Pedoman
1. Keadaan iman boleh turun dan naik, kuat dan lemah. Seorang Mukmin dituntut agar sentiasa mengambil berat soal iman, dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah dan beristiqamah dengannya;
2. Setiap mukmin tidak sunyi dari berhadapan dengan ujian dan dugaan dari Allah SWT.
3. Istiqamah adalah berpendirian teguh atas kebenaran atau beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah sama ada dalam i’tiqad, kata-kata mahupun perbuatan.
]]>Al Isra : 5
Pedoman :
1. Muslim yg ikhlas, kuat imannya dan bersih aqidahnya tidak mudah disesatkan oleh syaitan dan iblis laknatullah,
2. Marilah kita memahami dan melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya. Melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya in syaa Allah kita akan terselamat dari gangguan dan hasutan iblis dan syaitan.
]]>“Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri”.
Sahih Bukhari.
Pedoman
1. Ikatan ukhwah dan kasih-sayang sesama muslim adalah berdasarkan kepada keimanan kepada Allah SAW.
2. Apabila diikat oleh iman, ia akan melahirkan ikatan ukhwah yang luar biasa mengatasi ukhwah yang lahir hasil dari ikatan selain dari iman kepada Allah.
3. Marilah kita asuh dan latih iman kita agar setiap ‘amal yang kita laksanakan ianya adalah di atas dasar iman dan bukan di atas dasar yang lain.
]]>PENDAHULUAN
Orang beriman adalah mereka yang menjadikan redha Allah Subhanahuwata’ala sebagai tujuan tertinggi dalam kehidupan mereka dan berusaha keras untuk mencapai tujuan tersebut. Dalam al-Qur’an, Allah Subhanahuwata’ala menyebut mereka orang yang berjuang dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah Subhanahuwata’ala.
Golongan yang beriman mengabdikan hidup mereka untuk Allah Subhanahuwata’ala dan bersedia mengorbankan segala sesuatu yang mereka miliki, harta dan lain-lainnya, untuk mencari redha Allah Subhanahuwata’ala dan mendapatkan syurga-Nya. Orang beriman menyibukkan diri dan istiqamah walau dalam keadaan yang sangat berat sekalipun. Mereka mengucapkan: Hasbunallah (cukuplah bagiku Allah).
Semangat yang dihasilkan oleh iman merupakan kekuatan yang dapat meningkatkan kemampuan fizik dan mental. Sehingga orang beriman menjalani setiap saat dalam hidupnya dengan baik dan produktif. Semangat yang tumbuh kerana iman dan cinta kepada Allah Subhanahuwata’ala memberikan kekuatan spiritual, daya tahan, kemahuan dan keberanian yang tinggi. Melalui kekuatan spiritual, orang beriman mampu mengatasi setiap kesulitan dan terus berusaha keras untuk menuju Allah Subhanahuwata’ala dalam apa jua situasi dan keadaan yang mereka hadapi.
APAKAH SEMANGAT?
Semangat adalah perasaan yang sangat kuat yang dialami oleh seseorang. Namun, terdapat perbezaan antara konsep semangat di kalangan masyarakat umum dengan apa yang dibicarakan dalam al-Qur’an.
Semangat, dalam pengertian umum, digunakan untuk mengungkapkan minat yang mendalam, pengorbanan dan kegigihan untuk meraih sesuatu tujuan. Setiap orang mempunyai tujuan yang ingin diraih di sepanjang hidupnya.
Berbekalkan semangat, manusia berusaha untuk mencapai tujuan seperti menjadi kaya, memiliki kerjaya cemerlang, menjawat jawatan tinggi, mendapat penghormatan, menerima pujian, lulus cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat keuntungan dalam perniagaan.
Namun, semangat bagi sebahagian besar manusia, tidak dapat bertahan seumur hidup kerana ia tidak mempunyai landasan yang kuat. Mereka tiada matlamat khusus yang dapat memberikan kekuatan untuk mempertahankan semangat di sepanjang hayat.
Satu-satunya jenis manusia yang tidak pernah kehilangan semangat di sepanjang hidupnya ialah manusia beriman. Ini kerana sumber semangat mereka ialah keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Matlamat mereka ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahuwata’ala, rahmat-Nya dan syurga-Nya.
KONSEP SEMANGAT BAGI MANUSIA JAHILIAH
Siapakah manusia Jahiliah?
Kebodohan (kejahilan) biasanya dita’rifkan sebagai tidak berpendidikan dan tidak berbudaya. Namun, orang bodoh yang sebenar ialah mereka yang jahil mengenali din Islam, mengenali kebesaran serta sifat-sifat Allah
Subhanahuwata’ala yang menciptakan mereka dan mengenali al-Qur’an yang telah diwahyukan untuk manusia. Allah Subhanahuwata’ala mendefinisikan orang bodoh dalam al-Qur’an:
Allah SWT berfirman:
لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَّآ أُنْذِرَ ءَابَآؤُهُمْ فَهُمْ غٰفِلُونَ
“Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” (Ya-Sin 36: 6)
Oleh itu berdasarkan al-Qur’an – kelalaian, tidak mengetahui hakikat kehidupan dunia, tidak memahami hakikat kehidupan selepas kematian dan tidak mengenal Allah Subhanahuwata’ala adalah kebodohan yang sebenar. Akibatnya – kegembiraan, kebahagiaan dan semangat manusia yang jahil sedemikian didasarkan di atas keyakinan yang salah.
Orang Jahil Hanya Bersemangat Tanpa Iman
Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ نَنْسٰىهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَآءَ يَوْمِهِمْ هٰذَا وَمَا كَانُوا بِئَايٰتِنَا يَجْحَدُونَ
“(Allah berfirman: orang kafir itu ialah) orang yang menjadikan perkara-perkara din mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.” (A’raf 7: Ayat 51)
Sebagaimana ditunjukkan dalam ayat di atas, orang jahil tertipu oleh kehidupan dunia ini. Meski pun mereka tahu mengenai sifat kehidupan dunia yang singkat dan tidak sempurna, mereka lebih menyukai kehidupan sementara ini berbanding kehidupan abadi di akhirat. Mereka cenderung untuk memperoleh kesenangan dunia dan ragu terhadap kehidupan akhirat. Mereka meyakini dunia berada dalam jangkauan mereka sementara akhirat jauh sekali
Hakikat yang sebenar, kehidupan di dunia amat terbatas. Jangka masanya sangat singkat. Kehidupan manusia, pada lazimnya, hanya enam atau tujuh puluh tahun sahaja. Separuh darinya dihabiskan semasa kanak-kanak dan usia lanjut. Umur manusia di dunia sangat pendek dibandingkan dengan umur abadi di akhirat.
Mungkin juga, sebelum mencapai usia enam atau tujuh puluh tahun, manusia menemui kematian kerana pelbagai alasan. Umur manusia, tanpa diduga-duga, mungkin tiba-tiba dicabut. Waktu itu, ia mendapati dirinya telah masuk ke dalam kehidupan abadi di akhirat, meskipun selama ini ia menganggapnya sangat jauh.
Dalam kehidupan seharian, manusia sering mengungkapkan kefahaman mereka tentang semangat. Sebagai contoh – untuk memperoleh diploma atau ijazah, seorang mahasiswa menenggelamkan dirinya di tengah buku-buku selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Bahkan dia rela menghabiskan malam-malamnya tanpa tidur dan menghindari pergaulan. Dalam suasana sibuk belajar ini, dia menolak untuk melakukan pengorbanan bagi membantu seorang temannya yang di dalam kesusahan. Ini kerana hal itu dianggap tidak memberikan apa-apa keuntungan duniawi atau peribadi. Islam menolak rupabentuk semangat seperti ini.
Oleh itu semangat manusia jahil hanya bergejolak apabila melihat atau memikirkan keuntungan dunia. Semangatnya akan luntur apabila keuntungan dunia itu hilang.
SEMANGAT ORANG BERIMAN
Sumber Semangat Orang Beriman
Semangat orang beriman sangatlah berbeza konsepnya dengan manusia jahiliah. Sumber semangat manusia beriman ialah kecintaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Mereka tidak terikat dengan permasalahan kehidupan duniawi sepertiman manusia jahiliah. Mereka hanya terikat dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pencipta. Mereka sedar bahawa Allah Subhanahuwata’ala, pada setiap saat, menjaga makhluk-Nya. Semua makhluk sentiasa bergantung kepada-Nya.
Di atas dasar cinta daffn ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala, mereka berusaha keras untuk memperolehi keredhaan-Nya. Hasrat memperolehi redha Allah Subhanahuwata’ala merupakan dorongan terpenting bagi semangat orang beriman. Cita-cita mendapat syurga-Nya menjadi sumber tenaga bagi orang beriman.
Semangat Orang Beriman Tidak Pernah Padam
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِx ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجٰهَدُوا بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الصّٰدِقُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”(Al-Hujurat 49: Ayat 15)
Ayat ini menunjukkan bahawa semangat orang beriman bersemayam dalam hati mereka. Perjuangan dan jihad mereka berlangsung seumur hidup, tanpa ragu-ragu dan hanya bersandarkan kepada keimanan Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya.
Faktor lain yang membuat semangat orang beriman tetap kuat dan segar adalah kerana rasa takut dan harapan yang tinggi di hati mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَلَا تُفْسِدُوا فِى الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلٰحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”
Al-A’raf 7: Ayat 56)
Makna rasa ‘takut dan harap’ ialah:
Seorang yang beriman tidak pernah menganggap bahawa keredhaan Allah Subhanahuwata’ala kepadanya telah terpenuhi ( telah pun sempurna), Ia juga tidak mengandaikan bahawa akhlaknya telah sempurna sehingga layak dan terjamin untuk mendapat syurga Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan hatinya sentiasa takut akan hukuman Allah Subhanahuwata’ala. Justeru itu beliau terus-menerus berusaha menyempurnakan akhlaknya. Dan, terus meneruskan mengharapkan redha Allah Subhanahuwata’ala.
Beliau akan terus bersemangat dan berusaha semaksima mungkin untuk memperoleh redha Allah Subhanahuwata’ala dan mendapatkan cinta-Nya. Pada hatinya terkandung sifat-sifat takut dan harap sekali gus. Beliau bekerja keras, tetapi tidak pernah merasakan usahanya mencukupi dan tidak pernah menganggap dirinya telah sempurna, sebagaimana dinyatakan dalam ayat-Nya:
Allah SWT berfirman:
وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَآ أَمَرَ اللَّهُ بِهِۦٓ أَنْ يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوٓءَ الْحِسَابِ
“Dan orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Rabb mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat);” (Ar-Ra’d 13: Ayat 21)
Rasa takut kepada Allah Subhanahuwata’ala menyebabkan mereka berwaspada dan menjauhi sifat lalai. Dan, rasa harap kepada Allah Subhanahuwata’ala menyebabkan mereka gembira akan janji syurga-Nya (atau khabar gembira) untuk orang yang beriman dan beramal soleh. Ini menyebabkan mereka bersemangat dan iltizam (komited) dengan ‘amal Islami. Antara ayat Allah Subhanahuwata’ala yang menceritakan khabar gembira bagi orang beriman ialah:
Allah SWT berfirman:
وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ بِأَنَّ لَهُمْ مِّنَ اللَّهِ فَضْلًا كَبِيرًا
“Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari padsaAllah.”
