Pedoman
1. Memiliki sifat penyayang dan lemah lembut amat dituntut ke atas setiap Muslim;
2. Orang yang tidak mempunyai sifat penyayang atau lemah lembut terhadap orang lain akan dijauhkan dari rahmat Allah;
3. Ayuh sebagai seorang mukmin kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dengan berlemah lembut dan penyayang terhadap semua makhluk Allah SWT.
]]>عن أبي هريرة رضي الله عنه ؛ عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ, ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ, حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ; سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ”
(متفق عليه).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: “Ada dua kalimat zikir yang ringan diucapkan di lidah, tetapi berat, besar pahalanya pada timbangan amal kebaikan, dan sangat dicintai oleh Ar-Rahman (Allah Ta’ala yang Maha Luas Rahmat-Nya), iaitu: Subhaanallaahi wa Bihamdihi, Subhaanallahil ‘Azhiim (Maha Muci Allah dengan memuji-Mya, dan Maha Suci Allah Yang Maha Agung).”
PERAWI HADITH
Abu Hurairah ialah seorang sahabat nabi yang mulia. Nama sebenar beliau ialah Abdur Rahman bin Sakhr ad-Dausi RA. Beliau memeluk islam pada tahun ke-7 hijrah. Beliau sering bersama Rasulullah SAW dan menghafal banyak hadith. Nabi SAW telah mendoakan untuknya penghafalan yang baik dan Allah Ta’ala telah mengkabulkannya. Beliau seorang yang zuhud, rendah diri dan pemurah. Saidina Umar al-Khattab telah melantik beliau sebagai pemerintah di Bahrain. Beliau wafat di Madinah pada tahun 57 hijrah
KOSA KATA
ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَان Seseorang yang beriman itu layak baginya ganjaran yang besar bagi kedua-dua perkataan yang diucapkan itu, pada hari kiamat nanti.
سُبْحَانَ اللَّهِ Maha Suci Allah daripada segala kekurangan yang tidak layak baginya.
SYARAH HADITH:
Rasulullah SAW menyarankan kita supaya sentiasa konsisten dalam beribadah kepada Allah SWT. Seseorang muslim itu mestilah sentiasa berzikir mengingati Allah Ta’ala di dalam solatnya, puasa dan dalam keseluruhan amalannya. Walaupun sedang melakukan kerja harian, itu tidak akan menghalang dirinya daripada berzikir mengingati Allah. Maka layaklah baginya ganjaran dan pahala. Dengan berzikir mengingati Allah, seseorang muslim dapat menghilangkan kebimbangan daripada hatinya, menghadirkan kegembiraan dan keseronokan, serta menguatkan lagi rasa cinta kepada Allah Ta’ala di dalam hati orang yang beriman. Allah Ta’ala berfirman :
أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوب
Maksudnya: “Ketahuilah dengan “ZIKRULLAH” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d (13): 28)
ZIKIR-ZIKIR YANG BOLEH DILAZIMI OLEHSESEORANG MUSLIM ITU BANYAK. DI DALAM HADITH INI, RASULULLAH SAW MENYEBUTKAN KEPADA KITA SALAH SATU DARIPADANYA YANG MENDAPAT GANJARAN BESAR DI SISI ALLAH SWT.
CONTOHNYA: GANJARAN PAHALA TASBIH DAN TAHMID
Rasulullah SAW bersabda :
من قالَ سبحانَ الله وبحمده في اليومِ مائةَ مرةٍ حُطَّتْ عَنْهُ خطاياه ولو كانتْ مثلَ زَبَدِ البَحْرِ
(رواه البخاري)
Maksudnya, “Sesiapa yang mengucapkan ‘SUBHANALLAH WABIHAMDIHI’ sebanyak seratus kali dalam sehari, digugurkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)…..
* Dimaksudkan dengan digugurkan dosa-dosanya itu ialah diampunkan dosanya.
Rasulullah SAW bersabda:
ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻩ ، ﻏُﺮِﺳَﺖْ ﻟَﻪُ ﻧَﺨْﻠَﺔٌ ﻓِﻰ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ – رواه الترمذي
Maksudnya, “Sesiapa yang membaca (SUBHANALLAHIL ‘ADZIM WABIHAMDIHI) maka akan ditanamkan baginya sebuah pohon kurma di dalam syurga.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmizi)
Rasulullah SAW telah bersabda:
مَنْ قاَلَ سبحانَ اللهِ وبحمدِهِ كانَ مثلَ مائةِ بدنةٍ إذا قالهَا مائةَ مَرَّة – رواه الطبراني
Maksudnya, “Sesiapa yang mengucapkan ‘SUBHANALLAH WABIHAMDIHI’ ianya seperti 100 ‘haiwan sembelihan Makkah yang badan berisi gempal’. Sekiranya dia mengucapkan sebanyak 100 kali…” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani)
* Yang dimaksudkan haiwan sembelihan di sini ialah unta.
TAHAP-TAHAP ZIKIR
Zikir dalam din (agama kita) bukanlah sekadar hanya seseorang menggerakkan lidahnya dan melantunkan perkataan, tetapi tidak memberi kesan kepada hati dan peribadinya. Bahkan seseorang insan itu layak mendapat ganjaran ke atas zikirnya kepada Allah Ta’ala mengikut sejauhmana zikir itu memberi terhadap hati dan peribadinya.
