The post Adakah Sistem Fiskal Malaysia Resipi Kejayaan Petronas? first appeared on Anas Alam Faizli.
]]>Secara mudahnya, beliau mengatakan bahawa Malaysia mengenakan peraturan cukai yang ketat ke atas pengusaha-pengusaha minyak asing, demi memastikan bahawa sebanyak mungkin hasil bumi dan petroleum Malaysia diraih oleh rakyat Malaysia sendiri, dan tidak tiris ke luar negara. Dalam perbincangan ini, terdapat dua persoalan penting yang timbul.
Pertama, walaupun Malaysia mengenakan sistem percukaian fiskal yang ketat, mengapakah Malaysia masih mampu menarik minat para pengusaha petroleum asing seperti Shell dan Exxon, sehinggakan mereka masih mampu mengaut keuntungan besar selepas cukai? Apakah terma-terma yang dikenakan Malaysia demi memastikan pengusaha-pengusaha asing ini tetap melihat Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan industri petroleum yang menarik?
Keduanya, bagaimanakah Petronas selaku syarikat minyak dan gas nasional mampu meletakkan diri di antara 500 syarikat gergasi dunia, yakni dalam senarai berprestij Fortune Global 500, sedangkan pengusaha jiran seperti PTT dari Thailand, Pertamina dari Indonesia dan Petro Vietnam jauh ketinggalan dari segi saiz dan pencapaian meskipun mempunyai rizab minyak yang hampir sama?
Sebelum kita mengkaji jawapannya, wajar disimpulkan di sini bahawa kekayaan rizab minyak dan gas sesebuah negara itu sahaja tidak mampu memastikan hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat. Sebuah sistem fiskal yang mampan menjadi faktor utama dalam memastikan hasil bumi tempatan tidak dimanipulasi oleh korporasi petroleum asing. Hal ini membawa kita kepada perbincangan tentang peranan sistem fiskal yang diamalkan oleh Malaysia melalui Petronas.
Sejarah minyak dan gas Malaysia
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa titik tolak perusahaan petroleum di Malaysia terletak sebelum penubuhan Petronas pada tahun 1974 lagi. Seperti timah dan hasil mineral lain, kekayaan petroleum Tanah Melayu telah dijarah oleh penjajah British sejak sebelum merdeka lagi. Royal Dutch Shell telah memulakan usaha cari gali minyak di persisiran pantai Miri pada tahun 1910 dan kemudiannya bersama Esso, telah membina kilang penapisan minyak Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1914. Menjelang tahun 1921, stesen minyak Malaysia yang pertama mula beroperasi di Kuala Lumpur dibawah Esso.
Selepas merdeka, kita telah mewarisi dan menyambung sistem konsesi yang sama dengan menganugerahkan konsesi tambahan kepada Shell dan Esso untuk meneruskan usaha cari gali minyak dan gas di kawasan perairan Malaysia. Di bawah sistem ini, pengusaha minyak dan gas asing diberi hak sepenuhnya keatas blok-blok tertentu, termasuklah apa jua rizab petroleum yang ditemui di dalamnya. Meskipun 100 peratus kos perusahaan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha terbabit, mereka mempunyai kuasa mutlak terhadap sistem perolehan, penganugerahan kontrak dan penggunaan teknologi. Sistem konsensi ini berfungsi hampir sama dengan sistem konsesi lebuhraya yang dapat dilihat kini.
Kerajaan Malaysia langsung tidak mempunyai kuasa pemantauan, kecuali dalam isu-isu peraturan keselamatan dan alam sekitar. Sebagai pulangan, pengusaha terbabit hanya perlu membayar royalti dan cukai kepada kerajaan. Sistem konsesi sebegini masih diguna pakai di Amerika Syarikat, dan 58 buah negara pengeluar minyak dan gas yang lain di dunia sehingga kini.