(Al-Ahzab 33: Ayat 47)
Orang yang Bersemangat Tinggi Memilih yang Terbaik
Iman yang tulin dan tulus akan melahirkan semangat yang besar. Pemiliknya akan berlumba-lumba untuk bekerja dan memperolehi redha Allah Subhanahuwata’ala. Dalam al-Qur’an dinyatakan bahawa mereka yang berusaha dan berjuang di jalan Allah Subhanahuwata’ala dengan harta dan diri mereka akan diberi darjat yang lebih baik dan lebih tinggi di sisi-Nya:
Allah SWT berfirman:
فَمِنْهُمْ مَّنْ ءَامَنَ بِهِۦ وَمِنْهُمْ مَّنْ صَدَّ عَنْهُ ۚ وَكَفٰى بِجَهَنَّمَ سَعِيرًا
“Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).” ( An-Nisa’ 4: Ayat 55)
Allah SWT berfirman lagi:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِئَايٰتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنٰهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Sesungguhnya orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’ 4: Ayat 56)
Allah SWT berfirman:
لَّا يَسْتَوِى الْقٰعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِى الضَّرَرِ وَالْمُجٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجٰهِدِينَ بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقٰعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنٰى ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجٰهِدِينَ عَلَى الْقٰعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
“Tidaklah sama keadaan orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang yang beriman – selain daripada orang yang ada keuzuran – dengan orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang yang berjuang atas orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur), dengan pahala yang amat besar” (An-Nisa’ 4: Ayat 95)
Allah SWT berfirman:
دَرَجٰتٍ مِّنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Iaitu beberapa darjat kelebihan kurniaan Nya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nisa’ 4: Ayat 96
Mukmin yang mempunyai bersemangat tinggi akan melilih jalan jihad dan pengorbanan, kerana mereka inginkan darjat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata’ala
Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ ءَامَنُوا وَهَاجَرُوا وَجٰهَدُوا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْفَآئِزُونَ
“(Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang yang hanya memberi minum orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang yang berjaya.” (At-Taubah 9: Ayat 20)
Suntingan bersama: Abu Husin & Khairul Azman
]]>
Islam tidak akan dapat ditegakkan kecuali dengan adanya ‘jiddiyyah’ dan ‘iltizam’ di kalangan penganutnya. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan memiliki khazanah yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, tidak akan mulia melainkan dengan perkara yang menjadikan umat dahulu mulia.
Jiddiyyah dan iltizam merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota organisasi. Ianya sebagai pra-syarat untuk mencapai kejayaan dalam penghayatan Islam secara individu, keluarga dan organisasi. Ianya menjadi pakaian dan sifat asasi bagi mereka yang bekerja di jalan Allah Subhanahuwata’ala. Jiddiyyah atau bersungguh-sungguh bermakna bersegera dalam menjalankan kerja, tanpa tangguh-tangguh, bahkan berlumba-lumba melaksanakan arahan Arahan Manakala Iltizam pula bermakna konsisten memikul amanah, tanpa merasa lemah.
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ
Dan bersegeralah kamu semua kepada pengampunan daripada Rabbmu dan bersegeralah untuk mendapat syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. (Surah ali Imran : 133)
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Surah Ali-Imran : 200)
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ
Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : Bilakah lagi datangnya pertolongan Allah?. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Surah al-Baqarah : 214)
RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM SENTIASA MERANGSANG, MENGGESA DAN MENGINGATKAN SAHABATNYA SUPAYA BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN SENTIASA ILTIZAM DALAM MELAKSANAKAN PERINTAHNYA
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam (bermaksud):
Adakah kamu menunggu hingga kekayaan yang terancam atau papa kedana atau sakit yang tidak ada harapan sembuh atau tua yang nyanyuk atau maut yang datang menjenguk atau dajal terkutuk hendak di tunggu atau Hari Qiamat, maka Hari Qiamat adalah ujian yang sangat pahit.
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam (bermaksud):
Segeralah melakukan amal soleh sebab akan terjadi fitnah besar bagaikan gelap malam yang gulita. Ketika itu seorang beriman pada pagi hari tiba-tiba waktu petang kembali kafir, orang yang beriman pada waktu petang kembali kafir di waktu pagi kerana menjual dinnya dengan dunia yang remeh.
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :
سمعت خبا با يقول : أتيت النبي صلى الله وسلام و هو متو سد ببردة وهو في ظل الكعبة وقد لقينا من المشر كين شدة فقلت ألا تد عوالله ؟ فقعد وهو محمر الوجه فقال : قد كا من كا ن قبلكم لتمشط بأ مشا ط الحديد ما دون عظا مه من لحم أ و عصب ما يصرفه زلك عن دينه و يو ضعالمنشا ر على مفرق رأ سه فيشق با ثنتين ما يصر فه زلك عن دينيه و ليتمن الله هزا اللأ مر حتى يسير الرا كب من صنعا الى حضر موت لا يخاف الاالله عز وجل والز ئب على غنمه ولكنكم تستعجلو
Daripada Abi Abdullah Khabbab bin Al Arat r.a. berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ketika beginda sedang berbantalkan kain selimut daripada bulu hitam di bawah naungan Kaabah. Maka kami pun berkata : Mengapa kamu tidak meminta pertolongan dan mendo’akan untuk kami?. Maka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pun berkata : Sesungguhnya orang sebelum kamu diambil seorang lelaki kemudian digali sebuah lubang dan dia dimasukkan ke dalamnya, kemudian diambil gergaji lalu digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disikatnya badannya dengan sikat besi sehingga luruhlah daging dan tulangnya. Namun itu semua tidak menghalangnya daripada berpegang dengan din Allah. Demi Allah, Allah pasti akan menyempurnakan din ini sehingga seorang penunggang dapat berjalan dari San’a ke Hadhramaut dalam keadaan tidak takut selain daripada Allah dan serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu semua adalah tergesa-gesa.”
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam juga telah berwasiat kepada umatnya :
وعظنا رسول الله صلى الله وسلام مو عظة وجلت منها القلوب وزرفت منها العيون فقلنا يا رسولالله كأنها مو عظة مو دع فأوصنا قال : أوصيكم بقوىالله والسمع والطاعة وان تأ مر عنكم عبد وانه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتى و سنة الخلفا ءالراشدين الممهد يين عضوا عليها بالنوا جد وايا كم ومحدثاتالأمور فاءن كلبدعة ضلالة
Saya berwasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat walaupun yang menjadi pemimpinmu seorang hamba. Sesungguhnya seorang yang lanjut usianya daripada kalangan kamu akan melihat berbagai-bagai perselisihan yang banyak sekali. Maka peganglah kamu dengan sunnahku, sunnah khulafah yang mendapat petunjuk. Gigitlah kuat-kuat dengan gerahammu dan berhati-hati dengan segala bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.
LEMAH JIDDIYYAH DAN ILTIZAM
TANDA-TANDANYA
Antara ciri-ciri atau tanda-tanda lemahnya jiddiyyah dan iltizam ialah :
1. Tidak menepati atau tidak menunaikan janji kepada Allah SWT, Rasul SAW, organisasi dan janji kepada diri sendiri.
2. Mengeluarkan peraturan yang tidak jelas, berbelit-belit, tidak berasas keadaan sebenar atau terlalu konseptual yang tidak yang sukar ditafsirkan dalam bentuk operasi.
3. Melampau dalam pertengkaran dan tidak beradab dalam menghadapi perselisihan pendapat. Mereka ini tidak mampu iltizam dengan kehendak-kehendak syara’ ketika marah.
4. Terlalu gemar berbicara dan mendengar isu-isu semasa, ‘issue oriented’. Perbincangan yang tidak menjuruskan kepada tindakan penyelesaian permasalahan Islam (QADHIYAH ISLAMIYAH).
5. Tidak pernah taat kecuali bila selaras dengan hawa nafsunya. Ketaatannya diperhitungkannya untuk kepentingan dan pencapaian maslahat diri sendiri.
6. Tidak mempunyai kesungguhan dan kemahuan yang tinggi untuk mengembalikan kehidupan rumahtangganya mengikut kehendak Islam. Lemah dalam menangani masalah-masalah rumahtangganya dan membiarkan suasana persekitaran mencorak kehidupan rumahtangganya.
7. Tidak mahu berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa.
8. Malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam membersihkan dirinya
9. Gopoh dalam menerima bantuan (daripada pihak musuh) tanpa mempunyai persiapan yang rapi terlebih dahulu. Keadaan ini akan menjerat individu atau organisasi berada dalam perangkap musuh.
10. Bersungguh-sungguh bukan pada tempatnya, tidak berpandu dan tidak mengikut keutamaan (aulawiyat) yang telah ditentukan oleh syara’ dan organisasi.
11. Mengorbankan hak sahabat untuk kepentingan dirinya dan mengambil kesempatan dalam persahabatan.
12. Ikut campurtangan dalam urusan yang kurang berfaedah.
FAKTOR-FAKTOR LEMAHNYA JIDDIYYAH DAN ILTIZAM
1. Tidak Memahami Tanda-tanda Jiddiyyah dan Iltizam
Tidak memahami secara mendalam dan sedar terhadap tanda-tanda jiddiyyah dan iltizam menyebabkan tanpa disedari seseorang itu telah terkeluar daripada ruang lingkup tuntutan iltizam. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
بَلۡ كَذَّبُواْ بِمَا لَمۡ يُحِيطُواْ بِعِلۡمِهِۦ وَلَمَّا يَأۡتِهِمۡ تَأۡوِيلُهُۥۚ كَذَٰلِكَ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلظَّٰلِمِينَ
Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya. Demikianlah juga orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka). Maka lihatlah bagaimana akibat orang yang zalim itu (berakhir dengan berbagai bencana yang membinasakan mereka). (Surah Yunus : 39)
Dengan kurang mendalamnya pemahaman terhadap tanda-tanda jiddiyyah dan iltizam, atau faham tetapi belum sampai ke dasar hati, menyebabkan pekerja (‘amilin) tidak mampu melaksanakan taklif yang dipertanggungjawab kepadanya. Sebenarnya dia hanya berada di pinggir kerja-kerja Islam. Dia belum memasuki medan amal Islami, bahkan mungkin berada di luar barisan muslimin dalam ertikata yang sebenarnya kerana jiddiyyah dan iltizam masih belum menjadi darah daging dalam jiwa dan fikirannya.
