Advertise with Googlier.com Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak http://alhidayahperak.edu.my Rangkaian Pendidikan IKRAM Musleh Wed, 14 Oct 2026 01:24:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.8.25 http://alhidayahperak.edu.my/wp-content/uploads/2022/09/cropped-cropped-hidayahperak-2-5.png Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak http://alhidayahperak.edu.my 32 32 Ahlan Wa Sahlan ke PPAH http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/ahlan-wa-sahlan-ke-ppah/ http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/ahlan-wa-sahlan-ke-ppah/#respond Wed, 14 Sep 2022 07:43:55 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1558 The post Ahlan Wa Sahlan ke PPAH appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>

The post Ahlan Wa Sahlan ke PPAH appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/ahlan-wa-sahlan-ke-ppah/feed/ 0
FALSAFAH PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/promosi-kemasukan-20222023/ http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/promosi-kemasukan-20222023/#respond Tue, 13 Sep 2022 08:40:35 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1506 Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam  sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini

The post FALSAFAH PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam  sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
Usaha ini adalah bagi membangunkan  ummah  yang berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah membangun satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat

The post FALSAFAH PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/promosi-kemasukan-20222023/feed/ 0
SEKOLAH MENENGAH AL HIDAYAH IPOH http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/1503/ http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/1503/#respond Tue, 13 Sep 2022 08:39:10 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1503 The post SEKOLAH MENENGAH AL HIDAYAH IPOH appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>

The post SEKOLAH MENENGAH AL HIDAYAH IPOH appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2022/09/1503/feed/ 0
Garis Panduan dan Carta Alir Hari Kemasukan ke Asrama http://alhidayahperak.edu.my/2021/03/panduan-kemasukan-ke-sekolah/ http://alhidayahperak.edu.my/2021/03/panduan-kemasukan-ke-sekolah/#respond Tue, 23 Mar 2021 01:31:36 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1406 Assalamualaikum. Sukacita disertakan beberapa dokumen untuk makluman ibu bapa dan murid asrama. Dokumen berkenaan ialah: (kilk untuk muat turun) 1. Garis Panduan

The post Garis Panduan dan Carta Alir Hari Kemasukan ke Asrama appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
Assalamualaikum.

Sukacita disertakan beberapa dokumen untuk makluman ibu bapa dan murid asrama.

Dokumen berkenaan ialah: (kilk untuk muat turun)
1. Garis Panduan dan Carta Alir Hari Kemasukan Asrama
2. Peraturan Sekolah
3. Senarai Keperluan Asrama 2021
4. Label kenderaan. 

Harap maklum.

The post Garis Panduan dan Carta Alir Hari Kemasukan ke Asrama appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2021/03/panduan-kemasukan-ke-sekolah/feed/ 0
Usaha, Kesungguhan Perlu Seiring Dengan Tawakkal – Pengetua SMAH http://alhidayahperak.edu.my/2021/02/usaha-kesungguhan-perlu-seiring-dengan-tawakkal-pengetua-smah/ http://alhidayahperak.edu.my/2021/02/usaha-kesungguhan-perlu-seiring-dengan-tawakkal-pengetua-smah/#respond Fri, 19 Feb 2021 02:46:04 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1395 Pengetua Sekolah Menengah Al-Hidayah (SMAH), Mualimah Siti Nazihah binti Yahya mengingatkan seluruh murid SMAH terutama calon SPM kohort 2020 bahawa dalam kegigihan

The post Usaha, Kesungguhan Perlu Seiring Dengan Tawakkal – Pengetua SMAH appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
Pengetua Sekolah Menengah Al-Hidayah (SMAH), Mualimah Siti Nazihah binti Yahya mengingatkan seluruh murid SMAH terutama calon SPM kohort 2020 bahawa dalam kegigihan persiapan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), kita haruslah menyerahkan seluruhnya kembali kepada Allah.