Kontrak Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Contract – PSC)
Namun demikian, Tun Abdul Razak dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai para pengasas Petronas mempunyai visi yang berbeza. Mereka enggan melihat Malaysia menjadi seperti negara-negara Arab yang sekadar mengharapkan rizab petroleum untuk pembangunan negara, tanpa meletakkan fokus kepada kemahiran industri, pembangunan teknologi dalam sektor perusahaan petroleum serta peningkatan daya saing. Mereka telah membayangkan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak dan gas yang bertaraf global dan berjaya melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor petroleum. Mungkinkah hal ini dapat dikecapi, jika kita menyerahkan segala selok-belok perusahaan minyak dan gas kepada para pengusaha asing menerusi sistem konsensi yang asal?
Production Sharing Contract atau PSC telah pertama kalinya digunakan oleh Indonesia pada tahun 1966. Sedekad kemudian, kita pula mengikuti jejak Indonesia dengan menggantikan sistem konsesi dengan PSC. PSC secara dasarnya mempraktikkan ‘ekonomi ala Napoleon’ yang memperjuangkan ideologi bahawa kekayaan mineral tidak sepatutnya dimiliki oleh hanya beberapa individu, tetapi harus diusahakan untuk memanfaatkan semua rakyat. Ideologi inilah yang menjadi sedikit sebanyak, asas kepada PSC versi Malaysia kini, yang telah berjaya meletakkan Petronas di kedudukannya sekarang.
PSC melibatkan konsep perkongsian keuntungan, sebagai tambahan kepada cukai dan royalti yang diwajibkan oleh kerajaan tempatan. Di Malaysia, Petronas yang memainkan peranan sebagai penguatkuasa atau “tuan rumah” ini, mewakili kerajaan tempatan. Perbezaan utama di antara PSC dan sistem konsesi ialah kuasa pemilikan rizab petroleum terletak di dalam tangan kerajaan tempatan.
Setiap PSC secara amnya dilengkapi dengan sebuah klausa yang menetapkan “kos pemulihan”, di mana pengusaha boleh menuntut semula kos perusahaan petroleum daripada Petronas. Walau bagaimanapun, kadar tuntutan yang dibenarkan telah ditetapkan di antara 30% dan 70% dari pendapatan kasar pengusaha, bergantung kepada kontrak PSC yang ditandatangani di awal projek. Berbeza dengan sistem konsesi, bebanan kos pengusaha kini dikongsi dengan Malaysia. Sebagai pulangan, Petronas kini bukan sahaja boleh melibatkan diri dalam pembangunan minyak dan gas negara, syarikat petroleum nasional itu juga berkuasa menetapkan beberapa dasar yang perlu dipatuhi oleh pengusaha asing.
PSC juga telah memastikan peningkatan pendapatan minyak hasil kenaikan harga minyak dinikmati oleh negara! PSC menetapkan suatu lagi klausa yang dikenali sebagai “harga asas” yakni harga yang dipersetujui ketika penandatangan kontrak PSC, lazimnya berdasarkan harga pasaran ketika itu. Apabila harga minyak meningkat, klausa ini memastikan pengusaha asing memperolehi hanya peratusan kecil daripada untung hasil peningkatan itu. Manakala keuntungan selebihnya menjadi milik Petronas.
Menerusi PSC juga, Petronas mampu menjalankan peranan kawal selia melalui dua sudut.
Dari perspektif perolehan dan kontrak, Group Supply Chain Management (GSCM) mengawasi amalan penganugerahan kontrak dimana pengusaha hanya dibenarkan menganugerakan kontrak untuk projek pembinaan pelantar kepada kontraktor tempatan yang memegang lesen Petronas. Tujuannya adalah untuk memastikan kadar ketirisan wang ke luar negara di tahap minimum. Hal ini juga memastikan syarikat tempatan diberi pengalaman serta peluang berkembang melalui perkongsian kemahiran dengan pengusaha asing terbabit. Dengan ini, syarikat-syarikat kontraktor minyak dan gas tempatan ini diharapkan mampu muncul sebagai pemain yang mampu berdaya saing di peringkat global. Malangnya, hal ini juga menyebabkan syarikat-syarikat Ali Baba yang hanya ingin mengaut keuntungan mudah, tumbuh bagai cendawan.