Faham dan wa’y (kesedaran) adalah rahsia yang membuka pintu jiddiyyah dan iltizam kepada kerja Islam hingga lahirlah tindakan-tindakan yang menterjemahkan jiddiyyah dan iltizam ke dalam kehidupan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ ٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ ٥
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Rabmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; Bacalah, dan Rabmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah al ‘Alaq : 1 – 5)
Allah Subhanahuwata’ala telah menunjukkan dan menegaskan cara untuk mendapatkan kefahaman dalam apa perkara pun mestilah melalui pembacaan dan pembelajaran.
2. Kehilangan Contoh Jiddiyyah dan Iltizam
Terdapat mereka yang mempunyai sifat-sifat jiddiyyah dan iltizam tetapi tidak dapat berterusan kerana pengaruh persekitaran telah melemahkannya. Sekiranya amalan iltizam tidak bersungguh-sungguh di kalangan orang yang bertanggungjawab, maka ia akan memberi kesan negatif yang mendalam kepada saf organisasi. Perjalanan organisasi sebenarnya adalah dengan berkat dan pertolongan Allah Subhanahuwata’ala. Islam hanya dapat dibangunkan dengan contoh misali yang praktikal. Berdosalah mereka yang memberi contoh yang tidak baik. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
يَٰنِسَآءَ ٱلنَّبِيِّ لَسۡتُنَّ كَأَحَدٖ مِّنَ ٱلنِّسَآءِ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّۚ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِي فِي قَلۡبِهِۦ مَرَضٞ وَقُلۡنَ قَوۡلٗا مَّعۡرُوفٗا
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al Ahzab : 32)
Allah Subhanahuwata’ala akan melipat gandakan ganjaran kebaikan dan menambah siksa bagi kejahatan kerana isteri-isteri nabi yang hidup dalam bi’ah yang suci dan bebas daripada kemaksiatan. Mereka hidup dalam suasana bantu-membantu kepada ketaqwaan dan mereka menjadi contoh kepada orang lain. Sehingga apabila ada orang yang mendapat siksa kerana bercontohkan mereka, siksaan itu turut dirasai oleh mereka, begitulah sebaliknya.
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
من دعا الى هدى كا ن له من ا لأ جر مثل أجور من اتبعه من غيرأن ينقص من أجورهم شيء ومن دعا الى ضلا لة كا ن عليه من الورمثل أوزارمن اتبعه من غيرأن ينقص من أجور هم شيء
Barangsiapa yang mengajak kepada hidayah (pimpinan) maka dia akan mendapat pahala sebanyak pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun daripada pahala-pahala mereka itu. Dan barangsiapa yang mengajak kepada dhalalah (kesesatan) maka dia akan mendapat dosa sebanyak dosa-dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikitpun daripada dosa-dosa mereka itu .
Diceritakan tentang Umar ibn Khattab r.a. bahawa ia melihat di tubuh Talhah bin Ubaidillah RA pakaian yang dicelup warna padahal ianya dilarang. Maka kata Umar:
Dicelup dengan apa pakaian itu wahai Talhah?.
Jawab Talhah: Amirulmukminin, ia dicelup dengan madar (warna tanah)
Umar berkata lagi: Kamu sekelian wahai umat menjadi ikutan. Seandainya ada orang awam melihat pakaian seperti ini tentu ia berkata ‘Sesungguhnya Talhah bin Ubaidillah memakai pakaian warna ketika ihram’. Oleh kerana itu janganlah kalian memakainya. (Riwayat Malik)
3. Lemah Iman
Kelemahan iman menyebabkan hilangnya sifat tawazun pada diri pekerja Islam. Imanlah sumber yang sentiasa memancarkan kekuatan baru. Ia akan menjaga dan melindungi pekerja daripada bersifat malas dan menjaganya daripada melakukan kesalahan yang berulang.
Datang seorang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:
حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الْوِصَالِ قَالُوا إِنَّكَ تُوَاصِلُ قَالَ إِنِّي لَسْتُ كَهَيْئَتِكُمْ إِنِّي أُطْعَمُ وَأُسْقَى
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi Sallallahu’alaihiwasallam telah melarang daripada menyambung puasa. Para Sahabat bertanya: Bukankah kamu sendiri melakukan puasa seperti itu? Nabi Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Aku tidak seperti kamu. Aku diberi makan dan minum oleh Allah.
Ibnu Hajar menjelaskan: Ucapan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam itu dapat difahami sebagai…menjadikanku sibuk dalam memikirkan keagunganNya, merenungkan penyaksianNya, menghayati makrifat-makrifat kepadaNya, selalu indah dalam mencintaiNya, tenggelam dalam berbisik kepadaNya dan puas menerima makanan dan minuman daripadaNya.
Ibnu Qayyim berpendapat yang dimaksudkan: Diberi makan dan minum oleh Rabbku adalah diberi makrifat, dikurniakan kelazatan dalam bermunajat, bertaqarrub dan merindui-Nya.
Itulah perkara-perkara yang mampu menggerakkan hati, memberi kekuatan kepada tubuh dan memudahkan segala tindakan. Orang yang memiliki pengalaman hidup atau rasa takut kepada Allah Subhanahuwata’ala nescaya meyakini bahawa tubuh kita hanya mampu digerakkan oleh hati dan ruh yang baik. Ini selaras dengan sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ *
Tidak berzina seorang penzina sekiranya pada masa ia berzina dalam keadaan mukmin. Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sekiranya pada masa ia mencuri dalam keadaan mukmin. Dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak sekiranya pada masa ia meminumnya itu ia dalam keadaan mukmin.
Mukmin yang membiarkan imannya lemah tanpa berusaha untuk memperbaharuinya akan mengakibatkan lemahnya jiddiyyah dan iltizam dalam amal Islami.
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
ان الايمان ليخلق في جوف أحدكم كما يخلق الثوب فا سألو الله تعلي أن يجد د الايمان في قلو بكم
Sesungguhnya iman dalam dada seorang itu akan lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian. Maka mohonlah kepada Allah Ta’ala agar Dia memperbaharui iman dalam hati kamu. (Hadis Riwayat al Haisani)
Dalam hadis lain baginda bersabda :
جددوا ايما نكم قيل يا رسول الله و كيف نجد د ايماننا ؟ قا ل اكئر و ا من قول لااله الا الله
Perbaharuilah iman kamu.
Beliau ditanya: Bagaimana cara memperbaharui iman kami?.
Jawab Baginda: Perbanyakkan mengucap لااله الا الله
(Hadis Riwayat Ahmad)
4. Kemewahan Hidup Dan Hati Terpaut Kepadanya
Kemewahan hidup di dunia dapat dilihat dalam pelbagai bentuk perhiasan seperti anak-anak, ijazah, pangkat, hartabenda dan sebagainya serta terpaut hati kepadanya.
Apabila dunia melimpah ruah dan hati terpaut kepada dunia, maka tidak ada ruang lagi dalam hati tersebut untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja Islam, jiddiyyah dan iltizam dengan Islam.
Firman Allah Subhanahuwata’ala lagi:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمٗا لَّا يَجۡزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيًۡٔاۚ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya daripada azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya daripada azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Surah Luqman : 33)
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :
حَدِيثُ عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ إِلَى الْبَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ صَالَحَ أَهْلَ الْبَحْرَيْنِ وَأَمَّرَ عَلَيْهِمُ الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ فَقَدِمَ أَبُو عُبَيْدَةَ بِمَالٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ فَسَمِعَتِ الْأَنْصَارُ بِقُدُومِ أَبِي عُبَيْدَةَ فَوَافَوْا صَلَاةَ الْفَجْرِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصَرَفَ فَتَعَرَّضُوا لَهُ فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ رَآهُمْ ثُمَّ قَالَ أَظُنُّكُمْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدِمَ بِشَيْءٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ فَقَالُوا أَجَلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ فَوَاللَّهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ *
Diriwayatkan daripada Umar bin Auf r.a katanya: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah mengutuskan Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memerintahkan al-Ala’ bin al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah daripada penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah. Orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang Ansar) datang bersembahyang subuh bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Selesai sembahyang, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang mengembirakan kamu (dengan wang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka.
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lagi bermaksud:
Lihatlah orang yang di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang di atas kamu. Maka ianya patut bagi kamu agar kamu tidak termasuk di kalangan orang yang meremehkan nikmat Allah.
(Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lagi :
انالدنيا حلو ة و ان الله مستخلفكم فيها فينظر كيف تعملون فا تقوا الدنيا وا تقوا النساء
Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau, Allah menjadikan kamu sebagai khalifahNya di atas bumi. Maka Allah akan melihat bagaimana kamu menguruskannya. Oleh kerana itu berhati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita. (Hadis Riwayat Muslim)
5. Ujian Dan Kesulitan
Ujian dan kesulitan sentiasa berlaku samada dari dalam organisasi atau dari luar organisasi. Perkara ini boleh menyebabkan lemahnya jiddiyyah dan iltizam. Ujian dan kesulitan tersebut akan menghimpit pekerja, menggoyangkan syaksiyahnya, bahkan boleh menumbangkannya dari jalan amal Islami, kecuali mereka yang diberi rahmat dan dikasihi oleh Allah. Terutamanya ujian yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan dia tidak sempat membuat persiapan untuk menghadapinya. Keadaan itu bertambah rumit lagi apabila pekerja Islam tidak mempunyai keupayaan untuk menyelesaikannya. Akibatnya ia sibuk dan tenggelam dalam memikirkan masalah yang mengakibatkan hilangnya jiddiyyah dan iltizam.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٥ ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٞ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ ١٥٦ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَيۡهِمۡ صَلَوَٰتٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٞۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ ١٥٧
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Rabb mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah al Baqarah : 155 – 157)
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيًۡٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ
Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (Surah ali Imran : 120)
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّي لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٖ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٖۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِمۡ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَٰتَلُواْ وَقُتِلُواْ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَئَِّاتِهِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ ثَوَابٗا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ
Maka Rabb mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) daripada setengahnya yang lain; maka orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan dinKu, dan yang berperang (untuk Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). (Surah ali Imran : 195)
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah akan mengujimu dengan bala’ dan Dia lebih mengetahui dengannya, sebagaimana salah seorang dari kamu menguji (sepoh) emas dengan api, nescaya keluar darinya emas yang tulin berkilau. Itulah yang diselamatkan Allah dari kejelekan. Adapun yang keluarnya seperti emas hitam, maka itu yang terkena fitnah.
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلَا نَصَبٍ وَلَا سَقَمٍ وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ
Diriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Setiap musibah yang di timpa ke atas orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan daripada musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.
6. Perjalanan Yang Jauh Dan Penuh Kesukaran
Perjalanan yang jauh, penuh dengan kesukaran dan halangan akan menyebabkan lunturnya jiddiyyah dan iltizam pekerja Islam untuk terus menerus istiqamah di atas jalan dakwah. Sebab itu menjadi sunnah bahawa perjalanan di atas jalan yang haq hendaklah dilaksanakan secara berorganisasi yang diikat dengan ukhuwah Islamiyyah. Tujuannya supaya segala bebanan itu dapat dipikul secara bersama.