Beliau berkata, selain usaha, kita juga haruslah meletakkan pengharapan dalam erti kata tawakkal yang tinggi kepada Allah, Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Memberi Rezeki. Beliau berucap sedemikian semasa Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Calon SPM 2020 yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Tarbiyah, SMAH bagi memohon kejayaan dan dipermudahkan urusan kesemua murid yang akan menduduki SPM 2020.

“Dalam Surah At-Talaq, ayat tiga, Allah berfirman yang bermaksud, ketika kita telah berusaha sehabis baik, serahkanlah semula urusan kepada Allah, Allah akan memberikan yang terbaik untuk mencukupkan kita. Oleh itu, tawakkal kita kepada Allah mesti berhujung dengan redha dengan segala keputusan Allah di akhir urusan kita nanti” katanya.

“Sebesar mana kejayaan yang kita harapkan dari SPM ini, sebesar itulah kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah” katanya lagi.

Majlis yang berjalan secara atas talian itu disiarkan secara langsung melalui platform Youtube dan juga Facebook. Rata-rata penonton turut meninggalkan komen positif mendoakan kejayaan kepada kesemua calon.

Selesai sesi atas talian, semua murid asrama dan murid harian melakukan solat hajat memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan dan semoga Allah memberikan kejayaan kepada mereka. Solat hajat di asrama turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Pendidikan Al-Hidayah, Ustaz Soleh Senafi.

 

Sebelum ini, akibat wabak COVID-19 yang melanda negara Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah mengumumkan penangguhan SPM 2020 yang sepatutnya berlangsung pada awal September 2020. Sekitar 51 orang calon SMAH akan menduduki peperiksaan berkenaan pada tarikh baru yang diumumkan bermula dengan subjek Bahasa Melayu pada 22 Februari 2021 dan dijangkakan berakhir pada hujung Mac 2021.

The post Usaha, Kesungguhan Perlu Seiring Dengan Tawakkal – Pengetua SMAH appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2021/02/usaha-kesungguhan-perlu-seiring-dengan-tawakkal-pengetua-smah/feed/ 0
Garis Panduan Perjalanan Sesi Persekolahan Sepanjang Tempoh Penularan Wabak COVID-19 http://alhidayahperak.edu.my/2020/06/garis-panduan-perjalanan-sesi-persekolahan-sepanjang-tempoh-penularan-wabak-covid-19/ http://alhidayahperak.edu.my/2020/06/garis-panduan-perjalanan-sesi-persekolahan-sepanjang-tempoh-penularan-wabak-covid-19/#respond Wed, 24 Jun 2020 02:22:58 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1259 Assalamualaikum w.b.t Disertakan SOP penuh pergerakan pelajar di sekolah untuk sesi persekolahan sepanjang tempoh PKPP. Klik untuk memuat turun GARIS PANDUAN PERJALANAN PERSEKOLAHAN

The post Garis Panduan Perjalanan Sesi Persekolahan Sepanjang Tempoh Penularan Wabak COVID-19 appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
Assalamualaikum w.b.t

Disertakan SOP penuh pergerakan pelajar di sekolah untuk sesi persekolahan sepanjang tempoh PKPP.

Klik untuk memuat turun GARIS PANDUAN PERJALANAN PERSEKOLAHAN SEPANJANG TEMPOH PENULARAN WABAK COVID-19.

Diminta ibu bapa dan pelajar – pelajar tingkatan 5 untuk luangkan sedikit masa untuk membacanya.

InsyaAllah, semoga perjalanan persekolahan yang bermula pada 24 Jun berjalan lancar.

Sekian.