MANUSIA YANG BERZIKIR KEPADA ALLAH ITU ADA BEBERAPA TAHAP
Tahap satu: Orang yang mendapat ganjaran terbanyak ialah mereka yang berzikir mengingati Allah dalam hati dan sekali gus bertutur pada lisan mereka.
Tahap kedua: Orang yang berzikir mengingati Allah dalam hatinya tanpa melantunkannya atau menuturkannya pada lisannya. Dan dia sering mengingati Allah dalam hatinya dan merasai penjagaan Allah terhadap dirinya.
Tahap ketiga: Orang yang berzikir dengan lisannya sahaja. Dia tetap layak menerima ganjaran atas perbuatannya itu dengan izin Allah Ta’ala.
BAGAIMANA SEORANG MUSLIM ITU BERZIKIR MENGINGATI ALLAH SWT?
Zikir-zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sangat banyak. Antaranya ialah yang dikhususkan dengan waktu tertentu seperti zikir sebelum dan selepas tidur, selepas azan, selepas solat dan sebagainya. Juga ada antaranya tidak dikhususkan dengan waktu seperti ucapan seorang muslim itu: “SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI, SUBHAANALLAHIL ‘AZHIIM” atau dia mengucapkan ‘ALHAMDULILLAH’ dan ‘LAILAHA ILLA ALLAH’. Seorang muslim boleh melakukan zikir seperti ini pada setiap waktu walaupun sedang melakukan sebarang pekerjaan. Ia adalah ibadah yang sangat ringan dan boleh mendapat ganjaran yang besar.
PELAJARAN DARIPADA HADITH
1. Seorang muslim perlu melazimi zikir, antara yang dianjurkan ialah: ‘SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI, SUBHAANALLAHIL ‘AZHIIM’
2. Zikir ialah ibadah yang mulia. Seorang muslim akan menerima ganjaran yang besar daripadanya.
3. Seorang muslim sewajar berzikir mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan dan waktu.
4. Seorang muslim yang berzikir mengingati Allah SWT dengan hati dan lisannya akan beroleh manfaat atau kesan terhadap keperibadiannya.
AKTIVITI
Tuliskan hadith Nabi SAW yang baginda ajarkan pada kita tentang apa yang harus diucapkan oleh seseorang muslim apabila dia bangun daripada tidurnya.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan dua faedah zikir yang memberi kesan kepada peribadi seseorang muslim.
2. Tuliskan zikir yang diajarkan oleh nabi ketika seseorang muslim itu berada di waktu pagi.
3. Apa makna sabda Rasulullah saw : ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَان ?
4. Apakah gambaran ganjaran yang akan diberikan bagi amalan : ‘SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI, SUBHAANALLAHIL ‘AZHIIM’?
5. Bulatkan pada jawapan yang betul. Tahap tertinggi dalam zikir:
PERAWI HADITH
Nama sebenar Abu Umamah Al-Bahiliy ialah Sodiy Bin ‘Ajlaan. Beliau merupakan sahabat yang muda, namun tergolong dalam kalangan orang yang tinggi ilmunya. Beliau seorang yang banyak beribadah dan berpuasa. Diriwayatkan dalam sebuah hadith daripada beliau, katanya:
“يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مُرْنِي بِعَمَلٍ ، قَالَ : ” عَلَيْكَ بِالصَّوْمِ ، فَإِنَّهُ لا مِثلَ لَهُ”
Wahai Rasulullah, suruhlah aku berbuat sesuatu amal. Baginda SAW membalas : ‘Berpuasalah, sesungguhnya puasa itu mempunyai ganjarannya yang tersendiri. Abu Umamah, isterinya dan pembantunya sentiasa melakukan kelaziman berpuasa semenjak itu. (Diriwayatkan oleh Ahmad).
Beliau sering duduk di sebuah masjid di Homs, Syria dan menyampaikan hadith kepada orang ramai. Dia berkata:
اعقِلوا وبلغوا عنِّي ما تسمعون.
“Gunakan akal kamu dan sampaikanlah daripadaku apa yang kamu dengar.”
Beliau wafat pada tahun 86 Hijrah.
KOSA KATA
ظَاهِرِينَ : mereka yang menegakkan din atau orang kuat/kanan yang membantu.
لَأْوَاءَ : kesempitan hidup, dipinggirkan dan dirintangi kesusahan.
أَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ : di kawasan sekitar baitul Maqdis dan juga bermaksud negara Syam
SYARAH HADITH
Hadith ini menegaskan bahawa din Islam akan kekal dan tidak akan binasa. Walaupun umat Islam pada hari ini semakin lemah tetapi akan wujud segolongan manusia yang kekal bertangungjawab menjaga din ini.
Hadith ini menyatakan bahawa di sekitar Baitul Maqdis akan wujud segolongan manusia yang berterusan membela din Islam dan ia adalah kawasan yang diberkati.
Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 1:
بْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Di atas tanah berkat ini berlaku pertembungan yang berpanjangan antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi (yang kini sedang menjajah Palestin).
Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلَهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ وَرَاءَ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ ورائي تَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ -رواه مسلم
“Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sehingga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim).
