahun 881M. Teori yang sama juga telah disuarakan oleh Ibnu Rustah yang meninggal dunia pada tahun 903M. Kalaulah ilmu ini tidak tersebar di kalangan orang-orang barat maka sudah tentu Colombos akan teragak-agak memulakan pelayarannya menuju ke barat untuk sampai ke benua India dan sudah tentu beliau tidak akan dapat menemui benua Amerika. Bahkan ada pandangan menyebut bahawa orang-orang Islamlah lebih dahulu menemui Amerika sebelum ia dibuka oleh Colombos.

Bidang Pemetaan

Peta berperanan sebagai penunjuk dan pemberi maklumat mengenai sesuatu tempat, bidang ini terlebih dahulu telah dapat diterokai oleh orang-orang Islam. Di antara sarjana Islam yang mula-mula memberikan perhatian dalam bidang ini ialah Muhammad ibnu Musa al-Khawarazmi. Dalam karyanya yang bertajuk “Suwar al-Aqalim,” beliau telah mengemukakan beberapa buah peta tentang bumi ini. Menurut orientalis yang bernama Nalino, beliau menghasilkan sebuah atlas Islam yang pertama untuk dimuatkan dalam bukunya itu.

Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun beberapa usaha telah dilakukan untuk membuat peta atau atlas yang diberi nama “al-Surat al-Ma’muniyyat”. Beberapa orang sarjana Islam terlibat dalam mengusahakan atlas ini. Di dalamnya terkandung beberapa maklumat penting mengenai bumi, bintang, daratan, lautan, tempat kediaman dan bandar. Walaupun usaha orang-orang Islam dalam bidang pemetaan ini tidaklah semaju sumbangan mereka dalam bidang geografi, namun orang-orang Islam adalah bertanggungjawab memelihara dan menjaga peta-peta lama. Peta topografi yang diciptakan oleh al-Idrisi pada tahun 1154M, merupakan satu-satunya peta yang penting sebelum abad ke-14 Masehi. Kebanyakan peta-peta yang diusahakan oleh orang-orang Islam boleh menandingi peta-peta yang diusahakan oleh orang-orang barat pada abad pertengahan.

Dalam Bidang Senibina

Kemunculan agama Islam dan perkembangannya telah menyemarakkan pembangunan yang cukup pesat khususnya dalam bidang seni-bina bangunan. Dalam masa yang singkat sahaja telah muncul beberapa buah bandar baru yang didirikan oleh orang-orang Islam. Pada zaman pertengahan Bani Ummaiyyah muncul tidak kurang dari 25 buah bandar baru, di antaranya ialah kota Basrah, Kufah, Fustat, Qairawan dan Wasit. Pada zaman Abbasiyah pula muncul beberapa buah bandar di antaranya ialah Baghdad, Samara, al-Abbasiyyah, Wahran, Fas, Halab, Antakia dan Qurtubah. Semua bandar dan kota ini adalah sebagai tanda pembangunan yang pesat ketika itu. Di bandar-bandar ini pula didirikan masjid, rumah, istana, pasar, rumah mandi, kolam air, klinik, sekolah dan sebagainya.

Kegiatan pembangunan yang telah berlaku di ibu kota Islam yang terkenal pada waktu itu seperti Baghdad, Cairo dan Qurtubah. Kegiatan ini berjalan seiringan dengan kegiatan pertukangan dan perusahaan. Bidang senibina Islam telah menyumbangkan satu corak baru khususnya dalam bidang kesenian yang tidak diketahui sebelum itu. Ini jelas seperti yang terdapat pada bangunan masjid, sekolah, perkuburan dan sebagainya. Di samping itu juga lahir pula bentuk baru dalam seni bina rumah kediaman, istana, rumah mandi, kota dan tembok yang mempunyai satu bentuk unik dan tersendiri.