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al Hujurat : 10).
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَٱجۡعَل لِّي وَزِيرٗا مِّنۡ أَهۡلِي ٢٩ هَٰرُونَ أَخِي ٣٠ ٱشۡدُدۡ بِهِۦٓ أَزۡرِي ٣١ وَأَشۡرِكۡهُ فِيٓ أَمۡرِي ٣٢وَٱجۡعَل لِّي وَزِيرٗا مِّنۡ أَهۡلِي ٢٩ هَٰرُونَ أَخِي ٣٠ ٱشۡدُدۡ بِهِۦٓ أَزۡرِي ٣١ وَأَشۡرِكۡهُ فِيٓ أَمۡرِي ٣٢
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong daripada keluargaku. Iaitu Harun saudaraku; Kuatkanlah dengan sokongannya terhadap pendirianku, dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.
(Surah Thaha : 29 – 32)
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda
المؤ من للمؤمن كا لبنيان يشد بعضه بعضا
Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan satu bangunan, sebahagiannya menguatkan yang lain. (Hadis Riwayat Bukhari).
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :
مثل المؤ منين فى توادهم وترا حمهم وتعا طفهم مثل الجسد ا زااشتكي منه عضو تدا عى له سا ئر ا لجسد بالسهر والحمى
Perumpamaan seorang mukmin dalam hal saling cinta mencintai, berkasih sayang dan suka menyukai bagaikan satu badan. Jika satu organ daripada tubuh mengeluh kesakitan, maka yang lain turun merasai kesakitannya dan tidak tidur malam
7. Terpengaruh Dengan Bisikan Syaitan
Syaitan sentiasa berusaha untuk menghalang manusia daripada jalan yang benar. Caranya ialah membisikkan perkara yang syubhat dan meragukan. Apabila seseorang menyahut bisikan syaitan, bermakna jiddiyyah dan keiltizamannya di atas jalan amal Islami sedang diuji. Sebab itu al-Quran sentiasa memperingatkan kita tentang tipu daya syaitan terkutuk. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِميَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ ٢٧
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَa
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah al Anraf : 27)
Hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :
ان الشيطان قعد لأبن ادم بطرق فقعد له بطريق الاسلام فقال : اتسلم وتترك دينك و دين ابا ئك ؟ فعصاه وأسلم ثم قعد له بطريق الهجرة فقال : اتهاجر اتدع ارضك وسماك ؟ فعصاه وهاجر ثم قعد له بطريق الجهاد فقال : اتجاهد وهو تلف النفس و المال فتقا تل فتقتل فتنكح نساؤك ويقسم ما لك ؟ فعصاه وجاهد فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فمن زلك فمات كا ن حقا على الله ان يد خله الجنة
Sesungguhnya syaitan selalu menghadang anak Adam di setiap jalan yang dilalui oleh manusia. Syaitan juga menghalang manusia dari jalan Islam. Syaitan berkata “Engkau masuk Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu” Namun orang ini menentangnya dan terus masuk Islam. Kemudian syaitan menghalang ketika orang itu hendak berhijrah dan berkata kepadanya “Engkau berhijrah dan meninggalkan tanah dan langitmu. Sedangkan perumpamaan muhajirin seperti kuda yang menempuh perjalanan yang jauh” Anak Adam itu menolak lagi dan meneruskan hijrahnya. Syaitan menghalangi jalan jihad. Dia berkata “ Engkau berjihad, ianya mensia-siakan dan mengorbankan jiwa dan harta . Engkau kelak akan terbunuh dan mati. Isteri dan hartamu akan dibahagi-bahagikan” Orang Islam itu meninggalkan godaan syaitan dan meneruskan jihadnya. Maka Rasulullah s.aw bersabda “Adapun orang yang mampu berbuat demikian maka Allah benar-benar akan memasukkannya ke dalam syurga. Jika terbunuh dia akan dimasukkan ke dalam syurga dan jika ia dibinasakan oleh haiwan tunggangannya (ketika hijrah) maka pastilah ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat an Nasai)
8. Tiada Kerjasama Daripada Anggota Organisasi
Jiddiyyah dan iltizam akan terdedah kepada kemerosotan sekiranya tidak mendapat kerjasama dan sambutan daripada anggota organisasi. Inilah rahsia Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sentiasa bersama para sahabatnya dalam setiap aktiviti dan amal Islam.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda bermaksud:
“Siapakah diantara kamu semua yang berpuasa pada hari ini?” Menjawab Abu Bakar r.a “Saya”. “ Siapakah yang menghantar jenazah hari ini?”. “Saya” jawab Abu Bakar pula. “Siapa pula yang memberi makan orang miskin pada hari ini?”. “Saya” jawab Abu Bakar. Beliau bersabda lagi, “Siapakan yang menziarahi orang sakit pada hari ini?” Jawab Abu Bakar, “ Saya”. Maka Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda, “Tiadalah berkumpul amal-amal itu pada diri seseorang kecuali ia akan masuk syurga”
KESAN-KESAN LEMAH JIDDIYYAH DAN LEMAH ILTIZAM
KESAN KEPADA PEKERJA
1. Merubah Tasawwur Islam Pada Pandangan Umum
Pekerja yang tidak mempunyai sifat jiddiyyah dan iltizam secara praktiknya telah merubah tasawwur Islam yang sempurna dalam pandangan masyarakat umum. Ia menghalang mereka daripada merasai nikmat melaksanakan ibadah dalam bentuk yang syumul. Islam akan terus dilihat, difahami dan dilaksanakan dalam bentuk juz’i kerana hakikat kesempurnaan Islam tidak dicernakan dalam bentuk yang praktik.
2. Hilang Kepercayaan Terhadap Pekerja
Manusia akan percaya kepada perkataan yang disertai dengan amalan. Amalan hanya akan memberi kesan kepada manusia apabila diadunkan iman, kesungguhan, iltizam dan istiqamah. Kesan yang ditinggalkan oleh pekerja dalam amalnya adalah kesan yang praktikal, bukan semata-mata percakapan. Sesungguhnya pengalaman mengajar kita bahawa mereka yang bercakap tanpa beramal lambat laun akan terpinggir dibawa oleh arus. Inilah orang yang rugi di dunia dan akan menerima azab Allah Subhanahuwata’ala di Hari Akhirat.
Daripada Sufyan bin Abdullah r.a, katanya (bermaksud) “Kataku: wahai Rasulullah!, Katakan kepadaku dalam Islam suatu perkataan yang tidak perlu aku bertanya mengenainya selain daripada engkau. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: “Katakanlah : Aku beriman kepada Allah dan beristiqamahlah”
(Hadis Riwayat Muslim)
3. Jiwa Ragu Dan Bimbang
Mereka yang tidak memiliki jiddiyyah dan iltizam sebenarnya mjdah baginnya untuk melanggar perintah Allah Subhanahuwata’ala. Maksiat yang mereka lakukan akan memberi kesan kepada jiwa dalam bentuk ragu dan bimbang. Mereka bukan sahaja memikul dosa yang dilakukan, tetapi juga dosa orang yang mengikutinya.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah Al-Anfal: 11)
Firman Allah Subhanahuwata’ala
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ
Orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat hidayah petunjuk.(Surah al An’am : 82)
Firman Allah Subhanahuwata’ala.
وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Thoha : 124)
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
لِيَحۡمِلُوٓاْ أَوۡزَارَهُمۡ كَامِلَةٗ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَمِنۡ أَوۡزَارِ ٱلَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيۡرِ عِلۡمٍۗ أَلَا سَآءَ مَا يَزِرُونَ
(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu. (Surah an Nahl : 25)
KESAN KEPADA AMAL ISLAMI
1. Kehancuran Amal Islami
Amal Islami tidak akan dapat digerakkan dan ditegakkan oleh mereka yang tidak memiliki sifat jiddiyyah dan iltizam. Semua perancangan organisasi akan terbantut dan matlamat organisasi tidak akan dapat dicapai. Organisasi akan terus terpinggir daripada arus masyarakat dan sistem jahiliyyah akan terus bermaharajalela.
2. Tidak Mendapat Sokongan Masyarakat
Keikhlasan, kesungguhan, iltizam dan pengorbanan yang terus menerus merupakan jalinan unsur-unsur yang menjadi daya tarik masyarakat kepada sesuatu organisasi. Organisasi yang dianggotai oleh mereka yang lemah dan bersikap acuh tidak acuh tidak akan mampu mendapat tempat di hati masyarakat.
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :
من خا أدلج ومن ادلج بلغ المنز ل الا ان سلعة الله غا لية الا ان سلعة الله الجنة
Barangsiapa yang takut kepada Allah tentu ia tidak akan bersifat maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu ia akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu mahal dan ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga. (Hadis Riwayat at Tarmizi dan al Hakim)
Amal Islami akan terus menjadi bahan penghinaan di kalangan musuh-musuh Islam. Pendokong-pendokong Islam akan menjadi objek sindiran terutamanya apabila terjadinya perkara tersebut akibat daripada terpaut dan terpengaruh dengan kehidupan dunia dan tenggelam di dalam kesibukannya.
3. Tidak Mendapat Pertolongan Dari Allah Subhanahuwata’ala
Organisasi yang dianggotai oleh mereka yang tidak mempunyai sifat jiddiyyah dan iltizam dengan perjuangannya tidak layak mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala tidak melihat mereka ini dengan rahmat dan kasihan belas-Nya kerana pada hakikatnya mereka ini mempermain-mainkan ayat-ayat Allah. Mereka bukan ansarullah dalam ertikata yang sebenarnya.
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad : 7)
CARA MENGATASI LEMAH JIDDIYYAH/ILTIZAM
1. Fikrah Yang Jelasr
Memahami teori dan beramal mengikut apa yang digariskan oleh ajaran Islam sebenar. Fikrah dan pelaksanaannya jelas. Memahami konsep-konsep asas dalam tarbiyah dan melaksanakan tuntutannya. Memahami tarbiyah yang bersifat waqi’i dan maidani iaitu melaksanakan setiap tuntutan Islam dalam seluruh ruang lingkup kehidupan. Tarbiyyah bukan setakat membaca, mendengar, menulis, melaksanakan tetapi tarbiyah insyaAllah akan berkesan apabila kita berjaya mematuhi dan melaksanakan setiap arahan Islam dan organisasi.
2. Perancangan Program Individu Dan Organisasi
Organisasi bertanggungjawab untuk merangka dan menyediakan perancangannya yang meliputi matlamat, marhalah, jalan-jalan, alat-alat, keutamaan dan persiapan menurut kemampuannya. Di samping itu ia perlu mengawasi supaya setiap perancangan dilaksanakan, mengenalpasti halangan-halangan dan mengambil tindakan untuk mengatasinya.