Salah satu lagi unit di Petronas iaitu Petroleum Management Unit (PMU) pula bertanggungjawab memantau operasi minyak dan gas di Malaysia. PMU memastikan kesahihan tuntutan “kos pemulihan” oleh pengusaha-pengusaha minyak dan gas. Dalam kerja-kerja mengauditnya, PMU berpeluang mendapat pendedahan kepada kepakaran serta kemahiran teknologi para pengusaha asing ini. PMU menggunakan kesempatan ini untuk memastikan berlakunya pemindahan kemahiran dan kepakaran kepada syarikat tempatan demi memastikan faedah yang didapati dari mereka tidak terhad kepada pelaburan dan hasil cukai dan royalti semata-mata.
Pujian harus diberikan juga kepada PSC yang telah menyaksikan kelahiran pengusaha minyak dan gas pertama tempatan, iaitu Petronas Carigali pada tahun 1976. Carigali merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Petronas, yang boleh dikatakan telah mencapai kejayaan yang mengagumkan, hasil dari pemindahan teknologi yang terbit menerusi usaha sama dengan pengusaha luar. Kini, Carigali telah berjaya mengembangkan sayapnya dengan operasi perusahaan petroleum di pelbagai lokasi dunia. Syarikat-syarikat kontraktor tempatan yang berbakat juga telah dilahirkan dan berjaya dipupuk menjadi syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas bertaraf dunia.
Mampukah kita melihat Petronas yang dilihat kini jika kita masih terus menggunakan sistem konsesi asal?
Dari PSC ke Kontrak Perkhidmatan Risiko (Risk Service Contract– RSC)
Tahun 2012 telah melihat kemerosotan baki rizab minyak dan gas di Malaysia. Baki yang tinggal hanya terdiri daripada lapangan-lapangan yang dijangka akan menghasilkan hanya 30 juta tong minyak atau kurang. Keuntungan hasil jualan petroleum kini akan menyusut kerana kita masih memerlukan teknologi serta infrastruktur yang mahal seperti biasa walaupun pulangan yang dijangkakan akan berkurangan kerana saiz rizab yang kecil.
Kini, terdapat 23 telaga minyak kecil yang telah dikenalpasti dan dikategorikan sebagai lapangan minyak yang kecil ini. Pengusaha luar tidak lagi merebut kontrak pengusahaan lapangan-lapangan minyak ini kerana risiko kegagalan menemui minyak adalah tinggi. PSC tidak lagi mampu menarik minat pengusaha luar kerana “kos pemulihan” tidak lagi dapat dituntut jika minyak gagal ditemui. Suatu sistem fiskal alternatif kini diperlukan untuk menarik minat pengusaha minyak dan gas untuk melaburkan usaha cari gali dan pembangunan telaga minyak di Malaysia.
Hal ini menyaksikan pengenalan kontrak RSC, di mana kadar pulangan untuk pengusaha-pengusaha asing telah ditetapkan sebelum usaha cari gali. Kadar keuntungan ini ditetapkan di antara 11% dan 20%, berbeza dengan purata yang didapati secara empirikal menerusi PSC, lazimnya di antara 10% dan 15%. Bukan itu sahaja, jika pengeluar gagal mencapai sasaran pengeluaran, Petronas akan tetap menebus kos yang telah dibelanjakan, secara langsungnya “mengkhidmatkan” risiko tersebut bagi pihak pengusaha.