CIRI-CIRI HAMBA ALLAH SWT YANG THABAT (TETAP & TEGUH)
Hadith awal di atas ada menyentuh secara umum ciri-ciri golongan yang berterusan membela din Islam ini. Meskipun ciri-ciri itu ditujukan kepada golongan tersebut, namun dari sudut pengiktibaran. pengajaran dan faedah kebaikannya, semua orang Islam atau beriman turut dituntut untuk berusaha membentuk diri agar memiliki ciri-ciri tersebut. Ini kerana ciri-ciri itu adalah ciri-ciri umum yang mulia dan disukai Allah SWT.
APAKAH CIRI-CIRI ORANG YANG THABAT (TETAP DAN TEGUH) MENEGAKKAN DIN INI?
PERTAMA: Mereka Sentiasa Teguh Atas Kebenaran Dan Sentiasa Saling Bantu Membantu Menegakkannya
Pegangan akidah mereka sangat kuat dan berakar umbi sepenuhnya dalam hati dan jiwa mereka. Mereka tidak mudah berputus asa biarpun syaitan sentiasa menghasut mereka. Mereka sentiasa tolong-menolong untuk berkhidmat kepada din Islam dan meninggikan kesuciannya sepertimana yang difirmankan Allah dalam Surah Ali Imran ayat 103:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
“Dan berpegang teguhlah kamu kamu kepada tali Allah (din Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.”
Mereka sentiasa menjauhi perpecahan seperti firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 46:
وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ
“Dan janganlah kamu bantah-membantah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu.”
KEDUA: Mereka Sentiasa Berjuang Di Jalan Allah SWT Demi Kemenangan Din Islam Dengan Perjuangan Yang Bersungguh-Sungguh
Kita dapat lihat bahawa perjuangan menegakkan din Islam akan sentiasa wujud dalam diri umat Islam. Arus perjuangan yang mempertahankan kebenaran dan menjaga kesucian din Allah ini akan berterusan wujud.
Perjalanan menegakkan din memerlukan kesediaan menghadapi kesusahan dan pengorbanan yang pelbagai bentuk seperti tenaga, masa, harta hatta pengorbana jiwa. Ini semua akan dapat dipersaksikan kewujudannya dalam umat warisan Nabi SAW ini.
Allah SWT berfirman di dalam Surah An-Nisa’ ayat 104:
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu, kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit seperti penderitaan kamu, sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak).”
Mereka sentiasa bersiap-sedia untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah SWT yang ingin melemahkan din Islam.
Allah berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 60:
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ…
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.”
KETIGA: Penentangan Musuh Ke Atas Mereka Tidak Memudaratkan Mereka
Mereka beriman sepenuh hati kepada Allah SWT, iltizam berpegang teguh dengan din Islam dan mengajak manusia kembali kepada din ini. Mereka sentiasa berjuang untuk kejayaan din ini tanpa berputus asa. Maka, dengan itu insyaAllah, mereka akan mendapat bantuan kekuatan daripada Allah SWT agar tetap teguh bersama din Islam, walaupun betapa kerasnya tekanan yang ditimpakan ke atas mereka, sama ada tekanan secara emosi ataupun secara fizikal. Mereka tetap bertahan dan berteguh tanpa dapat dimudaratkan oleh musuh-musuh Allah SWT walaupun betapa kuatnya pihak musuh memberikan penentangan ke atas mereka.
KEEMPAT: Mereka Percaya (Yakin) Terhadap Janji Allah SWT Bahawa Islam Akan Diberi Kemenangan
Allah Ta’ala berfirman :
وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
“dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang beriman.” (Surah Ar-Rum (30): 47)
Seorang hamba yang beriman, lebih-lebih lagi seorang pendakwah/pejang din haruslah memahami dan meyakini bahawa segala sekatan dan cabaran yang dihadapi, semua itu pada hakikatnya adalah ujian daripada Allah Taala. Dia harus teguh dan yakin akan janji-janji Allah Taala. Dia perlu terus bersabar, berusaha dan berkerja untuk memperolehi kemenangan yang dijanjikan Allah SWT.
PENGAJARAN DARIPADA HADITH
1. Seorang muslim mestilah yakin terhadap janji-janji Allah SWT.
2. Seorang muslim hendaklah thabat dan berpegang teguh dengan kebenaran serta saling bantu-membantu sesama muslim untuk menegakkannya.
3. Seorang muslim (dan umat Islam sendiri) perlulah sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi apa jua ujian dan situasi dalam menegakkan kebenaran, dengan pelbagai persiapan terutama persiapan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Juga pelbagai bentuk persiapan yang lain.
3. Seorang muslim yang kuat menghayati kebenaran akan nenperlihatkan tamayyuz (perbezaan) daripada orang sekeliling yang menjauhkan diri daripada kebenaran (Islam). Maksud tamayyuz/ perbezaan di sini ialah keyakinan, kefahaman, tutur kata, budiperkerti dan akhak beliau akan terselah jauh lebih baik daripada manusia yang hidup dalam kelalaian serta meninggalkan ajaran Islam. Dia tidak akan terkesan atau dibinasakan oleh pelbagai rangsangan dan perlakuan luar yang cuba menggugatkan keyakinan, kefahaman dan sahsiahnya.
AKTIVITI
Tuliskan dalam buku nota anda pengajaran-pengajaran yang boleh diambil daripada hadith awal di atas. Pengajaran-pengajaran itu tidak semestinya apa yang anda perolehi daripada nota/artikel ini. Anda juga boleh (bahkan igalakkan) berfikir sendiri untuk menerbitkan pelbagai pengajaran daripada hadith tersebut.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan dalil yang menunjukkan janji Allah SWT bahawa din Islam akan sentiasa kekal dan terpelihara.