Setiap anggota pula perlu mengatur aktiviti harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Pastikan perancangan individu berada di bawah naungan perancangan dan kehendak organisasi. Pastikan masa digunakan secara optimum kerana masa adalah kehidupan. Kejayaan dan keberkesanan perancangan dan program organisasi bergantung kepada jiddiyyah dan iltizam setiap ahlinya.
3. Pengkhususan Dan Pengagihan Pelbagai Tugas
Pengkhususan dan pengagihan tugas diperlukan ketikamana organisasi telah mempunyai pekerja yang ramai. Pengkhususan dan pengagihan tugas akan menyebabkan seseorang itu lebih serius kerana ia sedar kepakarannya diperlukan untuk kepentingan Islam. Mereka yang melibatkan diri dalam bidang takhassus sepertimana yang diputuskan oleh organisasi hendaklah menyedari bahawa ganjaran kepayahan mereka hanya daripada Allah Subhanahuwata’ala. Namun perlulah beringat-ingat, kadang-kadang hadaf ini boleh berubah apabila telah mencapai status pakar.
4. Mengelakkan Fitnah Dalam Organisasi
Telah terbukti bahawa fitnah dalam organisasi boleh melunturkan sifat jiddiyyah dan iltizam anggota. Musuh sentiasa mencari jalan untuk menusnahkan organisasi Islam dengan cara menyusup dan menimbulkan suasana kacau bilau melalui isu-isu kontroversi. Fitnah hanya dapat dielakkan melalui tarbiyah dan tanzim yang kuat. Tarbiyah yang dimaksudkan ialah tarbiyah yang mampu menilai seseorang berdasarkan amalannya, melahirkan ukhuwah, kesiqahan, melaksanakan adab-abad mengkritik dan melahirkan anggota yang setia.
5. Mentarbiyah Dalam Bentuk Hamasah Dan Rangsangan
Tajuk-tajuk yang boleh digunakan untuk meningkatkan jiddiyyah dan iltizam ialah sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan para sahabat, terutamanya menyentuh tentang jihad, pengorbanan, mengutamakan Islam dan mengatasi kepentingan diri.
Ustaz Mustafa Masyhur berpesan:
Pihak pimpinan (pelbagai peringkat) mestilah bersungguh-sungguh menyalakan cita-cita , mengobarkan azam dan harapan di kalangan anggota-anggota organisasi. Pihak pimpinan mestilah melindungi diri mereka daripada sebarang pengertian kemunduran atau rasa keruntuhan dan kegagalan dalam mengharungi mihnah, tribulasi dan rintangan.
6. Motivasi Rabbani
Jiddiyyah dan iltizam merupakan satu natijah daripada proses kesedaran dan kefahaman yang mendalam. Ianya satu anugerah Allah Subhanahuwata’ala kepada sesiapa yang dikehendaki untuk menjadi pendokong risalah-Nya. Sumber yang mengeluarkan natijah ini ialah iman yang sentiasa hangat dan berfungsi.
Prof Yusuf al-Qaradawi menjelaskan: Imanlah satu-satunya unsur yang dapat menciptakan perubahan dalam jiwa manusia dan menjadikan manusia dalam bentuk yang baru , sehingga berubah pandangan hidup dan jalan hidup yang ditempuhinya.
PENUTUP
Sifat jiddiyyah dan iltizam memainkan peranan yang penting dalam meneruskan kesinambungan kerja-kerja Islam dan organisasi. Ianya sebagai penentu kepada masa depan setiap individu, keluarga dan organisasi di hadapan Allah Subhanahuwata’ala. Maju atau mundurnya sesebuah organisasi bergantung kepada tahap sifat jiddiyyah dan iltizam yang dimiliki oleh setiap pekerja atau anggotanya. Jiddiyyah dan iltizam yang tulin adalah hasil daripada kutuhan iman, panggilan ilahiyah yang sentiasa membisikkan kepada jiwa, merangsangkan fikiran dan menggerakkan anggota zahir untui berkerja.
Ia merasa sensitif terhadap pengintipan dan pengawasan Allah Subhanahuwata’ala yang berterusan ke atas dirinya. Mereka inilah yang mempunyai rasa tanggungjawab mendalam dan mendorongnya supaya sentiasa berjaga-jaga dalam memegang amanah yang didokongnya.
Susunan:
Haji Mohd Ghani Salleh
Penyunting bersama:
Khairul Azman
Abu Husin Taqiy
Pertama – niat yang murni, hanya mengharap keredhaan Allah SWT semata-mata.
Kedua – amal perbuatan yang dilakukan hendaklah sesuai dengan syari’at Islam yang bersumberkan Al-Auran dan sunnah Nabi SAW.
Keterangan syarat pertama:
Syarat ini bersangkut dengan permasalahan hati. Niat yang ikhlas ertinya ketika melakukan amal perbuatan, hati itu perlulah benar-benar bersih daripada segala bentuk syirik dan hati itu berhubung dengan Allah SWT (misalnya – hati itu berniat melakukan perbuatan itu kerana Allah SWT atau demi mencari keredhaan Allah SWT atau pun hati itu merasai akan pemerhatian Allah SWT). Rasulullah SAW bersabda:
إنَّما الأَعْمَالُ بِالنِّيَّات
Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya. (HR Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadith itu, maka diterima atau tidak diterima Allah SWT akan sesuatu amal perbuatan yang dilakukan oleh seorang hamba, amat bergantung kepada niat yang ada dalam hati hamba itu.
Keterangan syarat kedua:
Amal perbuatan yang dilakukan oleh hamba-Nya hendaklah sesuai dengan syari’at Islam yang bersumberkan Al-Qur’an dan As-Sunnah Nabi SAW. Nabi SAW besabda
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدّ
Barangsiapa yang mengerjakan suatu perbuatan yang tidak pernah kami diperintahkan, maka perbuatan itu ditolak. (HR Muslim)
Allah SWT berfirman:
وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ
Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Allah, sedang dia berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. (Luqman: 22)
وَمَنۡ أَحۡسَنُ دِينٗا مِّمَّنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ وَٱتَّبَعَ مِلَّةَ إِبۡرَٰهِيمَ حَنِيفٗاۗ وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ إِبۡرَٰهِيمَ خَلِيلٗا
Dan siapakah yang lebih baik dinnya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya. [An Nisa’ :125]
Yang dimaksud dengan “menyerahkan diri kepada Allah” dalam dua ayat di atas ialah mengikhlaskan niat kerana Allah SWT semata-mata dan memurni amal hanya karena ingin mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.
Yang dimaksud dengan “mengerjakan kebaikan” dalam ayat itu ialah mengerjakan kebaikan sesuai dengan syari’at Allah SWT.
Fudhail bin ‘Iyadh pernah memberi komentar tentang ayat 2 surah Al-Mulk:
ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. [Al Mulk: 2]
Menurutnya, maksud “yang lebih baik amalnya” adalah amal yang di dasari keikhlasan kepada Allah SWT dan sesuai dengan sunnah Nabi SAW.
Seseorang bertanya kepadanya, “Apa yang dimaksud dengan amal yang ikhlas dan benar itu?” Fudhail menjawab, “Sesungguhnya amal yang dilandasi keikhlasan tetapi amal itu tidak benar, maka tidak diterima oleh Allah SWT. Sebaliknya, amal yang benar tetapi tidak dilandasi keikhlasan juga tidak diterima oleh Allah SWT. Amal perbuatan yang diterima Allah jika didasari keikhlasan dan dilaksanakan dengan benar. Yang dimaksud ‘ikhlas’ adalah amal perbuatan yang dikerjakan semata-mata kerana Allah SWT. Yang dimaksud ‘benar’ adalah amal perbuatan yang sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW.”
Setelah itu Fudhail bin Iyad membacakan surat Al-Kahfi ayat 110:
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahawa sesungguhnya Ilah kamu itu adalah Ilah yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada
Niat yang ikhlas saja belum menjamin amal kita diterima oleh Allah SWT, jika dilakukan tidak sesuai dengan apa yang digariskan syariat. Begitu juga perbuatan yang mengikut syariat, tetap tidak diterima jika dilakukan dengan tujuan tidak mencari keredhaan Allah SWT.
KETIKA MANAKAH IKHLAS ITU HADIR DALAM HATIMU?
Ada lapan tanda di mana anda boleh menyemak keikhlasan apakah ikhlas itu telah mengisi dalam relung hatimi
Lapan tanda itu adalah:
1. Ikhlas hadir dalam hatimu apabila kamu tidak sukakan populariti
Imam Ibn Syihab Az-Zuhri berkata, “Sedikit sekali kita melihat orang yang tidak menyukai kedudukan dan jabatan. Seseorang sering boleh menahan diri daripada makanan, minuman dan harta. Namun ia tidak sanggup menahan diri dari godaan kemahsyuran dan kedudukan. Bahkan, ia tidak segan silu merebutnya meskipun harus menjatuhkan maruah pihak lain. Kerana itu ramai ulama salaf menulis buku tentang larangan mencintai populariti, jabatan dan riyak.
Fudhail bin ‘Iyadh berkata, “Jika anda mampu untuk tidak dikenal oleh orang lain, maka lakukanlah. Anda tidak rugi sekiranya anda tidak dienal. Anda juga tidak rugi sekiranya anda tidak disanjung orang lain. Demikian pula, janganlah gusar jika anda menjadi orang yang tercela di mata manusia, tetapi menjadi manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah.”
Meski pun demikian, ucapan ulama tersebut bukanlah menyeru agar kita mengasingkan diri daripada khalayak ramai. Ucapan itu adalah peringatan agar dalam mengharungi kehidupan, jangan terjebak dengan jerat hawa nafsu ingin mendapat pujian manusia.
Para nabi dan orang saleh adalah orang yang popular. Yang dilarang adalah meminta nama kita dipopularkan, meminta jawatan, dan sikap rakus pada kedudukan. Jika tanpa keinginan dan tanpa meminta kita menjadi dikenal orang, maka itu tidak mengapa. Meskipun itu boleh menjadi malapetaka bagi orang yang lemah dan tidak bersiap-sedia menghadapinya.
2. Ikhlas hadir dalam hatimu di saat kamu mengakui bahawa diri kamu memiliki banyak kekurangan
Orang yang ikhlas selalu merasa dirinya memiliki banyak kekurangan. Ia merasa belum maksima dalam menjalankan segala kewajiban yang dibebankan Allah SWT. Kerana itu ia tidak pernah merasa ujub dengan setiap kebaikan yang dikerjakannya. Sebaliknya, ia berasa cemas sekiranya apa yang dilakukannya tidak diterima Allah SWT kerana itu ia kerap menangis.
