Ahad 18 Dis 2022,Program Close The Deal Training di Dewan Utama Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Alhamdulillah selesai program hari ini dengan jayanya. Majlis Perasmian bermula jam 9.00 pagi, dirasmikan oleh Hj Wan Ahmad Nizar, Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM). Beliau juga memulakan slot 1 berkenaan “Kenapa perlu ceritakan Islam kepada semua?”
Seterusnya diteruskan pula slot 2 tentang teori “ASARA-PK” serta Role play 1 dan 2.

Peserta yg hadir secara fizikal ialah seramai 20 orang peserta, manakala yang bersama-sama secara dalam talian melibatkan 3 GDM Negeri yang lain. iaitu GDM Sarawak, GDM Negeri Sembilan dan GDM Pahang.
Semoga program seperti ini dapat membantu para pendakwah untuk lebih mudah menyampaikan dakwah terutamanya dengan menggunakan teknik ASARA-PK yang dipelajari.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah Jelajah Masjid, Pemeriksaan Kesihatan percuma, pemeriksaan gigi percuma, pelbagai pameran tentang Islam, dan acara yang dinanti-nantikan adalah cabutan bertuah.Alhamdulillah, sambutan majlis kali ini sangat meriah.
Terdapat beberapa institusi dari rumah ibadah serta pengunjung Bukan Muslim yang hadir, antaranya ialah Persatuan Thien Hou yang diketuai oleh Women Section Head Wong Siew Chin, Gereja Christian Grace Kepong yang diketuai oleh Pastor Gan dan mantan pengerusi Chapel of Christ the Light Kepong serta ramai lagi tetamu yang hadir hasil daripada jemputan secara edaran risalah, undangan bersemuka, mesej Whatsapp dan sebagainya.
Seramai 60 orang asnaf, mualaf dan Bukan Islam turut diraikan dengan menerima sumbangan berupa beras dan barang keperluan asas daripada MAIWP Food Bank dan Gabungan Dakwah Malaysia,Semoga usaha ini dapat memperkenalkan masjid serta membetulkan salah faham terhadap masjid dan Islam.











PELANCARAN OLEH SOHIBUS SAMAHAH DATO’ PADUKA SYEIKH FADZIL BIN HJ. AWANG
( MUFTI NEGERI KEDAH )

PENCERAMAH UNDANGANSAUDARA SHAH KIRIT KAKULAL GOVINDJI
(TOKOH MAAL HIJRAH WP)
ANJURAN GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA – GDM
KERJASAMA MASJID AL UMMAH TELOK CHENGAI.
]]>