Di bawah RSC, kadar cukai juga telah dikurangkan kepada 25%, daripada kadar 38% sebelumnya di bawah sistem PSC. Berdasarkan dua buah RSC yang telah dianugerahkan baru-baru ini, kita dapat melihat bahawa matlamat lain di sebalik RSC adalah untuk memastikan gabungan di antara pengusaha asing dan syarikat tempatan. Ini dapat terus merancakkan lagi pemindahan teknologi, serta pengalaman mengusaha minyak kepada syarikat-syarikat tempatan. Hal ini dapat dilihat melalui penganugerahan kontrak RSC untuk lapangan minyak Berantai kepada gabungan Petrofac- Sapura Kencana dan lapangan minyak Balai melibatkan Roc Oil-Dialog dan Carigali.
Melalui RSC, walaupun keuntungan yang diterima negara lebih kecil, terdapat matlamat yang lebih penting iaitu menjadikan RSC sebagai madah untuk menarik minat pengusaha luar. Hal ini demi memastikan kelangsungan dana pelaburan mereka ke dalam industri gas dan minyak Malaysia, serta kepakaran mereka dalam mengusahakan lapangan minyak kecil yang lebih mencabar dari segi teknologinya. Apa yang harus disedari ialah faedah bukan-kewangan yang ditawarkan oleh kontrak RSC; iaitu penggemblengan tenaga dan sumber para pengusaha minyak dan gas asing dengan pengusaha tempatan, dengan harapan membangunkan lebih banyak pengusaha tempatan seperti Petronas Carigali.
Mungkinkah kita dapat melihat syarikat-syarikat perkhidmatan tempatan seperti SapuraKencana, MMHE, Dialog dan UZMA Engineering berubah wajah menjadi pengusaha minyak dan gas bertaraf global, di sisi Petronas di persada Fortune 500?
Cetusan Minda – Mari Berfikir Sejenak
PSC ala Malaysia telah menjadi tunjang dalam mencorakkan kejayaan Petronas sehingga kini. Bukan sahaja sistem fiskal itu berjaya mencipta persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan perkembangan Petronas, malah ianya telah berjaya membantu Petronas membina kekuatan kewangan yang mantap untuk membantu aktiviti pembelian dan pengambil alihan blok-blok minyak di negara asing sebagai permulaannya mengorak langkah ke negara-negara luar.
Seperti Exxon Mobil dan Shell, Petronas boleh dianggap sebagai perintis di kalangan pengusaha-pengusaha petroleum yang berjaya menembusi pasaran negara-negara dunia ketiga seperti Kazakhstan, Sudan dan Iraq, sehinggakan lebih 40% daripada pendapatannya datang dari hasil operasi antarabangsanya.
Ketersediaan dana dan teknologi merupakan kunci untuk kejayaan sesebuah syarikat, lebih-lebih lagi dalam industri minyak dan gas. Korporasi-korporasi petroleum gergasi dunia seperti Exxon dan Shell tidak akan mampu mengekalkan kelebihan daya saing masing-masing jika tidak menerusi pelaburan yang besar dan konsisten dalam bidang penyelidikan atau R&D. Atas sebab inilah mereka sentiasa merintis perkembangan teknologi petroleum, lalu mampu mengusulkan tawaran-tawaran yang sukar disangkal oleh negara-negara pengeluar minyak dunia, seperti Malaysia.
Mungkinkah bintang Fortune-500 kita dapat membela kedudukannya jika tidak mampu meraih peluang keemasan di lokasi-lokasi petroleum paling menguntungkan dunia, akibat ketinggalan dalam penyelidikan dan teknologi perusahaan petroleum? Di manakah kedudukan kita apabila negara-negara dunia ketiga yang asalnya menjadi sasaran kita tadi, mula mampu bangkit merapatkan jurang kepakaran minyak dan gas sekaligus memberikan saingan hebat kepada Petronas? Hanya visi dan pelaksanaan yang mapan di pihak Petronas yang mampu menentukan nasibnya.
![]()
The post Adakah Sistem Fiskal Malaysia Resipi Kejayaan Petronas? first appeared on Anas Alam Faizli.