Senibina Islam telah meninggalkan pengaruh yang besar dalam seni bina Eropah pada kurun pertengahan, pengaruh ini dapat dilihat di daerah utara Spain, Cairo, Baghdad, Istambul dan ibu kota lain yang melambangkan keagungan, kekayaan dan kehalusan seni bina Islam. Seni khat Islam dan corak-corak yang direkabentukkan dengan rapi adalah hasil kesenian Islam yang paling tulin. Seni ini digunakan sebagai unsur perhiasan dalam buku-buku dan bangunan Islam. Seni khat juga telah dikembang ke dalam seni tembikar, barang-barang kemas, barang-barang dari gading, tekstil, duit perak, pingat dan sebagainya. Kebanyakan seni ini berkembang di bandar-bandar, tetapi sebahagiannya turut dihasilkan di kawasan luar bandar dan desa yang terpencil.

Seni Menjilid Buku

Di antara kesenian Islam yang agak penting juga ialah seni menjilid buku. Satu kenyataan yang tidak boleh disangsikan ialah bahawa orang-orang Islam telah mula memperkenalkan perusahaan membuat kertas kepada orang Eropah sejak zaman keagungan Islam lagi. Mereka telah memberi bimbingan dan menimbulkan perhatian orang-orang barat untuk menjilid dan menghiasi buku. Orang-orang barat juga telah mengambil dari orang-orang Islam cara-cara menulis tulisan air emas di atas tulang-tulang buku yang dijilid. Penggunaan tulisan air emas ini digunakan dengan meluaskan sejak kurun yang ke-15.

Al-Maqamat adalah sebuah karya sastera klasik Arab yang terkenal, ditulis oleh al-Hariri dari Basra (1054–1122 M) dari Basra (Iraq).

Perusahaan seni menjilid buku yang dipelopori oleh orang-orang Islam ini membayangkan bahawa mereka bukan sahaja memberikan perhatian dalam bidang ilmu pengetahuan umum sahaja akan tetapi mereka juga memberi perhatian untuk memelihara dan mengawal ilmu pengetahuan tersebut dengan membukukannya. Mereka juga berusaha menjaga dan memelihara buku-buku tersebut supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang

Dipetik dari Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Tamadun Manusia (1988) tulisan Prof. Madya Osman Haji Khalid

The post Sumbangan Tamadun Islam appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/sumbangan-tamadun-islam/feed/ 0
Asas-Asas dan Keistimewaan Tamadun Islam: Prinsip, Nilai, dan Kepelbagaian https://akmalfadhil.com/asas-asas-dan-keistimewaan-tamadun-islam-prinsip-nilai-dan-kepelbagaian/ https://akmalfadhil.com/asas-asas-dan-keistimewaan-tamadun-islam-prinsip-nilai-dan-kepelbagaian/#respond Fri, 13 Sep 2024 04:04:51 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=7806 Pernah terfikir apa yang menjadikan Tamadun Islam begitu unik? Dalam artikel ini, kita akan menyelami asas-asas utama yang membentuk Tamadun Islam serta keistimewaannya. Dari pengabdian kepada Allah hingga sistem keluarga yang mantap, ketahui bagaimana nilai-nilai ini membentuk tamadun yang unggul dan kekal relevan sepanjang zaman. Asas-Asas Tamadun Islam Pada prinsipnya “Tamadun Islam” adalah berasaskan kepada […]

The post Asas-Asas dan Keistimewaan Tamadun Islam: Prinsip, Nilai, dan Kepelbagaian appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Pernah terfikir apa yang menjadikan Tamadun Islam begitu unik? Dalam artikel ini, kita akan menyelami asas-asas utama yang membentuk Tamadun Islam serta keistimewaannya. Dari pengabdian kepada Allah hingga sistem keluarga yang mantap, ketahui bagaimana nilai-nilai ini membentuk tamadun yang unggul dan kekal relevan sepanjang zaman.

Asas-Asas Tamadun Islam

Pada prinsipnya “Tamadun Islam” adalah berasaskan kepada aspek-aspek berikut:

  1. Pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
  2. Berorganisasi atas asas aqidah.
  3. Keagungan dan keluhuran nilai kemanusia. an berbanding dengan nilai kebendaan,
  4. Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang bukan bersifat kebinatangan.
  5. Kesucian keluarga.
  6. Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah mengikut panduan Allah S.W.T. dan sentiasa memegang janji dan amanah.
  7. Mematuhi syariat dalam semua urusan khilafah ini.