2. Apakah yang menyebabkan seorang hamba yang beriman itu thabat (tetap dan teguh) atas kebenaran (jalan Allah SWT/ Islam).
3. Apakah kesan atau natijah yang dapat dilihat atau dipersaksikan dalam kehidupan seorang hamba Allah SWT daripada keyakinannya terhadap janji Allah Taala bahawa kebenaran/Islam akan tertegak dan akan menang.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pohon Gharqad ialah sejenis pokok hutan yang berduri dan buahnya tidak boleh dimakan.
]]>عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ؟ما بَعث مُعاذًا رضي الله عنه على اليمنِ، قال : إنك تَقدُمُ على قومٍ أهلِ كتابٍ، فليكُنْ أولَ ما تدعوهم إليه عبادةُ اللهِ، فإذا عرَفوا اللهَ، فأخبِرْهم : أن اللهَ قد فرَض عليهم خمسَ صلواتٍ في يومِهم وليلتِهم، فإذا فعَلوا، فأخبِرْهم أن اللهَ فرَض عليهم زكاةً من أموالِهم، وتُرَدُّ على فقرائِهم، فإذا أطاعوا بها، فخُذْ منهم، وتَوَقَّ كرائمَ أموالِ الناسِ .(رواه البخاري ومسلم)
Makna hadith:
DARIPADA Ibn ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma: Bahawasanya ketika mengutuskan Mu’az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu ke Yaman, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum yang memiliki pengetahuan tentang Al-Kitab. Maka hendaklah, yang pertama engkau seru kepada mereka agar beribadah kepada Allah. Apabila mereka telah mengenal Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam. Apabila mereka telah mengerjakannya, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat yang diambil daripada orang kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada orang miskin di antara mereka. Apabila mereka telah mentaatinya, maka ambillah zakat daripada mereka dan hindarilah harta benda yang paling dicintai oleh mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
SENI DA’WAH:
Ketika berhadapan dengan golongan intelek, seringkali da’ie tertanya-tanya – apakah isi da’wah yang pertama untuk dida’wahkan kepada mereka?. Berkaitan hal ini, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berpesan kepada Mu’az: Maka hendaklah, yang pertama engkau seru kepada mereka agar beribadah kepada Allah. Pesanan baginda kepada Mu’az agar mengawali isi da’wah dengan seruan untuk beribadah kepada Allah, memiliki beberapa nilai da’awiyah, iaitu:
قُلۡ يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ كَلِمَةٖ سَوَآءِۢ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَيۡٔٗا وَلَا يَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِۚ
Katakanlah: Wahai ahli kitab marilah berpegang kepada suatu kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. (Surah Ali-Imran : 64)
Maka, membatasi isi da’wah dengan hal-hal yang disepakati akan membawa da’ie kepada kejayaan da’wah. Sasaran da’wah akan terdorong untuk menerima da’wah dengan baik, InsyaAllah.
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ٥٦
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. (Surah Adz-Dzariyat: 56)
Segala sesuatu harus dilakukan secara bertahap, termasuk da’wah yang disasarkan kepada golongan intelek. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengajarkan Mu’az agar mengajak manusia untuk memperhambakan diri dan beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala terlebih dahulu, setelah itu menyeru agar menunaikan solat dan setelah itu menyeru pula agar membayar zakat.
Pesanan terakhir Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam kepada Mu’az: Maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat yang diambil daripada orang kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada orang miskin di antara mereka. Apabila mereka telah mentaatinya, maka ambillah zakat daripada mereka dan hindarilah harta benda yang paling dicintai oleh mereka.
Pesanan ini sangat penting agar da’ie menghindarkan diri daripada hal-hal yang memungkinkan penolakan terhadap da’wah dan menghancurkan keberhasilannya.
Dengan taufiq daripada Allah Subhanahuwata’ala, usaha yang maksima dan metod yang tepat, menjadikan da’ie berhasil dalam da’wahnya. Itulah yang berlaku terhadap projek da’wah yang digagaskan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan dilaksanakan oleh Mu’az bin Jabal di negeri Yaman. Kita dapati, keadaan di Yaman setelah berjalannya kerja-kerja da’wah Mu’az bin Jabal, berubah menjadi negeri akhlak, negeri iman dan negeri hikmah.
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda (yang bermaksud): Telah datang kepadamu penduduk Yaman. Mereka adalah orang yang paling lembut hatinya dan paling peka nuraninya. Iman adalah iman ahli Yaman, hikmah adalah hikmah ahli Yaman. (Hadits Riwayat Bukhari)
Suntingan: Abu Taqiy Hussein
Rujukan utama:
Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah SAW, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.