The post Garis Panduan Perjalanan Sesi Persekolahan Sepanjang Tempoh Penularan Wabak COVID-19 appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2020/06/garis-panduan-perjalanan-sesi-persekolahan-sepanjang-tempoh-penularan-wabak-covid-19/feed/ 0
Tinta Pengetua Siri 4: Mohon Hidayah dari AL-HADI http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/tinta-pengetua-siri-4-mohon-hidayah-dari-al-hadi/ http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/tinta-pengetua-siri-4-mohon-hidayah-dari-al-hadi/#respond Tue, 05 May 2020 01:11:27 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1247 Oleh: Siti Nazihah Yahya Pengetua SM Al-Hidayah Ipoh AL-HADI adalah salah satu dari 99 nama Allah. Siapa di sini bernama Hadi atau

The post Tinta Pengetua Siri 4: Mohon Hidayah dari AL-HADI appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
Oleh:
Siti Nazihah Yahya
Pengetua
SM Al-Hidayah Ipoh

AL-HADI adalah salah satu dari 99 nama Allah. Siapa di sini bernama Hadi atau Hidayah? 🙋‍♂️🙋‍♀️

Kata Hadi atau Hidayah mengandungi makna ‘yang menunjukkan jalan kebaikan dengan cara lemah lembut’. Dari kata ini lahir kata ‘Hadiah’ kerana hadiah diberi dengan lemah lembut.

Allah AL-HADI menunjukkan jalan kebaikan kepada seluruh makhluk seperti yang dijelaskan dalam Surah Taha ayat 49-50.

قَالَ فَمَن رَّبُّكُمَا يَٰمُوسَىٰ

Firaun berkata: “Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?”

قَالَ رَبُّنَا ٱلَّذِىٓ أَعْطَىٰ كُلَّ شَىْءٍ خَلْقَهُۥ ثُمَّ هَدَىٰ

Nabi Musa menjawab: “Tuhan kami ialah yang telah memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu, kemudian memberinya petunjuk”.

Lihat contoh pada ikan Salmon yang ditetaskan di muara sungai Amerika Utara. Selepas setahun di bawah jagaan induk, ikan-ikan ini akan ke pantai-pantai di Eropah hingga perairan Perancis di mana terdapat sumber makanan yang diinginkan. Jaraknya 3200km dan ia tidak sesat!

Siapakah yang memberi petunjuk kepada ikan-ikan Salmon ini kalau bukan AL-HADI?

AL-HADI juga telah menanam dalam fitrah manusia rasa bertuhan serta kemampuan membezakan yang baik dan yang buruk. Boleh semak Al-A’raf (7): 172 dan Asy-Syams (91): 7-8.

Dari ayat-ayat ini kita memahami bahawa AL-HADI menciptakan kita dengan bekalan hidayah agar kita cenderung untuk beriman kepadaNya.

Semoga kita tidak mensia-siakan nikmat hidayah dari AL-HADI ini, amin 😊

The post Tinta Pengetua Siri 4: Mohon Hidayah dari AL-HADI appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/tinta-pengetua-siri-4-mohon-hidayah-dari-al-hadi/feed/ 0
Pekeliling Yuran dan Kelas Atas Talian Sepanjang Tempoh PKP http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/pekeliling-yuran-dan-kelas-atas-talian-sepanjang-tempoh-pkp/ http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/pekeliling-yuran-dan-kelas-atas-talian-sepanjang-tempoh-pkp/#respond Mon, 04 May 2020 09:00:45 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1243 Semua ibu bapa, penjaga dan waris pelajar 29 April 2020 6 Ramadhan 1441 الســلام عليكم ورحمة الله وبركاته Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan, PEKELILING

The post Pekeliling Yuran dan Kelas Atas Talian Sepanjang Tempoh PKP appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
Semua ibu bapa, penjaga dan waris pelajar 29 April 2020 6 Ramadhan 1441

الســلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEKELILING MAKLUMAN TENTANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN YURAN PERSEKOLAHAN

Didoakan semoga ibu bapa dan penjaga dianugerahkan kesihatan yang baik dan di bawah Taufiq dan Hidayah Allah SWT.

2. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pihak sekolah telah memastikan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di atas talian bagi memastikan pendidikan berterusan pelajar. Pihak Kami juga amat berterima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang memberi bantuan dan galakkan supaya anak-anak mendapat maklumat PdP serta menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam hal ini amat penting supaya pelajar masih dapat mengikuti PdP walaupun dengan duduk di rumah.

3. Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, bayaran yuran bulanan perlu dijelaskan seperti biasa sepanjang tempoh PKP ini untuk memastikan kelangsungan sekolah. Setakat ini pihak sekolah telah membayar gaji penuh kepada semua guru-guru. Jika terdapat pengurangan pendapat sekolah, kemampuan sekolah untuk membayar gaji guru akan turut terjejas. Pihak kami amat memohon keprihatinan dan kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam penerusan pembayaran yuran ini.

4. Yuran yang dikecualikan bayaran bermula April 2020 sehingga tamat PKP ialah:-

4.1 Yuran Educare
4.2 Yuran Asrama

Bagi ibu bapa dan penjaga yang telah menjelaskan yuran Educare April atau yuran Asrama April yuran tersebut akan ditukarkan ke yuran bulan seterusnya.

5. Selain itu, untuk ibu bapa dan penjaga yang telah menjelaskan kedua yuran tersebut untuk tempoh setahun yuran tersebut akan dibawa ke tahun hadapan. Jika terdapat lebihan untuk yuran lain sebagai contoh yuran kelas tambahan yuran tersebut turut di bawa ke tahun hadapan.

6. Walaubagaimanapun, pihak kami amat bersimpati jika terdapat ibu bapa dan penjaga yang berhadapan dengan kehilangan kerja dan kehilangan sumber pendapatan yang menjejaskan ekonomi keluarga. Ibu bapa dan penjaga yang terbabit boleh membuat permohonan bertulis kepada pihak sekolah. Pihak kami akan membuat pertimbang untuk pengurangan yuran setelah meneliti kelayakkan setiap permohonan.

7. Seperti yang sudah sedia maklum, pihak pejabat kewangan tidak akan menerima pembayaran secara tunai. Ibu Bapa dan penjaga boleh menjelaskan yuran secara atas talian seperti no akaun yang tertera di bawah. Ibu bapa perlu meletakkan nama anak semasa membuat transaksi di bank dan kemudian menghantar slip bayaran ke alhidayah.perak@gmail.com atau whats app ke 012-5858861 (Pn. Shaheedah). Pihak kami amat berterima kasih kepada ibu bapa menyempurnakan yuran pada waktunya.

Semoga Allah memberi jalan keluar atas musibah Covic-19 ini dan mengembalikan semula nikmatnya seperti yang telah diberikan sebelum ini. Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan kepada semua ibu bapa dan penjaga. Marilah kita manfaatkan peluang duduk di rumah ini sebaik mungkin bersama keluarga.
Sekian, wassalam.

SOLEH BIN SENAFI
Pengarah
Pusat Pendidikan Al-Hidayah
Ipoh, Perak

MAKLUMAN AKAUN SEKOLAH (MAYBANK) Sekolah Rendah Al Hidayah : SRAR AL HIDAYAH 569972058151 Sekolah Menengah Al Hidayah : SMAR AL HIDAYAH 569972058168

Slip bayaran perlu diemailkan ke alhidayah.perak@gmail.com atau whats app ke 012-5858861 (Pn. Shaheedah)

The post Pekeliling Yuran dan Kelas Atas Talian Sepanjang Tempoh PKP appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/pekeliling-yuran-dan-kelas-atas-talian-sepanjang-tempoh-pkp/feed/ 0
Tinta Pengetua Siri 3: Berdoalah, Kerana Dia AL-MUJIB http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/tinta-pengetua-siri-3-berdoalah-kerana-dia-al-mujib/ http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/tinta-pengetua-siri-3-berdoalah-kerana-dia-al-mujib/#respond Sat, 02 May 2020 04:40:12 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1239 Oleh: Siti Nazihah Yahya Pengetua SM Al-Hidayah Ipoh Amru Khalid dalam buku ‘Dengan Nama-Mu Aku Hidup’ menyatakan AL-MUJIB mengandungi dua pengertian: 🌻Pertama:

The post Tinta Pengetua Siri 3: Berdoalah, Kerana Dia AL-MUJIB appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
Oleh:
Siti Nazihah Yahya
Pengetua
SM Al-Hidayah Ipoh

Amru Khalid dalam buku ‘Dengan Nama-Mu Aku Hidup’ menyatakan AL-MUJIB mengandungi dua pengertian:

🌻Pertama: Yang mengabulkan permintaan orang-orang yang berdoa

🌻Kedua: Yang menggerakkan hamba agar berdoa. Yang membisik ke dalam hati hamba, “berdoalah!”

Allah mengilhamkan kita untuk berdoa kerana Dia berkehendak untuk mengabulkan doa itu. Maka, setiap kali kita terasa ingin berdoa, segeralah berdoa kerana Allah akan memakbulkannya.

Umar Al-Khattab berkata, “yang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. Maka, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, aku tahu bahawa pengabulan doa datang bersamanya.”

Doa adalah ibadah kerana Allah yang menyuruh kita berdoa.

Jom berdoa pada bila-bila masa dan di mana jua kerana AL-MUJIB sentiasa menunggu doa-doa kita untuk dimakbulkan 😊

The post Tinta Pengetua Siri 3: Berdoalah, Kerana Dia AL-MUJIB appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2020/05/tinta-pengetua-siri-3-berdoalah-kerana-dia-al-mujib/feed/ 0
Tinta Pengetua Siri 2: Allah Bersifat AL-KARIM http://alhidayahperak.edu.my/2020/04/tinta-pengetua-siri-2-allah-bersifat-al-karim/ http://alhidayahperak.edu.my/2020/04/tinta-pengetua-siri-2-allah-bersifat-al-karim/#respond Thu, 30 Apr 2020 07:43:44 +0000 http://alhidayahperak.edu.my/?p=1235 Oleh: Siti Nazihah Yahya Pengetua SM Al-Hidayah Ipoh Daripada 99 Nama Allah, salah satunya ialah AL-KARIM. AL-KARIM ialah zat yang memiliki banyak

The post Tinta Pengetua Siri 2: Allah Bersifat AL-KARIM appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
Oleh:
Siti Nazihah Yahya
Pengetua
SM Al-Hidayah Ipoh

Daripada 99 Nama Allah, salah satunya ialah AL-KARIM.

AL-KARIM ialah zat yang memiliki banyak kebaikan, amat pemurah, pemberi nikmat dan keutamaan (Imam Al-Azhary dalam Tahdzib Al-Lughah).

AL-KARIM ialah zat yang suka dan senang memberi kebaikan yang amat banyak (Imam Ibnul Qayyim dalam At-Tibyan).

Untuk lebih faham sifat AL-KARIM ini, jom tengok contoh dalam Surah An-Naml ayat 40.

فَلَمَّا رَآَهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

“Maka, tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata, ‘Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mencobaku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Mahakaya lagi Mahamulia.”

Ini adalah kisah Nabi Sulaiman meminta pembesarnya membawa singgahsana Ratu Balqis kepadanya. Salah seorang pembesar berjaya membawa singgahsana itu dalam kadar kurang sekelip mata.

Ada dua nama Allah dalam ayat ini iaitu Al-Ghaniy dan AL-KARIM.

Ayat ini menjelaskan jika seorang hamba bersyukur, maka itu untuk kebaikan diri hamba itu sendiri kerana Allah adalah Al-Ghaniy, Maha Kaya yang tidak memerlukan apa-apa pun daripada hambaNya.

The post Tinta Pengetua Siri 2: Allah Bersifat AL-KARIM appeared first on Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak.

]]>
http://alhidayahperak.edu.my/2020/04/tinta-pengetua-siri-2-allah-bersifat-al-karim/feed/ 0