Sebagai penjelasannya masyarakat Islam ialah masyarakat yang dikawal dan dilindungi oleh Allah S.W.T, jauh daripada segala bentuk pemujaan dan pendewaan kepada kuasa yang lain daripada Allah. Oleh sebab itu anggota masyarakat ini menjadi paksi kepada keseluruhan tamadun manusia sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah sejak azali, sewaktu Allah mengemukakan kepada para malaikat untuk melantik manusia sebagai khalifah-Nya di bumi ini.

Masyarakat Islam juga merupakan masyarakat mengamalkan prinsip kemerdekaan dan kebebasan. Masyarakat yang menganggap “aqidah” sebagai “rupa bangsa” dan mampu menyatukan orang yang berkulit hitam, putih, merah dan kuning. Mampu menyatukan orang Arab dan bukan Arab menjadi satu umat yang menyembah Allah S.W.T. Orang yang paling mulia dan dihormati dalam masyarakat ini ialah orang yang paling bertakwa kepada-Nya.

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Al-Hujurat:13

Apabila “kemanusiaan” itu menjadi nilai yang tinggi dalam sesebuah masyarakat maka masyarakat itu akan menjadi masyarakat yang bertamadun tetapi sebaliknya jika kebendaan menjadi ukuran dalam sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu bukanlah dianggap mempunyai tamadun yang tinggi. Agama Islam mengiktiraf nilai moral dan kemanusiaan sebagai pembeza antara manusia dengan haiwan.

Sistem keluarga Islam juga mestilah menjadi kaedah utama dalam pembentukan masyarakat dan keluarga. Sistem itu dibina atas asas pembahagian tugas antara suami dengan isteri supaya menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan menjadi panduan generasimuda. Tugas manusia sebenar sebagai khalifah Allah di bumi ini ialah memurnikan ubudiyyat semata. mata kerana-Nya. Oleh yang demikian mereka telah membebaskan diri sepenuhnya daripada ‘ubudiyyat dan tunduk kepada yang lain daripada-Nya.

Membina kehidupan di atas nilai-nilai moral yang ditentukan oleh Allah serta mengambil manfaat daripada peraturan alam adalah menjadi asas kepada kemajuan manusia. Akan tetapi jika sekiranya manusia itu hanya inginkan ciptaan, kemajuan dan pembangunan kebendaan semata-mata tanpa menjalankan tugas sebagai khalifah dan ubudiyyat kerana Allah, ia tidak akan diiktiraf oleh Islam sebagai “tamadun”.

Keistimewaan Tamadun Islam

Tamadun Islam mempunyai keistimewaan dan ciri-cirinya yang tersendiri, berbeza dengan tamadun lain. Antara keistimewaan tersebut ialah:

la Bersumberkan Al-Quran Al-Karim

Tamadun Islam tegak di atas dasar atau program Ilahi yang terpancar daripada al-Quran al-Karim sebagai kitab yang terakhir diturunkan kepada manusia. Ia mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum-hakam untuk membimbing manusia mencapai perkembangan dan kesempurnaan hidup. Ajaran yang dibawa oleh al-Quran al-Karim telah mewujudkan sebuahtamadun yang unggul kepada manusia dan dunia seluruhnya. Al-Quran telah menghubungkan manusia dengan perkembangan dan perubahan tamadun selaras dengan keperluan manusia dan mampu menyelesaikan persoalan-persoalan yang dihadapi oleh mereka.

Mempunyai Bentuk Tetap, Tidak Dipengaruhi Oleh Hawa Nafsu

Tamadun Islam mempunyai bentuk yang tetap bersandarkan kitab Allah. Ia terpelihara daripada keinginan hawa nafsu manusia yang tidak ada batasnya. Semua perkara mengenai halal atau haram, baik atau buruk sudah jelas terdapat dalamnya dan sunnah Rasul-Nya. Perlaksanaannya tidak ada beza antara yang muda dengan yang tua, antara pemerintah dengan yang diperintah, antara lelaki dengan perempuan, semuanya sama sahaja di sisi undang-undang. Ini berbeza dengan perundangan yang dicipta oleh manusia yang sentiasa dipengaruhi oleh hawa nafsu.