]]>عن أنس قال : بينما نحن في المسجدِ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم إذ جاء أعرابيٌّ . فقام يبولُ في المسجدِ . فقال أصحابُ رسولِ الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم : مَهْ مَهْ . قال : قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم لا تُزْرِمُوه . دَعُوهُ فتركوه حتى بال . ثم إن رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم دعاه فقال له إن هذه المساجدَ لا تَصْلُحُ لشيءٍ من هذا البولِ ولا القَذَرِ . إنما هي لِذِكرِ اللهِ عز وجل، والصلاةِ، وقِراءةِ القرآنِ ، فأمر رجلًا من القومِ، فجاء بدَلْوٍ من ماءٍ، فشَنَّهُ عليه .(رواه مسلم)
Makna hadits:
Daripada Anas Radhiallahu’anhu telah berkata, “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, tiba-tiba datang seorang arab badwi (a’rabi) lalu berdiri sambil kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pun berteriak, “Apa yang dilakukannya, apa yang dilakukannya?!” Namun Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda, “Janganlah kalian menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya.” Mereka pun membiarkannya sehingga ia meneruskan kencingnya. Kemudian Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memanggil arab badwi itu dan bersabda, “Sesungguhnya masjid ini tidak patut terkena kencing dan kotoran sedikit pun. Masjid ini hanyalah untuk zikrullah ‘Azzawajalla, solat dan membaca Al-Quran.” Lalu beliau menyuruh seorang antara mereka untuk mengambil sebekas air dan menyiramkan pada tempat yang dikencingnya.”
(Riwayat Muslim)
SENI DA’WAH:
1. Para penda’wah perlu memahami bahawa orang awam memiliki potensi yang besar untuk kemenangan dan kejayaan Islam. Orang awam, khususnya orang Islam, merupakan satu juzuk yang besar daripada umat secara keseluruhannya, yang mana pada lazimnya, memiliki ketulusan dan ketelusan yang lebih baik berbanding golongan atasan yang angkuh.
2. Orang awam apabila memiliki kefahaman dan kesedaran Islam yang betul, akan mudah dimobilasikan untuk membangunkan ummah Islamiyah.
3. Penda’wah, dalam menyampaikan da’wahnya, hendaklah bijaksana menyingkirkan penghalang-penghalang yang mungkin menghalang keberhasilan da’wahnya.
4. Merujuk kepada hadits di atas, memang jelas warga arab badwi (a’rabi) tersebut melakukan kesalahan, iaitu kencing di tempat suci, masjid Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Baginda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sangat memaklumi akan kesalahan yang dilakukan oleh orang arab a’rabi tersebut. Namun baginda tidak memberikan respon emosional sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat Radhiallahu‘anhum. Ini kerana baginda sangat memahami kejahilan dan kebodohan orang arab a’rabi tersebut. Berkaitan hal ini, kita dapat mengerti bahawa:
5. Justeru itu seorang da’i hendaklah memahami kadar kecerdasan dan kejahilan mad’unya (sasaran da’wahnya) dengan cara memperhatikan latar belakangnya, ucapannya dan tingkah lakunya. Dengan ini, da’i dapat mengambil sikap yang tepat, berpatutan, penuh empati dan tidak emosional apabila berhadapan dengan mad’u. Maka InsyaAllah, da’wahnya akan terkesan di hati mad’unya, terutama dari kalangan orang awam yang merupakan juzuk terbesar daripada umat.
6. Para da’i perlu bersikap sabar terhadap kejahilan mad’u. Ini telah dipercontohkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, di mana baginda menanggapi kejahilan mad’unya berdasarkan doanya: Ya Allah, ampunilah aku dan Muhammad, janganlah Engkau mengampuni seorang pun selain kami. Baginda memberikan respon senyuman sambil bersabda: Sesungguhnya kamu telah menyempitkan sesuatu yang luas (yakni rahmat dan pengampunan Allah). Baginda juga mencegah para sahabat yang hendak mengherdik dan bertindak kasar terhadapnya dengan berkata: Janganlah kamu menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya. Justeru itu sikap sabar dan tutur kata yang baik daripada seorang da’i akan meraih keberkesanan dan kejayaan dalam berda’wah.
7. Para da’i perlu bijaksana dalam menimbulkan “rasa aman dan selamat” pada diri mad’u. Ketika orang a’rabi itu mendengar para sahabat berteriak: Apa yang dilakukannya, apa yang dilakukannya?, maka tentu ia merasa takut dan memerlukan seseorang yang melindunginya. Maka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam tampil sebagai pelindungnya. Di petik dari hadits riwayat Imam Bukhari, baginda bersabda: Janganlah kamu menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya. Kerana, sesungguhnya kamu diutuskan untuk mendatangkan kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan. Sikap baginda ini sudah tentu akan menghadirkan rasa aman dan selamat di hati mad’unya, seterusnya akan menumbuhkan rasa tsiqah (percaya dan bersediia menerima) kepada baginda. Justeru itu para da’i hendaklah bijaksana menimbulkan rasa aman dan selamat pada diri mad’u dan memberikannya perlindungan daripada rasa takut. Jangan sekali-kali da’i pula menjadi sumber ketakutan. Dengan kebijaksanaan ini, mad’u akan percaya dan tsiqah kepada da’i. Sesungguhnya kepercayaan dan ketsiqahan adalah muqaddimah kepada keberkesanan da’wah.
8. Da’i adalah seorang yang sentiasa mengharapkan kebaikan untuk mad’unya. Juga mengharapkan mad’unya terhindar daripada kemudharatan atau keburukan. Tindakan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menegah para sahabat daripada mengherdik orang a’rabi kerana kencing di dalam masjid mengisyaratkan beberapa hikmah:
Oleh itu, da’i perlu memiliki sifat mengharapkan kebaikan untuk mad’unya, di samping menjauhkan mad’u daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemudharatan.