Aisyah RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang maksud firman Allah: “Dan orang-orang yang mengeluarkan rezeki yang dikurniakan kepada mereka, sedang hati mereka takut bahawa mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.” Apakah mereka itu orang-orang yang mencuri, orang-orang yang berzina, dan para peminum minuman keras, sedang mereka takut akan siksa dan murka Allah ‘Azza wa jalla? Rasulullah SAW menjawab, “Bukan, wahai Puteri Abu Bakar. Mereka itu adalah orang-orang yang rajin solat, berpuasa, dan sering bersedekah, sementera mereka khawatir amal mereka tidak diterima. Mereka bergegas dalam menjalankan kebaikan dan mereka orang-orang yang berlomba.” (Ahmad).
3. Ikhlas itu hadir dalam hatimu ketika kamu lebih cenderung untuk menyembunyikan amal kebajikan
Orang yang tulus adalah orang yang tidak ingin amal perbuatannya diketahui orang lain. Ibarat pohon, mereka lebih senang menjadi akar yang tertutup dalam tanah tapi dapat menghidupkan keseluruhan pohon. Ibarat sebuah bangunan, faundasinya tertanam dalam bawah tanah, namun ia menampung keseluruhan bangunan yang tinggi..
Suatu hari Umar bin Khatab pergi ke Masjid Nabawi. Ia mendapati Mu’adz sedang menangis dekat makam Rasulullah SAW. Umar menegurnya, “Mengapa kau menangis?” Mu’adz menjawab, “Aku telah mendengar hadith daripada Rasulullah SAW. bahawa baginda bersabda, ‘Riyak sekalipun hanya sedikit, ia termasuk syirik. Dan barang siapa memusuhi kekasih-kekasih Allah maka ia telah menyatakan perang terhadap Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang baik, taqwa dan tidak dikenal. Sekalipun mereka tidak ada, mereka tidak disedari hilang dan sekalipun mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati mereka bagaikan pelita yang menerangi petunjuk. Mereka keluar daripada segala tempat yang gelap gulita.” (Ibnu Majah dan Baihaqi)
4. Ikhlas itu hadir dalam hatimu jika bagimu tidak ada masalah ditempatkan sebagai pemimpin atau sebagai perajurit
Rasulullah SAW menggambarkan jenis orang seperti ini dengan berkataan, “Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya di jalan Allah, sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan, ia benar-benar menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minuman, ia benar-benar melaksanakannya.”
Itulah yang terjadi pada diri Khalid bin al-Walid di saat Khalifah ‘Umar bin al-Khatab memberhentikannya daripada jawatan panglima perang. Khalid tidak kecewa apalagi sakit hati. Kerana, beliau berjuang bukan untuk Umar dan bukan juga untuk komandan barunya Abu ‘Ubaidah. Khalid berjuang untuk mendapat redha Allah SWT.
5. Ikhlas itu hadir dalam hatimu jika kamu mengutamakan keredhaan Allah daripada keredhaan manusia
Apabila seseorang itu menuntut keredhaan Allah, sesungguhnya beliau sangat beruntung. Tidak jarang juga orang yang memiliki kuasa memaksa orang lain bermaksiat kepada Allah SWT. Di sinilah keikhlasan seseorang itu diuji. Memilih keredhaan Allah SWT atau memilih keredhaan manusia ? Pilihan orang beriman seharusnya seperti pilihan Masyitah, tukang sisir anak Fir’aun. Ia memilih keredhaan Allah daripada menyembah Fir’aun.
6. Ikhlas itu hadir dalam hatimu jika cintamu kerana Allah dan marahmu pun kerana Allah
Peliharalah ikhlas ketika kamu menyatakan cinta atau menyatakan benci, ketika kamu memberi atau keitka kamu menolak, ketika kamu redha dan ketika kamu marah kepada seseorang atau ketika kamu cinta kepada seseorang. Semuanya berasaskan ingin mendapatkan keredhaan Allah. Ikhlaslah ketika membela din Allah, bukan untuk kepentingan peribadi. Allah SWT mencela orang yang mencari keredhaan makhluk. Firman-Nya:
وَمِنۡهُم مَّن يَلۡمِزُكَ فِي ٱلصَّدَقَٰتِ فَإِنۡ أُعۡطُواْ مِنۡهَا رَضُواْ وَإِن لَّمۡ يُعۡطَوۡاْ مِنۡهَآ إِذَا هُمۡ يَسۡخَطُونَ
Dan di antara mereka ada orang yang mencela tentang (pembagian) zakat. Jika mereka diberi sebagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah. (At-Taubah: 58)
7. Ikhlas itu hadir dalam hatimu jika kamu bersabar terhadap panjangnya jalan dakwah
Keikhlasan kamu akan diuji oleh waktu. Sepanjang hidup kamu adalah ujian. Ketetapan kamu untuk menegakkan kalimat-Nya di muka bumi adalah berterusan meski pun kamu tahu jalannya sangat jauh, sementara hasilnya di dunia ini belum pasti kamu akan menikmatinya. Kesulitan yang menanti di depan kamu sangat mencabar keimanan kamu. Hanya orang yang mengharapkan keredhaan Allah akan mampu istqamah di atas jalan yang panjang ini. Seperti Nabi Nuh AS yang giat berdakwah tanpa berhenti selama 950 tahun. Seperti ‘Umar bin al-Khaththab yang berkata, “Jika ada seribu mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada seratus mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada sepuluh mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada satu mujahid berjuang di medan juang, itulah aku!”
8. Ikhlas itu hadir di hatimu ketika kami merasa gembira apabila kawan kamu memiliki kelebihan
Yang paling sulit bagi seseorang ialah redha terhadap orang lain yang memiliki kelebihan berbanding dirinya. Apalagi jika orang itu lebih junior daripadanya. Hasad dengki adalah sifat yang menutup keikhlasan daripada hadir di hati kita. Hanya orang yang ada sifat ikhlas yang benar dalam dirinya akan berupaya memberi kesempatan kepada orang yang berkemampuan mencukupii untuk mengambil bahagian dari tanggungjawab yang dipikulnya.
Dengan lapang dada dia mempersilakan orang yang lebih baik daripada dirinya untuk tampil menggantikan dirinya. Tidak ada padanya rasa iri hati. Tidak ada rasa dendam. Seorang leader yang ikhlas seperti ini tidak akan bersedia memberi tugas kepada sesiapa pun yang berkemampuan.
Rujukan: http://www.khotbah-jumat.co.cc/2009/08/delapan-tanda-orang-ikhlas.html
]]>
عن أبي هريرة رضي الله عنه ؛ عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ, ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ, حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ; سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ”
(متفق عليه).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: “Ada dua kalimat zikir yang ringan diucapkan di lidah, tetapi berat, besar pahalanya pada timbangan amal kebaikan, dan sangat dicintai oleh Ar-Rahman (Allah Ta’ala yang Maha Luas Rahmat-Nya), iaitu: Subhaanallaahi wa Bihamdihi, Subhaanallahil ‘Azhiim (Maha Muci Allah dengan memuji-Mya, dan Maha Suci Allah Yang Maha Agung).”
PERAWI HADITH
Abu Hurairah ialah seorang sahabat nabi yang mulia. Nama sebenar beliau ialah Abdur Rahman bin Sakhr ad-Dausi RA. Beliau memeluk islam pada tahun ke-7 hijrah. Beliau sering bersama Rasulullah SAW dan menghafal banyak hadith. Nabi SAW telah mendoakan untuknya penghafalan yang baik dan Allah Ta’ala telah mengkabulkannya. Beliau seorang yang zuhud, rendah diri dan pemurah. Saidina Umar al-Khattab telah melantik beliau sebagai pemerintah di Bahrain. Beliau wafat di Madinah pada tahun 57 hijrah
KOSA KATA
ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَان Seseorang yang beriman itu layak baginya ganjaran yang besar bagi kedua-dua perkataan yang diucapkan itu, pada hari kiamat nanti.
سُبْحَانَ اللَّهِ Maha Suci Allah daripada segala kekurangan yang tidak layak baginya.
SYARAH HADITH:
Rasulullah SAW menyarankan kita supaya sentiasa konsisten dalam beribadah kepada Allah SWT. Seseorang muslim itu mestilah sentiasa berzikir mengingati Allah Ta’ala di dalam solatnya, puasa dan dalam keseluruhan amalannya. Walaupun sedang melakukan kerja harian, itu tidak akan menghalang dirinya daripada berzikir mengingati Allah. Maka layaklah baginya ganjaran dan pahala. Dengan berzikir mengingati Allah, seseorang muslim dapat menghilangkan kebimbangan daripada hatinya, menghadirkan kegembiraan dan keseronokan, serta menguatkan lagi rasa cinta kepada Allah Ta’ala di dalam hati orang yang beriman. Allah Ta’ala berfirman :
أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوب
Maksudnya: “Ketahuilah dengan “ZIKRULLAH” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d (13): 28)
ZIKIR-ZIKIR YANG BOLEH DILAZIMI OLEHSESEORANG MUSLIM ITU BANYAK. DI DALAM HADITH INI, RASULULLAH SAW MENYEBUTKAN KEPADA KITA SALAH SATU DARIPADANYA YANG MENDAPAT GANJARAN BESAR DI SISI ALLAH SWT.
CONTOHNYA: GANJARAN PAHALA TASBIH DAN TAHMID
Rasulullah SAW bersabda :
من قالَ سبحانَ الله وبحمده في اليومِ مائةَ مرةٍ حُطَّتْ عَنْهُ خطاياه ولو كانتْ مثلَ زَبَدِ البَحْرِ
(رواه البخاري)
Maksudnya, “Sesiapa yang mengucapkan ‘SUBHANALLAH WABIHAMDIHI’ sebanyak seratus kali dalam sehari, digugurkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)…..
* Dimaksudkan dengan digugurkan dosa-dosanya itu ialah diampunkan dosanya.
Rasulullah SAW bersabda:
ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻩ ، ﻏُﺮِﺳَﺖْ ﻟَﻪُ ﻧَﺨْﻠَﺔٌ ﻓِﻰ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ – رواه الترمذي
Maksudnya, “Sesiapa yang membaca (SUBHANALLAHIL ‘ADZIM WABIHAMDIHI) maka akan ditanamkan baginya sebuah pohon kurma di dalam syurga.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmizi)
Rasulullah SAW telah bersabda:
مَنْ قاَلَ سبحانَ اللهِ وبحمدِهِ كانَ مثلَ مائةِ بدنةٍ إذا قالهَا مائةَ مَرَّة – رواه الطبراني
Maksudnya, “Sesiapa yang mengucapkan ‘SUBHANALLAH WABIHAMDIHI’ ianya seperti 100 ‘haiwan sembelihan Makkah yang badan berisi gempal’. Sekiranya dia mengucapkan sebanyak 100 kali…” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani)
* Yang dimaksudkan haiwan sembelihan di sini ialah unta.
TAHAP-TAHAP ZIKIR
Zikir dalam din (agama kita) bukanlah sekadar hanya seseorang menggerakkan lidahnya dan melantunkan perkataan, tetapi tidak memberi kesan kepada hati dan peribadinya. Bahkan seseorang insan itu layak mendapat ganjaran ke atas zikirnya kepada Allah Ta’ala mengikut sejauhmana zikir itu memberi terhadap hati dan peribadinya.