Sifat Terbuka Kepada Semua Tamadun

Keistimewaan ini menjadikan tamadun Islam sentiasa berkembang dan maju, menjamin kewujudannya sepanjang zaman. Ia menerima pengalaman yang berguna daripada tamadun asing di samping mempersembahkan kepada tamadun asing hasil-hasil serta pencapaian yang didapatinya. Dengan interaksi ini tamadun Islam tidak tersisih dari kehidupan manusia, malah ia berkeyakinan bahawa tamadun ke. manusiaan merupakan satu rangka binaan besar yang dibangunkan oleh manusia. Setiap bangsa menyumbangkan sesuatu di dalam rangka bina an tersebut.

Berdasarkan inilah maka tamadun Islam telah bertaut rapat dengan tamadun Parsi, Yunani, Romawi dan sebagainya. Ini telah menghasilkan satu tamadun yang mantap terjalin dari berbagai-bagai unsur. Tetapi corak atau bentuknya adalah mengikut Islam setelah tamadun itu ditapis mengikut nilai-nilai Islam.

Kesesuaian Dengan Tabiat Semulajadi Manusia

Tamadun Islam tegak di atas dasar yang seimbang dengan tabiat semulajadi manusia dan selaras dengan kehendak manusia itu sendiri. la juga mendorong manusia supaya dapat men jalankan peranannya sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ajaran dan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam adalah bertujuan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

Dipetik dari Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Tamadun Manusia (1988) tulisan Prof. Madya Osman Haji Khalid

The post Asas-Asas dan Keistimewaan Tamadun Islam: Prinsip, Nilai, dan Kepelbagaian appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/asas-asas-dan-keistimewaan-tamadun-islam-prinsip-nilai-dan-kepelbagaian/feed/ 0
Menyelami Tamadun: Istilah, Pengertian, dan Ciri-Ciri Tamadun Islam https://akmalfadhil.com/menyelami-tamadun-istilah-pengertian-dan-ciri-ciri-tamadun-islam/ https://akmalfadhil.com/menyelami-tamadun-istilah-pengertian-dan-ciri-ciri-tamadun-islam/#respond Mon, 26 Aug 2024 09:20:48 +0000 https://akmalfadhil.com/?p=7792 Isu mengenai Tamadun Islam sejak kebelakangan ini begitu popular dan mendapat perhatian masyarakat, sama ada di kalangan ahli cerdik pandai atau masyarakat umum. Hal ini sudah tentu ada kaitan rapat dengan gejala kebangkitan Islam dalam dekad tujuh dan lapan puluhan ini. Minat dan kesedaran untuk menghayati ajaran Islam semakin ketara sejak tahun-tahun terakhir ini apabila […]

The post Menyelami Tamadun: Istilah, Pengertian, dan Ciri-Ciri Tamadun Islam appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
Isu mengenai Tamadun Islam sejak kebelakangan ini begitu popular dan mendapat perhatian masyarakat, sama ada di kalangan ahli cerdik pandai atau masyarakat umum. Hal ini sudah tentu ada kaitan rapat dengan gejala kebangkitan Islam dalam dekad tujuh dan lapan puluhan ini. Minat dan kesedaran untuk menghayati ajaran Islam semakin ketara sejak tahun-tahun terakhir ini apabila pihak kerajaan melaungkan hasrat untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara.

Beberapa Istilah Tentang “Tamadun”

Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti “kebudayaan, kemajuan atau peradaban”. Satu lagi perkataan dalam Bahasa Malaysia yang hampir sama pengertiannya dengan perkataan tamadun ialah perkataan peradaban yang membawa erti “kebudayaan, tamadun atau kemajuan (jasmani dan rohani)”.

tamadun: kebudayaan, kemajuan atau peradaban

Dalam bahasa Arab terdapat beberapa perkata an yang digunakan untuk menunjukkan pengertian tamadun ini. Istilah terawal yang digunakan dalam makna tersebut ialah perkataan ‘umran yang diguna kan oleh Ibnu Khaldun, iaitu salah seorang tokoh Islam dalam bidang kajian masyarakat dan sejarah Islam bukunya Kitab al-Ibar wa al-‘Ajam wa al Barbar atau lebih dikenali dengan al-Muqaddimah telah menggunakan istilah umran ketika mem bincangkan tentang sifat masyarakat di kalangan manusia.