9. Para da’i perlu berusaha menumbuhkan kepercayaan mad’u kepada dirinya sebelum memberikan pengajaran. Tindakan baginda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersikap lemah lembut dan melindungi orang a’rabi tersebut telah menumbuhkan rasa percaya dan keberpihakannya kepada baginda. Inilah langkah bijaksana baginda sebelum baginda mengajarnya – apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan di dalam masjid. Langkah-langkah baginda ini memudahkan proses da’wah dan tarbiah yang akan baginda laksanakan. Menumbuhkan kepercayaan adalah kunci keberhasilan dalam mendidik dan membina, terutama terhadap orang awam yang sering mengukur sesuatu berasaskan ukuran emosi dan perasaan mengatasi ukuran logik dan rasional.
10. Para da’i perlu memahami bahawa pendidikan memerlukan suasana persekitaran yang tenang. Atau dengan kata yang lain, pendidikan memerlukan zuruf al-munasabah (suasana atau persekitaran pendidikan yang sesuai). Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah berjaya mewujudkan suasana yang tenang apabila berhasil meredakan emosi para sahabat. Begitu juga suasana dalaman hati mad’u baginda menjadi tenang dan kondusif apabila beliau dapat menyelesaikan hajatnya (iaitu kencingnya). Jiwa mad’u yang tenang dan kondusif akan memungkinkannya memberikan konsentrasi (penumpuan) terhadap isi pendidikan yang akan dikemukakan oleh da’i. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menyampaikan isi pendidikannya pada saat hati mad’u telah bersedia. Oleh itu dapatlah difahami bahawa:
11. Kencing di dalam masjid adalah satu kesalahan yang ekstrim, maka baginda menggunakan gaya bahasa yang ekstrim juga untuk menyedarkan mad’u baginda. Baginda mengatakan: Innama hiya li zikrillah…. (Sesungguhnya masjid ini hanyalah untuk zikrullah …..). Ungkapan ini ada satu penegasan dan perbatasan bahawa masjid hanyalah untuk zikrullah, seperti berzikir, melakukan solah dan membaca al-Qur’an, tidak boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Oleh itu seorang da’i perlu memilih kata-kata dan gaya bahasa yang sesuai dengan sesuatu keadaan dan permasalahan yang dihadapi, terutama apabila berhadapan dengan orang awam.
12. Orang awam kadang-kadang sukar untuk memahami sesuatu melalui pendekatan lisan dan teori semata-mata, bahkan memerlukan contoh yang praktikal. Setelah menjelaskan hal-hal yang sepatutnya dilakukan di dalam masjid, baginda menyusuli pendidikan lisan dengan pangajaran yang praktikal di mana baginda memerintahkan sahabat mengambil air dan menyiramkan air itu ke tempat kencing a’rabi tersebut. Ini satu contoh da’wah atau pendidikan yang praktikal. Oleh itu seorang da’i hendaklah mengiringi da’wah secara lisan dengan da’wah secara praktikal apabila berhadapan dengan sasaran da’wah di kalangan orang awam agar da’wah dan tarbiahnya berkesan.
13. Dengan cara dan seni da’wah yang digunakan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, akhirnya baginda berjaya memahamkan a’rabi tersebut, sebagaimana yang terdapat di dalam riwayat Abu Hurairah: Setelah memiliki pemahaman fiqh Islam, a’rabi itu berdiri dan mendekati Nabi Sallallahu’alaihiwasallam seraya berkata, ”Demi bapaku, engkau dan ibuku…”. Baginda akhirnya berjaya mendidik dan memberikan kefahaman Islam kepada mad’u baginda.
14. Begitulah seni da’wah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam berda’wah kepada orang awam yang jahil. Sudah semestinya para da’i dapatmenyerapkan seni da’wah tersebut, agar dapat memetik hasil yang diharapkan (insyaAllah), terutama ketika berhadapan dengan sasaran da’wah di kalangan orang awam.
Rujukan utama:
Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah SAW, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.
]]>
عن أبي هريرة أن رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم دخَلَ المسجدَ ، فدَخَلَ رجلٌ فصلَّى ، ثم جاءَ فسلَّمَ على رسولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فرَدَّ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم السلامَ . قال: ارجِعْ فصَلِّ ؛ فإنك لم تُصَلِّ . فرَجَعَ الرجلُ فصلَّى كما كان صلَّى ، ثم جاءَ إلى النبيِّ صلى الله عليه وسلم فسلَّم عليه . فقال رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : وعليك السلامُ ، ثم قال : ارجِعْ فصَلِّ ؛ فإنك لم تُصَلِّ. حتى فَعَلَ ذلك ثلاثَ مراتٍ ، فقال الرجلُ : والذي بعَثَك بالحقِّ ! ما أُحْسِنُ غيرَ هذا ، عَلِّمْني . قال : إذا قُمْتَ إلى الصلاةِ فكَبِّرْ ، ثم اقرأْ ما تَيَسَّرَ معك مِن القرآنِ ، ثم اركَعْ حتى تَطْمَئِنَّ راكعًا ، ثم ارْفَعْ حتى تَعْتَدِلَ قائمًا ، ثم اسجُدْ حتى تَطْمَئِنَّ ساجدًا ، ثم ارفَعْ حتى تَطْمَئِنَّ جالسًا ، ثم افعلْ ذلك في صلاتِك كلِّها .