]]>The post Is Malaysia’s Rigid Fiscal Regime the Best Recipe for Petronas’ Success? first appeared on Anas Alam Faizli.
]]>In simpler language, he means that we have the toughest regulations to ensure we get the most from foreign oil and gas operators harvesting petroleum from Malaysian territories.
If this is the case, why are foreign operators like Shell and Exxon still able to find it profitable and attractive to come and develop oil in Malaysia?
Furthermore, national oil and gas corporation Petronas is ranked as one of Fortune’s Global 500 largest and most profitable corporations in the world. Why do neighboring PTT of Thailand, Pertamina of Indonesia, and PetroVietnam not compare in size and stature albeit having significant oil reserves too? This brings us to the discussion of Petroleum Fiscal Systems. Simply having oil and gas reserves alone does not necessarily guarantee success. What is the role of a robust complementary fiscal system in this success?
How We Started
Bear with me and a bit of history. Many would have thought that we have been producing oil and gas only since Petronas was founded back in 1974. This was not the case. Just like tin and other minerals, our British colonial masters have been plundering our petroleum wealth prior to independence. Royal Dutch Shell began oil exploration from the coasts of Miri in 1910, and together with Esso, built our first refineries in 1914. By 1921, we had our very first Esso pump station in Kuala Lumpur.
Post independence, we inherited and continued to use the same concessionary system, awarding further concessions to Shell and Esso for exploring oil and gas off of Malaysian waters. Under this system, an oil and gas operator is awarded absolute rights over a particular acreage, including the potential reserves that it contains. Although 100 percent of the developments costs incurred were to be borne by the operator, they have absolute liberty over procurement, contracting and technological decisions, while the local host government has absolutely no say other than a bit of environmental and safety regulations here and there.
The concept works quite similarly to how our highway concessions work. In exchange for this right, the operator is required to pay royalties and taxes to the government. The United States, along with 58 other countries in the world, are still using the same concept to this date.
The Introduction of the Petroleum Contracts: Production Sharing Contracts (PSCs)
Tun Abdul Razak and Tengku Razaleigh Hamzah as the founding fathers of Petronas had another vision. They hoped that Malaysia would not end up like just another rich Arab state purely dependent on its petroleum reserves though lacking on knowledge, technology and competitive edge. They envisioned a Malaysia that nurtured globally competitive petroleum experts. Is this possible to achieve if we continue to leave the A-to-Z of oil and gas production to foreign experts via the concessionary system, without learning anything from it?
First in use by Indonesia in 1966, it was only 10 years later that we emulated our neighbour and introduced our first PSC replacing the concessionary system. A PSC essentially embodies the Napoleonic Economy of France, which champions the idealism that mineral wealth should not be owned by few individuals, but rather by the state for the benefits of all citizens. This became the stepping stone to Malaysia’s own version of PSC, propelling Petronas to the heights it is at today.
The PSC entails a percentage profit share, on top of taxes and royalties, to the local host government, in this case Malaysia, via Petronas. Its core difference with a concession is that sovereignty over the reserves is still maintained by the host country.
A PSC comes with a cost recovery clause, where the operators can claim its development costs from Petronas. However, this is capped between 30 and 70 percent of their gross revenue depending on contracts. Unlike the concession system, we now share the cost burden and get to participate in the oil and gas development of our nation. A PSC also covers for price hikes! A base price is stipulated at the signing. In the event of a price hike, the PSC will ensure that the operator only enjoys a small percentage share of the increased profits, while a big portion of the hike goes to Petronas.
Via the PSC, Petronas is able to perform a two-pronged regulatory role.
From the procurement and contracting perspective, the Group Supply Chain Management (GSCM) oversees contract awarding practices where operators are required to award projects only to local companies with Petronas licenses. The pure intention is for the CAPEX spent to flow into the local value chain as much as possible, containing the activities and value-add within the Malaysian oil and gas industry. This ensures local companies have the opportunity to grow and develop alongside foreign operators, and thus emerge as globally competitive players themselves. Unfortunately, this is also how Ali Babas existed and mushroomed.