Perkataan ‘umran ini adalah kata terbitan dari perkataan ‘amara yang bererti “kawasan tanah atau rumah yang diduduki orang perseorangan atau segolongan penduduk dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur atau dalam keadaan kering tandus, terbiar dan binasa”. Kawasan tanah yang ditanam dengan baik serta sebuah rumah yang terpelihara akan disebut dengan perkataan bunyan.

bunyan: suatu binaan, struktur atau perkara yang berkaitan dengan kerja mendirikan bangunan.

Satu lagi perkataan yang digunakan ialah hadarat. Perkataan ini juga pernah digunakan oleh Ibnu Khaldun dengan erti “kehidupan menetap”. Penulis-penulis Arab moden menggunakan perkataan hadarat yang sama ertinya dengan tamadun. Dari segi bahasa perkataan hadarat bermaksud: “suatu wilayah, daerah, bandar atau kampung dari kawasan tanah yang didiami” ini berlawanan dengan perkataan badw.

Di dalam kurun kedua puluh, muncul pula perkataan madaniyyat yang mula diperkenalkan oleh Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad ‘Abduh. Kedua-dua tokoh ini masing-masing menerbitkan buku al-Madaniyyat wa al-Islam (Tamadun dan Islam) dalam tahun 1899, sementara Syeikh Muhamad ‘Abduh pula menghasilkan buku al-Islam wa al-Nasraniyyat ma’a al-‘Ilm wa al-Madaniyyat (Islam dan Kristian Serta Kaitannya Dengan Sains dan Tamadun).

Kemudian muncul pula perkataan tamadun yang mula diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islami (Sejarah Tamadun Islam).

Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang sama dengan tamadun ialah civilization. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin civitas bererti sama dengan tamadun ialah civilization. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin civitas bererti “bandar“. Penggunaan perkataan ini dipopularkan dalam kurun kesembilan belas masehi.

Pengertian Tamadun

Telah dinyatakan bahawa perkataan tamadun adalah sama ertinya dengan madaniyyat dan hadarat dalam bahasa Arab.

Sebenarnya perkataan madaniyah menunjukkan “suatu taraf yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat”.

Taraf kehidupan yang dimaksudkan ialah dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar seperti penyediaan infrastruktur dalam masyarakat tersebut. Keperluan ini menentukan kemudahan kewangan serta kemampuan untuk berbelanja. Justru itu taraf tamadun sesuatu bangsa bergantung kepada kemampuan sumber-sumber ekonomi dan kekayaan hasil buminya.

Perkataan hadarat pula ialah yang berkaitan dengan pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesebuah masyarakat, seperti ilmu pengetahuan, kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintah, peraturan moral, adat resam, budi pekerti dan kepercayaan agama.

Daripada penjelasan ini dapatlah dikatakan bahawa pengertian madaniyyah dalam bahasa Arab adalah sama dengan perkataan “tamadun” dalam bahasa Malaysia. Hadarat pula adalah selaras dengan pengertian “peradaban“. Walau bagaimanapun dalam membincang persoalan Tamadun Islam, kita mestilah mencantumkan kedua-dua pengertian tersebut secara menyeluruh kerana ia menyentuh semua bidang kehidupan termasuklah aspek rohani dan jasmani.

Tamadun Islam bukan sahaja terbatas dalam bidang kebendaan seperti pembinaan kota, pertukangan, teknologi, perusahaan, seni bina dan sebagainya, tetapi juga meliputi soal kerohanian seperti aqidah dan moral.