MAKNA hadits:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasululllah Sallalahu’alaihiwasallam memasuki masjid, lalu masuk seorang lelaki ke masjid untuk melakukan solat. Selesai solat, ia mendatangi Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, baginda berkata, “kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum mengerjakan solat!”. Ia pun kembali ke tempatnya dan mengerjakan solat seperti yang telah ia kerjakan tadi. Kemudian ia mendatangi Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lagi seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, baginda berkata, “kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum mengerjakan solat!”.
Hal ini berulang sampai tiga kali. Lalu ia berkata, “Demi Dzat yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, aku tidak boleh mengerjakan yang lebih baik daripada ini, maka ajarilah aku!”. Baginda pun mengajarnya, “Apabila engkau berdiri untuk solat, maka bertakbirlah, kemudian bacalah yang mudah daripada Al-Quran, kemudian ruku’lah sehingga engkau toma’ninah dalam keadaan engkau ruku’, kemudian bangkitlah sehingga engkau toma’ninah dalam keadaan engkau i’tidal, kemudian bersujudlah sehingga engkau toma’ninah dalam keadaan sujud, kemudian duduklah sehingga engkau toma’ninah dalam keadaan duduk. Lakukanlah hal ini dalam semua solatmu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
SENI DA’WAH:
1. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berhadapan dengan mad’u yang telah dewasa, iaitu mad’u yang memiliki ciri-ciri:
2. Perilaku baginda terhadap orang dewasa berbanding remaja/pemuda adalah berbeza:
3. Dalam mendidik orang dewasa, baginda memberikan ruang dan jarak yang agak jauh sedikit berbanding dengan golongan remaja/pemuda. Antara hikmahnya ialah:
4. Baginda bersabar menunggu kesediaan hati mad’u untuk menerima pengislahan. Ini dapat difahami daripada kisah hadits di atas:
5. Baginda bersabar menunggu mad’u dewasa sehingga pintu hatinya benar-benar terbuka. Sebenarnya, orang dewasa tidak boleh tergesa-gesa ditegur. Sesungguhnya apabila hati seseorang telah benar-benar bersedia, maka penjelasan yang ringkas sudah boleh membawa perubahan pada dirinya.
6. Dalam hadits ini baginda tidak menjelaskan semua rukun solat kepada lelaki tersebut. Baginda hanya menjelaskan hal-hal yang baru dan belum diketahui. Pada umumnya orang dewasa tertarik kepada hal-hal yang baru dan belum diketahui. Dalam konteks hadits ini, antara perkara yang ingin dijelaskan oleh baginda (di samping beberapa perkara lain) ialah mengenai permasalahan toma’ninah – yakni berhenti sebentar antara beberapa rukun solat:
7. Baginda memberi fokus kepada beberapa kesalahan yang ketara sahaja, kerana tidak semua perkara boleh dicapai pada satu masa.
8. Pangajaran penting daripada hadits ini (dari sudut fiqh ad-daw’ah) ialah:
Rujukan utama:
Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah SAW, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.
]]>
عن أبي أمامة قال :أنَّ فَتًى شابًّا أتى النَّبيَّ – صلَّى اللَّه عليهِ وعلى آلِهِ وسلَّمَ – فقالَ : يا رسولَ اللَّهِ ، إئذَنْ لي بالزِّنا ، فأَقبلَ القومُ علَيهِ فزَجروهُ وقالوا: مَهْ. مَهْ. فقالَ: أدنُهْ ، فدَنا منهُ قريبًا. قالَ: فجَلسَ قالَ: أتحبُّهُ لأُمِّكَ ؟ قالَ: لا. واللَّهِ جعلَني اللَّهُ فداءَكَ. قالَ: ولا النَّاسُ يحبُّونَهُ لأمَّهاتِهِم. قالَ: أفتحبُّهُ لأُخْتِكَ؟ قُل: لا. واللَّهِ يا رسولَ اللَّهِ جَعلَني اللَّهُ فداءَكَ قالَ: ولا النَّاسُ يحبُّونَهُ لأخواتِهِم. قالَ: أفتُحبُّهُ لعمَّتِكَ ؟ قُل: لا. واللَّهِ يا رسول اللَّه جعلَني اللَّهُ فداءَكَ. قالَ: ولا النَّاسُ يحبُّونَهُ لعمَّاتِهِم. قالَ: أفتحبُّهُ لخالتِكَ؟ قُل: لا. واللَّهِ يا رسولَ اللَّه جَعلَني اللَّهُ فداءَكَ. قالَ: ولا النَّاسُ يحبُّونَهُ لخالاتِهِم. قالَ: فوَضعَ يدَهُ عليهِ وقالَ: اللَّهمَّ اغفِرْ ذنبَهُ وطَهِّر قلبَهُ ، وحصِّن فَرجَهُ فلم يَكُن بعدُ ذلِكَ الفتَى يَلتَفِتُ إلى شيءٍ.
MAKNA hadits:
Abu Umamah Radhiallahu’anhu berkata: Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi Sallallahu’alaihiwasallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!” Setelah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu?”. Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”
Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudari perempuanmu?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada saudari perempuan mereka.” Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ayahmu (mak cik) ? ” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau menjawab, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada mak cik mereka.”
Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ibumu (makcik)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada makcik mereka.” Kemudian Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya.” Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal-hal yang haram.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
SENI DA’WAH:
Hal ini selaras dengan sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiswasallam dalam kesempatan yang lain:
أَلَّا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Yang bermaksud:
Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.