Governance wise, the Petroleum Management Unit (PMU) is responsible to regulate oil and gas operations. PMU supervises the legitimacy of cost recovery claims by operators. It rides on this regulator experience to also audit and learn from various technology and knowledge transfers. They use the opportunity to allow the skill sets and expertise to permeate through within local industry players for the benefit of the nation.
Credit is most due to PSC when we saw the birth of our very own operator; Petronas Carigali in 1976, a wholly-owned subsidiary of Petronas. Carigali has experienced marvelous success, benefitting from the said knowledge transfer via joint ventures with foreign operators. To date, Carigali has even gone solo in various geographical locations in the world. Local capable talents have also been able to grow and successfully nurtured into reputable oil and gas service providers. If we were to still use the concession system, would we have the Petronas that we have today?
From PSCs to Risk Service Contracts (RSCs)
Fast tracking to 2012, we find that remaining untapped Malaysian oil and gas reserves dwindling. A significant proportion of our remaining resources are estimated to yield less than 30 million barrels of recoverable oil. Profits would be lower as almost the same expensive offshore facilities are needed, but the revenues are lower given the smaller reserves.
Foreign operators are no longer racing to bid for these fields, as risk of non discovery is too high, in which case the prevailing PSC system will not allow them to recover any of the costs. There are a total of 23 marginal oil fields identified to be developed and an attractive alternative to PSC is needed to entice oil and gas operators. That saw the introduction of the RSC which specifies upfront an Internal Rate of Return (IRR). Profit for operators is capped between 11 and 20 percent, in contrast with the empirical average of 10 to 15 percent usually found under the PSC. Not only that, if the production fail to meet the target, Petronas will still reimburse the cost, hence the “risk is serviced”.
Under the newly proposed RSC for marginal fields in Malaysia, fiscal tax has also been reduced to 25 percent from the 38 percent under the PSC. Judging from the previous two RSC awards; the spirit behind the RSC is for joint venturing between foreign operators and local players, promoting technology transfer and operatorship exposure amongst local players. This is the case with the Berantai Field, involving Petrofac-Sapura Kencana, and the Balai Cluster Field involving Roc Oil-Dialog and Carigali.
Via RSC, we may be settling for less profit but the overbearing aim is to attract foreign operators and their expertise to these marginal fields in the first place. What is important to note is the non-financial benefit that the RSC offers, which enables operatorship experience between foreign and local oil and gas players, in the hope of creating more homegrown oil and gas operators like Petronas Carigali.
If all goes well, will we perhaps see the likes of SapuraKencana, MMHE, Dialog and UZMA Engineering develop into global oil and gas operators, alongside Petronas in Fortune’s 500?
Food for Thought
Malaysia’s own brand of PSC has been pivotal in propelling Petronas to where it is today. Not only did it provide conducive grounds for the national petroleum company to learn and grow, it also allowed Petronas to build substantial cash reserves to acquire foreign oil blocks and begin venturing overseas. Like Exxon Mobil and Shell, Petronas can be considered to have enjoyed “first mover advantage”, entering relatively under-developed markets like Kazakhstan, Sudan and Iraq. Today, more than 40 percent of its revenues come from these international operations.
In oil and gas, even more than other industries, cash and technology are keys to success. The likes of Exxon and Shell are able to continuously sustain their respective competitive advantages through vast investments in cutting-edge research. Always at the technological forefront, they are able to offer incomparable propositions to foreign governments to meet the most technologically challenging oil fields globally. Can our Fortune-500 star sustain its current success streak, when similar challenging yet rewarding opportunities knock on our doors? Where will we be left, when these under-developed markets themselves caught up and closed the expertise gap? This remains for us to see.
![]()
The post Is Malaysia’s Rigid Fiscal Regime the Best Recipe for Petronas’ Success? first appeared on Anas Alam Faizli.
]]>