Ciri-Ciri Tamadun Islam

Menyentuh tentang sifat atau ciri-ciri tamadun ini, kita dapati kebanyakan para pengkaji barat menekankan aspek kemajuan kebendaan semata-mata tanpa menghiraukan aspek kerohanian. Di antara ciri-ciri yang dianggap asas kepada sesebuah tamadun ialah terdapatnya kehidupan kota, seni bina (berupa tugu-tugu peringatan) dan sistem rekod pandang lihat berasaskan nota bertulis). Sesetengah pengkaji pula menekankan peri pentingnya tulisan dalam kebangkitan tamadun sesebuah masyarakat. Dengan lain perkataan tamadun tidak boleh wujud tanpa suatu sistem tulisan yang tersusun dan sistem tulisan tidak boleh wujud melainkan dalam sesebuah tamadun.

Ada pula pengkaji yang menyarankan bahawa sesebuah masyarakat yang bertamadun mestilah mempunyai unsur berikut:

  1. sesebuah bandar yang mempunyai penduduk 5000 orang ke atas,
  2. bahasa bertulis
  3. dan mempunyai pusat-pusat upacara peringatan.

Ada pengkaji lain beranggapan bahawa sesuatu masyarakat itu meningkat ke taraf tamadun apabila ia mempunyai bandar-bandar yang mempunyai penumpuan sejumlah besar penduduk, bangunan-bangunan peringatan seumpama gereja, istana-istana yang indah dan tulisan.

Dari keterangan di atas jelaslah bahawa kebanyakan para pengkaji barat membataskan ciri-ciri atau sifat-sifat tamadun itu dalam aspek kemajuan atau aspek pembangunan material semata-mata seperti munculnya kota-kota, rumah-rumah kediaman, bangunan perusahaan, pertukangan dan sebagainya.

Manakala bagi penulis dan sarjana Islam pula ketika membincangkan pengertian tamadun khususnya tamadun Islam mereka tidak membataskan aspek pembangunan atau kemajuan material sahaja. Mereka memberi pengertian yang lebih luas, merangkumi pembangunan rohani dan moral sebagai salah satu ciri penting bagi sesuatu tamadun. Malah menurut mereka, “Islam” itu sendiri merupakan tamadun.

Sebenarnya kalau kita sedari perubahan dan kemajuan yang telah dicetuskan oleh agama Islam di dalam masyarakat Arab, maka sudah tentu tidak dapat disangkal lagi bahawa perubahan dan pembaharuan tersebut merupakan suatu tamadun yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Perubahan yang paling ketara sekali ialah perkembangan aqidah yang berasaskan iman kepada Allah S.W.T. Tuhan Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

Keimanan kepada Allah ini telah membebaskan manusia dari penyembahan berhala dan pemujaan sesama manusia dan sebagainya. Agama Islam telah menyemai ke dalam jiwa orang-orang Islam, bahawa tidak ada yang wajar disembah kecuali Allah S.W.T.

Dalam aspek moral atau akhlak pula kita dapati agama Islam telah mencapai ke tahap yang membanggakan. Antara lain dengan mewujudkan sifat persaudaraan, kasih sayang, hormat-menghormati tolong-menolong, bertolak ansur, menghormati jiran, jujur, adil, bertimbang rasa dan sebagainya yang telah membantu mewujudkan sesebuah masyarakat yang harmoni dan stabil. Ini sudah tentu merupakan suatu aspek yang penting dalam “tamadun” yang dicetuskan oleh agama Islam.

Pada umumnya agama Islam dikenali sebagai agama yang bercirikan tamadun manusia yang lengkap. Hakikat ini berdasarkan kepada penglibatannya secara langsung dalam pendidikan mengenai ummah agar sentiasa menghargai kebebasan berfikir, kehormatan individu, pencapaian keilmuan, pengaturan sistem hidup, keadilan sosial dan persamaan di antara manusia. Semua itu melalui konsep persaudaraan yang tulin, keadilan yang total, nilai kerohanian yang unggul, keluhuran budi dan nilai-nilai moral yang tinggi.

Dipetik dari Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Tamadun Manusia (1988) tulisan Prof. Madya Osman Haji Khalid

The post Menyelami Tamadun: Istilah, Pengertian, dan Ciri-Ciri Tamadun Islam appeared first on AkmalFadhil.com.

]]>
https://akmalfadhil.com/menyelami-tamadun-istilah-pengertian-dan-ciri-ciri-tamadun-islam/feed/ 0