MANUSIA YANG BERZIKIR KEPADA ALLAH ITU ADA BEBERAPA TAHAP
Tahap satu: Orang yang mendapat ganjaran terbanyak ialah mereka yang berzikir mengingati Allah dalam hati dan sekali gus bertutur pada lisan mereka.
Tahap kedua: Orang yang berzikir mengingati Allah dalam hatinya tanpa melantunkannya atau menuturkannya pada lisannya. Dan dia sering mengingati Allah dalam hatinya dan merasai penjagaan Allah terhadap dirinya.
Tahap ketiga: Orang yang berzikir dengan lisannya sahaja. Dia tetap layak menerima ganjaran atas perbuatannya itu dengan izin Allah Ta’ala.
BAGAIMANA SEORANG MUSLIM ITU BERZIKIR MENGINGATI ALLAH SWT?
Zikir-zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sangat banyak. Antaranya ialah yang dikhususkan dengan waktu tertentu seperti zikir sebelum dan selepas tidur, selepas azan, selepas solat dan sebagainya. Juga ada antaranya tidak dikhususkan dengan waktu seperti ucapan seorang muslim itu: “SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI, SUBHAANALLAHIL ‘AZHIIM” atau dia mengucapkan ‘ALHAMDULILLAH’ dan ‘LAILAHA ILLA ALLAH’. Seorang muslim boleh melakukan zikir seperti ini pada setiap waktu walaupun sedang melakukan sebarang pekerjaan. Ia adalah ibadah yang sangat ringan dan boleh mendapat ganjaran yang besar.
PELAJARAN DARIPADA HADITH
1. Seorang muslim perlu melazimi zikir, antara yang dianjurkan ialah: ‘SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI, SUBHAANALLAHIL ‘AZHIIM’
2. Zikir ialah ibadah yang mulia. Seorang muslim akan menerima ganjaran yang besar daripadanya.
3. Seorang muslim sewajar berzikir mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan dan waktu.
4. Seorang muslim yang berzikir mengingati Allah SWT dengan hati dan lisannya akan beroleh manfaat atau kesan terhadap keperibadiannya.
AKTIVITI
Tuliskan hadith Nabi SAW yang baginda ajarkan pada kita tentang apa yang harus diucapkan oleh seseorang muslim apabila dia bangun daripada tidurnya.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan dua faedah zikir yang memberi kesan kepada peribadi seseorang muslim.
2. Tuliskan zikir yang diajarkan oleh nabi ketika seseorang muslim itu berada di waktu pagi.
3. Apa makna sabda Rasulullah saw : ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَان ?
4. Apakah gambaran ganjaran yang akan diberikan bagi amalan : ‘SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI, SUBHAANALLAHIL ‘AZHIIM’?
5. Bulatkan pada jawapan yang betul. Tahap tertinggi dalam zikir:
عن عمر رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول “إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ”.
(متفق عليه).
Diriwayatkan daripada Umar r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas berdasarkan apa yang dia niatkan. Maka, sesiapa yang berhijrah kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya menuju kepada keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatkannya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya akan bernilai sebagaimana yang dia niatkan.” (Muttafaqun ‘Alaih- disepakati kesahihannya oleh Bukhari dan Muslim)
PERAWI HADITH
Nama beliau ialah Umar Bin Al-Khattab bin Nufail, digelar sebagai “Abu Hafs” dan “Al-Faruq”. Beliau terkenal dengan gelaran Al-Faruq kerana dianggap sebagai ‘orang yang sering membezakan hak dengan batil”. Beliau juga merupakan Khalifah yang kedua dalam kalangan Khulafa’ Ar-Rasyidin dan orang pertama memakai gelaran, “Amirul Mukminin.”
Beliau terkenal dengan keilmuannya, kecerdasannya, ketokohannya dalam mendokong agama, kezuhudannya, kerendahan diri, sikap toleransi terhadap kaum muslimin dan keadilannya. Beliau telah meriwayatkan lebih daripada 530 hadith.
Beliau mati syahid setelah ditikam oleh Abu Lu’Lu’ah yang merupakan penganut agama Majusi. Ketika itu beliau sedang menunaikan solat Subuh berjemaah pada tahun 23 Hijrah. Beliau telah dimakamkan di dalam bilik nabi SAW yang mulia bersama baginda Rasulullah SAW dan Abu Bakr r.a.
KOSA KATA
النية : Yang mahu dicapai atau keinginan (niat).
الهجرة : (Penghijrahan) Meninggalkan negara orang kafir dan pergi ke negara Islam.
يصيبها : Yang ingin dia dapatkannya.
ينكحها : Yang ingin dinikahi.
SYARAH HADITH
Hadith ini merupakan pokok pangkal (asas) yang penting di dalam Islam. Hal ini kerana, hadith tersebut membincangkan tentang perkara asas yang menjadi penentu terhadap sesuatu ganjaran yang akan diberikan di dalam Islam. Iaitu, hadith tentang niat.
Keabsahan sesutu perbuatan yang diterima (oleh Allah) dan yang akan diberikan ganjaran, sangat berkait rapat dengan niat dan tujuan seorang muslim melakukan perbuatan tersebut. Maka, keikhlasan dalam niat adalah lawan kepada riyak. Dalam hadith ini juga, Rasulullah SAW memberikan amaran kepada kita tentang riyak. Iaitu seseorang insan melakukan sesuatu amalan kerana inginkan keredaan selain daripada Allah Taala.
Telah berlaku semasa peristiwa hijrah, sebahagian kaum muslimin berhijrah ke Madinah bukan semata-mata kerana Allah Taala. Tetapi kerana kepentingan manfaat yang bakal diperolehi. Barangsiapa yang berhijrah kerana semata-mata inginkan manfaat-manfaat yang lain itu, dia tetap akan peroleh kehendaknya. Namun tidak akan berhasil mendapatkan ganjaran pahala dan kebaikan (hijrah). Perkara ini terjadi kepada mereka yang melakukan amalan supaya dikatakan kepada mereka seperti ini: “Dia seorang yang bertakwa, dia seorang yang soleh. Dia tidak menginginkan sesuatu pun melainkan redha Allah.” Maka perbuatan riyak adalah perkara yang haram dan akan memadamkan amalan baik seseorang muslim.
Perkara ini ada disebutkan dalam firman Allah Taala:
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah Al-Syura (42): 20)
Seseorang (yang benar-benar) muslim, tidak akan jatuh ke dalam perbuatan riyak. Kerana mereka tidak sesekali meninggalkan keredhaan Allah dan ganjaran-NYA yang besar. Hanya kerana demi mendapatkan manfaat dunia yang terbatas dan terputus.
KEPENTINGAN NIAT DALAM PERBUATAN
Kepentingan niat dalam melakukan sesuatu perbuatan adalah seperti berikut :
1. Membezakan antara sesuatu perbuatan ibadah dengan perbuatan ibadah yang lain. Contohnya; membezakan antara solat Zohor dan Asar, serta membezakan puasa sunat dan puasa Ramadan.
2. Membezakan antara amalan yang mengharapkan reda Allah dengan mengharapkan reda yang lain. Seperti perbuatan ritak dan perkara yang serupa dengannya.
3. Membezakan antara amalan kebiasaan harian yang selalunya dilakukan tanpa niat dengan amalan (kebiasaan) yang dijadikan sebagai ibadah yang dilakukan demi mendapat keredaan Allah. Contohnya; makan dan tidur.
4.Mengenalpasti motif, sengaja atau kesilapan dalam kes-kes jenayah bafi membezakan hukuman terhadap penjenayah berdasarkan niatnya.
KESAN NIAT TERHADAP AMAL SESEORANG MUSLIM
Kita boleh lihat kesan niat terhadap perbuatan seseorang insan itu dalam tiga kategori; Perkara ketaatan, perkara kebiasaan (harus), dan perkara kemaksiatan.
Pertama: Kesannya terhadap perkara ketaatan
Ketaatan berkait rapat dengan niat untuk menjadikan sesuatu amalan itu diterima di sisi Allah. Hal ini kerana tujuan seseorang muslim melaksanakan sesuatu perbuatan adalah untuk mengikut segala perintah Allah dan berjaya mencapai keredaan Allah taala. Niat juga akan menjadikan sesuatu ganjaran perbuatan seorang Muslim itu akan berlipat kali ganda.
Ganjaran akan berlipat kali ganda dengan tertingkatnya bilangan niat. Sekiranya seseorang muslim masuk ke masjid demi menziarahi rumah Allah maka dia mendapat pahala. Kemudian jika dia duduk dengan niat ingin menunggu waktu solat maka baginya juga pahala. Seterusnya jika dia berniat untuk bertemu dengan saudara-saudara muslimnya yang lain maka baginya juga pahala. Sedemikianlah juga perkara yang lain.
Kedua: Kesannya terhadap perkara kebiasaan (harus)
Ianya ialah perkara yang pada asalnya tiada ganjaran. Tetapi seseorang muslim itu boleh mendapat ganjaran pahala sekiranya dia melakukan perbuatan itu kerana mengharap reda Allah Taala. Contohnya seperti; seseorang itu makan, minum dan tidur dengan tujuan untuk meningkatkan dan membekalkan diri demi melakukan pelbagai ketaatan kepda Alah.
Ketiga: Kesannya terhadap perkara yang haram.
Niat yang baik tidak akan merubah status sesuatu maksiat. Amalan itu tetap dikira maksiat meskipun dilakukan kerana Allah. Sesiapa yang mendapat hasil daripada mencuri kemudian ia bersedekah, maka dia tetap mendapat dosa kerana mencuri dan dia tidak akan mendapat pahala bersedekah.
PENGAJARAN DARIPADA HADIS
1. Seorang muslim itu mestilah mengikhlaskan dalam dirinya dengan niat yang benar-benar ikhlas, bahkan sentiasa ikhlas, jika boleh, untuk mendapatkan pahala dan ganjaran daripada Allah Taala yang berterusan.
2. Seseorang muslim itu mestilah sentiasa memiliki matlamat untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala dalam melakukan sesuatu perbuatan yang akan menghapirkan diri kepada Allah dan tidak memandang atau melakukan perkara selain daripada itu.
AKTIVITI
1. Berikan beberapa pengjaran yang dipelajari daripada hadith ini, dan tulis di dalam buku nota kamu.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apa maksud niat ikhlas ?
