وَالعُرْفُ الْخَاطِئُ لاَ يُغَيِّرُ حَقَائِقَ الأَلْفَاظِ الشَّرْعِيَّةِ ٬ بَلْ يَجِبُ التَّأَكُّدُ مِنْ حُدُوْدِ المَعَانِي المَقْصُوْدِ بِهَا ٬ وَالوُقُوْفُ عِنْدَهَا ٬ كَمَا يَجِبُ الاِحْتِرَازُ مِنَ الخِدَاعِ اللَّفْظِيِّ فِيْ كُلِّ نَوَاحِيْ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ ٬ فَالعِبْرَةُ بِالمُسَمَّيَاتِ لاَ بِالأَسْمَاءِ
Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan daripada lafaz-lafaz itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang dimaksudkan itu. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz yang sengaja dikemukakan dengan tujuan tipu helah di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. Yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan, bukan nama yang diberikan”.
]]>Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting daripada amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara’ walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.
]]>Islam membebaskan aqal. Menggalakkan akal supaya memerhatikan alam semesta serta mengangkat kedudukan ilmu dan ulama’, mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Al-Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin, di mana sahaja ia (hikmah) didapati maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.
]]>
وَقَدْ يَتَنَاوَلُ كُلٌّ مِنَ النَّظَرِ الشَّرْعِيِّ وَالنَّظَرِ الْعَقْلِيِّ مَا لاَ يَدْخُلُ فِيْ دَائِرَةِ الآخَرِ٬وَلَكِنَّهُمَا لَنْ يَخْتَلِفَا فِي القَطْعِيِّ٬فَلَن تَصْطَدِمَ حَقِيْقَةٌ عِلْمِيَّةٌ صَحِيْحَةٌ بِقَاعِدَةٍ شَرْعِيَّةٍ ثَابِتَةٍ، وَيُؤَوَّلُ الظَّنِّيُّ مِنْهُمَا لِيَتَّفِقَ مَعَ القَطْعِيِّ٬ فَإِنْ كَانَا ظَنِّيَيْنِ فَالنَّظَرُ الشَّرْعِيُّ أَوْلَى بِالاتِّبَاعِ حَتَّى يَثْبُتَ العَقْلِيُّ أَوْ يَنْهَارُ
Boleh jadi perkara yang diteliti oleh pandangan syara’ tidak termasuk ke dalam perkara yang diteliti oleh pandangan aqal, begitu juga sebaliknya. Sungguh pun demikian, pandangan syara’ dan pandangan aqal tidak bercanggah dalam perkara yang qath’i (muktamad dan putus). Hakikat ilmiah yang sahih tidak bertentangan dengan kaedah syara’ yang tsabit. Perkara dzanni, daripada kedua-duanya boleh ditakwilkan, agar bersesuaian dengan perkara qath’i. Sekiranya pandangan syara’ dan pandangan aqal masih berada di peringkat dzann, maka pandangan syara’lah yang lebih utama untuk diterima. Hinggalah pandangan aqal dapat mentsabitkan kebenarannya atau ia akan gugur dengan sendirinya.
]]>وَلاَ نُكَفِّرُ مُسْلِمًا أَقَرَّ بِالشَّهَادَتَيْنِ وَعَمِلَ بِمُقْتَضَاهُمَا وَأَدَّى الفَرَائِضَـ بِرَأْيٍ أَوْ بِمَعْصِيَةٍ ـ إِلاَّ إِنْ أَقَرَّ بِكَلِمَةِ الْكُفْرِ٬أَوْ أَنْكَرَ مَعْلُوْمًا مِنَ الدِّيْنِ بِالضَّرُوْرَةِ٬ أَوْ كَذَّبَ صَرِيْحَ القُرْآنِ٬ أَوْ فَسَّرَهُ عَلَى وَجْهٍ لاَ تَحْتَمِلُهُ أَسَالِيْبُ اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ بِحَالٍ٬ أَوْ عَمِلَ عَمَلاً لاَ يَحْتَمِلُ تَأْوِيْلاً غَيْرَ الْكُفْرِ
Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:
Mengakui kalimah kufur
Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain daripada kufur.