Oleh itu penda’wah hari ini perlu memperbanyakkan altenatif-altenatif yang soleh bagi para pemuda untuk beraktiviti atau beramal. Ini kerana manusia sering terdorong mengikut suasana dan persekitaran yang dihadapinya. Manusia akan mengikut apa yang dipermudahkan baginya.
Rujukan:
]]>
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: “كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللهِ يَوْمًا، فَقَالَ: ((يَا غُلَام ! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: احْفَظِ اللهَ يَحْفِظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَاَلْتَ فَاسْاَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَنْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَنْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الْأَقْلَامُ، وَجَفَّتِ الصُّحُفُ)). [ رواه الترمذي وقال: حسن صحيح ]
DARIPADA ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiallahu’anhu: Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda: “Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudarat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.”
(Riwayat Tirmidzi dan dia berkata : Haditsnya hasan sahih)
SENI DA’WAH:
Rujukan:
Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Da’wah Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.
]]>
Oleh: USTAZ AHMAD MUHTAD YUSOF
Bersihkanlah diri kita daripada segala jahiliyah yang telah berakar umbi.
]]>عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ “لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ”.
(حديث حسن صحيح، رويناه في كتاب الحجة بإسناد صحيح)
Daripada Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash Radhiallahu ‘anhuma katanya: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: Tiada beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan.”
(Hadits sahih yang diriwayatkan di dalam kitab Hujjah yang disusun oleh Abu Al-Fath Nashr Ibnu Ibrahim Al-Maqdisy dengan sanad sahih)
Maksud kalimah
لَا يُؤْمِنُ : Tidak beriman. Maksudnya, tidak sempurna imannya.
هَوَاهُ : Hawa nafsunya. Iaitu apa yang dia suka dan hatinya cenderung kepadanya serta sesuai dengan tabiatnya.
تَبَعًا : Mengikut. Iaitu menjadi pengikutnya sehingga menjadi kebiasaan kepadanya.
لِمَا جِئْتُ بِهِ : Apa yang aku bawa. Iaitu syariat yang sempurna yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata’ala kepada ku, yang mengandungi suruhan dan larangan, yang dinaskan oleh al-Quran atau diterangkan oleh as-Sunnah.
Keterangan hadith:
1. Hadith ini menerangkan bahawa salah satu daripada tuntutan iman bagi seseorang ialah hawa nafsunya mestilah tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam.
2. Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam atau menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka imannya masih tidak sempurna.
3. Ungkapan ‘tidak beriman’ dalam maksud hadits di atas bererti iman tidak sempurna, masih cacat atau tempang, bukan bererti telah jatuh kufur. Seseorang itu hanya jatuh kufur apabila dia menafi atau menolak ajaran lslam.
4. Mujahadah terhadap hawa nafsu (berjihad melawan hawa nafsu) adalah mujahadah yang berat, yang tidak tertanggung dan tidak mampu dilaksanakan kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya.
Pengajaran
1. Bagi muslim sebenar tidak akan berlaku percanggahan antara perkataannya dan perbuatannya. Juga tiada percanggahan antara tindakannya dan pemikirannya. Hatinya dan lidahnya serasi dengan seluruh amalannya. Keseimbangan antara roh dan jasad wujud pada diri seorang muslim. Lidahnya menuturkan keyakinan hatinya, manakala aqidahnya membuahkan amalan-amalan. Syahwatnya terkawal dan seluruh hidupnya mengikut syari’at Allah Subhanahuwata’ala.
2. Sesiapa yang membiarkan dirinya dikuasai oleh hawa nafsunya, maka akan terdoronglah ia ke lembah maksiat dan akan jatuhlah ia ke lembah derhaka kepada Allah Subhanahuwata’ala.
3. Ibadah adalah kepatuhan dan ketundukan. Sesiapa yang memberikan kepatuhan dan ketundukan kepada hawa nafsunya sehingga ia melanggar syari’at Allah Subhanahuwata’ala, bermakna ia telah menjadi hamba kepada kepada hawa nafsunya, atau mengilahkan hawa nafsunya sendiri. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
أَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ
Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya (sembahannya). (Al-Furqan : 43)
4. Jiwa manusia dibekalkan dengan dorongan untuk melakukan kejahatan dan ketakwaan. Orang yang menuntut ilmu dan menguatkan imannya demi menjaga dorongan takwanya, maka dia akan mendapat kemuliaan dan keuntungan di sisi Allah Subhanahuwata’ala. Orang yang membiarkan dirinya dalam kejahilan dan menyerahkan dirinya kepada dorongan nafsu jahatnya, maka Allah Subhanahuwata’ala akan menurunkan darjatnya dan dia termasuk ke dalam golongan orang yang rugi. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا ٧ فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا ٨ قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ٩ وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ١٠
Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan (kejahatan) dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. (Asy-Syams : 7-10)
5. Seorang muslim dituntut mendidik hawa nafsunya agar tunduk kepada ajaran Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Bahkan mengikut ajaran Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam itu dikira sebagai bukti cintakan Allah Subhanahuwata’ala. Firman-Nya:
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ
Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali ‘Imran : 31)
Ajaran Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ialah ajaran daripada kitab Allah Subhanahuwata’ala (al-Qur’an) dan sunnah rasul-Nya. Oleh itu mengikuti ajaran Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bermakna mengikuti kitab Allah Subhanahuwata’ala dan sunnah rasul-Nya.
]]>