2. Terangkan kesan niat dalam perkara haram dan perkara kebiasaan.
3. Apa kesan niat dalam perkara ketaatan?
4. Apakah definisi riyak?
5. Terangkan kesan riyak dalam amalan seseorang muslim.
Penterjemah: KUMPULAN PENTERJEMAH BAYANA
Penerbit dan Nama Kitab Asal:
ISLAMIC STUDIES & RESEARCH ASSOCIATION,
Al-Hadith Al-Sharif,
ed. Faruq Badran, Majid Fawzi dan Muhammad Salam,
(Amman: Mu’assasah Abu Rayyan Est)
TADABBUR SURAH AL BAQARAH – SIRI 1
Sememangnya segala ciptaan dan kurniaan Allah Subhanahuwata’ala kepada kita perlu digunakan atau dimanfaatkan untuk membangunkan Islam dan ummah Islamiyah. Sama ada kurniaan itu berbentuk ciptaan-Nya atau berbentuk usaha yang kita laksanakan, sewajarnya semua kurniaan itu digunakan untuk manfaat Islam dan ummah Islamiyah dalam rangka berubudiyah kepada Allah Subhanahuwata’ala.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مِّنۡهُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ
Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.
(Surah Al-Jatsiyah : 13)
Organisasi dakwah adalah mehrab (tempat atau medan) bagi para mukmin untuk beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam ertikata sebenar. Semua anggota dalam organisasi tersebut, sama ada barisan qiyadah (kepimpinan), petugas atau ‘amilin (pekerja) beribadah dan berubudiyah kepada Allah Subhanahuwata’ala atas wadah ini. Kerja yang terbaik lagi makbul di sisi-Nya ialah kerja yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan menepati syara’, sepertimana dijelaskan oleh Imam al-Fudhail bin Iyadh ketika ditanya tentang ayat 2 Surah al-Mulk:
ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Mulk : 2)
Dalam ayat ini ada perkataan ahsanu ‘amala. Apabila Imam al-Fudhail bin Iyadh ditanya tentang ahsanu ‘amala (amalan terbaik) dalam ayat tersebut, maka beliau menjawab (yang bemaksud):
Sebaik-baik amalan itu amalan yang ikhlas dilaksanakannya dan yang tepat (betul).
Kemudian ditanya lagi kepada beliau: Apa yang dimaksudkan dengan ilkhlas dan apa yang dimaksudkan dengan tepat (betul) ?
Jawab beliau: Sesungguh Allah tidak akan menerima sesuatu amalan sekiranya tidak ada keikhlasan dan tidak betul. Sekiranya betul tetapi tidak ikhlas, maka tidak diterima juga. Dan sekiranya ikhlas tetapi tidak betul, maka tetap tidak diterima. Keikhlasan itu ialah hendaklah dilakukan amalan kerana Allah semata-mata dan betul itu ialah hendaklah dilakukan amalan mengikut sunnah.
Kemudian Imam al-Fudhail bin Iyadh membaca ayat 110 daripada surah a-Kahfi:
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya ilah kamu itu adalah Ilah yang Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Rabb-nya (Surah Al-Kahfi : 110)
Orang mukmin perlu sentiasa muhasabah diri dan redha dengan pengiktirafan dan perakuan Allah. Ia perlu merasai sudah mencukupi mendapat pengiktirafan Allah Subhanahuwata’ala.
Kita kena rasa pengiktirafan Allah Subhanahuwata’ala itulah yang utama dalam kehidupan kita. Firman Allah Subhanahuwata’ala.
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ وَرِضۡوَٰنٞ مِّنَ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Allah menjanjikan orang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam syurga `Adn, serta keredhaan daripada Allah yang lebih besar kemuliaannya (balasannya), yang demikian itulah kejayaan yang besar (Surah At Taubah : 72)
Keredhaan daripada Allah-lah yang terbesar. Walaupun orang ramai tidak tahu atau tidak nampak apa yang dilaksanakan orang beriman, tetapi cukuplah Allah Ta’ala nampak. Allah Ta’ala Maha Mengetahui dan memperakukan kerja-kerja yang ikhlas dan menepati syara’. Bukan semua kerja orang beriman perlu diiklan atau diberitahu kepada orang ramai.
Sebab tu Nabi Salallahualaihiwassalam pernah bersabda (dalam satu hadith yang bermaksud):
Minta bantuanlah untuk melaksanakan sebahagian daripada hajat-hajat kamu itu dengan cara ‘kitman’ – secara diam.
Maknanya bukan semua perkara perlu didedahkan kepada manusia ramai. Ada perkara yang lebih baik didiamkan dan tidak beritahu kepada orang ramai. Sebagai contohnya dalam hal berkaitan sedekah. Adalah lebih baik sebahagian daripada sedekah itu didiamkan demi menjaga keikhlasan kepada Allah.
Musuh-musuh Islam telah sekian lama berusaha merosakkan kefahaman dan akhlak umat dengan pelbagai strategi. Pelbagai isme, budaya dan rupabentuk akhlak yang rosak diserapkan masuk ke tengah-tengah umat sehingga merosakkan umat dalam pelbagai aspek. Maka tidaklah bijaksana bagi barisan pendakwah mendedahkan segala strategi di pihak mereka. Apa yang penting para pendakwah perlu terus berkerja kuat mengeluarkan hasilan-hasilan yang berkesan untuk menangkis serangan-serangan musuh. Dan, meminta bantuan kepada Allah dengan ‘kitman’ agar menurunkan bantuan-Nya demi menjayakan kerja-kerja pendakwah. Allah Maha Mengetahui. Walaupun manusia ramai tidak tahu tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang dilaksanakan oleh pendakwah. Cukuplah dengan pengiktirafan Allah, yang mengakui atau mengiktiraf apa yang dilaksanakan.
Atas dasar inilah, Allahu ghayatuna (Allah matlamat kami) menjadi perkara yang sangat penting dalam kerja-kerja pendakwah. Imam Hasan al-Banna rahmatullah ‘alaih meletakkan Allahu Ghayatuna sebagai perkara yang sangat penting dalam ‘amal Islami atau kerja-kerja Islam. Ini akan memantapkan dan memperkukuhkan lagi segala kerja, amal dan perancangan, sebab meletakkan Allah Ghayatuna sebagai paksi, teras dan tumang.
Matlamat Allah-lah menjadi paksi dan tumang dalam semua perancangan dan kerja-kerja para pendakwah. InsyaAllah segala kerja dan amal perancangan itu akan berada dalam daerah atau lingkungan pengiktirafan Allah Subhanahuwata’ala.
As-Sajuman Amin Abdul Aziz dalam kitabnya at-Taghyir ala Nubuwah menjelaskan bahawa ‘amal atau kerja itu tidak tegak di atas asas yang betul melainkan apabila amal atau kerja itu diasaskan di atas iman yang sejati pada Allah Subhanahuwata’ala.
Amal-amal atau kerja-kerja Islam adalah merupakan ketentuan Allah yang perlu dilaksanakan di bumi. Ia merupakan risalah yang manusia mesti pikul dan dokong dalam kehidupan di dunia ini. Ia berkait rapat dengan ganjaran baik dan pahala di dunia dan akhirat. Apa jua yang dilakukan ada kaitan dengan ganjaran dan pahala di sisi Allah Subhanahuwata’ala. Sebab itulah Allah ghayatuna merupakan perkara utama dalam segala kerja-kerja pendakwah.
Para pejuang dan pendakwah sejati yang bermatlamatkan Allah akan terus berjuang, beramal dan berkerja walaupun mereka berdepan dengan bermacam-macam kesukaran, halangan, rintangan dan mehnah. Sebab apa? Sebab mereka yakin bahawa memang begitulah sunnah Allah di atas jalan dakwah ini.
Jalan da’wah ini sunnatullah-nya akan berdepan ibtilak, imtihan, ujian dan mehnah. Sebab tu Syeikh Mustafa Masyhur dalam kitabnya Fiqhud Da’wah berkata: Ujian-ujian itu merupakan sunnatullah dalam kerja-kerja da’wah, bukan hasil daripada kesilapan-kesilapan da’i (pendakwah).
Jika da’i betul-betul melaksanakan kerja-kerjanya semata-mata kerana Allah, menjaga peraturan-Nya, menjaga ikhlas dan menjaga syara’ maka sunnatullah-nya ialah akan datang ujian-ujian. Dan, ujian ini bukanlah natijah daripada kesilapan da’i. Sebab itulah Rasulullah Salallahualaihiwassalam, para rasul dan para du’ah di sepanjang zaman berdepan ibtilak ekoran daripada menjalankan kerja-kerja da’wah.
Kita dapati Rasulullah Salallahualaihiwassalam telah menghadapi tentangan hebat daripada kaum musyrikin. Allah Subhanahuwataala perintahkan agar baginda tetap istiqamah.
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ
Oleh itu, maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul sebagaimana diperintahkan kepada engkau, dan demikian juga orang yang ruju` kembali kepada kebenaran mengikut engkau, hendaklah mereka berbuat demikian (istiqamah) dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (Surah Hud : 112)
Inilah yang perlu kita ambil perhatian. Apabila berlaku ibtilak, imtihan dan mehnah ketika kita laksanakan kerja dengan penuh keikhlasan dan betul-betul mengikut ajaran Rasulullah Salallahualaihiwassalam, maka itu bukan natijah daripada kesilapan, tetapi ia merupakan sunnatullah.
Para pendakwah perlu berikan perhatian bahawa musuh-musuh Islam tidak akan membiarkan da’wah Islam itu hidup subur. Mereka mulakan dengan cara perang propaganda, uslub takzib (membuat pembohongan-pembohongan), uslub sukhriah (mempermain-mainkan) dan uslub tasykik (menimbulkan keraguan) untuk memalingkan pandangan manusia daripada gerakan da’wah Islam. Jika mereka gagal kerana lemah hujah-hujah dan alasan-alasan mereka, maka mereka gunakan cara kekerasan, menimbulkan kesusahan dan banyak lagi cara yang mereka lakukan. Mereka berusaha memesongkan para pejuang dan pendakwah Islam daripada pegangan mereka dan menakut-nakutkan orang ramai daripada melibatkan diri dalam gerakan da’wah.
Musuh-musuh membuat tuduhan-tuduhan palsu terhadap gerakan-gerakan da’wah bagi menghalalkan kezaliman mereka. Lebih-lebih lagi mereka memiliki semua wasilah penyebaran maklumat dan alat propaganda yang menyesatkan. Sedangkan para pendakwah Islam tiada ruang untuk menjawab, menolak dan menangkis tuduhan-tuduhan palsu dan liar. Ekoran daripada tuduhan-tuduhan ini, maka sebahagian manusia akan berkata segala mehnah yang berlaku adalah kerana kesilapan para da’i, sedangkan sebenarnya mehnah itu adalah sunnatullah bagi mereka yang berjuang dengan ikhlas kerana Allah Subhanahuwata’ala. Maka wujud sesetengah pihak yang mengatakan mehnah yang berlaku itu adalah akibat daripada kesilapan-kesilapan para pendakwah. Ini semua tuduhan liar yang ditimbulkan oleh musuh. Oleh itu pendakwah tidak boleh patah semangat. Pendakwah perlu tetap menjaga keikhlasan dan ketepatan kerja-kerja mengikut syara’. Cukuplah bagi pendakwah dengan pengiktirafan Allah Subhanahuwata’ala.
ATH & HH
]]>